Showing posts with label UiTM KEDAH. Show all posts
Showing posts with label UiTM KEDAH. Show all posts

Alhamdulillah Dah Bergelar Graduan : Konvokesyen UiTM Ke-75

Written By HAZRIL HAFIZ on Thursday, October 27, 2011 | 5:23 PM

Alhamdulillah. Syukur kepada Tuhan , selepas 3 tahun kerja keras, memening dan memecah kepala memikirkan sesuatu untuk masa depan, akhirnya aku berjaya menghabiskan diploma di UiTM Kedah. Walaupun macam macam halangan, rasa nak stop belajar. Kena repeat subjek, tapi alhamdulillah akhirnya aku sampai jugak ke penghujungnya. 25 Oktober 2011 satu tarikh keramat dalam hidup aku sebab dah berjaya mendapatkan segulung, not really segulung sebab zaman sekarang dah tak gulung. Konvokesyen bererti kemuncak kejayaan seseorang. Tak kira berapa pinter, apa anugerah pun, berapa bintang sekalipun. Semua mereka yang berpeluang untuk menamatkan sesuatu level adalah mereka yang terhebat. Dan alhamdulillah aku terpilih untuk bersama.

 

Perjalanan sebuah pengajian memang sesuatu yang sangat manis. Disitu lah kita bergelak tawa. Disitulah kita bertangis duka dan disitu jugak la kenangan kita cipta. Fuhh ayat macam lirik lagu .hihi. Jangan r potong stim aku tengah layan nak mengarang ni. Sempena konvokesyen diploma ni, aku nak sangat berterima kasih , firstly Alhamdulillah pujian dan terima kasih tak terhingga kepada Allah SWT yang dah memberi kesempatan untuk hidup dan meneruskan pengajian sehingga aku berjaya. Kepada mak ayah yang banyak bersusah payah, menghabiskan beribu ribu duit sampai kadang kadang aku lagi diutamakan dari benda benda yang lain. Aku pun bukannya dari keluarga yang senang senang petik jari duit terjun dari langit. Tapi alhamdulillah dalam setiap kesusahan pasti ada kejayaan kan? Lumrah alam. Kepada kakak kakak aku yang tersayang yang dah banyak bagi duit beli itu ini. Tak ada duit ja mesti aku roger mintak . Dan selalunya mesti dapat. Memang takkan lupa jasa semua yang dah tolong aku untuk capai semua ni.

 

Tak lupa jugak kepada semua kawan kawan aku , kawan satu course, kawan sebilik, kawan semandi,sekereta, semotor,  setidur, sejalan, selari, sejatuh dan sewateva semua semua la. Anda semua tak akan hilang dari ingatan  . Dan special kepada yang tersayang(saja tak mau link kepada beliau) yang dah banyak bagi semangat dan dorongan untuk aku. Selalu ada time aku memerlukan. And after 3 years of relationship, dia masih yang tersayang dan teristimewa dalam hati aku. Waahh romantik gituhh. haha

 

Dan dibawah ni beberapa  gambar masa istiadat konvokesyen yang berlangsung 2hari lepas.

UiTM (107960)-B

kakak yang sulung. Kak Ina yang dah bagi banyak sangat duit kat aku

Kak Rin, kakak kedua aku

mak tersayang

ini adik aku yang paling kecik

dengan mak ayah

jam mahal ni next entry aku cerita . haha poyo kan?

 

setakat tu je la kot nak melalut pasal konvokesyen ni . InsyaAllah dalam 2tahun lagi aku akan konvo pulak untuk degree. Doa doakan la ek .

5:23 PM | 6 comments | Read More

Pelajar UiTM Kedah Kelar Leher Rakan Akibat Putus Cinta

Written By HAZRIL HAFIZ on Tuesday, August 23, 2011 | 12:23 AM

Cerita ni aku dah dengar dari pagi tadi dalam wall facebook budak budak UiTM Kedah sendiri. Tapi masa tu belum keluar sebarang statement akhbar lagi . Kes ni jadi di Kolej yang aku pernah duduk selama 6semester iaitu Kolej Malinja. Dengar kata budak yang buat benda ni student Pra Undang Undang semester akhir dan mangsa pulak student Art n Design Part 1.tak tahu la pulak betul ke idok. Dengar2 macam tu la .  Dan berikut adalah berita yang dikeluarkan oleh BERNAMA.(ada anonymous yang kata berita ni tak sahih)..

UiTM Kedah

Seorang pelajar lelaki sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Merbok dekat sini cedera apabila lehernya dikelar oleh rakannya kira-kira jam 5 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali berkata, ketika kejadian mangsa Mohd Khairil Amir Zulkifli, berumur lingkungan 20-an, sedang tidur dalam bilik asramanya di IPTA berkenaan.

“Suspek mengelar leher mangsa ketika mangsa sedang tidur dan kita tidak pasti lagi sama ada suspek itu rakan sebiliknya atau tidak dan ia masih dalam siasatan,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, suspek bertindak demikian kerana dipercayai berada dalam keadaan tertekan dan tidak dapat berfikir dengan waras sehingga cuba untuk membunuh mangsa.

“Dipercayai suspek baru putus cinta sehingga memberi tekanan kepadanya, fikiran jadi tidak menentu dan akhir sekali mengelar leher mangsa,” katanya.

Hashim berkata, mangsa yang berasal dari Kangar, Perlis dihantar ke HospitalSultan Abdul Halim di sini bagi mendapatkan rawatan lanjut manakala suspek belum dapat dikesan.

“Kita masih giat mencari suspek bagi membantu siasatan lanjut dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan untuk membunuh,” katanya. 

Sementara itu, bapa mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Zulkifli berkata, beliau mendapat panggilan telefon daripada IPTA terbabit pada kira-kira jam 6.15 pagi tadi dan tiba di hospital berkenaan kira-kira dua jam kemudian.

“Ketika saya tiba di hospital kira-kira jam 9 pagi anak saya masih belum dibawa masuk untuk pembedahan, dia dibawa masuk ke dewan pembedahan kira-kira jam 12 tengah hari tadi,” katanya ketika ditemui di Hospital Sultan Abdul Halim.

Katanya, anak lelakinya itu ditikam di leher sebelah kiri dan beliau dimaklumkan oleh doktor bahawa anaknya itu tidak mengalami kecederaan serius.

Zulkifli berkata, beliau difahamkan bahawa anaknya tidak pernah berselisih faham dengan suspek dan anaknya menyedari lehernya dikelar apabila pergi ke tandas.

“Berdasarkan apa yang saya tahu daripada anak saya sebelum dia menjalani pembedahan, dia sedar yang lehernya dikelar ketika dia pergi ke tandas ketika melihatnya di cermin,” katanya. – BERNAMA
Tempat kejadian : Kolej Malinja UiTM Kedah
perhh putus cinta tapi kelar leher member . Apakejadah la budak ni. Pergi la kelar leher ayam ke, burung puyuh ka. Boleh jugak buat bukak puasa. Ini member ko jugak nak dibedal. Tak pasal pasal masuk jail. Raya dalam penjara la jawabnya.
12:23 AM | 14 comments | Read More

ISTIADAT KONVOKESYEN UiTM KE-75 , Persiapan Sebelum Konvokesyen

Written By HAZRIL HAFIZ on Wednesday, August 17, 2011 | 11:48 PM

bagi student UiTM yang sudah menamatkan pengajian semester lepas. Mesti tengah menunggu saat saat konvokesyen kan?Same goes to me. Banyak benda sebenarnya yang kena disettlekan sebelum anda semua boleh konvo. Dan masih ramai yang masih tak tahu apa perlu dibuat sebelum konvo. Dibawah ni aku senaraikan apa yang perlu dibuat sebelum  ISTIADAT KONVOKESYEN UiTM KE-75 yang akan berlangsung dari 20 hingga 31 Oktober 2011.

 

LANGKAH PERTAMA GRADUAN

(29/7/2011 sehingga 19/8/2011)

1) Semak nama graduan dan kemaskini maklumat terkini (klik disini)

(Pelanjutan tempoh bagi semakan nama graduan dan kemaskini maklumat terkini           sehingga 19 Ogos 2011)

LANGKAH KEDUA GRADUAN

(1/9/2011 sehingga 30/9/2011)

2) Semak maklumat berkaitan bendahari,denda tertunggak dan status bayaran (Denda Perpustakaan,Keselamatan dan Hal Ehwal Pelajar)

LANGKAH TERAKHIR GRADUAN

(1/10/2011 sehingga 14/10/2011)

1) Sahkan kehadiran

2) Cetak Borang Jubah

3) Cetak Panduan Istiadat Konvokesyen

4) Cetak Bil Konvokesyen

Untuk konvokesyen UiTM Ke-75 ni, ada 5 kampus yang akan mengendalikan konvokesyen iaitu Shah Alam, Perak, Perlis, Sarawak dan Terengganu. Berikut adalah pecahan sidang konvokesyen bagi setiap kampus dan setiap kursus. Boleh semak tarikh konvokesyen dan sidang konvokesyen anda disini.


Pecahan Sidang Kampus Shah Alam

Pecahan sidang Kampus Perak

Pecah Sidang Kampus Perlis

Pecah Sidang Kampus Sarawak

Pecahan Sidang Kampus Terengganu

 

PALING PENTING ADALAH  sentiasa alert dengan laman web ini http://konvokesyen.uitm.edu.my/ dan http://hazrilhafiz.blogspot.com/.hehee

UPDATED : MAKLUMAT TAMBAHAN

Yuran konvo+gambar amik skroll(2kping) = RM 115
2) Gambar kalau nak amek degan family dan portrait sorang2 = RM 150++

#Tahniah kepada semua yang telah berjaya

11:48 PM | 2 comments | Read More

#WW = Wednesday Word : Shah Alam , Here I Come

Written By HAZRIL HAFIZ on Wednesday, August 03, 2011 | 7:29 PM

Selalunya hari rabu ramai blogger akan buat enrty #WW yang tak perlu nak membebel pot pet3x..cuma kasi taruk itu gambar dan letak tajuk. Siap. Tapi hari rabu minggu ni aku tak mau buat wordless wednesday tapi aku nak buat Wednesday Word. ahaha. Still boleh guna #WW lagi kan?agak agak kena saman tak guna trademark orang. Ada kesah?

surat tawaran

Minggu lepas adalah minggu yang sangat menyerabutkan kepala aku when it comes to nak sambung degree punya pasal.Mana taknya, dalam entry Stay Di Kedah ni, aku penah cita yang aku akan sambung degree di Kedah jugak lepas dah habiskan 3tahun kat kedah untuk diploma. Tup2 minggu lepas , bila aku sembang dengan Timbalan Pengarah HEA UiTM sendiri, tetiba dia cakap yang course aku , Degree in Retailing akan dipindahkan ke Shah Alam sebab kat Kedah tak jadik buat. Deymmm terkezut tahap beruk dah la dengar cam tu. Memang dalam kepala otak aku pikir nak stay kedah ja after dapat tawaran yang mula mula dulu. But then kena tukar pulak dah. Elok la dah lepas sebulan dapat tawaran tu. Mula la dalam kepala aku serabut pikir macam macam

 

Habis semua kawan kawan , kakak2 aku yang ada dekat2 area Shah Alam aku kol . Kesian korang. Nasib la kena layan aku kan?Tapi credit hp aku la. Ape aku kisah. haha. Bila awal awal aku dapat degree kat kedah but then kena tukar kampus pulak, jadi macam tak berapa nak best la pulak sebab dalam kepala aku memang dah set macam macam dah benda yang aku nak buat di Kedah nanti masa degree. Tetiba jadi kejutan budaya pulak nak kena bertukar. Habis rosak semua program. Lagi satu, aku malas nak pergi sebab faktor kewangan. Macam tak tahu kan kos hidup kat sana macmna. Aku ni bukannya dari orang kaya raya maya yang petik jari duit terjun dari langit. Kalau boleh, semua belanja aku nak tanggung sendiri tak nak menyusahkan mak bapak aku. Yela aku kan anak mithali (kah3x) .

 

Tapi nasib baik la aku dapat Shah Alam dan bukan ditempat pelik pelik yang aku tak pernah jejak kaki. Maunya diletak aku di Kelantan ka, Terengganu ka. Adehh berat jugak tu nak pergi sana. At least di Shah Alam , aku ada 2 orang kakak yang stay kat Seksyen 2. Rumah dia kat taman depan Wetworld tu je. So dekat la. Apa apa masalah aku boleh terus menyusahkan mereka2.

 

Tapi tak pa belajar ni dimana mana pun boleh. Asalkan kita pandai bawak diri. Lagipun aku ni dah terbiasa berjauhan dengan family. Buktinya, darjah 1 aku dah stay asrama. Sekali lagi gua ulang . DARJAH 1 ok bukan tingkatan 1. Bukan nak bangga tapi nak bangga la jugak sikit. haha. So sapa sapa yang tinggal di SA , lepas ni boleh la lepak2 sekali . Acehh bajet #retis pulak.

 

##harap lepas ni dah tak ada penukaran kampus dah. Kalau ada lagi. Adehh tak tau nak cakap apa dah. Hanya mampu buat satu lagi entry yang macam ni. keh3x.

7:29 PM | 2 comments | Read More

Mungkin Ada Hikmahnya Tuhan Letak Aku Di KEDAH Nie Lagi...

Written By HAZRIL HAFIZ on Saturday, July 02, 2011 | 12:57 AM

Salam semua..Hari ni untuk budak budak UiTM, keputusan kemasukan untuk sambung belajar peringkat degree dah keluar. harpa semuanya lepas dan dapat sambung peringkat seterusnya. 

Masa apply untuk kemasukan degree dulu, aku apply cos yang aku minat as first choice dan cos tu cuma ada di puncak alam je. Dan second plak ada di merata rata kampus. Dalam kepala ni aku memang target aku dapat puncak je sebab itu 1st choice aku. Then bila check tadi, rasa macam sedih pun ada , macam happy pun ada , entah la. Macam macam rasa aku rasa. 


untuk degree aku still akan belajar di UiTM Kedah, tempat sama aku habiskan diploma aku selama 3tahun. And akan tambah lagi 2 tahun disini. Agak sedih jugak la sebab aku ingat nak merantau jauh la sikit dari sini, tgk2 dapat Kedah jugak. Nak buat macam mana dah itu rezeki yang tuhan bagi. Better than tak ada langsung kan?

Mungkin ada hikmahnya tuhan dan tentukan semua ni. Ini semua takdir dan ketentuan yang Tuhan dah tentukan sejak azali lagi dan mesti ada hikmah dan kebaikan untuk setiap apa yang tuhan rancangkan untuk kita sebagai hambanya. Dalam kes aku ni, aku rasa ada baiknya aku masih disini, masih di Kedah . Dalam family , aku cuma anak lelaki tunggal dan ada 5 orang adik beradik perempuan yang lain. Anak lelaki tunggal means banyak tanggungjawab yang kena aku pikul sepanjang hidup aku ni. Ayah dan mak pun still tinggal di Kedah jugak. Sekurang kurangnya, aku masih boleh jaga  mak ayah in case apa2 jadi sebab kakak aku dua2 orang stay di Shah Alam. So aku masih boleh bagi berita kat dua orang tu. 

Lagi satu, bila belajar dekat dengan rumah ni, boleh ja nak balik selalu dan jumpa mak ayah. Bila selalu dapat tengok wajah mak ayah, rasa hidup ni tenang ja. Aman ja . Kalau duduk jauh2 jarang nak dapat jumpa dengan parents. Dan yang paling bess., boleh selalu la aku melantak masakan mak aku an. 

Dan sekarang, aku dah tak kisah dah pasal tu. Rasa sedih sikit sikit tu elok dibuang je sebab tempat belajar tak penting, yang penting sama ada kita belajar atau tak. Itu ja penentunya. InsyaAllah untuk peringklat degree ni aku akan usaha lebih sikit sebab masa diploma dulu banyak main main sampai ada subjek yang sangkut. InsyaAllah kali ni dah tak nak main main dah. Doakan aku ekk.. 


p/s : insyaAllah lepas ni akan selalu online sebab baru beli broadband...hehe

12:57 AM | 5 comments | Read More

Majlis Makan Malam Komander Kesatria UiTM Kedah Bersama Pengarah Kampus

Written By HAZRIL HAFIZ on Monday, April 11, 2011 | 2:04 AM

Alhamdulillah. Dah semester akhir dah aku sekarang ni. Dan dah 5 sem rasanya aku jadi komander kesatria di UiTM nie, Mungkin bagi budak budak UiTM, mereka kurang berminat dengan benda benda lasak macam nie, but bagi aku , sejak menjadi komander la hidup aku banyak berubah. Dan alhamdulillah, selepas setahun aku pegang jawatan sebagai Pengerusi , banyak benda aku belajar. Macammana nak memimpin sesuatu organisasi besar, macammana nak bekerja dalam tekananan, macammana nak membuat keputusan on the spot. TQ semua komander UiTM Kedah yang dah banyak bagi aku kerjasama sepanjang menjadi Komander disini.Banyak kelemahan yang perlu aku baiki.

Dan 2hari yang lepas iaitu pada 8hb April 2011, MPKK UiTM Kedah telah menjayakan Majlis Makan Malam Komander Kesatria UiTM Kedah Bersama Pengarah Kampus yang diadakan di SP Inn Hotel, Sungai Petani . Tema makan malam ni “Red Carpet” . So bermacam macam la fashion menarik, pelik, dan macam macam lagi la yang muncul. Aku?Aku pilih untuk pakai Blazer  la ofkos. hehe

Dan tetamu yang hadir adalah Pemangku Pengarah Kampus yang akan menggantikan Pengarah sedia ada iaitu Dr Haida . Beliau sangat cool dan rileks. Memang calon pengarah yang ditunggu tunggu semua . Dah la,aku malas nak cakap banyak. Layan gambar sudah la.

190665_142062302528069_100001728996172_260389_5351863_n

ni poster awal, but event ni dah ditunda ke tarikh 8 April 2011 sebab on the 26, semua komander kena ke Pangkor Island.

216692_214476508563775_100000042828843_890351_5832798_n

penari Asmaradana yang buat persembahan pembukaan. Gambar gambar ni semua dari kamera Hidayah (bertudung merah tengah) , so memang gambar dia je la banyak dalam entry ni. Padan muka spa suruh aku tak bawak kamera (damn)

DSC05884

aku dengan salah seorang penari Asmaradana (farlily)

205084_214469221897837_100000042828843_890299_4497366_n

Kamil , Hidayah dan Aku (ada gaya Men in Black tak kami?hahaha)

205720_214468955231197_100000042828843_890297_2514031_n

kamil yang malu tah pa2..kesian dia sebab petang tu dia baru lepas eksiden teruk . But still datang jugak untuk join. Ni muka tahan sakit ni

DSC05908

ini si Farlily yang penari tadi after dah tukar baju tarian kepada penunggang kuda .ahahaha(terasa diriku semakin slim ..muntah!!!)

206588_214469758564450_100000042828843_890303_7650531_n

motif???

207198_214476051897154_100000042828843_890339_1164940_n

AFIQ GANU, NADIA, ATIKAH S, KENG

208641_214469975231095_100000042828843_890306_628838_n

MARDIANA DAN YDP BARU (AHMAD BUJANG )

215194_214469878564438_100000042828843_890305_1863918_n

MARDIANA, ZULHILMAN DAN AZIAH

215440_214469115231181_100000042828843_890298_2520501_n (1)

MEN IN BLACK.HAHA.

216127_214469801897779_100000042828843_890304_5981866_n

mereka menggedik sebelum balik. Masa ni aku dah blah balik dah pasal kena sambung esaimen.

Dan yang manisnya bagi aku, malam ni adalah pertama kali aku menyanyi di atas pentas. Perhh gua segan beb. kalau dalam karaoke box tu boleh la aku melalak suka hati . Tapi kali ni kena buat persembahan atas pentas depan VIP plak tu. nasib la duet dengan Naib Yang Di Pertua aku dulu, Atikah Jamil. tak la rasa nak terjun bangunan sangat.hahaha

CHECKOUT HR LATEST DESIGN @ HR DESIGN

2:04 AM | 1 comments | Read More

Nikmat Bersama Kaunselor

Written By HAZRIL HAFIZ on Thursday, March 17, 2011 | 12:17 PM

ini cerita panas yang baru keluar petang tadi. Dalam pukul 3. haha. Sila baca cerita selanjutnya selepas anda layan iklan iklan ini yerr

belum join churp churp?ingin duit dari dunia blogging?klik banner dibawah

image

broadband 3GB hanya 38ringgit sebulan dan anda akan dapat Mata Ganjaran tambahan setiap kali anda buat bayaran setiap bulan.Klik banner dibawah untuk maklumat lanjut.

image

iklan tajaan khas ChurpChurp

ok kita sambung cerita pasal kaunselor.Kenikmatan tak terhingga dah aku rasa tadi tatkala berjumpa dengan kaunselor itu. Okeh nak citer elok elok nih. Dengar. Sebenarnya dah lama aku ada masalah peribadi dan dalam dilema untuk pilih sambung degree. nak tentukan masa depan sendiri pun aku susah nak buat keputusan. Macam macam benda nak kena difikirkan. Segala benda nak kena dipertimbangkan dulu. Family, masa depan, and macam maca lagi la.

Then semalam aku buat keputusan untuk jumpa secara privasi dengan kaunselor UiTM Kedah . Lepas dah buat appointment semua, then pukul 3petang tadi mengadap la aku ke bilik dia. Dekat sejam lebih jugak la kena basuh dengan dia. Dan alhamdulillah lepas dengar pendapat orang pakar macam dia, macam macam masalah dah rasa ringan sikit walaupun belum selesai. Dah nampak sikit cahaya di jalan yang gelap tu. Kira dah dapat sikit la pedoman dengan hidayah untuk aku buat keputusan masa depan aku.

Terima kasih sangat pada Puan Azliza, kaunselor UiTM Kedah yang sangat baik dan lemah lembut layan student student yang datang untuk sesi kaunseling. Memang terbaik la dia. Kalau macam ni, hari hari pun aku sanggup jumpa dia sebab lepas jumpa. rasa macam masalah selesai la setengah jam. Pastu serabut balik la..haha. Dah dasar memang jenis bermasalah kot aku  nie kan?

Apa pun kepala dah rasa ringan sikit lepas sesi tadi. InsyaAllah lepas ni akan buat follow up dengan dia lagi untuk betul betul settle masalah ni.

 

jangan pelik dengan entry ni sebab ia ditaip 2hari yang lepas.cuma tak publish ja sebab bagi priority untuk entry2 SEO dulu.hehe

12:17 PM | 1 comments | Read More

Juara Imam Muda dan Juara Akademi Al Quran Di UiTM Kedah

Written By HAZRIL HAFIZ on Tuesday, March 01, 2011 | 10:36 AM

Alhamdulillah ,hari ni aku nak mencoret sikit pasal semalam. Semalam Pusat Islam UiTM Kedah menganjurkan Perarakan Maulidur Rasul dan terus disambung dengan Malam Sinar Maulidur Rasul.

dah lama rasanya aku tak join event event macam nie. Rasa diri ni dah makin jauh lepas keluar dari sekolah menengah dulu. Kalau dulu , kat sekolah agama. Tiap hari pengisian agama tu berterusan datang tapi bila kita mula hidup bebas dan sendiri, macam macam dugaan kita kena tempuh. Dah makin jauh.

Event semalam sangat sangat terbaik la aku cakap. Bermula dengan perarakan yang disertai oleh hampir 20 k0ntinjen, Aku macam biasa join geng aku la kan. Majlis Perwakilan Komander Kesatria UiTM Kedah. And guest what?Alhamdulillah kami menang perarakan tempat ke 3 . Tapi gambar tak dak nak upload sbb aku tak snap gambar pun. And then jam 8.30 malam disambung di Dewan Utama UiTM Kedah .

Acara bermula dengan bacaan al-Quran oleh pemenang Akademi Al-Quran 3 iaitu Ustaz Fakhrul Razi. Sedap menusuk jiwa betul dengar bacaan dia secara live, dengan lampu dewan semua ditutup and cuma lampu berwarna di pentas ka dibuka. Pastu acara disambung dengan Soal Asyraf iaitu Johan Imam Muda Astro ,hampir sejam jugak la denar dia berceramah..besss rugi sapa tak join semalm.

Then terus disambung dengan pentorama ‘Kembara Cinta Agung’ yang dilakonkan semula oleh student UiTM dan menceritakan tentang perjalanan Rasulullah dari awal menerima wahyu sehingga baginda wafat. Time nie memang yang perempuan memang dah abis meleleh, betul la orang cakap hati perempuan ni lembut. Yang laki jarang nak tengok menangis. Mungkin cuma menangis dalam hati tapi tak mau tunjukn kan?Tak macho la kan?hehe. Tapj sound efek and lampu memang best.

apa pun tahniah Ustaz Hadi, pentorama ciptaan anda memang hebat. Dah rasa macam pergi ESQ ja semalam. Last sekali dihiburkan oleh kumpulan nasyid UiTM Kedah, Voice of Virtue(VOV). And  yang tak dijangka. Semalam tersangat la ramai yang datang sampai penuh dewan tu and kerusi tambahan sampai kena tambah lagi 2 lori. Bagus la kan?orang minat dengan event event Islamik. Tahniah untuk Pusat Islam UiTM Kedah sebab organised event yang terbaik macam nie.

kalau nak baca lagi sila klik link di bawah

MALAM SINAR MAULIDUR RASUL..

PROGRAM FEBRUARI PUSAT ISLAM UITM KEDAH 2011

 

p/s : rasa macam tak kena sebab masa aku buat entry nie, tengah dengar lagu Paramore. Aduhh!!!tampor2 kepala sendiri!!!

10:36 AM | 1 comments | Read More

Iklan Kemasukan,Diploma,Ijazah dan Penerapan UiTM Tahun 2011

Written By HAZRIL HAFIZ on Saturday, February 26, 2011 | 10:08 PM

Attention to all Students !!


Permohonan kemasukan pelajar UiTM bagi kategori berikut memerlukan pembelian no. slip melalui BSN untuk kemasukan ke UiTM Sesi Jun 2011 (Diploma) dan September 2011 (Ijazah Sarjana Muda) bermula 1 Mac 2011 dan akan tamat pada 31 Mac 2011. Sila lihat iklan kemasukan pelajar sesi Jun/Sept 2011.Sila klik pada button dibawah untuk download fail

 

download_pdf


Penerapan Semester Akhir Diploma UiTM ke Ijazah Sarjana Muda UiTM
Penggunaan url
http://upu.mohe.gov.my/ menyebabkan permohonan anda tidak
akan diproses. Terima kasih.

Tarikh permohonan dibuka adalah bermula 1 Mac 2011 (Selasa)
Tarikh pembelian no. Slip BSN adalah bermula 1 Mac 2011 (Selasa)

 

sila sebarkan kepada kawan kawan anda okehhh!!

10:08 PM | 0 comments | Read More

YDP MPP UiTM Paling Hensem SeMalaysia

Written By HAZRIL HAFIZ on Tuesday, February 22, 2011 | 5:51 PM

dia sangat bebakat

sifat kepimpinan dia lagak dia seksi dia
plus2 sora dia yang mencairkan sapa yang dengaq...
WAJAH LELAKI INI

suka la dengan statement di atas..hihi .gempak siot!!

mencurah curah pujian terhadap seorang blogger merangkap Mantan YDP MPP UiTM..siapakah beliau yang aku maksudkan?aduhh napa ayat semacam ja skema. 

umaq nie member aku jugak sebenarnya dan aku tertarik la dengan post salah sorang blogger jugak yang buat entry khas untuk dia. Fuyyo stailo la umaq weh..siap ada orang puji cara open tuh..haha..

Umar nie adalah mantan YDP MPP UiTM Kedah yang baru ja menamatkan kerjaya.aiceh kerjaya ke?kira dia lagi awal la sebelum aku pun letak jawatan jugak on 18 Feb lepas. So sapa2 yang nak tanya anything about leadership ,inilah orangnya..nak ngorat pon boleh sebab dia kata dia solo dalam ENTRY INI.  Ramai peminat tau dia nihh..

WARKAH SEORANG LELAKI 

nak dengar dia nyanyi??sila tanya dia..aku dah dengaq dah..haha..sedap macam Anuar zain tuhhh

and disini pulak entry puji pujian untuk umaq..haha... KLIK SINI

actually aku pun tak tau motif aku buat entry nie. nak kata review bukan. ahaha..



5:51 PM | 4 comments | Read More

Masa Depan Atau Keluarga?Tolong Aku!!!!

Written By HAZRIL HAFIZ on Tuesday, February 08, 2011 | 9:59 AM

sekarang ni aku sedang dalam dilema untuk memilih antara masa depan dan keluarga. aicehh ayat. Serius wehh aku tak tipu berani potong kepala.

ceni citanya, sekarang aku dah semester 6 diploma. Bermakna study aku akan habis dalam beberapa bulan ja lagi insyaAllah. And kena pulak sambung degree. Before this aku ingat aku nak amik Degree Marketing. And degree tu ada  di UiTM Kedah ja tempat tumpah air miloku . Dekat dengan rumah and senang sebab aku dah terbiasa dengan sini. And yang bessnya aku boleh balik selalu jenguk mak ayah and makan sedap sedap kat rumah. Sila jangan jeless

dan sekarang plak aku rasa nak ambik Degree Transportation sebab skop pekerjaan lagi luas kalau nak dibandingkan dengan yang lain lain and aku dah pun wat kajian. acece. And the problem is degree tu cuma ada di UiTM Shah Alam. Nun jauh disanaaa…mesti orang akan cakap ambik la tempat jauh jauh sikit. jauh perjalanan luas kaki terkangkang.ehh silap luas pemandangan. TAPI..ini masalahnya

aku cuma sorang ja anak lelaki tunggal dalam family aku. Dan mak ayah memang semuanya harap dengan aku. kalau boleh aku tak mau jauh dari family. Bukan sebab aku manja or watsoeva tapi sebab terasa tanggungjawab untuk family atas kepala aku. Kalau aku cuma di Kedah or dekat2 ja macam Perlis ka, at least kalau ada apa-apa masalah aku boleh terus balik rumah. kalau di Shah Alam jauh baiii..so apa aku perlu buat?ada idea?

MASA DEPAN ATAU KELUARGA???????

wehhh tolong la aku.Nak decide nie. !!!!ampa semua baik kan?

dalam dilema  emo-95

 

 

9:59 AM | 6 comments | Read More

Kelas First Dah Boring Dah...adoiii

Written By HAZRIL HAFIZ on Monday, January 03, 2011 | 11:51 AM

untuk UiTM hari nie dah start kelas...dah start sem baru and aku sekarang dah otai la sangat..part 6 dah..kira budak budak baru kalau jumpa boleh dah nak luku kepala sekali dua tanpa diluku balik...(sila fahamkan ..luku=sekeh bagi yg tak tau..haha)


first clas..dah la pukul 8..time paling malas aku nak bangun mandi air kat sini yang sejuk nak mampos plus hujan pulak...habis semua badan aku shaking pagi tadi....demm...plus yang lagi malas...hari nie isnin kena pulak pakai formal...dah la bangunn lewat..nak kena ikat tie pulak...tie melambak-lambak dalam almari aku tapi yg tak best..satu pon tak ikat lagi..baru aku teringat yang mak aku basuh semua masa cuti sem aritu...habis dia buang..haha...


sampai ja kelas...muka lecturer macam ketat...tunggu jap..haaa ok la...mula-mula cam ok ja dia...abis sesi satu kelas memarketkan diri kat dia...pommm start bab 1 terus..adehh ingat boleh balik awal..kelas dah la sejuk macam duduk dalam freezer plus lect tu pulak cakap macam bisik-bisik ja...boring tahap gaban...ngantuk...camna aku nak mengadap dia sampai bulan 4 nanti..waaa TIDAKKK




nasib aku baik sikit hari nie..pasal sem lepas aku dah dipaksa jadi  class rapperzz...sem ni terlepas la...aduii nak pilih tadi bukan main susah...sapa pon tak mau jadi 'ketua darjah'..kalau dulu masa sekolah rendah berebut2 sampai tarik seluar member nak jadi ketua gajah tu... last2..padan muka hang irsyad..wahahahhaa...jenuh rapp kat dalam kelas.,...




untuk hari nie...kelas tengahari nie aku tak pegi...malas kan?first day dah tunjuk dah kebebalan tak mo ngaji...esok kita tengok lect jenis mana pulak .







11:51 AM | 8 comments | Read More

3 Artis Popular Kelahiran UiTM Kedah..Siapakah Mereka??..Part 2

Written By HAZRIL HAFIZ on Sunday, November 07, 2010 | 4:42 PM


ada yang bertanya dan tertanya-tanya siapakah artis yang lagi 2 orang tu??actualy ada komen dari encik KOBESRUMATEKUYANGGILA yang dah mengexposekan ketiga-tiga artis tu..kuang asam ang kobes...heran pa..aku tak publish comment tu...nyebok ja memanjang..hahahah

bersambung dari entry 

3 Artis Popular Kelahiran UiTM Kedah..Siapakah Mereka??..Part1...

 iaitu Yuna sebagai artis pertama yang aku dedahkan (tahpape cam org xtahu)

ini adalah part 2...sebelum apa2 anda kenal dengan mamat nie x?
gambar nie kalau au tak silap di Courtyard UiTM Kedah masa pertandingan bakat ape tah...sebab aku kenal background tu..haha.

.ok yang kenal senyap...yang kenal tgk gambar nie mesti tau sapa
haaa mamat nie  kenal kn???

artis ke 2 kelahiran UiTM Kedah adalah Maulana AF8  ..sayangnya dia tak jadi juara walaopon antara pilihan untuk jadi juara (yeke??padahal aku tak penah nengok pon AF..haha) ...sebenarnya masa dia masuk AF dan terpilih aku ada jugak dengar2 budak uitm masuk AF tapi malas nak amik tau pasal tu bukan subjek masuk exam pon....tapi last2 masa AF dah nak abis  tu..kn ada gosip dia dgn GF dia si budak nie  namanya Frany Phelsy jugak budak UiTM...budak kos Pre-Law sama dengan Yuna jugak...gosip apa aku malas nak cita..korang google sendirik..haha..

mula-mula tak tahu pon sapa Maulana nie..pastu baru terperassan dalam otak senget aku nie yang aku pernah dgar dia buat persembahan kat tapak pasar malam UiTM...masa tu orang lalu pon buat tak tahu je ...dengar2 cam tu je la...sebab tak popular kn???suara2 sumbang belakang yang bunyik ''pulun2''...''tak sedap langsung'' memang banyak la..hahaha....nasib ko Maulana...sapa suruh tak popular masa tu...simple...nyanyi dengan main gitar kat tapak pasar malam....sedap jgk la suara dia....tapi aku tak minat sangat..haha....

maklumat2 lain berkenaan Maulana aku tak tahu....(padahal malas nak taip dah ) hahaha....akan bsersambung di entry ke 3 dengan tajuk yang sama cuma ubh 2 jadi 3...yang tu pon nak bgtw kn??tah pape orang yang create entry nie...byeeee


p/s : masih terkejut beruk dgn pendedahan BLOGGER ITU...warrrhahahhahahah
4:42 PM | 11 comments | Read More

Labels

TERKINI (173) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (70) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)