Gambar dan Video Kekecohan Di Kuantan | Pahang vs JDT

Written By Hafiz Rahman on Wednesday, May 29, 2013 | 1:55 AM

Kekecohan teruk berlaku pada perlawanan separuh akhir di Kuantan antara Pahang dan Johor Darul Takzim. Kekecohan berlaku apabila kapasiti 40000 penonton yang sepatutnya masuk ke dalam stadium melebihi had sehingga 60000.

"Overcrowd" ini dikatakan disebabkan masalah tiket yang telah dikoyak diguna semula dan masalah ulat tiket.Perlawanan tertangguh hampir sejam sebelum ketua polis daerah mengumumkan keadaan adalah selamat untuk memulakan perlawanan.

Namun beberapa minit kemudian keadaan menjadi bertambah buruk apabila penonton yang berada diluar mula membaling objek ke dalam kawasan penyokong JDT. Pihak pengurusan terpaksa membatalkan dan menunda perlawanan ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak.

1:55 AM | 1 comments | Read More

23 Hilang,181 Selamat Bot Karam di Sungai Rajang

Written By Hafiz Rahman on Tuesday, May 28, 2013 | 7:31 PM

KUCHING - Seramai 23 orang hilang manakala 181 lagi selamat apabila bot ekspres yang mereka naiki karam di Sungai Rajang berhampiran Belaga di pedalaman Sarawak hari ini.


Ketua Polis Daerah Belaga DSP Bakar Sebau berkata kesemua 181 mangsa yang selamat itu kini ditempatkan di dua rumah panjang tidak jauh daripada kawasan kejadian, iaitu kira-kira 40 minit perjalanan dengan bot ekspres dari pekan Belaga.


"Kami masih meneruskan usaha mencari dan menyelamat mereka yang hilang," katanya ketika dihubungi dari sini.


Beliau berkata kejadian dilapor antara pukul 8.30 dan 9 pagi apabila bot ekspres 'Bakun Mas' itu mengalami masalah enjin selepas melangar serpihan kayu di sungai itu.


Ketika kejadian bot dengan kapasiti 67 penumpang itu sarat dengan penumpang yang ingin pulang untuk sambutan Hari Gawai, kebanyakannya pekerja pembalakan dan ladang kelapa sawit di kawasan itu.

Anggota Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Majlis Daerah Kapit Betek Lahang ketika dihubungi berkata polis dan jabatan serta agensi kerajaan berkaitan sedang mengumpul maklumat mengenai jumlah sebenar mangsa terlibat.
Beliau berkata ketika kejadian bot ekpress yang penuh dengan penumpang itu dalam perjalanan ke Kapit dan Sibu selepas kira-kira 40 minit berlepas dari bandar Belaga.


Polis dan pasukan perubatan kini berada di tempat kejadian dan sehingga petang ini usaha mencari dan menyelamat masih dijalankan, katanya.
Pegawai Daerah Belaga Abdul Halim Abdullah ketika dihubungi berkata beliau dan anggota Parlimen Hulu Rajang Wilson Ugak Kumbong dan anggota Dewan Undangan Negeri Belaga Liwan Lagang dalam perjalanan ke tempat kejadian. - Bernama

7:31 PM | 0 comments | Read More

Ustaz Azhar Idrus Kahwin Lagi

Written By Hafiz Rahman on Sunday, May 26, 2013 | 11:22 PM

ustaz azhar idrus, ustaz azhar idrus kahwin , ustaz azhar idrus kahwin kali ke 3, uai kahwin,

Alhamdulillah, tahniah diucapkan kepada Big Boh dan ustaz kesayangan ramai iaitu ustaz Azhar Idrus yang telah selamat melangsungkan perkahwinan ketiganya pada tanggal 26 Mei 2013. Menurut beberapa sumber, isteri ketiga Ustaz Azhar adalah anak kepada Saudara Tn. Hj. Omar Tahar, Ketua Cawangan Keramat Keramat Permai AU1. Isteri ke3 beliau bernama Izyan dan berumur 27 tahun.

Sama sama kita doakan semoga jodoh beliau sentiasa dirahmati dan berpanjangan ke syurga yang abadi. Amin. berikut beberapa foto semasa majlis tersebut.

image

Payung emas buat isteri pertama dan kedua UAI. Alhamdulillah .

image

image

image

image

11:22 PM | 0 comments | Read More

Labels

TERKINI (175) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (71) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)