Faizal Ismail (FBI) Letak Jawatan DJ Hot FM

Written By HAZRIL HAFIZ on Thursday, October 24, 2013 | 5:55 PM

Pagi tadi dunia hiburan dikejutkan dengan pengumuman Faizal Ismail mengenai perletakan jawatan beliau sebagai DJ Rasmi Hot FM berkuatkuasa serta merta. Rakan DJ beliau sendiri ternyata terkejut dengan pengumuman mengejut FBI ini,

image

Berikut adalah kenyataan rasmi berkaitan perletakan jawatan Faizal Ismail (FBI) DJ Rasmi Hot FM pagi tadi

"Pihak pengurusan Rangkaian Radio Media Prima Berhad hari ini mengumumkan bahawa Mohd Faizal Bin Ismail akan menamatkan kontraknya bersama stesen radio itu pada 16 November 2013. Beliau yang lebih dikenali sebagai FBI, berhasrat untuk memberikan sepenuh fokusnya terhadap perniagaan beliau yang baru sahaja bermula.

Walaubagaimanapun, FBI akan meneruskan perkhidmatan beliau bersama Hot FM sehingga pertengahan November 2013. FBI, sepanjang berkhidmat di bawah stesen radio Hot FM merupakan seorang yang sangat komited dengan tugas sebagai seorang penyampai radio. Beliau yang juga penerima anugerah penyampai radio lelaki popular selama 6 tahun berturut-turut sentiasa bersedia dengan idea-idea luar kotak setiap kali diperlukan.

Begitupun, Hot FM akan terus berkolaborasi bersama FBI untuk projek akan datang memandangkan FBI masih relevan dengan pasaran stesen radio tersebut. FBI juga bakal menyumbangkan khidmatnya sebagai penyampai radio sambilan di Hot FM selesai tamat kontraknya nanti. Hot FM ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada FBI sepanjang penglibatan beliau bersama Hot FM malah pihak pengurusan radio tersebut juga akan terus menyokong karier dan masa hadapan beliau pada masa akan datang."
 

Faizal sendiri melalui laman page facebook rasmi beliau mengesahkan berita ini

image

 

5:55 PM | 0 comments | Read More

Gambar Banjir Di Cameron Highlands

Written By HAZRIL HAFIZ on Wednesday, October 23, 2013 | 4:39 PM

image

CAMERON HIGHLANDS: Dua pekerja asing maut dan seorang lagi masih hilang dalam kejadian banjir lumpur di Lembah Bertam, Ringlet di sini, awal pagi tadi.

Mangsa yang terbunuh dalam kejadian itu dikenali sebagai Md Jahangir, 30-an warga Bangladesh manakala seorang wanita, Kesumat, 46, warga Indonesia dipercayai lemas akibat kejadian itu.

Sementara gerakan mencari seorang lagi mangsa warga Indonesia, Jarwati, 17, sedang dijalankan.

Ketua Polis Daerah Cameron Highland Deputi Superintendan Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, gerakan mencari dan menyelamat sedang dijalankan

"Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 1 pagi apabila pelepasan air dari empangan Sultan Abu Bakar melimpah sehingga mengalir ke kawasan kampung berhampiran.


"Sebanyak 80 rumah terjejas akibat kejadian," katanya.

Menurutnya, sehingga kini 38 orang sudah dipindahkan ke Dewan Orang Ramai Ringlet.

 

image

 

image

4:39 PM | 0 comments | Read More

Labels

TERKINI (173) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (70) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)