Gambar Hotel California Dalam Lagu Nyanyian The Eagles

Written By HAZRIL HAFIZ on Saturday, November 26, 2011 | 8:00 PM

Pastinya semua orang tahu lagu Hotel California nyanyian The Eagles yang menjadi siulan zaman berzaman. Dan lagu tersebut masih popular dan menjadi nostalgia sehingga sekarang. Hotel California yang disebut dalam lagu tersebut sebenarnya memang benar benar wujud dan  harini,aku nak tunjukkan beberapa gambar Hotel tersebut.

hotel carlifonia 01 Gambar Hotel California yang Terkenal

Pintu masuk utama hotel california

hotel carlifonia 02 Gambar Hotel California yang Terkenal

swimming pool

hotel carlifonia 03 Gambar Hotel California yang Terkenal

 

Hotel Carlifonia 04 Gambar Hotel California yang Terkenal

 

Hotel Carlifonia 05 Gambar Hotel California yang Terkenal

 

Hotel Carlifonia 06 Gambar Hotel California yang Terkenal

 

Hotel Carlifonia 09 Gambar Hotel California yang Terkenal

 

Hotel Carlifonia 10 Gambar Hotel California yang Terkenal

 

Hotel Carlifonia 12 Gambar Hotel California yang Terkenal

 

Hotel Carlifonia 11 Gambar Hotel California yang Terkenal

 

Hotel Carlifonia 08 Gambar Hotel California yang Terkenal

 

Hotel Carlifonia 07 Gambar Hotel California yang Terkenal

itu bilik air

Bukan la semewah hotel 5 bintang yang lain tapi kerana kepopularitian lagu tersebut, Hotel ini menjadi terkenal. Promosi percuma yang Hotel ini dapat. Bukan sekejap, tapi dikenang sepanjang zaman. Untuk pengetahuan, Hotel California ini terletak di Todos Santos sebuah pekan kecil di semenanjung Mexico Baja California. Ia dutubuhkan oleh imigran China pada tahun 1948 dan telak diubahsuai pada tahun 2002. Pengubahsuaian itu menjadikan hotel yang asalnya mempunyai 16 bilik bertukar kepada 11 suite.

 

sumber: cisdel.com

8:00 PM | 1 comments | Read More

10 Checklist Penting Menghadapi Banjir

Written By HAZRIL HAFIZ on Friday, November 25, 2011 | 7:13 PM

banjir yang dah mula  melanda kawasan Pantai Timur nampaknya dah  semakin teruk dengan parasa air dah semakin naik . Jadi penduduk yang kawasan rumah mereka masih belum dinaiki banjir pun perlu lakukan checklist penting menghadapi banjir supaya kerosakan harta benda yang banyak dan kehilangan nyawa dapat dielakkan . Kita tak mau setiap kali terjadi bencana banjir, banyak nyawa terkorban dan harta benda banyak yang rosak. Salah satu sebab utama adalah penduduk yang berisiko menghadapi banjir tak buat persiapan rapi menghadapi banjir. Kat bawah ni aku listkan 10 checlist penting yang perlu diambil berat semasa menghadapi musim banjir. 

  1. Pastikan semua suis elektrik dan suis utama dimatikan
  2. sediakan barang keperluan asas yang paling penting
  3. simpan semua dokumen pentingh dan barang berharga ditempat selamat untuk elakkan kecurian dan kehilangan semasa bencana
  4. awasi anak anda dan jangan biarkan mereka bermain dengan air
  5. pastikan rumah anda berkunci semasa ditinggalkan dan letakkan barang ditempat yang tinggi untuk elakkan air yang meningkat naik merosakkan lebih banyak barang,
  6. bersiap sedia untuk berpindah dan ikut arahan pihak berkuasa jika anda diminta mengosongkan kawasan rumah anda
  7. jangan keluar rumah mengharungi air banjir kerana bimbang dihanyutkan air deras
  8. jangan memandu mengharungi air kerana dikhuatiri kenderaan anda dihanyutkan
  9. simpan air bersih secukupnya untuk kegunaan memasak dan minuman
  10. simpan nombor penting untuk kecemasan (saudara terdekat, pihak berkuasa)

 

Kita doakan semoga banjir yang melanda pada kali ni tak seteruk tahun 2004. Rumah aku masa tu air naik sampai lepas paras tingkap. Habis segala galanya rosak. So ambil perhatian dengan semua checklist di atas ya tuan tuan dan puan puan. Yang kecik kecik tu nasihatkan jangan seronok sangat nak main air. Walaupun seronok tapi risikonya sangat tinggi sebab waktu banjir arus aliran air akan jadi deras di sesetengah kawasan terutamanya kawasan yang rendah. Air dari kawsan tinggi akan masuk kekawasan rendah. Even kereta besar pun air boleh hanyutkan inikan pulak kita manusia yang kecil ni. Mohon dijauhkan.

7:13 PM | 0 comments | Read More

Contest Gadget Impian Oleh Denaihati

Written By HAZRIL HAFIZ on Thursday, November 24, 2011 | 2:28 PM

Boleh tekan butang like, atau retweet button disebelah kiri entry ini untuk bantu saya capai impian memiliki sebuah gadget impian.Atau komen pada entry ini.  Terima kasih sudi datang? Red heart

 

Alhamdulillah dah lepas syarat untuk sertai contest gadget impian oleh Denaihati. Impian dan cita cita adalah satu benda biasa yang ada dalam fikiran setiap manusia normal. Setiap insan yang punya impian adalah mereka yang lebih berpeluang untuk berjaya di masa depan. Aku , ada impian aku sendiri. Bermacam macam impian yang aku pendam dan simpan. Cuma masa dan ketika yang menentukan bila dan tikanya impian tu nak dipenuhi satu persatu. Tapi insyaAllah dengan rezeki Allah, aku percaya yang semua impian aku akan tercapai satu masa nanti.

 

Dah lama aku simpan hajat nak ada sebuah gadget impian aku sendiri macam orang lain. Tapi masih belum berpeluang sampai harini. Masih banyak tanggungan lain yang perlu diutamakan. Pelajaran, belanja harian, nak makan lagi. Walaupun ini impian utama aku, tapi tak apalah sebab kita kena bagi prioriti kepada yang lebih penting dahulu kan? Takkan semata mata kita nak penuhi keperluan duniawi kita dengan benda benda baru, kita nak abaikan keperluan kita untuk hidup kan? Itu namanya tak ada akal.  Aku memang nak sangat ada peluang menggenggam sebijik Samsung Galaxy S 2.Akuy punya sendiri.  Tipu la kalau siapa yang tak minat dengan gadget “impian setiap insan” ni. Tau tak sebab apa aku punya impian sendiri untuk ada sebuah Samsung Galaxy S 2 ni?

samsung-galaxy-s2-1

Sekarang ni aku pakai Sony Ericsson W8, itupun kakak aku yang baik hati bagi sebab sebelum ni aku cuma pakai HP yang aku beli dengan harga RM80 yang cuma ada fungsi Call dan SMS je. Terima kasih kakak. Tapi tak apa, aku rela je pakai sedangkan orang lain pakai hp mahal mahal, sebab masa tu keadaan kewangan tak membenarkan aku untuk dapat semua tu . Masa aku pakai hp RM 80 tu macam macam benda yang aku terlepas . Yela dah nama pun hp 80 ringgit for sure la tak ada camera kan?Banyak event dan kenangan yang aku lepas termasuk la raya pada tahun tu. Masa tu camera rosak.  Aku memang dari kecik tak pernah ada camera sendiri. Entah sebab apa, tak tahu la saja tak mau beli or memang tak berkemampuan untuk beli. Sebab tu la aku simpan impian nak ada sebuah Gadget yang ada segala galanya dalam masa yang sama. Samsung Galaxy S 2 memang pilihan utama aku sebab ia ada ciri ciri sebuah smartphone yang memang aku idamkan dah lama dah. Lama dahh. Lama sangat impian ni aku pendam dan simpan.

 

Macam aku cakap tadi,sekarang aku pakai hp W8 tu kan? Kalau la aku dapat penuhi  impian aku nak dapatkan sebuah gadget impian aku iaitu Samsung Galaxy S 2 , aku nak serahkan hp yang aku ada sekarang kat mak aku. Sebab hp ni aku baru pakai 2bulan dan masih tak ada calar lagi.Mak sekarang pakai hp biasa. Dan dia memang minat sangat sangat  dengan hp aku sekarang. Mak memang suka dengar lagu lagu. Selalunya kat rumah dia bukak radio je. Ikut ja lagu apa yang ada.Mak pernah cakap dengan aku. “ Nanti dah kerja, beli la hp canggih kat mak satu, kalau tak reti mak belajar la slow” . Masa tu aku dah sentap dah sebab sebagai anak lelaki tunggal, mesti la aku rasa nak penuhi semua impian ibu tersayang kan? Tapi aku masih tak berkemampuan nak penuhi impian tu lagi. Sory makk. Sekarang ni apit dah masuk contest Denaihati ni, kalau apit dapat Samsung ni, mak ambik la hp apit k.Open-mouthed smile  Memang hp tu sesuai sebab dia Walkman dan mak memang suka dengar lagu lagu kan?? Lagipun mak cakap mak suka sangat kan hp ni??

 

Alamak tetiba buat entry sedih la pulak nak join contest kan? Bukan apa , kalau dah mula menaip, ada ja idea datang dekat aku. Dan bukan nak menagih simpati dengan buat entry ini. Cuma nak memenuhi impian yang lama aku simpan dan dalam masa sama menggembirakan mereka yang tersayang.  So , kawan kawan , readers, anonymous, pembaca setia yang selalu datang ke sini. Nak mohon jasa baik korang semua untuk sama sama tolong aku realisasikan impian aku bersama Denaihati and the team untuk memiliki sebuah Gadget Impian.

 

Untuk membantu , cuma tekan like button dibahagian kiri entry ini , retweet atau komen di entry atau ketiga tiga sekali. Terima kasih kawan kawan.Red heartThumbs up

 

Di akhir setiap entri mesti ada ayat “Contest Gadget Impian anjuran Denaihati.com ditaja bersama oleh Eizil.com, Anarm.net, eQurban.com, Silver Asia Sdn Bhd, Kedai Kak Siti, Rakan Niaga Al Ansar dan Serverfreak“.

2:28 PM | 11 comments | Read More

Lady Gaga Lupa Pakai Seluar

Written By HAZRIL HAFIZ on Sunday, November 20, 2011 | 8:00 AM

LONDON: Berpakaian aneh sememangnya menjadi perkara biasa bagi penyanyi Lady Gaga, bagaimanapun kali ini lebih pelik.
Penyanyi lagu Born This Way ini berani tampil tanpa seluar.
Biarpun dilihat sebagai salah satu gaya fesyen, Gaga kelihatan seolah-olah terlupa untuk memakai seluar.
Seperti dipetik dailymail, Gaga ketika meninggalkan Fountain Studios di Wembley selepas program X-Factor telah mencuri perhatian orang ramai yang berada di situ.
Bagaimanapun, penampilannya bukan sahaja dilihat ganjil malahan tidak bersesuaian dengan cuaca dingin di London.

 


Dia ni kan memang suka wat benda pelik pelik. Memang tak heran la. Entah lepas ni dia boleh lupa pakai baju plak. Susahh tu..hehe
8:00 AM | 1 comments | Read More

Labels

TERKINI (173) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (70) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)