Home » , » Contest Gadget Impian Oleh Denaihati

Contest Gadget Impian Oleh Denaihati

Written By HAZRIL HAFIZ on Thursday, November 24, 2011 | 2:28 PM

Boleh tekan butang like, atau retweet button disebelah kiri entry ini untuk bantu saya capai impian memiliki sebuah gadget impian.Atau komen pada entry ini.  Terima kasih sudi datang? Red heart

 

Alhamdulillah dah lepas syarat untuk sertai contest gadget impian oleh Denaihati. Impian dan cita cita adalah satu benda biasa yang ada dalam fikiran setiap manusia normal. Setiap insan yang punya impian adalah mereka yang lebih berpeluang untuk berjaya di masa depan. Aku , ada impian aku sendiri. Bermacam macam impian yang aku pendam dan simpan. Cuma masa dan ketika yang menentukan bila dan tikanya impian tu nak dipenuhi satu persatu. Tapi insyaAllah dengan rezeki Allah, aku percaya yang semua impian aku akan tercapai satu masa nanti.

 

Dah lama aku simpan hajat nak ada sebuah gadget impian aku sendiri macam orang lain. Tapi masih belum berpeluang sampai harini. Masih banyak tanggungan lain yang perlu diutamakan. Pelajaran, belanja harian, nak makan lagi. Walaupun ini impian utama aku, tapi tak apalah sebab kita kena bagi prioriti kepada yang lebih penting dahulu kan? Takkan semata mata kita nak penuhi keperluan duniawi kita dengan benda benda baru, kita nak abaikan keperluan kita untuk hidup kan? Itu namanya tak ada akal.  Aku memang nak sangat ada peluang menggenggam sebijik Samsung Galaxy S 2.Akuy punya sendiri.  Tipu la kalau siapa yang tak minat dengan gadget “impian setiap insan” ni. Tau tak sebab apa aku punya impian sendiri untuk ada sebuah Samsung Galaxy S 2 ni?

samsung-galaxy-s2-1

Sekarang ni aku pakai Sony Ericsson W8, itupun kakak aku yang baik hati bagi sebab sebelum ni aku cuma pakai HP yang aku beli dengan harga RM80 yang cuma ada fungsi Call dan SMS je. Terima kasih kakak. Tapi tak apa, aku rela je pakai sedangkan orang lain pakai hp mahal mahal, sebab masa tu keadaan kewangan tak membenarkan aku untuk dapat semua tu . Masa aku pakai hp RM 80 tu macam macam benda yang aku terlepas . Yela dah nama pun hp 80 ringgit for sure la tak ada camera kan?Banyak event dan kenangan yang aku lepas termasuk la raya pada tahun tu. Masa tu camera rosak.  Aku memang dari kecik tak pernah ada camera sendiri. Entah sebab apa, tak tahu la saja tak mau beli or memang tak berkemampuan untuk beli. Sebab tu la aku simpan impian nak ada sebuah Gadget yang ada segala galanya dalam masa yang sama. Samsung Galaxy S 2 memang pilihan utama aku sebab ia ada ciri ciri sebuah smartphone yang memang aku idamkan dah lama dah. Lama dahh. Lama sangat impian ni aku pendam dan simpan.

 

Macam aku cakap tadi,sekarang aku pakai hp W8 tu kan? Kalau la aku dapat penuhi  impian aku nak dapatkan sebuah gadget impian aku iaitu Samsung Galaxy S 2 , aku nak serahkan hp yang aku ada sekarang kat mak aku. Sebab hp ni aku baru pakai 2bulan dan masih tak ada calar lagi.Mak sekarang pakai hp biasa. Dan dia memang minat sangat sangat  dengan hp aku sekarang. Mak memang suka dengar lagu lagu. Selalunya kat rumah dia bukak radio je. Ikut ja lagu apa yang ada.Mak pernah cakap dengan aku. “ Nanti dah kerja, beli la hp canggih kat mak satu, kalau tak reti mak belajar la slow” . Masa tu aku dah sentap dah sebab sebagai anak lelaki tunggal, mesti la aku rasa nak penuhi semua impian ibu tersayang kan? Tapi aku masih tak berkemampuan nak penuhi impian tu lagi. Sory makk. Sekarang ni apit dah masuk contest Denaihati ni, kalau apit dapat Samsung ni, mak ambik la hp apit k.Open-mouthed smile  Memang hp tu sesuai sebab dia Walkman dan mak memang suka dengar lagu lagu kan?? Lagipun mak cakap mak suka sangat kan hp ni??

 

Alamak tetiba buat entry sedih la pulak nak join contest kan? Bukan apa , kalau dah mula menaip, ada ja idea datang dekat aku. Dan bukan nak menagih simpati dengan buat entry ini. Cuma nak memenuhi impian yang lama aku simpan dan dalam masa sama menggembirakan mereka yang tersayang.  So , kawan kawan , readers, anonymous, pembaca setia yang selalu datang ke sini. Nak mohon jasa baik korang semua untuk sama sama tolong aku realisasikan impian aku bersama Denaihati and the team untuk memiliki sebuah Gadget Impian.

 

Untuk membantu , cuma tekan like button dibahagian kiri entry ini , retweet atau komen di entry atau ketiga tiga sekali. Terima kasih kawan kawan.Red heartThumbs up

 

Di akhir setiap entri mesti ada ayat “Contest Gadget Impian anjuran Denaihati.com ditaja bersama oleh Eizil.com, Anarm.net, eQurban.com, Silver Asia Sdn Bhd, Kedai Kak Siti, Rakan Niaga Al Ansar dan Serverfreak“.

Kongsi Cerita Ini Bersama Rakan

11 comments

November 30, 2011 at 9:12 PM

hye datang dari contest denaihati...
jemput2 datang, komen2, and like2 sini ye :) |DenaiHati Impian Menjadi Kenyataan|

December 1, 2011 at 5:43 PM

datang ke sini untuk beri sokongan,semoga berjaya

December 2, 2011 at 10:14 PM

gud luck

mai support kakyong sama
http://www.kakyong.com/2011/11/gadget-impian-kakyongdotcom.html

December 2, 2011 at 10:14 PM

gud luck

mai support kakyong sama
http://www.kakyong.com/2011/11/gadget-impian-kakyongdotcom.html

December 2, 2011 at 10:15 PM

kenapa ya, x nampak pun butang retweet dlm n3 ni..

gud luck ya..

December 2, 2011 at 10:22 PM

gud luck! gadget impian kita same! hehe..

http://de-efjay.blogspot.com/2011/11/kenapa-samsung-galaxy-s2.html

December 3, 2011 at 1:36 AM

+1 dah..

December 3, 2011 at 10:53 AM

good luck bro..masa masih lagi ada seminggu..apa-apa pun boleh jadi dalam masa seminggu..

December 4, 2011 at 12:36 AM

Dh vote..& komen..tolg gak http://eiz1004.upprofits.com/samsung-galaxy-note-sebaga-gadjet-impianku/

December 5, 2011 at 10:58 AM

mana button RT and G+?

nana xnampak.

jadi klik button like FB je and komen.

gud luck

http://yuslianayusof.blogspot.com/2011/11/contest-gadjet-impian-by-denaihati_19.html

December 5, 2011 at 12:06 PM

support | good luck ^^

Post a Comment

Kindly Leave Your Comment Here..=)

Labels

TERKINI (173) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (70) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)