Monday, March 19, 2012

Semak Saman Trafik Online / SMS

1 comments | Read more...

semak saman online, semak saman sms, cara semak saman online, cara semak saman polis, cara semak saman jpj, harga saman, saman pdrm, bayar saman, kena saman, email semak saman, kereta kena saman


Saman bukanlah satu perkataan yang disenangi rakyat Malaysia. Perkataan saman atau kena saman selalunya akan diikuti oleh makian si kena saman kepada yang menyaman (si polis or jpj or DBKL la kan? ) . Benda biasa la bila kena saman , “ter”maki polis. Yela, melayang gak la 2-300 sekali kena saman. Dah la saman sekarang dah mahal. (Ada orang kata nak cover balik segala harta benda negara yang dah dicilok “orang2 atasan” tu). hmm entah la…….

**jangan ingat anda cantik, anda tak akan disaman. hehee

Bagaimana untuk anda semak saman ? Kena pergi balai polis ke nak semak? For sure la orang memang tak mau pergi sana. Jadi , perkembangan teknologi memang menyenangkan anda untuk semak secara online, di depam laptop anda sahaja . tanpa perlu berjalan dan membuang masa ke balai polis.

Cara cara semak saman

Semak Saman JPJ Online :

  • Taip POLIS SAMAN [NO KAD PENGENALAN] hantar kepada 32728
  • contoh :  POLIS SAMAN 123456789 hantar kepada 32728
  • cara diatas hanya memberi info tentang saman anda secara ringkas. Bagi mendapatkan info secara detail , ini caranya:

  • SAMAN POLIS [no pendaftaran kenderaan] SEMUA , hantar kepada 32728
  • contoh :  SAMAN POLIS ABC 1234 hantar kepada 32728
  • dan jika anda tak mahu check menggunakan handphone, alternatif lain adalah dengan menggunakan email anda . Detail saman akan terus di email kepada anda ;

  • POLIS SAMAN [no pendaftaran kenderaan] [email ] hantar kepada 32728
  • Contoh : POLIS SAMAN ABC 1234 hafizrahman90@gmail.com dan hantar ke 32728
  • Kerajaan jugak telah menyediakan perkhidmtan melalui laman MyEG dimana anda boleh membuat pembayaran saman tetapi anda perlu mendftar sebagai ahli MyEG dahulu.


    KLIK UNTUK DAFTAR AHLI MyEG


    Untuk semakan secara atas talian, anda boleh terus klik mana  mana satu link dibawah :


    >> Klik untuk isi borang pendaftaran peringatan saman melalui emel<<

    >> Klik sini untuk membayar saman online<<


    ** Jangan tangguh saman anda terlalu lama. Bila dah berlapis lapis saman, nampak banyak. Settlekan satu satu secara berperingkat ataupun ambil peluang jika ada promosi atau diskaun bayaran saman. Jangan biar tak bayar nanti kena blacklist nama kan dah susah.

     

    Pemandu Langgar Lari Rafizi Hamdan Serah Diri

    0 comments | Read more...

    Susulan dari kes langgar lari pelumba basikal negara iaitu Rafizi Hamdan seperti yang telah dihebahkan pagi tadi dalam entry VIDEO CCTV RAFIZI HAMDAN DILANGGAR LARI HINGGA MAUT, suspek kemalangan telah menyerah diri. Baca berita penuh dibawah :

    Pemandu kereta yang terlibat dalam kemalangan langgar lari sehingga mengorbankan bekas pelumba basikal Le Tua, Rafizi Hamdan dekat Taman Melawati di sini semalam, menyerah diri kepada polis pagi ini dan akan didakwa dalam masa terdekat.


    Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, polis telah mengambil keterangan suspek yang berusia 20-an itu dan kertas siasatan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya.


    “Pemandu warga tempatan itu telah menyerah diri pada jam 11 pagi di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, suspek telah dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya.
    Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara berbahaya atau melulu hingga menyebabkan kematian.


    Sinar Harian difahamkan suspek enggan berhenti selepas melanggar Rafizi kerana takut dibelasah oleh saksi di tempat kejadian.

    Video CCTV Rafizi Hamdan Dilanggar Lari Hingga Maut

    0 comments | Read more...

    rafizi hamdan meninggal, pelumba basikal dilanggar lari, langgar lari, video pelumba basikal dilanggar, pelumba basikal rafizi hamdan, video rafizi hamdan dilanggar


    Pelumba basikal dari Kelab Basikal Le Tua maut dirempuh kereta dalam kejadian langgar lari ketika berbasikal di kawasan Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran susur Taman Melawati di sini semalam.

    Rafizi Hamdan, 37, yang menggunakan laluan itu menuju ke Batu 12 Gombak mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala setelah dirempuh kereta dari arah belakang, dipercayai jenis Proton Saga, yang kemudian bertindak melarikan diri.

    Rafizi yang merupakan pekerja CIMB Bank dikatakan mahu menyertai anggota kelab basikal yang lain di kawasan Batu 12 Gombak bagi aktiviti riadah di hujung minggu. 
    Jurucakap polis ketika dihubungi hari ini berkata polis sedang mengesan pemilik kenderaan yang terlibat dalam kejadian pada pukul 8 pagi itu

    .
    Ketua Polis Daerah Ampang ACP Amirudin Jamaludin ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dalam keadaan membahaya sehingga menyebabkan kematian.

    **Bagus la kalau pemandu tu dah ditahan. Mungkin masa dia langgar tu dia upanik. Terus lari la. Bukan semua kes langgar lari ni disebabkan sikap tak bertanggungjawab. Ada jugak kes dimana si pelanggar terlalu panik. Tapi lepas tu dia sendiri ke balai polis untuk report .Al Fatihah untuk arwah .

    UPDATED : PEMANDU LANGGAR LARI RAFIZI HAMDAN SERAH DIRI

    Sunday, March 18, 2012

    Gambar Ferrari Terbakar Di Seremban

    0 comments | Read more...

    Ferrari terbakar di Seremban,gambar ferrari terbakar, ferrari terbakar, ferrari kemalangan, gambar ferrari kemalangan


    Sebuah kereta Ferrari terbakar dalam satu kejadian di Kilometer 28.2, Lebuhraya Kajang-Seremban. Kereta yang dipercayai berkonvoi bersama kereta mewah yang lain itu terbakar dalam perjalanan menghala ke Seremban.

    image

    Pemandu Ferrari tersebut yang berumur dalam lingkungan 50 tahun sempat menyelamatkan diri dengan memberhentikan kenderaanya di lorong kecemasan apabila menyedari keretanya mula terbakar.

    Sebuah jentera bersama sepasukan lima anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Mantin bergegas ke tempat kejadian untuk memadamkan kebakaran itu sejurus menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.21 pagi.

    image

    Pegawai Bomba merangkap ketua operasi, Jayagaren Jaganatha Thevar berkata sejurus tiba lapan minit kemudian, pihaknya mendapati api sudah marak dan memusnahkan keseluruhan kereta Ferrari berkenaan.

    image

    Bomba berjaya mengawal kebakaran kereta mewah itu dalam tempoh beberapa minit. Walaubagaimanapun, pemeriksaan lanjut mendapati 90 peratus struktur kereta itu telah musnah. Punca sebenar kejadian masih lagi disiasat.

    **Menangis jugak la kan tengok kereta mahal macam ni terbakar. Tapi tak apa la. Bukan terbakar macam tu je. Insuran tetap boleh claim. So tak rugi banyak mana sangat pun kan? Dan yang pakai ni confirm2 la memang dari golongan yang kaya gila.

    **Baru ja lalu sebelah Naza World tadi masa otw nak ke Mid Valley . Banyaknya kereta mewah dalam tu. Bila la agaknya nak boleh pakai kereta mewah mewah ek.

     

    Saturday, March 17, 2012

    Tutorial Pasang Floating Share Button di Blogspot

    0 comments | Read more...

    Antara masalah paling besar dan perkara paling susah dalam dunia blogging salah satunya adalah menarik pembaca ke blog atau website anda. Kadang kadang entry dah menarik dan sepatutnya mendapat perhatian pembaca, tapi kerana kurang publisiti dan promosi untuk entry tersebut, ianya menajdi sia sia. Jadi bagaimana untuk menangani masalah ini? Jawapannya adalah dengan mengguna dan memanipulasi media sosial sebagai medium penyebaran . Laman sosial sperti facebook, twitter dan g+1 adalah medium terbaik untuk mempromosikan entry terbaik anda setiap hari bersama pengguna laman sosial tersebut.

    Hari ni aku nak buat satu tutorial bagaimana untuk memasang widget social share yang akan float atau terapung setiap masa dihalaman yang dibuka walaupun anda skrol ke bawah seperti yang berada disebelah kiri entry yang sedang anda baca ini .

    Sebelum bermula, seeloknya anda memasang button like disetiap entry kerana widget Floating Share Button ini lebih effektif jika dipasang bersama button like. Tutorial like button boleh dirujuk di Tutorial Letak Facebook Like Button Di Setiap Entry

    image

    Berbalik kepada widget ini. Widget Floating Share Button ini akan berada disebelah kiri setiap entry anda. Antara kelebihan widget ini :

    1. Fix widget: bermakna ianya akan tetap berada dihalaman yang dibuka walaupun anda skrol ke bawah
    2. Link ke entry atau address yang dibuka dan bukan halaman utama blog anda sahaja.
    3. Setiap like atau share akan dikira dan counter akan mula mengira berapa banyak entry anda dikongsi. (Contoh dalam gambar, entry TUTORIAL LENGKAP CARA LAJUKAN BROWSER FACEBOOK ANDA telah dikongsi sebanyak 582 orang pembaca. Bayangkan jika dari setiap  satu share dapat menarik 10-20 pembaca. Banyak kan pembaca yang anda boleh tarik untuk satu satu entry yang menarik. Banyak bukan?  )

    Bagaimana untuk memasang widget ini? Mudah dan senang tanpa perlu edit apa apa coding dibahagian edit html. Hanya ikut beberapa langkah mudah dibawah :

    1. Login Blogger Dashboard --> Layout --> Add A Gadget --> HTML/Javascript.
    2. Copy dan paste kod  di bawah pada content HTML/Javascript.

    <!-- floating page sharers Start -->
    <style>
    #pageshare {position:fixed; bottom:17%; margin-left:-705px; float:left;
    -moz-border-radius:5px 0px 5px 0px;
    -webkit-border-bottom-left-radius:5px;
    -webkit-border-bottom-right-radius:0px;
    -webkit-border-top-left-radius:5px;
    -webkit-border-top-right-radius:0px;
    background-color:#ffffff;padding:0 0 2px 0;z-index:10;}
    #pageshare .sbutton {float:left;clear:both;margin:5px 5px 0 5px;}
    .fb_share_count_top {width:48px !important;}
    .fb_share_count_top, .fb_share_count_inner {-moz-border-radius:3px;-webkit-border-radius:3px;}
    .FBConnectButton_Small, .FBConnectButton_RTL_Small {width:49px !important; -moz-border-radius:3px;/*bs-fsmsb*/-webkit-border-radius:3px;}
    .FBConnectButton_Small .FBConnectButton_Text {padding:2px 2px 3px !important;-moz-border-radius:3px;-webkit-border-radius:3px;font-size:8px;}
    </style>
    <div id='pageshare' title="Share this">
    <div class='sbutton' id='fb'>
    <a name="fb_share" type="box_count" href="http://www.facebook.com/sharer.php">Share</a><script src="http://static.ak.fbcdn.net/connect.php/js/FB.Share" type="text/javascript"></script>
    </div>
    <div class='sbutton' id='rt'>
    <script src="http://tweetmeme.com/i/scripts/button.js" type='text/javascript'></script>
    </div>
    <div class='sbutton' id='digg' style='margin-left:3px;width:48px'>
    <script src='http://widgets.digg.com/buttons.js' type='text/javascript'></script>
    <a class="DiggThisButton DiggMedium"></a>
    </div>
    <div class='sbutton' id='gplusone'>
    <script type="text/javascript" src="http://apis.google.com/js/plusone.js"></script>
    <g:plusone size="tall"></g:plusone>
    </div></div>

    **Tambahan :

    1. Untuk mengubah warna background, sila edit kod background-color:#ffffff;
    2. Ada sesetengah template yang bersaiz besar akan menghadapi masalah widget ini bertindih dan menghalang halaman blog anda atau entry. Jangan risau, cuma perlu masuk ke dalam code tadi dan edit kod berikut  margin-left:-705px; . Edit jumlah 705px tersebut ke angka lain yang lebih besar atau kecil sehingga ia betul betul berada di posisi yang anda inginkan.

    Selamat mencuba. Jika ada sebarang masalah, boleh bertanya diruangan komen. InsyaAllah akan dibantu sekadar termampu.

    Dewi Persik Dipenjara 2 Bulan Kes Gaduh Dengan Julia Perez

    0 comments | Read more...

    15 Mac – Selepas hampir dua tahun melalui proses perbicaraan, kes percakaran antara dua aktres jelita Dewi Persik (Depe) dan Julia Perez (jupe) akhirnya selesai apabila Mahkamah Negeri, Jakarta Timur telah menjatuhkan hukuman penjara dua bulan dengan masa percubaan selama empat bulan terhadap Dewi Persik.

    Menurut detikHot, keputusan yang dibacakan dihadapan Depe atau nama sebenarnya Dewi Murya Agung didapati bersalah kerana mendatangkan kecederaan kepada Jupe. Depe menangis dan terkejut kerana tidak menyangka akan menerima hukuman seperti itu sebaik saja mendengar keputusan dibacakan.

    Depe disabitkan kesalahan telah melanggar Fasal 352, Ayat 1 di bawah segmen penganiayaan.

    Kes percakaran kedua-dua aktres ini berlaku ketika sedang melakukan penggambaran filem "Arwah Goyang Kerawang" pada November 2010 yang lalu. Hukuman yang dikenakan terhadap Depe ini jauh lebih ringan dari apa yang dituntut oleh pihak pendakwaraya.

    Sementara itu, bekas isteri Saipul Jamil akan turut menjalani tempoh percubaan selama empat bulan dimana dia harus berkelakuan baik dan sekiranya dia melanggar undang-undang dalam tempoh tersebut, dia akan dipenjarakan.

    **tu la sapa suruh gaduh kan dah kena penjara. 2 bulan pun lama tu. Kalau di Malaysia , artis bergaduh belum pernah dikenakan sebarang denda yang macam ni. Asyik saman, saman , saman tapi tak ada apa apa pun. Kes tetap tak selesai.

    source

    Friday, March 16, 2012

    Gambar , Spesifikasi Dan Full Video Teaser Proton P3-21A

    0 comments | Read more...

    p3-21a, proton p3-21a, spesifikasi proton p3-21a, gambar proton p3-21a, video proton p3-21a, spesifikasi penuh proton baru, proton baru 2012, gambar proton baru 2012, pelancaran proton p3-21a, proton espire, proton espire 2012, proton 2012, proton tuah,video teaser p3-21a


    Pengenalan model baru keluaran Proton Holdings Bhd (Proton) yang menggunakan nama kod P3-21A bakal menjadi penanda aras baru kepada pengeluar kereta nasional dalam usaha menghasilkan kereta yang menepati ciri standard pengeluaran kereta global.

    p3-21a-real-ai1

    Model yang akan dijual pada harga di atas jalan raya (OTR) termasuk insurans antara RM65,000 dan RM75,000 itu ditawarkan dalam dua varian iaitu Executive dan Premium akan dilengkapi pelbagai ciri terkini serba lengkap, sama ada kelengkapan aksesori, utiliti, mahu pun ciri keselamatan bertaraf tinggi. Selain dilengkapi enjin Campro 1.6 Liter Turbo (CFE) dengan tujuh kelajuan Pro-Tronic CVT3 (VVT) yang mampu menghamburkan kuasa maksimum 205Nm pada 2,000rpm, model itu turut lulus markah penuh lima bintang dalam ujian pelanggaran Program Penilaian Kenderaan Baru (NCAP) yang dijalankan wakil NCAP dari Australia.

    proton_p3_baruLagi

    Sumber automotif berkata, menerusi ujian perlanggaran pada kelajuan 140 km/j itu, bahagian ‘pilar A’ langsung tidak bengkok, terkesan atau sebagainya, sekali gus membuatkan cermin hadapan tidak berderai, tetapi hanya retak akibat kesan letupan beg udara sahaja.

    “Kereta ini yang dibangunkan berdasarkan model konsep Tuah turut dilengkapi empat beg udara penumpang dengan suis beg udara hadapan boleh dihidup atau dimatikan untuk keselamatan jika bayi diletakkan ditempat duduk hadapan sebagai sokongan kepada ciri keselamatan standard seperti sistem kawalan kestabilan elektronik (ESC), kawalan cengkaman (TC) dan sistem brek antikunci (ABS),” katanya.

    PROTON-ESPIRE-REAR

    Difahamkan, model baru itu yang belum diberikan nama itu akan dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Pusat Kecemerlangan Proton di Subang Jaya, Selangor pada 16 Mac 2012. – Harian Metro

    Antara Spesifikasi Yang Ditawarkan bersama Proton P3-21A ini adalah :

    AKSESORI :

    Auto fold/unfold side mirror – Side mirror akan Automatic fold setiap kali alarm kereta diaktifkan, dan automatik unfold selepas kenderaan bergerak selaju 5km. Selain itu ada juga button untuk kegunaan manual seperti Exora BOLD
    Auto Off Rear Demister – Mengelakan tint menggelembung
    Follow Home Lamp
    Headlamp Warning Buzzer
    Trunk Remote Release
    Front & rear socket 12V – Terdapat di bahagian hadapan dan belakang Utility Hook
    - Seperti Exora, terdapat di ruang penumpang hadapan dan juga belakang Low Rear Hump
    - Ruang kaki penumpang belakang tidak lagi sempat dengan bonggolan lantai ditengah yang rendah.
    Front & Rear Fog Lamp
    Anti-Trap Power Windor (Driver side only)
    Seat Material – Water repelent fabric. Seat boleh fold 60:40
    Smart Info Display (SID) – Mempunyai 3 bacaan kilometer, Trip A, Trip B dan Trip C. Terdapat pelbagai lagi maklumat seperti memberi amaran jika bateri kunci lemah dan lain-lain
    Autolock & advance lock system
    Magnisium Inside Door Handle
    Keyless Entry – Tiada lubang kunci pada keempat-empat pemegang pintu
    BOSCH Head-Unit – 2-Din, Touch Screen Monitor, Navigator, Bluetooth, USB, AUX, MP3
    YES WiFi Modem – In-car Internet, first ever car in Malaysia, coverage Semenanjung Malaysia
    S Mode (Sport) – Terdapat pada gear column (P-R-N-D-S), S Mode akan menambah RPM sebanyak 1,000 secara serta-merta untuk pemanduan lebih agresif.
    BCM – Body Control Module

    SAFETY :

    4 Wheel ABS & EBD with 4 Wheel Disc Brake
    TC (Traction Control)
    ESC (Electronic Stability Control)
    BA (Braking Assist)
    4 AIRBAG – Airbag penumpang hadapan boleh di ON/OFF, untuk keselematan jika Bayi diletak kan di tempat duduk.
    5 STARS Australia NCAP – Orang ramai tidak lagi perlu ragu-ragu tentang ketulenan markah penuh ujian perlanggaran, kerana prosedur NCAP, pemilihan unit yang akan di uji bukan pemilihan dari
    Proton atau syarikat pembuat kereta. Tetapi wakil NCAP dari Austrlia akan datang sendiri ke kilang dan memilih sendiri secara rawak unit yang akan di uji. Jadi tiada lagi persoalan tentang markah penuh ujian perlanggaran NCAP.

    DIMENSION

    Length = 4.543m
    Width = 1.786m
    Height = 1.524m
    Size luar keseluruhan kereta menunjukkan P3-21A lebih besar daripada City, Vios, Forte, Altis & Civic

    CHASSIS

    Boot Space: 508 litre
    Turning Radius: 5.3m
    Full Tank Capacity: 50 litre
    Aerodynamic (rintangan angin): Cd Factor = 0.30
    - Untuk perbandingan, Audi TT memiliki Cd Factor = 0.29

    POWERTRAIN

    1.6 CFE with 7speed Pro-Tronic CVT3 (VVT)
    0-100km/h: 9.6 saat
    - Untuk perbandingan, Kia Forte 1.6 12.5 saat

    VARIANT

    Executive MT, 1.6 IAFM+ 5-Speed MT
    Executive CVT, 1.6 IAFM+ 6-Speed CVT
    Premuim CVT, 1.6 CFE 7-Speed CVT (140hp@2000rpm / Tourqe – 205nm@2000-4000rpm)

    COLOR

    Solid White
    Tranquility Black
    Genetic Silver
    Fire Red (my favorite)
    Blue Lagoon

    PRICE

    RM65,000 – RM75,000

    Ciri-ciri lain yang telah disebarkan sebelum ini
    Auto Cruise
    Keyless Push Start (ON/OFF)
    Magnesium Paddle Shift 7-speed & Manual Mode (+/-) di gear column
    Audio Switch Steering Control
    Soft touch plastic dashboard
    Emblem at Steering Wheel
    ISOFIX
    Rain Sensor
    Light Sensor
    Front LED day light
    Sport Rim 16? (10 Spoke)
    Multi-link rear suspension   (
    sumber)

    Dan Video Teaser Proton P3-21A

    Semestinya Proton P3-21A yang akan dilancarkan ini bakal mengubah tanggapan terhadap Proton yang kini mampu menghasilkan kereta untuk pasaran global dan mampu bersaing dengan pengeluar kereta dunia yang lain. Lihat pada spesifikasi dan keselamatan yang ditawarkan, ianya mampu menjadi pengubah kepada pemikiran rakyat Malaysia yang kini kebanyakannya lebih memilih kenderaan import . Sumber sumber yang boleh dipercayai ada mengatakan Proton P3-21A ini akan dinamakan sebagai Proton Espire. Kita tunggu dan lihat sahaja pelancaran kereta terbaru dari Proton ini.

     

    SEO Bloglist

    Just Like Them

    About Me

    My Photo
    senang je...klw orang tampar aku...aku tampar balik laju2....so jgn cari pasal...
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Recent Comment