Gambar Kahwin Apek Dan Leuniey

Written By HAZRIL HAFIZ on Monday, December 31, 2012 | 10:54 AM

Majlis resepsi pertama Khairul Fahmi Che Mat dan Leuniey Natasha diadakan di Hotel Renaisance , Kota Bharu , Kelantan dengan busana pengantin diilhamkan oleh pereka fesyen terkenal, Ezzuwan Ismail.

Satu lagi majlis resepsi sebelah pengantin lelaki akan diadakan pada 5 Januari depan dirumah keluarga Apek di Kampung Chenang , Kota Bharu.

Lebih banyak gambar di CTHONEY

credit pic to : Rotikaya.com

10:54 AM | 0 comments | Read More

Perhiasan Rumah Yang Dilarang Dalam Islam

Entry ini adalah hakmilik sepenuhnya blog Mirlme

Rumah adalah tempat perlindungan dan beristirahat.Pastinya setiap orang inginkan ketenangan setiap kali berada di rumah. Dalam mencari ketenangan, tentu sahaja kita memerlukan rumah yg bersih tanpa wujudnya barang-barang yang boleh mendatangkan kemusyrikan kepada kita

Rasulullah SAW bersabda:
“Empat perkara yang membawa kebahagian iaitu Isteri Solehah, Tempat tinggal yang luas, jiran yang baik dan Kenderaan yang selesa”. (Ibnu Hibban)

Manakala Allah SWT berfirman :
”Allah menjadikan utk kamu rumah2 kamu sebagai tempat yang menyenangkan”…(Surah an-Nahl : 80)

Oleh itu, dalam menghias rumah, tidak harus wujudnya unsur-unsur berbentuk syirik seperti patung. Ini kerana, dlm mencari ketenangan, kita juga mengharapkan supaya Malaikat Rahmat masuk ke dalam rumah, kerana malaikat tidak akan masuk ke dlm rumah yang mengandungi patung.

Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya Malaikat tidak akan masuk ke rumah yang di dalamnya ada patung”.(Bukhari dan Muslim)

Begitu juga dengan rumah-rumah yang dihiasi dengan gambar yang berbentuk lucah, wanita tidak berpakaian dan seumpamanaya. Kadang kala, terdapat rumah yang mempunyai kawasan yang luas dan pada zahirnya kelihatan tenang dan cantik tetapi malangnya tidak dimasuki Malaikat sebab wujudnya gambar-gambar berunsur kemaksiatan, patung-patung hiasan dan seumpamanya.

Cacatkan Angota Patung


Sekiranya terdapat perhiasan berbentuk patung di dalam rumah, maka hendaklah dicacatkan anggotanya seperti patahkan kepala patung tersebut atau yang sewaktu dengannya. Ini berdasarkan sebuah hadis yang menceritakan tentang keengganan Jibrail a.s memasuki rumah Rasulullah SAW kerana di pintu rumahnya ada sebuah patung. Hari berikutnya pun Jibrail masih tidak mahu masuk, sehingga dia mengatakan kepada Nabi Muhammad :

“Perintahkanlah supaya memotong kepala patung itu”. Maka dipotonglah ia sehingga keadaannya menjadi seperti sepohon pokok” (Riwayat Abu Daud, Nasai dan Termizi dan Ibnu Hibban)

Dengan kecacatan tersebut, tiada kemungkinan patung itu akan diagung-agungkan. Bagaimanapun, patung-patung permainan yang digunakan oleh anak-anak perempuan dibolehkan dalam Islam kerana permainan sebegini ini sekurang-kurangnya boleh mengajar anak-anak untuk masa akn datang cara mendidik anak-anak mereka.

Perhiasan Yang Di Benarkan dan Yang Tidak Di Benarkan Dalam Islam


Menyentuh isu perhiasan yang dibolehkan dalam Islam, adalah seperti ayat-ayat suci al-Quran, pokok, gambar pemandangan dan benda yg tidak bernyawa. Tidak salah dalam Islam membuat perhiasan daripada gambar berbentuk pemandangan laut, perkampungan, pohon di hutan, sungai dan sebagainya yang selari dengannya.

Cuma, yang tidak dibenarkan oleh Islam antaranya ialah gambar-gambar Artis yg memperagakan auratnya untuk tatapan umum atau gambar Orang Kafir (org bkn Islam) yang melakukan musyrik terhadap Allah SWT.Islam tidak menggalakkan gambar-gambar seperti ini kerana ia melambangkan keagungan atau timbul perasaan memuja mereka.

Menggantungkan gambar-gambar Orang Alim dibenarkan sebab ia dilihat dari sudut ketokohan dan kelebihan ilmunya dan Islam juga mengharuskan gambar sebegini untuk dijadikan contoh. Begitu juga dengan gambar-gambar keluarga atau haiwan yang diambil secara fotografi dibenarkan kerana boleh menjdi kenangan.

Seksaan Pada Hari Kiamat


Islam melarang perhiasan pinggan mangkuk yg diperbuat dari emas dan perak kerana bilamana adanya perhiasan sebegini di rumah, kemungkinan besar akn menimbulkan perasaan atau sifat sombong, riak dan ingin menunjuk-nunjuk kemewahan yang ada padanya.

Larangan ini adalah utk menjaga hati fakir miskin supaya tidak merasa rendah diri atau wujudnya perbezaan atau jurang yg berlebihan antara golongan kaya dan miskin. Manakala bekas-bekas acuan kuih-muih yang berbentuk haiwan, ia dibolehkan kerana acuan-acuan ini akan dibuat dalam bentuk makanan yang akhirnya akan dimakan, tidak disimpan dan tidak kekal maka ia dibolehkan. Begitu juga halnya dgn permaidani yang ada gambar binatang, tidak haram diletakan di dalam rumah sebab ia diletakkan di dalam kedudukan rendah. Permaidani akan dipijak dan ia akan tidak membayangkan ia diagungkan.

Islam juga mengingatkan, orang yang mengukir dan memahat patung akan menerima azab yang dahsyat pada hari kiamat.

Sabda Rasulullah SAW :
“Sesungguhnya orang yang paling berat seksaannya pada hari kiamat ialah orang yang membuat ukiran atau memahat patung ini. Dalam satu riwayat lain diterangkan: Orang yang menandingi kuasa ciptaan Allah”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis lain.

Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sesiapa yang membuat patung, pada hari kiamat nanti dia akan dipaksa untuk meniupkan roh pada patungnya itu, pada hal dia selamanya tidak dapat meniupkan roh itu”. (Riwayat Bukhari )

Maksud hadis ini ialah, Allah SWT akan menyuruh orang yang membuat patung itu meniup roh sehingga boleh dan ini tentu sahaja merupakan satu seksaan dan penghinaan kerana bukan kerja manusia meniupkan roh.

10:46 AM | 1 comments | Read More

Info Terkini Banjir Di Kuantan , Pahang

Written By HAZRIL HAFIZ on Monday, December 24, 2012 | 7:01 PM

Beberapa keping gambar menunjukkan keadaan terkini banjir yang lenada Kuantan Pahang. Sumber gambar dari ANAKPAHANG

KUANTAN — Beberapa kawasan di sekitar bandar Kuantan hari ini dilanda banjir kilat ekoran hujan lebat yang berlarutan sejak malam semalam.

Kejadian itu juga menyebabkan beberapa jalan utama di pusat bandar mengalami kesesakan lalu lintas setelah jalan raya dinaiki air sedalam 1.5 meter.

Antara jalan yang ditenggelami air setakat pukul 3 petang ini ialah Jalan Tun Ismail Satu, Jalan Beserah, Jalan Wong Ah Jang, Jalan Lim Hoe Lek, Jalan Abd Aziz, Jalan Mahkota, Jalan Bukit Ubi, Jalan Air Putih, Jalan Pasar dan Terminal Makmur.

Di beberapa kawasan sekitar pusat bandar mendapati banyak kenderaan yang terkandas di jalan raya dan beberapa premis serta pusat beli-belah utama terpaksa menutup perniagaan akibat situasi yang tidak terduga itu.

Di kawasan Air Putih dan Semambu, orang ramai mula meninggalkan rumah masing-masing seawal pukul 10 pagi dan menyelamatkan barangan keperluan utama setelah paras air sebatang anak sungai di sini melimpah dan naik sehingga 1 meter.

Tinjauan juga mendapati beberapa taman perumahan iaitu di Sungai Isap, Taman LKNP, Bukit Setongkol, Taman Perumahan Transit Quarters dan Taman Teratai turut ditenggelami air antara 0.1 meter dan satu meter.

Sementara itu di Jerantut, polis menasihati 10,000 penduduk yang tinggal di kawasan rendah sepanjang Sungai Tembeling dan Sungai Pahang di daerah itu supaya berpindah segera jika paras air kedua-dua sungai naik.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Supritendan Azid Ismail berkata, keadaan cuaca yang tidak menentu dengan hujan setiap petang sejak tiga hari lalu boleh menyebabkan air Sungai Tembeling dan Sungai Pahang naik bila-bila masa.

Beliau turut menasihati 50 pengusaha bot pelancong ke Taman Negara supaya menghentikan segera perkhidmatan jika paras air Sungai Tembeling naik. — BERNAMA

sumber berita dari KOSMO

7:01 PM | 1 comments | Read More

Kiamat 2012 | 21 Disember 2012

Written By HAZRIL HAFIZ on Thursday, December 20, 2012 | 11:05 PM

Esok 21 Disember 2012, tarikh yang membawa ketakutan kepada segelintir penduduk bumi, semuanya atas dakwaan kiamat akan berlaku. Bencana akan melanda bumi. Tapi hanya Allah yang mengetahui segalanya. Tiada siapa yang tahu bila sebenarnya kiamat akan berlaku hatta malaikat peniup sangkakala sendiri tidak mengetahuinya.

Ketakutan ini sebenarnya banyak didorong oleh cerita 2012 dari Hollywood yang menceritakan bagaimana bumi akan dilanda benca dahsyat pada tarikh tersebut. Diikuti pula dengan beberapa siri cerita yang mengatakan bumi akan bergelap selama 3 hari akibat pertembungan sistem solar yang akan duduk selari. Semuanya tidak dibuktikan sahih  dengan bukti saintifik dan hanya bualan mulut ke mulut sahaja.

Blog HafizRahman sendiri beberapa kali pernah mengeluarkan entri berkaitan isu 21 Disember 2012 yang dikatakan tarikh hayat bumi akan berakhir mengikut kalendar Mayan. Anda boleh rujuk entri entri berikut untuk pembacaan. Sentiasa ingat yang hanya Allah sahaja Maha Mengetahui sesuatu.

11:05 PM | 0 comments | Read More

Fakta Sebenar Pergaduhan Di Sungai Petani

Written By HAZRIL HAFIZ on Wednesday, December 19, 2012 | 10:59 AM

rusuhan di sungai petani, pergaduhan di sungai petani, rusuhan kaum di sungai petani, pergaduhan melayu dan india di sungai petani, keadaan terkini di sungai petani, kes pergaduhan kaum di sungai petani, update pergaduhan melayu dan india sungai petani, kes pergaduhan melayu dan india sungai petani 2012, pergaduhan samseng di sungai petani

Isu rusuhan dan pergaduhan yang berlaku di Sungai Petani antara 2 kumpulan , India dan melayu yang heboh diperkatakan di facebook dan beberpa laman blog sebenarnya banyak tokok tambahnya. Kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang “ayahanda” merupakan punca kepada kekecohan ini. Kenyataan ini ditokok tambah dan boleh menimbulkan kekeliruan dan menambahkan sentimen perkauman. Berikut adalah status asal beliau :

*Untuk makluman, status dari Ayahanda Joe ini telah dipadam oleh beliau:

Kenyataanya , apa yang berlaku tidak seteruk atau seserius yang dihebohkan. Kejadian tersebut memang berlaku dan  Pihak PDRM telah membuat kenyataan rasmi berkaitan perkara ini dan mengesahkan keadaan adalah terkawal dan kenyataan yang berlegar di facebook dan laman blog adalah tidak benar .

PADA 18/12/2012 JAM 2330HRS YDHSAC DATO ABDUL GHAFFAR BIN RAJAB TIMBALAN KETUA POLIS KEDAH TELAH MENGADAKAN
SIDANG AKHBAR DI IPD KUALA MUDA BAGI MEMPERBETULKAN BERITA PALSU BERKENAAN KEADAAN HURU HARA DI DAERAH KUALA MUDA , SG PETANI KEDAH


SEPERTIMANA DIGEMBAR GEMBURKAN DI BLOG , FACEBOOK , TWITTERS DAN SMS OLEH PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB .
KEADAAN KESELAMATAN DAN KETENTERAMAN AWAM DI DAERAH KUALA MUDA ADALAH SELAMAT DAN TERKAWAL WALAUPUN TELAH BERLAKU INSIDEN PERGADUHAN ANTARA BEBERAPA PEMUDA MELAYU DAN PEMUDA INDIA PADA


16/12/2012 AWAL PAGI . KESEMUA YANG TERBABIT DI DALAM KES TERSEBUT TELAH DITANGKAP (SERAMAI 13 ORANG TERDIRI DARI MELAYU DAN INDIA ) , MANGSA JUGA TELAH DIRAWAT DAN HANYA TINGGAL SEORANG SAHAJA YANG MASIH DIRAWAT DI HOSPITAL SULTAN ABDUL HALIM DARI 5 ORANG YANG TERCEDERA . EKORAN INSIDEN TERSEBUT , PIHAK PDRM TELAH MENGAMBIL TINDAKAN AWAL DENGAN KAWALAN KESELAMATAN SEPERTI FRU , LSF , MPV , JSJ , NARKOTIK , SB DAN ROADBLOCK DI SEMUA LOKASI DI DALAM DAERAH KUALA MUDA BAGI MENJAMIN KESELAMATAN ORANG AWAM KHUSUSNYA .


PESANAN DARIPADA YDH SAC
DATO' ABDUL GHAFAR BIN RAJAB
UNTUK SEMUA MASYARAKAT
MALAYSIA AMNYA .

>>>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<<<

Ini pula dikatakan statement oleh Insp Polis dari Kuala Muda Kedah

Dan ini pula artikel yang dipetik dari akhbar online Mymetro:

SUNGAI PETANI: Polis di Kedah menasihati orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan khabar angin dan berita palsu yang disebarkan dalam Facebook, Twitter dan blog ketika ini mengenai keadaan semasa di daerah ini.

Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Abdul Ghafar Rajab, berkata tiada sebarang
pergaduhan atau apa-apa insiden kematian atau bakar masjid yang berlaku di

Sungai Petani.
Katanya apa yang tersebar melalui laman sosial dan blog semuanya palsu dan khabar yang disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

"Keadaan di Sungai Petani adalah aman dan tenteram serta terkawal," katanya pada sidang media di sini, lewat malam ini.

>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<

**jadi mohon kepada semua yang menyebarkan isu ini supaya siasat dahulu sebelum menyebarkannya. Jangan sebarkan isu palsu tambahan pula isu yang melibatkan perkauman. Jangan sampai peristiwa 13 Mei berulang kembali. Berblogging dan berfacebooklah secara berhemah .

**Kalau pun betul terjadi isu pergaduhan antara samseng, jangan ada yang mempolitikkan isu ini. Kangan keruhkan keadaan dan jangan timbulkan sentimen perkauman.

**penduduk di sekitar Sungai Petanidinasihatkan berhati hati .  Sila rujuk pihak PDRM berkaitan isu ini dan bukan mendapatkan maklumat dari laman internet dan fb.

sumber :

Sozcyili

Erapasca

10:59 AM | 1 comments | Read More

Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 5 Jambu

Written By HAZRIL HAFIZ on Monday, December 17, 2012 | 11:34 AM

Persembahan Jambu pada Maharaja Lawak Mega 2012 bagi minggu ke 5 dengan tema Teater Muzikal

>>>Klik untuk menyaksikan persembahan JOZAN pada Minggu ke 5 <<<

 

 

11:34 AM | 0 comments | Read More

Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 5 Full Jozan

Maharajalawak Mega 2012 untuk Minggu 5 bertemakan teater Muzikal. Jom saksikan persembahan Jozan pada minggu ke 5 ini .

 

11:30 AM | 0 comments | Read More

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah | Semak Keputusan Peperiksaan Online

semakan keputusan pmr online, semakan keputusan spm online, semakan keputusan upsr online,semakan keputusan peperiksaan pertengahan tahun online, semakan keputusan akhir tahun online.

Keputusan Peperiksaan awam seperti UPSR, PMR dan SPM kini boleh disemak terus oleh ibu bapa melalui sistem yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran.

saps

Ibu bapa juga boleh membuat semakan keputusan peperiksaan peringkat sekolah seperti peperiksaan pertengahan tahun dan peperiksaan akhir tahun anak anak mereka. Tiada lagi alasan anak anak untuk merahsiakan keputusan mereka dari ibu bapa. Ini memberikan kelebihan kepada ibu bapa untuk memantau tahap dan prestasi pelajaran anak anak mereka.

Untuk membuat semakan keputusan peperiksaan secar online sila ikut langkah langkah berikut : 

1) Pergi ke laman web SAPS, http:// saps.moe.gov.my
2) Klik butang Semakan Ibu Bapa yang bewarna merah.
3) Masukkan Nombor Kad Pengenalan atau Sijil Surat Beranak dan pilih sama ada Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah dan seterusnya klik butang Semak Laporan.

11:16 AM | 0 comments | Read More

Semakan Keputusan PMR 2012 Online & SMS

Makluman kepada calon calon PMR 2012, keputusan peperiksaan akan diumumkan pada 19 Disember 2012 ini . Bagi calon calon yang telah mengambil peperiksaan sebelum ini, anda boleh membuat semakan keputusan menggunakan beberpa alternatif:

1. Untuk semakan menggunakan Sistem Pesanan Ringkas (SMS) , sila rujuk pada pautan dibawah

<<< SEMAKAN SMS KEPUTUSAN PMR 2012 >>>

image

2. Semakan Online- Ibu bapa boleh membuat semakan keputusan secara online untuk mengetahui keputusan anak masing masing dengan menggunakan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) . Anda boleh rujuk pada pautan dibawah untuk mendapatkan maklumat lebihn lanjut .

<<<  SEMAKAN ONLINE KEPUTUSAN PMR 2012 >>>

 

11:08 AM | 0 comments | Read More

Servis Design, Print, Install Bunting dan Banner/ Flyers / Booklet / Business card

Written By HAZRIL HAFIZ on Friday, December 14, 2012 | 10:26 AM

servis design banner, servis design bunting, design banner murah, servis design flyers, design flyers murah, flyers murah, contoh design flyers, tempah flyers, banner design online , bunting online, contoh design banner, contoh design

_______________________________________________________________________

HR DESIGN kini menawarkan servis design dan percetakan murah , berbaloi , cepat dan terbaik.

Servis yang disediakan

  1. DESIGN banner/bunting/backdrop/poster
  2. PRINT banner/bunting/backdrop/poster
  3. print bunting with STAND SERIES (x-stand, t-stand,roll-up)-just ask catalogue
  4. banner/bunting INSTALLATION & DISMANTLE
  5. FLYERS / LEAFLET – Design & Printing
  6. Business Card – Design & Printing
  7. Booklet Design
  8. Blog / Website Header
  9. Corporate Logo
  10. …. semua jenis grafik design disediakan

POSTAGE KE SELURUH MALAYSIA DISEDIAKAN ( Postage caj ditanggung oleh pelanggan )

cocoa collagen banner

untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan harga dan maklumat maklumat lain , sila klik pada gambar dibawah dan hubungi kami :

contact_us

 

10:26 AM | 0 comments | Read More

Datuk K Kemalangan Patah Bahu | Siti Batal Konsert Di Indonesia

QUEENSTOWN: Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K) yang juga suami kepada penghibur nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin cedera apabila motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan jalan raya di salah sebauh bandar New Zealand itu pada Khamis.

Datin Zaiton Mohamad Jiwa, adik kepada datuk K , berkata, beliau dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh seorang rakan Datuk K yang berada bersama usahawan itu di negara tersebut kira-kira pukul 1 tengah hari Khamis (5 petang waktu New Zealand).

Katanya akibat kemalangan itu Datuk K mengalami patah bahu, cedera pada tangan serta kaki. Bagaimanapun keadaannya stabil dan tidak membimbangkan.

image

“Saya terkejut dengan berita itu dan akan berangkat ke sana pada esok (Jumaat) bersama Siti dan seorang lagi rakan. Siti sekarang ini berada di Banjarmasin, Indonesia untuk mengadakan konsert.

“Beliau terpaksa membatalkan konsert itu,” katanya kepada wartawan ketika di hubungi di sini pada Khamis.

Zaiton berkata, Datuk K berada di New Zealand atas urusan perniagaan dan beliau menghabiskan masa petangnya di bandar Queenstown dengan menunggang motosikal sebelum terjadinya kemalangan.

Bagaimanapun Zaiton tidak mendapat gambaran jelas bagaimanakah kemalangan itu berlaku.

Sementara itu Siti Nurhaliza yang akan mengadakan konsert terakhirnya iaitu Konsert Ekspresi Karya Gemilang pada malam Khamis terpaksa membatalkan persembahan tersebut.

Siti menerusi akaun Twitter miliknya memohon maaf kepada seluruh peminatnya di Banjarmasin kerana kejadian berkenaan.

“Salam… maaf buat semua peminat di Banjarmasin serta semua “team” konsert, CT (Siti) tidak dapat ke sana kerana ada sesuatu yang tak terduga. Mohon memahaminya,” kata Siti menerusi Twitter miliknya.

 

12:39 AM | 0 comments | Read More

Live Streaming Malaysia vs Thailand AFF Suzuki - 13 Disember 2012

Written By HAZRIL HAFIZ on Thursday, December 13, 2012 | 7:46 PM

Live+Streaming+Thailand+vs+Malaysia+13+Disember+2012

Malam ini bakal menyaksikan pertembungan kali ke 2 antara Skuad Harimau Malaya menentang pasukan Gajah Putih dari Thailand. Perlawanan separuh akhir Piala AFF Suzuki 2012 ini bakal menentukan pasukan mana yang layak ke Final dan akan bertemu Singapura . Perlawanan sebelum ini menyaksikan Malaysia hanya mampu seri 1-1 dengan Thailand di Bukit Jalil. Perlawanan malam ini mungkin merupakan perlawanan paling penting untuk meletakkan Malaysia sekali lagi ke Final dan mengungguli Piala AFF Suzuki untuk edisi kali ini.

Siaran langsung akan disiarkan di RTM 1 dan bagi anda yang tidak dapat menyaksikan secara live melalui televisyen, Live Streaming internet disediaklan untuk anda. Sila klik pada pautan di bawah untuk menyaksikan Perlawanan Separuh Akhir Piala AFF Suzuki Malaysia menentang Thailand.

MALAYSIA vs THAILAND SEMI FINAL AFF SUZUKI CUP 2012

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

KEPUTUSAN PENUH MALAYSIA vs THAILAND SEMI FINAL AFF SUZUKI CUP 2012

MALAYSIA 0 – 2 THAILAND

**Thailand secara automatik berjaya melangkah ke perlawanan akhir menentang Singapura dengan agregat 3-1

7:46 PM | 0 comments | Read More

Video Bapa Dera Anak Tiri

video bapa dera anak, video mekanik dera anak tiri, video india dera anak tiri, lelaki india dera anak tiri, lelaki dera anak, india dera anak tiri, video dera anak tiri

Rentetan gambar menunjukkan seorang lelaki begitu rakus mendera seorang kanak-kanak dengan mengangkat badan mangsa, menendang, memukul dengan senduk dan memaksanya berlutut dengan mengangkat tangan di sebuah rumah di Klang.

Perbuatan kebinatangan seorang mekanik yang mendera anak tiri lelakinya berusia tiga tahun tanpa belas kasihan memakan diri apabila dia diberkas selepas aksi kejamnya itu dirakam menggunakan kamera telefon bimbit sebelum dimuat naik di laman sosial Facebook.

Suspek berusia 32 tahun tersebut diberkas pada pukul 8 malam kelmarin di rumahnya di Taman Mas, Kapar di sini iaitu tempat di mana kejadian dera itu berlaku.Lelaki yang terlibat adalah bapa tiri kepada kanak-kanak tersebut, telah ditahan dan disiasat di bawah Sek. 31 (1)(a) Akta Kanak-kanak 2001. Dia diberkas apabila polis menerima laporan jirannya sejam selepas dia melihat rakaman tersebut.

Difahamkan, ketika serbuan, suspek berada di dalam rumah itu bersama mangsa tetapi isterinya telah melarikan diri.

Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara, Supritendan Jani Ahmad berkata, kanak-kanak tersebut dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini dan pemeriksaan menemui kesan kecederaan dan calar di badan serta kepalanya.

Katanya, polis percaya mangsa telah didera oleh bapa tirinya sejak dua bulan lalu.

sumber

3:37 PM | 0 comments | Read More

Bantuan Allah Untuk Palestin

Written By HAZRIL HAFIZ on Monday, December 10, 2012 | 9:00 AM

KIBARAN kali pertama bendera Palestin di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, Amerika Syarikat 30 November lalu menjadi detik bersejarah buat lebih 4.3 juta rakyatnya.

Kibaran yang menjadi simbolik penyertaan Palestin sebagai sebuah negara pemerhati bukan anggota badan dunia itu disambut dengan air mata kegembiraan. Laungan kalimah suci 'Allahuakbar' bukan sahaja bergema di New York, tetapi lebih gamat di seluruh Palestin.

"Saya anggap pengiktirafan ini adalah bantuan Allah yang sangat besar nilainya kepada kami. Sebelum ini pun, Allah sentiasa membantu kami dalam perjuangan menentang Israel," kata seorang rakyat Palestin, Abu Yazid, 29.

Walaupun bekas Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon pernah bersumpah untuk membakar setiap bayi di Palestin, ia sedikit pun tidak melemahkan semangat rakyat Bumi Anbiya ini daripada berjuang menentang kekejaman rejim Zionis.

"Wanita dan kanak-kanak Palestin lebih bahaya berbanding lelaki dewasa. Selagi mereka masih kelihatan, ia menunjukkan generasi itu akan berterusan," ucap Sharon ketika melafazkan sumpahnya itu pada tahun 1956.

Sumpah Sharon

Titik tolak daripada lafaz sumpah itu, Israel sehingga hari ini sengaja menyasarkan roketnya ke arah penempatan padat di Palestin. Tujuannya jelas, mahu menunaikan sumpah Sharon dengan menghapuskan pewaris di bumi Palestin.

Malah, bagi Israel, ancaman kanak-kanak Palestin lebih bahaya berbanding pemuda dewasa. Apa tidaknya, pada usia muda sudah ramai kanak-kanak Palestin yang menghafal al-Quran.

Selain kekentalan semangat rakyat Palestin, sebenarnya ada 'kekuatan lain' yang menjadikan para mujahidin mampu menentang rejim Zionis walaupun hanya menggunakan senjata tinggalan perang.

Kisah kemunculan 'pasukan lain' yang turut bertempur, jasad para syuhada yang seharum kasturi dan beberapa peristiwa aneh sepanjang perjuangan menentang Yahudi bukan sekadar menjadi buah mulut para pejuang dan wartawan malah turut disebarkan oleh para khatib dalam khutbah Jumaat mereka.

Laman blog Filisthin Al-Aan pernah menulis pada Januari 2009 bagaimana waris seorang mujahidin Briged Ezzedine al-Qassam dibelasah dengan teruk oleh tentera Israel selepas didakwa berbohong.

"Tentera Israel bertanya kepada anak lelaki kepada seorang pejuang palestin yang ditahan, apakah warna pakaian tentera al-Qassam. Anak itu menjawab, seragam berwarna hitam.

"Selepas tiga hari anak itu memberi jawapan yang sama, tentera itu berang kerana menyangka kanak-kanak itu berbohong, lalu dia dipukul hingga pengsan.

"Jangan berbohong, al-Qassam berseragam putih, bukannya hitam," sergah tentera berkenaan.

Dalam satu kejadian lain, sekumpulan tentera Israel telah menahan sebuah ambulans. Apabila pemandunya ditanya adakah dia daripada kelompok Hamas atau Fatah, pemandu tersebut menjawab, 'saya bukan Hamas atau Fatah. Saya hanya pemandu ambulans'.

BANYAK kisah pelik mengiringi perjuangan rakyat Palestin mendepani rejim Yahudi yang dilengkapi persenjataan canggih.


Seragam putih

Tentera tersebut bertanya lagi, 'pasukan yang berpakaian putih di belakang kamu tadi dari kelompok mana?'

Pemandu itu kelihatan bingung sebelum menjawab, 'saya tidak tahu. Tiada siapa di belakang saya sepanjang perjalanan ke mari'.

Cerita tentang tentera berseragam putih seakan-akan menghantui tentera Israel. Mereka tidak tahu dari mana kumpulan ini datang, malah jejaknya juga sukar dikesan.

Malah, seorang bekas tentera Zionis yang pernah ditemu ramah stesen televisyen tempatan Israel kini buta kedua-dua matanya selepas berhadapan dengan tentera berbaju putih.

"Saya merupakan seorang daripada tentera penggempur yang ditugaskan ke Gaza beberapa tahun lalu.

"Semasa bertugas di sana, pada suatu hari saya didatangi oleh seorang tentera berpakaian putih yang menaburkan pasir ke dalam mata saya. Akibat kejadian itu, sehingga saat ini saya menjadi buta," katanya.

Sebelum itu, kumpulannya juga pernah terserempak dengan sekumpulan tentera berseragam putih dan berjanggut panjang. Namun apabila ditembak, tentera berbaju putih itu tidak mati sebaliknya tidak diketahui ke mana menghilangnya.

Dalam situasi lain pula, seorang khatib di Masjid al-Qassam yang terletak di wilayah Nashirat Gaza bercerita dalam khutbahnya tentang 'bantuan Allah' kepada pejuang Palestin.

"Pejuang tersebut telah menanam satu jerangkap samar untuk menyambut kedatangan tentera Zionis di satu kawasan lapang.

"Tidak lama kemudian, dia melihat sebuah helikopter menurunkan tentera Zionis disertai beberapa kereta kebal. Mereka melalui kawasan tempat dia memasang jerangkap samar tersebut.

"Pejuang tersebut memutuskan untuk kembali ke markas kerana mengandaikan jerangkap yang dipasangnya tidak boleh menghapuskan tentera yang ramai itu.

"Akan tetapi sebelum dia berganjak, terdengar bisikan di telinganya yang bermaksud, 'tetaplah di tempatmu maka Allah akan menguatkanmu'.

KEMUSNAHAN yang dicetuskan Israel tidak pernah mematahkan semangat pejuang Palestin.


Al-Quran penyelamat

"Dia mencari dari mana datangnya suara itu namun tidak ternampak kelibat manusia lain. Akhirnya, dia menunggu di situ.

"Tidak lama kemudian, tanpa disangka-sangka ketika sebuah kereta kebal melalui kawasan jerangkap samar, kejaiban berlaku.

"Jerangkap samar itu meledak dengan dahsyat sehingga menghancurkan kereta kebal tersebut dan membunuh ramai tentera Israel.

"Malah, sebahagian tentera yang terselamat terpaksa diangkut semula ke helikopter sedangkan pejuang itu masih berdiri dalam keadaan selamat," cerita khatib tersebut.

Sementara itu, pakar perubatan yang menjalankan misi kemanusiaan di Hospital As-Syifa, Gaza, Dr. Hisam Az-Zaghah memberitahu, pernah berlaku kejadian aneh ketika dia sedang merawat seorang mangsa perang.

"Mangsa mengalami luka di kaki dan badan akibat terkena serpihan bom dan sisa runtuhan. Namun apa yang menakjubkan ketika mencuci luka tersebut, saya terjumpa sebutir peluru di poket lelaki berkenaan.

"Ajaibnya, kelongsong peluru yang masih panas itu tidak menembusi jantung mangsa kerana terhalang oleh sebuah buku doa dan mushaf al-Quran yang ada di dalam poket mangsa.

"Hanya buku doa itu yang berlubang dan muka depan mushaf itu rosak. Isi al-Quran langsung tidak terjejas sedangkan peluru itu sendiri bentuknya sudah hampir hancur," cerita Hisam.

Selain itu, Pengarah Jabatan Hubungan Sosial, Kementerian Kesihatan Gaza, Hamam Nisman memberitahu, angka kelahiran bayi di Gaza turut meningkat walaupun kematian yang dicatatkan di wilayah itu lebih tinggi berbanding wilayah lain di Palestin.

Menurut Nisman, sepanjang 22 hari Israel melancarkan serangan besar-besaran ke atas Gaza pada 27 Disember 2008 hingga 17 Januari 2009, seramai 1,412 rakyat Gaza, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak terkorban.

"Namun di sebalik kematian lebih 1,000 rakyatnya, seramai 5,000 bayi dilahirkan. Ini merupakan peningkatan luar biasa kerana secara puratanya dalam sebulan Gaza hanya mencatatkan kelahiran antara 3,000 hingga 4,000 bayi.

"Pendek kata, dalam tempoh kemuncak konflik Israel-Palestin, kami hilang seribu rakyat tetapi Allah telah gantikan mereka dengan 4,000 pejuang baharu," ujar Nisman.

sumber : Artikel Kosmo

9:00 AM | 1 comments | Read More

Farid Kamil Berdepan Hukuman Penjara 2 Tahun

Selepas kontroversi Diana Danielle yang hamil dua minggu hanya selepas 16 hari berkongsi katil dengan suaminya, kini satu lagi isu keluar mengenai pasangan pengantin baru ini.

FARID KAMIL dan isterinya Diana Danielle diraikan pada majlis resepsi perkahwinan ala istiadat tentera di Putrajaya pada 1 Disember lalu

Dengarnya, orang tentera sedang mempertimbangkan untuk mengheret Farid ke mahkamah atas kesalahan kerana memakai pakaian tentera. Kali ini bukan sahaja Diana yang pening, Farid pun boleh jadi loya.

Seksyen 140 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara selama dua tahun jika memakai pakaian tentera dan Seksyen 170 memperuntukkan penjara tiga bulan bagi kesalahan menyamar sebagai anggota tentera.

Katanya, abang askar naik angin sebab Kamil pakai pangkat Mejar Jeneral. Dua paku satu mahkota, itu belum cerita pin payung terjun yang tersisip di dada sasa Farid Kamil.

Itulah Farid Kamil, awak jangan ingat pakaian seragam itu boleh ikut selera, drama Gerak Khas dapat izin khas tau.

Apapun, kita tunggu dan lihat apa tindakan ATM berhubung perkara ini. Mana tahu kalau kalau Farid Kamil memang mendapat kebenaran dari pihak atasan ATM sendiri untuk majlis  tersebut.

 

sumber olahan dari Kosmo

1:30 AM | 2 comments | Read More

Tips Kawal Diri Dari Berasa Senang Lapar

Written By HAZRIL HAFIZ on Saturday, December 01, 2012 | 1:00 PM

Makanan dan manusia memang tidak dapat dipisahkan kerana ia satu keperluan yang mesti ada setiap hari dan  perlu diambil untuk memastikan kelangsungan hidup. Namun, pemakanan juga mampu membawa kesan buruk jika ianya tidak dikawal dengan baik. Ada sesetengah dari kita yang senang berasa lapar dan menyebabkan kita mengambil makanan dalam kuantiti yang berlebihan dari diperlukan setiap hari.

Jadi bagaimanakah caranya untuk mengehadkan pemakanan dan mengelakkan diri dari senang lapar ? Jom baca beberapa tips di bawah dan amalkan untuk kebaikan bersama.

1) Makanan dalam hidangan yang kecil / kerap
• Makan dalam jumlah hidangan yang kecil sepanjang hari akan membantu anda mengawal keinginan, mengekalkan tahap gula dalam darah, menjadikan anda bertenaga dan menggalakkan pembaikan tisu otot yang rosak.


• Jumlah hidangan yang kecil, 4-5 hidangan mini adalah lebih baik berbanding makan 3 kali hidangan yang penuh. Anda harus menstruktur semula hidangan untuk memenuhi keperluan kalori.
• Pilih hidangan yang menyediakan anda dengan jumlah nutrien sesuai, terutamanya dari sumber protein dan karbohidrat. Sarapan pagi merupakan hidangan paling penting setiap hari yang harus anda tumpukan kepada karbohidrat.


2) Sekalipun sibuk, jangan langkau hidangan anda!
• Jika anda terlepas hidangan, ia akan membuatkan anda terikat untuk tunduk kepada rasa lapar. Sarapan merupakan hidangan yang paling penting setiap hari, yang mana tidak harus dilangkau. Setiap hari, hidangan pertama adalah penting untuk menambah nutrien yang hilang sewaktu masa malam. Terlepas hidangan akan merendahkan tahap gula dalam darah, mengurangkan tahap tenaga dan membuat rasa lapar tidak dapat ditahan, dan akan membuat anda makan terlalu banyak.


3) Pesta sayur-sayuran yang sihat!
• Sayur-sayuran penuh dengan nutrien yang membantu anda kekal sihat dan mampu mengawalan rasa lapar. Sayur-sayuran seperti brokoli, kubis bunga, bayam dan sayuran kekacang perlu dimasukkan dalam carta pemakanan, kerana ia adalah tinggi serat tetapi rendah kalori. Sayur-sayuran segar akan mengisi perut dengan kadar kalori rendah dan membantu anda mengawal nafsu makan.


4) Makanan pilihan
• Pakar pemakanan mengesyorkan mengambil lebih hidangan berasaskan bijirin penuh dan mengurangkan karbohidrat ringkas untuk mengawal rasa lapar. Bijirin penuh adalah lebih kepada mengisi perut dan memuaskan berbanding makanan karbohidrat ringkas seperti putu piring, tosei, roti putih dan beras putih yang mana meningkatkan risiko kalori berlebihan.
• Minuman smoothie yang terutamanya diperbuat dari yogurt rendah lemak dan dipenuhi buah-buahan memastikan anda bertenaga. Smoothie yang sihat adalah tinggi dari segi protein, serat dan kalsium.
• Selain itu, elakkan pengambilan sup yang tinggi kalori. Pilihlah sup berasaskan air rebusan dan ditambah sayur-sayuran ke dalamnya untuk mendapatkan tenaga padat.


5) Tidur
• Tidur juga memberi kesan terhadap pengawalan selera makan. Kekurangan tidur menjejaskan hormon melatonin, yang berkaitan dengan selera dan akan memberi tindak balas terhadap peningkatan selera makanan.


6) Minum air sebanyak mungkin
• Air adalah yang paling sihat di antara semua. Selain meminum banyak air, ambillah makanan yang tinggi kandungan air. Salad, timun, tomato, tembikai, strawberi dan oren akan mengisi perut anda dengan mudah, dan mengandungi kalori rendah daripada saiznya.

1:00 PM | 1 comments | Read More

Live Streaming Malaysia vs Indonesia Piala AFF Suzuki 2012

Malam ini bakal menyaksikan pertembungan sengit dua musuh tradisi Asia Tenggara iaitu Malaysia menentang Indonesia dalam perlawanan AFF Suzuki. Buat kem Malaysia, perlawanan ini mungkin perlawanan terpenting untuk melangkah ke separuh akhir dan kemenangan juga ditagih untuk menjernihkan kembali imej yang tercalar selepas tewas di tangan Singapura tempoh hari.

Perlawanan akan bermula jam 8.45 malam dan boleh disaksikan di RTM1 atau Astro 813. Bagi anda yang tidak dapat menonton menggunakan televisyen , Live Streaming perlawanan AFF Suzuki Malaysia vs Indonesia diseediakan kepada anda. Sila klik pada pautan dibawah untuk menyaksikan live streaming Malaysia vs Indonesia Piala AFF Suzuki 2012, 1 Disember 2012

LIVE STREAMING MALAYSIA VS INDONESIA AFF SUZUKI 2012

**Keputusan penuh perlawanan akan diupdate sejurus selepas tamat perlawanan. Kita sama sama doakan Harimau Malaya akan bangkit mengaum dengan garang pada malam ini menewaskan Sang Garuda .

12:58 PM | 0 comments | Read More

Betulkah Ubat Gigi Hilangkan Jerawat?

Hampir semua daripada kita sudah pasti pernah menggunakan teknik ini untuk mengatasi masalah kulit wajah, iaitu dengan menyapu ubat gigi di kawasan yang berjerawat.


Walaupun ianya mampu mengurangkan minyak, adakah ubat gigi merupakan suatu cara yang efektif demi mendapatkan kulit wajah yang licin dan bersih? Dan apakah kesan sampingan yang ada?


Menurut Dr. Neal Schultz, iaitu seorang pakar dermatologi dari New York, ubat gigi mengandungi bahan-bahan seperti soda penaik, hidrogen peroksida, alkohol, mentol, minyak pati serta triklosan yang bersifat anti-bakteria dan berfungsi mengeringkan jerawat.


Namun begitu, beliau menegaskan bahawa bahan-bahan tersebut tidak membuatkan penggunaan ubat gigi lebih efektif berbanding dengan cara penghilangan jerawat yang konvensional.


Seorang lagi pakar dermatologi, Dr. Rebecca Baxt, menambah bahawa kesan pengeringan yang dibawa oleh ubat gigi sering dilihat orang ramai sebagai suatu yang baik. Sebaliknya, kesan tersebut sebenarnya mengakibatkan radang kulit yang melibatkan kemerahan dan pengelupasan disebabkan oleh kulit yang terlebih kering.


Mungkin ada di kalangan kita yang mampu menghilangkan jerawat dengan cara sebegini, tetapi ubat gigi bukanlah sama sekali rawatan yang tepat untuk kulit berjerawat. Apa yang sebenarnya boleh mengatasi masalah kulit adalah benzoyl peroksida serta asid salisilik.


Oleh itu, jika anda ingin menghilangkan jerawat dengan cara yang berkesan dan tidak melibatkan wang yang banyak, anda boleh menyapu aspirin yang sudah dikisar dan dijadikan pes setelah larut dalam air di sekitar wajah sebelum tidur. Cara-cara lain yang popular dan efektif termasuklah sapuan jus limau ataupun lemon.

11:00 AM | 0 comments | Read More

Kuala Lumpur syurga membeli-belah keempat di dunia

Kuala Lumpur, Malaysia telah diiktiraf sebagai syurga membeli-belah keempat di dunia, berikutan dari hasil kaji selidik yang dilakukan olehCNN baru-baru ini.



Jumlah mata yang diperolehi adalah sebanyak 30 daripada 40 mata, di mana ia merangkumi aspek kemudahan berjalan, kualiti barangan yang dibeli, kepelbagaian barangan dan pengalaman.


Pencapaian ini meletakkan bandar-bandar gergasi seperti Paris, Hong Kong, Buenos Aires, Vienna, Dubai dan Madrid berada di belakang Malaysia.


Gelaran syurga membeli-belah di dunia yang pertama di dunia pula berjaya dimiliki oleh New York dengan 35 mata, diikuti oleh negara matahari terbit, Tokyo dengan 34 mata dan disusuli dengan London yang mendapat 31 mata.

9:01 AM | 0 comments | Read More

Full Video Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 3-Jambu

Persembahan kumpulan Jambu dalam Maharaja Lawak Mega 2012 untuk Minggu ke 3 mungkin antara persembahan terbaik mereka dalam mana mana persembahan . Lawak spontan mereka denga menggunakan hanya satu situasi yang diterjemah dalam beberapa siri lawak membuatkan penonton hampir pecah perut ketawa.

 

Persembahan Jambu mungkin boleh dinobatkan sebagai persembahan terbaik untuk minggu ke 3 ini. Jom pecahkan perut anda dengan menyaksikan persembahan mereka.

 

8:40 AM | 0 comments | Read More

Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 3-Jozan

Persembahan Jozan pada minggu ke 3 Maharaja Lawak Mega 2012 .  Nampak kurang menyengat persembahan mereka pada minggu ke 3 ni. Mungkin Jozan boleh pertingkatkan persembahan mereka pada minggu akan datang . Walaubagaimanapun , statistik masih mengekalkan Jozan di tangga teratas undian Maharaja Lawak Mega 2012.

1:43 AM | 0 comments | Read More

Gambar otak Einstein didedahkan muzium AS

Written By HAZRIL HAFIZ on Friday, November 30, 2012 | 10:03 AM

image 

WASHINGTON - Gambar otak saintis terkenal dunia, mendiang Albert Einstein (gambar kecil) disiarkan oleh pihak Muzium Kebangsaan Kesihatan dan Perubatan di Silver Spring, Maryland dekat sini.

Pihak muzium itu menyiarkan gambar tersebut kelmarin.

Ia merupakan gambar otak Einstein yang dirakamkan selepas beliau meninggal dunia pada tahun 1955.

Beliau meninggal dunia di Princeton, New Jersey, Amerika Syarikat (AS) semasa berumur 76 tahun.

Selepas kematiannya, waris saintis itu membenarkan otaknya dikeluarkan untuk tujuan kajian.

Einstein merupakan seorang pakar fizik terkenal di dunia menerusi teori relativiti Einstein.

Menurut artikel dalam jurnal Brain, permukaan visual korteks otak Einstein mempunyai lipatan tebal.

Beliau dilahirkan di Jerman tetapi kemudian menetap di AS. - Agensi

10:03 AM | 0 comments | Read More

Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 1 – Jozan

Written By HAZRIL HAFIZ on Saturday, November 24, 2012 | 1:01 AM

Mungkin masih ada yang belum berkesempatan untuk menonton persembahan pelawak pelawak negara berentap dalam Maharaja lawak Mega 2012. Untuk minggu pertama, nampak seperti kumpulan yang bertanding kurang menyerlah kecuali Jozan yang sememangnya menunjukkan persembahan pertama mereka dengan penuh gaya dan penonton tak kering gusi bergelak ketawa bersama mereka.

Jom saksikan persembahan Jozan pada Minggu Pertama Maharaja Lawak mega 2012

 

1:01 AM | 1 comments | Read More

Takwim Sekolah 2013 | Jadual Cuti Persekolahan 2013

Written By HAZRIL HAFIZ on Thursday, November 22, 2012 | 7:41 PM

Berikut merupakan takwim cuti persekolahan Malaysia bagi tahun 2013 untuk rujukan. Mungkin berguna kepada yang ingin merancang percutian bersama keluarga atau mencari tarikh sesuai untuk mengadakan majlis kenduri .

Takwim Cuti Sekolah 2013 Kumpulan A – Kedah, Kelantan dan Terengganu .

image

Takwim Cuti Sekolah 2013 Kumpulan B - Perlis, Pulau Pinang , Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang , Sabah , Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Wilayah Persekutuan Labuan.

7:41 PM | 0 comments | Read More

Azhar Sulaiman Perjelas Isu Murtad

Kenyataan murtad oleh pelakon Azhar Sulaiman yang mengelirukan banyak pihak mendapat kecaman daripada ramai peminat beliau. Menjelaskan perkara sebenar, Azhar Sulaiman tampil membuat kenyataan bagi memperbetulkan keadaan.

“Kenyataan saya keluarkan dalam laman sosial Facebook, adalah respons daripada tajuk utama yang dipaparkan dalam sebuah akhbar semalam (kelmarin) iaitu ‘Nik Aziz dakwa Umno murtad’.

Azhar berkata, beliau hanya mengutarakan persoalan kepada individu cerdik agama, iaitu adakah beliau juga dikategorikan sebagai murtad kerana menjadi ahli Umno.

“Jika orang baca betul-betul, mereka tahu saya mengutarakan pertanyaan. Ini kerana bila Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengatakan Umno murtad, jadi bagaimana dengan saya?

“Itu hanya kenyataan dari saya, terpulanglah bagaimana interpretasi dan penilaian pihak lain mengenai kenyataan saya itu,” katanya.

Azhar berkata, dia bukan sengaja mahu menimbulkan kontroversi, apatah lagi cuba menjadi ahli politik. Sebaliknya, sebagai rakyat Malaysia, dia cuma mengambil tahu mengenai perkembangan semasa.

Mengenai laporan polis oleh beberapa individu di Perak, Azhar berkata, dia tiada masalah dalam perkara itu.

“Apa yang boleh saya kata, jika orang benar-benar faham dengan kenyataan saya, mereka akan faham apa yang cuba saya sampaikan,” katanya.

******************************************************

**fikir sebelum berkata kata. Jangan menunjukkan kebodohan diri dengan kata kata yang menunjukkan diri tu bodoh. Sekian nasihat dari saya yang tak dikenali kepada abang macho Azhar Sulaiman yang popular tu.

7:36 PM | 0 comments | Read More

5 Gambar HD Pra Perkahwinan Apek Dan Leuniey

gambar pre wedding apek dan leuniey, gambar kahwin apek dan leuniey, photoshoot apek dan leuniey, apek dan leuniey kahwin, gambar nikah apek dan leuniey,

Teka teki mengenai siapa bakal menjadi permaisuri hati kepada penjaga gol sensasi kebangsaan yang juga pemain Kelantan , Khairul Fahmi Che Mat atau selesa dengn panggilan Apek akhirnya terungkai apabila beliau membuat sidang akhbar pengumuman tersebut.

"Saya harap dengan pengumuman ini segala teka-teki mengenai perkahwinan kami sudah terjawab," ujar Apek pada sidang akhbar di Hotel Royale Bintang di sini semalam.


Leuniey bagaimanapun tidak hadir kerana menghadiri kursus perkahwinan di Kelantan.


Menurut Apek, majlis pernikahan bakal dilangsungkan di rumah Leuniey di Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan pada 28 Disember manakala majlis resepsi pengantin perempuan di Hotel Renaissance, Kota Bharu pada 30 Disember.


Persandingan di sebelah pengantin lelaki pula akan diadakan di rumah keluarga Apek di Kampung Chenang, Kota Bharu pada 5 Januari 2013.

Pasangan itu turut mengadakan satu lagi majlis resepsi di Hotel Royale Bintang, Damansara pada pukul 8 malam 13 Januari tahun depan.

Beriku adalah beberapa keping gambar pra perkahwinan apek dan Leuniey.

sumber

7:19 PM | 1 comments | Read More

Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Tahun 2013

Berikut adalah Jadual Pembayaran Gaji bagi Kakitangan Awam untuk tahun 2013.  Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Bagi Tahun 2013 ini boleh dirujuk untuk dijadikan panduan merancang percutian dan perbelanjaan .
 
BULAN TARIKH CATATAN
Januari 23 Januari 2013
Rabu
Februari *25 Februari 2012
Isnin
Tahun baru Cina
10 & 11 Februari 2013
Mac 25 Mac 2012
Isnin
Apri 25 April 2013
Khamis
Mei 23 Mei 2013
Khamis
Pesta Menuai
30 & 31 Mei
Jun * 25 Jun 2013
Selasa
Hari Gawai
1 & 2 Jun
Julai 25 Julai 2013
Khamis
Ogos * 22 Ogos 2013
Khamis
Hari Raya Puasa
8 & 9 Ogos
September 25 September 2013
Rabu
Oktober 8 Oktober 2013
Selasa
Hai Raya Haji
15 Oktober 2013
November 25 November 2013
Isnin
Deepavali
2 November 2013
Disember 18 Disember 2013
Rabu
Hari Krismas
25 Disember 2013

* Gaji bagi Tahun Baru Cina, Hari Gawai , Hari Raya Puasa dan Deepavali tidak dibayar awal kerana perayaan ini jatuh sebelum 11 haribulan pada bulan berkenaan

6:51 AM | 2 comments | Read More

8 Gambar HD Majlis Pernikahan Farid Kamil Dan Diana Danielle

Written By HAZRIL HAFIZ on Saturday, November 03, 2012 | 7:16 PM

gambar kahwin farid kamil dan diana danielle, gambar nikah farid kamil dan diana danielle, majlis akad nikah farid kamil dan diana danielle, gambar pernikahan farid kamil dan diana danielle.

Tahniah diucapkan kepada pasangan romantis Farid Kamil dan Diana Danielle yang kini sudah selamat diijabkabulkan menjadi suami isteri yang sah dan halal disisi agama . Majlis pernikahan diadakan di Hotel Flamingo , PJ.

Pasangan ini tyelah dinikahkan oleh Pegawai Tadbir Agama Penaftar Daerah Gombak , Daim Jaluli . Diana diwalikan oeh hakim kerana beliau tidak dapat mencari bapa kandungnya untuk mewalikannya secara sah.

Mas kahwin yang di beri oleh Farid Kamil kepada Diana ialah RM10,000 dan hantarannya ialah 20,000 nilai emas.

Turut hadir pada majlis akad nikah tersebut ialah ibu bapa pengantin lelaki iaitu Dato` Dr Zahari Che Dan dan Datin Sharifah Bardah Idid Syed Abdyllah Idid serta ibu pengantin perempuan Norsiah Ramli.

Diana Danielle Danny Beeson atau nama komersilnya Diana Danielle, 21 menerima lima dulang hantaran telah membalas tujuh dulang hantaran kepada pihak lelaki.

hantaran pengantin lelaki kepada Diana pula ialah mini bike Kawasaki KSR 1000, telekung & Al-Quran, cincin Tiffany & Co, sireh junjung, dan wang tunai dan cincin.

Hantaran dari pihak perempuan kepada suaminya pula adalah set wangian Hugo Boss, cincin dan wallet, majalah polo, mini bike Kawasaki KSR 1000, sireh junjung, manisan dan foto album.

Liputan eksklusif perjalanan percintaan pasangan Farid Kamil dan Diana Danielle  akan disiarkan pada malam ini jam 9.00 malam di saluran Astro Ria (saluran 104) dan di Astro On-The-Go.

Antara gambar sekita majlis pernikahan Farid Kamil dan Diana Danielle

sumber : forblogger dan Norfanil

7:16 PM | 0 comments | Read More

Labels

TERKINI (173) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (70) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)