Pengusaha Roti Uli Tepung Guna Kaki
Written By HAZRIL HAFIZ on Thursday, October 10, 2013 | 8:00 PM
Dinding Pasaraya C-Mart Bandar Darul Aman, Jitra Runtuh
Written By HAZRIL HAFIZ on Tuesday, October 08, 2013 | 11:16 AM
Jitra: Sebahagian besar dinding pasaraya yang baru beroperasi awal Ogos lalu di Bandar Darulaman Industri (BDI) di sini, runtuh.
Kejadian dikatakan berlaku kira-kira jam 8.30 pagi itu bagaimanapun tidak menyebabkan kecederaan kerana premis terbabit ketika itu kosong dan hanya beroperasi jam 10 pagi.
Punca kejadian masih disiasat, manakala pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat turut berada di lokasi.
Apa Itu CCRIS Dan Kesan Apabila PTPTN Laksana CCRIS Kepada Peminjam Ingkar
Written By HAZRIL HAFIZ on Monday, August 19, 2013 | 11:19 PM
BERITA “BAIK” kepada peminjam PTPTN yang liat membayar hutang anda. Semua data pinjaman anda akan disenaraikan di CCRIS. Berikut adalah keratan berita dari Malaysiakini
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan melaksanakan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) dengan kerjasama Bank Negara bagi menyenaraikan peminjam ingkar, bermula bulan ini.
Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh berkata CCRIS merupakan sistem pangkalan data Bank Negara yang menyimpan maklumat kredit peminjam yang telah dilaporkan oleh institusi kewangan.
Menerusi pendekatan ini peminjam PTPTN yang ingkar menerima kesan seperti peminjam institusi kewangan lain, terutama membabitkan kelulusan permohonan pinjaman, kad kredit, sewa beli dan sebagainya, kata Idris.
Beliau ditemui pemberita pada majlis mesra bersama pelanggan dan sambutan Aidilfitri PTPTN, di Kuala Lumpur hari ini.
"Institusi kewangan atau bank akan menilai dan menganalisis setiap pinjaman, baki pinjaman, rekod bayaran balik serta bilangan bulan tertunggak yang terlibat. Ini akan mempengaruhi kelulusan permohonan atau jumlah pinjaman," katanya.
Idris berkata pelaksanaan CCRIS tidak bertujuan membebankan peminjam PTPTN sebaliknya mahu menggalakkan budaya pembayaran balik sebagai kemudahan pembiayaan pendidikan kepada generasi seterusnya.
Pada masa yang sama, beliau berkata PTPTN merangka beberapa penyelesaian bagi membantu peminjam yang disenarai dalam CCRIS termasuk membayar keseluruhan tunggakan serta membuat komitmen bayaran secara ansuran melalui potongan gaji atau Arahan Tetap bank.
"Selain itu peminjam juga mempunyai pilihan dengan membuat penjadualan atau penstrukturan semula pinjaman mereka yang tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh PTPTN," katanya.
Sehingga 30 Jun lepas PTPTN telah meluluskan pembiayaan pendidikan kepada 2.2 juta pelajar dengan amaun keseluruhan berjumlah RM49.9 bilion.
masih tak tahu apa itu CCRIS?
CCRIS adalah rekod yang disimpan oleh bank negara mengenai keupayaan kredit anda. Anda boleh mendapatkan rekod kredit ini daripada bank negara atau cawangan bank negara di seluruh negara.
Anda hanya perlu membawa Kad Pengenalan dan ibu jari anda. Di sana nanti terdapat sebuah mesin untuk anda masukkan kad pengenalan dan letakkan ibu jari anda di tempat yang dikhaskan.
Maka anda akan mendapat laporan CCRIS anda.
Laporan CCRIS ini akan menunjukkan semua hutang anda yang sedia ada dengan bank.
Di sebelah kanan pula terdapat kotak-kotak yang menunjukkan bulan-bulan pembayaran anda.
0 – pembayaran tepat pada waktunya
1 – pembayaran lewat sebulan
2 – pembayaran lewat 2 bulan
3 – pembayaran lewat 3 bulan
Dan ada satu lagi ruangan “remarks”, dalam ruangan ini akan dinyatakan samada anda pernah menerima perintah mahkamah atau tidak.
*******************
Jadi apa kesannya kepada anda??? Kesannya sangatlah mendalam. Peminjam ingkar yang tidak membuat bayaran balik akan disenaraihitamkan oleh institusi kewangan dan segala urusan pinjaman anda tak kira la pinjaman rumah, kereta , peribadi dan apa sahaja akan mengalami masalah untuk diluluskan. Rekod CCRIS ini akan diakses oleh institusi kewangan sebelum membuat keputusan untuk meluluskan sebarang pinjaman kepada anda. Jadi kalau anda tak mampu bayar PTPTN mengikut jadual pinjaman yang dibekalkan, jangan harap la nak pakai kereta baru dan ada rumah baru.
Aku kongsikan sedikit komen salah seorang kawan aku bila ada yang marah sebab ramai mempertikaikan pasal CCRIS ni.
Nak bayar tu xde masalh...tp kos pentadbiran yg melampau2 la una...student xde pilihan lain selain pinjam...so kalo xpnjam xdpt smbg belaja...kalo btul la nk tlg rakyat nyer...bayar jer la yg kite pinjam..tu pon kalo btul nk tlg rakyat agar rakyat x terbeban...ak tgk mcm nk kaot untung jer..byar rm50, rm 35 kos pentadbiran, rm 15 tuk pinjaman..tah la..golongn mcm ak nie...xbrape nk ado...nk x nk kne pinjam...lumrah org hutang..hukumnye wajib bayar balik..kite tiade pilihan tuk menuruskan pelajaran
Kami bukan pertikai. Cuma nampak kos pentadbiran tu terlampau tinggi. Kalau siapa yang dah dapat statement PTPTN tau la.
Trend belia kini pulak adalah buat pinjaman untuk berkahwin. Mungkin kesan ini paling dirasai sebab yang buat loan tu dah sah2 la “kurang berkemampuan” dari segi kewangan bukan? PTPTN tak bayar, pinjamantak lulus, kahwin tak boleh. Dan setiap bulan pulak mungkin hanya mampu bayar “interest” PTPTN sahaja. Sekadar pandangan. Ada pro and contranya pelaksanaan ini.
Gambar Jambatan Kedua Pulau Pinang Runtuh
Written By HAZRIL HAFIZ on Friday, June 07, 2013 | 2:03 PM
BAYAN LEPAS - Jalan penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang berhadapan dengan kilang Motorola di sini runtuh kira-kira jam 7.15 malam tadi.
Menurut jurucakap Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB), runtuhan berkenaan adalah sebahagian daripada ‘ramp’ di bawah kerja-kerja pembinaan pakej 3A yang sedang giat dijalankan.
Beliau berkata, siasatan lanjut berkenaan punca kejadian sedang dijalankan dan kenyataan rasmi akan dikeluarkan esok.
“Kita masih siasat punca kejadian dan JKSB akan keluarkan kenyataan berhubung kejadian ini selewat-lewatnya pagi esok,” katanya ketika dihubungi di sini.
Sementara itu, seorang saksi kejadian Zalali Mohamad, 30, berkata, kejadian berlaku begitu pantas dan beliau melihat beberapa kenderaan yang melalui jalan itu dihempap runtuhan berkenaan.
“Saya berada tidak jauh dari tempat kejadian dan tiba-tiba terdengar bunyi dentuman kuat..apabila saya berpaling melihat jambatan itu saya nampak beberapa buah kenderaan dihempap runtuhan berkenaan.
“Saya tidak pasti berapa jumlah kenderaan yang terlibat tetapi saya nampak sebuah kereta dan motosikal dihempap,” katanya.
Sehingga kini kerja-kerja mengalihkan runtuhan sedang giat dijalankan oleh anggota penyelamat.
Jumlah kenderaan dan mangsa yang terlibat belum dapat dipastikan.
Projek pembinaan jambatan kedua itu dilancarkan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2008 dan kerja-kerja pembinaan dimulakan pada 3 Mac 2009. Ketika ini sebanyak 94 peratus kerja-kerja pembinaan berjaya dilaksanakan.
Pada 30 April lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi pemimpin pertama negara yang menggunakan laluan Jambatan Kedua Pulau Pinang sepanjang 24 kilometer dari bahagian pulau ke tanah besar untuk ke satu majlis di Kepala Batas, Seberang Perai.
Jambatan kedua Pulau Pinang ialah jambatan terpanjang di Asia Tenggara yang dibina bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di Jambatan Pulau Pinang dengan kos RM4.5 bilion.
sumber : sinarharian
Parlimen Bubar 3 April 2013 Untuk Beri Laluan Kepada PRU13
Written By HAZRIL HAFIZ on Wednesday, April 03, 2013 | 2:27 PM


Fakta Sebenar Pergaduhan Di Sungai Petani
Written By HAZRIL HAFIZ on Wednesday, December 19, 2012 | 10:59 AM
rusuhan di sungai petani, pergaduhan di sungai petani, rusuhan kaum di sungai petani, pergaduhan melayu dan india di sungai petani, keadaan terkini di sungai petani, kes pergaduhan kaum di sungai petani, update pergaduhan melayu dan india sungai petani, kes pergaduhan melayu dan india sungai petani 2012, pergaduhan samseng di sungai petani
Isu rusuhan dan pergaduhan yang berlaku di Sungai Petani antara 2 kumpulan , India dan melayu yang heboh diperkatakan di facebook dan beberpa laman blog sebenarnya banyak tokok tambahnya. Kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang “ayahanda” merupakan punca kepada kekecohan ini. Kenyataan ini ditokok tambah dan boleh menimbulkan kekeliruan dan menambahkan sentimen perkauman. Berikut adalah status asal beliau :
*Untuk makluman, status dari Ayahanda Joe ini telah dipadam oleh beliau:
Kenyataanya , apa yang berlaku tidak seteruk atau seserius yang dihebohkan. Kejadian tersebut memang berlaku dan Pihak PDRM telah membuat kenyataan rasmi berkaitan perkara ini dan mengesahkan keadaan adalah terkawal dan kenyataan yang berlegar di facebook dan laman blog adalah tidak benar .
PADA 18/12/2012 JAM 2330HRS YDHSAC DATO ABDUL GHAFFAR BIN RAJAB TIMBALAN KETUA POLIS KEDAH TELAH MENGADAKAN
SIDANG AKHBAR DI IPD KUALA MUDA BAGI MEMPERBETULKAN BERITA PALSU BERKENAAN KEADAAN HURU HARA DI DAERAH KUALA MUDA , SG PETANI KEDAH
SEPERTIMANA DIGEMBAR GEMBURKAN DI BLOG , FACEBOOK , TWITTERS DAN SMS OLEH PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB .
KEADAAN KESELAMATAN DAN KETENTERAMAN AWAM DI DAERAH KUALA MUDA ADALAH SELAMAT DAN TERKAWAL WALAUPUN TELAH BERLAKU INSIDEN PERGADUHAN ANTARA BEBERAPA PEMUDA MELAYU DAN PEMUDA INDIA PADA
16/12/2012 AWAL PAGI . KESEMUA YANG TERBABIT DI DALAM KES TERSEBUT TELAH DITANGKAP (SERAMAI 13 ORANG TERDIRI DARI MELAYU DAN INDIA ) , MANGSA JUGA TELAH DIRAWAT DAN HANYA TINGGAL SEORANG SAHAJA YANG MASIH DIRAWAT DI HOSPITAL SULTAN ABDUL HALIM DARI 5 ORANG YANG TERCEDERA . EKORAN INSIDEN TERSEBUT , PIHAK PDRM TELAH MENGAMBIL TINDAKAN AWAL DENGAN KAWALAN KESELAMATAN SEPERTI FRU , LSF , MPV , JSJ , NARKOTIK , SB DAN ROADBLOCK DI SEMUA LOKASI DI DALAM DAERAH KUALA MUDA BAGI MENJAMIN KESELAMATAN ORANG AWAM KHUSUSNYA .
PESANAN DARIPADA YDH SAC
DATO' ABDUL GHAFAR BIN RAJAB
UNTUK SEMUA MASYARAKAT
MALAYSIA AMNYA .
>>>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<<<
Ini pula dikatakan statement oleh Insp Polis dari Kuala Muda Kedah

Dan ini pula artikel yang dipetik dari akhbar online Mymetro:
SUNGAI PETANI: Polis di Kedah menasihati orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan khabar angin dan berita palsu yang disebarkan dalam Facebook, Twitter dan blog ketika ini mengenai keadaan semasa di daerah ini.
Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Abdul Ghafar Rajab, berkata tiada sebarang
pergaduhan atau apa-apa insiden kematian atau bakar masjid yang berlaku di
Sungai Petani.
Katanya apa yang tersebar melalui laman sosial dan blog semuanya palsu dan khabar yang disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
"Keadaan di Sungai Petani adalah aman dan tenteram serta terkawal," katanya pada sidang media di sini, lewat malam ini.
>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<
**jadi mohon kepada semua yang menyebarkan isu ini supaya siasat dahulu sebelum menyebarkannya. Jangan sebarkan isu palsu tambahan pula isu yang melibatkan perkauman. Jangan sampai peristiwa 13 Mei berulang kembali. Berblogging dan berfacebooklah secara berhemah .
**Kalau pun betul terjadi isu pergaduhan antara samseng, jangan ada yang mempolitikkan isu ini. Kangan keruhkan keadaan dan jangan timbulkan sentimen perkauman.
**penduduk di sekitar Sungai Petanidinasihatkan berhati hati . Sila rujuk pihak PDRM berkaitan isu ini dan bukan mendapatkan maklumat dari laman internet dan fb.
sumber :
Video Bapa Dera Anak Tiri
Written By HAZRIL HAFIZ on Thursday, December 13, 2012 | 3:37 PM
video bapa dera anak, video mekanik dera anak tiri, video india dera anak tiri, lelaki india dera anak tiri, lelaki dera anak, india dera anak tiri, video dera anak tiri
Rentetan gambar menunjukkan seorang lelaki begitu rakus mendera seorang kanak-kanak dengan mengangkat badan mangsa, menendang, memukul dengan senduk dan memaksanya berlutut dengan mengangkat tangan di sebuah rumah di Klang.
Perbuatan kebinatangan seorang mekanik yang mendera anak tiri lelakinya berusia tiga tahun tanpa belas kasihan memakan diri apabila dia diberkas selepas aksi kejamnya itu dirakam menggunakan kamera telefon bimbit sebelum dimuat naik di laman sosial Facebook.
Suspek berusia 32 tahun tersebut diberkas pada pukul 8 malam kelmarin di rumahnya di Taman Mas, Kapar di sini iaitu tempat di mana kejadian dera itu berlaku.Lelaki yang terlibat adalah bapa tiri kepada kanak-kanak tersebut, telah ditahan dan disiasat di bawah Sek. 31 (1)(a) Akta Kanak-kanak 2001. Dia diberkas apabila polis menerima laporan jirannya sejam selepas dia melihat rakaman tersebut.
Difahamkan, ketika serbuan, suspek berada di dalam rumah itu bersama mangsa tetapi isterinya telah melarikan diri.
Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara, Supritendan Jani Ahmad berkata, kanak-kanak tersebut dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini dan pemeriksaan menemui kesan kecederaan dan calar di badan serta kepalanya.
Katanya, polis percaya mangsa telah didera oleh bapa tirinya sejak dua bulan lalu.
Kuala Lumpur syurga membeli-belah keempat di dunia
Written By HAZRIL HAFIZ on Saturday, December 01, 2012 | 9:01 AM
Kuala Lumpur, Malaysia telah diiktiraf sebagai syurga membeli-belah keempat di dunia, berikutan dari hasil kaji selidik yang dilakukan olehCNN baru-baru ini.
Jumlah mata yang diperolehi adalah sebanyak 30 daripada 40 mata, di mana ia merangkumi aspek kemudahan berjalan, kualiti barangan yang dibeli, kepelbagaian barangan dan pengalaman.
Pencapaian ini meletakkan bandar-bandar gergasi seperti Paris, Hong Kong, Buenos Aires, Vienna, Dubai dan Madrid berada di belakang Malaysia.
Gelaran syurga membeli-belah di dunia yang pertama di dunia pula berjaya dimiliki oleh New York dengan 35 mata, diikuti oleh negara matahari terbit, Tokyo dengan 34 mata dan disusuli dengan London yang mendapat 31 mata.
Borang BR1M 2.0
Written By HAZRIL HAFIZ on Wednesday, October 03, 2012 | 4:49 PM
Borang BR1M 2.0 atau Bantuan Rakyat 1 Malaysia kali ke -2 akan mula diedarkan pada bulan ini kepada mereka yang berkelayakan. Perdana Menteri pada pembentangan Bajet 2013 yang lalu telah mengumumkan pemberian insentif RM 500 setiap orang bagi yang berkelayakan seperti juga BR1M yang lalu.
Bantuan pada kali ini melibatkan peruntukan hampir 3 billion ringgit dan akan mula dibayar pada awal tahun depan yang akan memanfaatkan hampir 4.3 juta isi rumah di Malaysia serta 2.7 juta rakyat yang masih lagi bujang.
Pemohon yang telah mendaftarkan nama semasa BR1M 1.0 yang lalu tidak perlu mendaftar sekali , tetapi mereka yang berkelayakan tetapi belum mendaftar, boleh memvbuat pendaftaran pada BR1M 2.0 ini.
Pemohon juga dinasihatkan berhati hati dengan sindiket Borang BR1M berbayar yang berlaku sebelum ini . Semua borang permohonan adalah PERCUMA dan akan diletakkan di sini sejurus selepas kerajaan mengeluarkan Borang Rasmi BR1M 2.0 .
Kandungan Bajet 2013
Written By HAZRIL HAFIZ on Friday, September 28, 2012 | 5:16 PM
intipati bajet 2013, senarai bajet 2013, inisiatif bajet 2013
Hari ini Perdana Menteri Malaysia . YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak membentangkan Belanjawan 2013. Pastinya intipati Belanjawan yang akan diberikan oleh kerajaan sememangnya ditunggu tunggu oleh rakyat dengan harapan lebih banyak insentif dan faedah yang akan diberikan menjelang Pilihanraya Umum ke 13 yang semakin hampir.
##Gayut banyak2...bayar sikit je....sapa tak mahu kan?
Kerajaan pastinya akan menawarkan lebih faedah kepada rakyat sebagai satu suntikan awal menjelang pilihanraya. Pembentangan pada kali ini juga dilihat sebagai penentu kepada kerajaan untuk menambat hati rakyat . Jika gagal , mungkin mereka akan menerima padah pada pilihan raya akan datang.
##Peluang Bercuti Bersama Hanis Zalikha dan Scha
##Gadget Bernilai RM10,000 PERCUMA untuk anda
Untuk mendapatkan intipati dan senarai Belanjawan 2013 dalam bentuk Teks ucapan . anda boleh mendapatkannya dengan klik link dibawah bermula jam 5.30 petang , 28 September 2012)
BAJET 2013 | BELANJAWAN 2013
Pembentangan Bajet 2013 | Belanjawan 2013
KUALA LUMPUR, 28 Sept — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (gambar) hari ini membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat, yang keempat bagi beliau sebagai Menteri Kewangan.
Berpakaian baju Melayu berwarna hijau lengkap bersamping, Najib mula membentangkan Belanjawan, bertema “Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati” pada 4 petang, dan ia disiarkan secara langsung oleh stesen-stesen radio dan televisyen utama.
Dengan pilihan raya umum ke-13 bakal diadakan pada bila-bila masa sahaja, rakyat Malaysia teruja untuk mengetahui apakah berita baik untuk mereka dalam Belanjawan kali ini berikutan kebimbangan mereka terhadap punca pendapatan yang boleh menjejaskan kualiti kehidupan mereka.
DAPATKAN KANDUNGAN BAJET 2013 DISINI
Rakyat mengharapkan kerajaan akan menangani isu-isu berkenaan dan pada masa yang sama memastikan keadaan ekonomi negara kekal kukuh berikutan ketidaktentuan ekonomi global.
Menjelang pembentangan Belanjawan hari ini, pakar ekonomi, ahli politik serta rakyat biasa dan setiap lapisan masyarakat telah menyuarakan pendapat mereka mengenai apa yang Najib patut masukkan di dalam Belanjawan.
Najib telah menulis dalam blog beliau bahawa Belanjawan ini disediakan selepas mengambil kira pelbagai pandangan daripada rakyat.
“Terima kasih atas input anda , ini benar-benar mewakili sesuatu yang disuarakan oleh rakyat, untuk rakyat — dan saya berharap semua lapisan rakyat Malaysia dapat melihatnya daripada isu-isu yang ditangani,” tulis beliau.
Belanjawan ini akan dibahaskan dan diluluskan pada persidangan Dewan Rakyat yang bermula 24 September dan akan berakhir pada 27 November.
Belanjawan ini juga adalah yang terakhir sebelum pilihan raya umum ke-13 diadakan berikutan mandat kerajaan akan tamat pada 28 April, 2013. Najib boleh memohon membubarkan Parlimen pada bila-bila masa antara sekarang dan akhir April. — Bernama
Intipati dan senarai Bajet yang dibentangkan akan kami bawakan kepada anda sejurus selepas selesai pembentangan Bajet 2013
6 Gambar Kapal MISC Meletup Ketika Isi Minyak Di Jeti Petronas Labuan
Written By HAZRIL HAFIZ on Thursday, July 26, 2012 | 1:33 PM
kapal meletup di labuan, kapal minyak meletup petronas labuan, kapal meletup di jeti mega methanol, kapal misc meletup,
Laporan dari Berita Harian
LABUAN: Enam orang dikhuatiri mati apabila sebuah kapal yang dalam proses mengisi minyak di jeti PETRONAS Mega Methanol berdekatan kawasan Pulau Eno dekat sini, meletup awal pagi tadi.
Kejadian itu berlaku pada kira-kira jam 2.30 pagi dan kerja-kerja mencari mangsa sedang giat dijalankan.
CEPAT!! LEBIH RM 5000 WANG TUNAI UNTUK DIREBUT
Laporan dari UTUSAN MALAYSIA
LABUAN 26 Julai - Seorang maut dan lima lagi anak kapal masih hilang selepas kapal milik MISC yang membawa methanol meletup dipercayai akibat di panah petir berhampiran jeti Petronas di sini awal pagi ini.
Mangsa yang maut ditemui dalam keadaan rentung di bahgian dek kapal berkenaan.
Kejadian itu turut menyebabkan dua lagi anak kapal mengalami kecederaan dan kini dirawat di Hospital Labuan.
Menarik : Koleksi Logo Alternatif Kemerdekaan 2012 Ciptaan Rakyat Malaysia
SUMBER: BERITA HARIAN dan UTUSAN
GAMBAR : CTHONEY
Koleksi Logo Alternatif Kemerdekaan 2012 Ciptaan Rakyat Malaysia
Isu paling panas dan paling mendapat liputan pada minggu ini mungkin berkaitan Isu Logo Dan Tema Hari Kemerdekaan ke 55 Tahun 2012 yang menjadi perdebatan kerana slogan yang nampaknya menyebelahi sebelah pihak dan logo yang nampaknya seperti hasil kerja “budak 9 tahun”. Ramai yang menganggap logo kemerdekaan pada tahun ini tidak langsung tidak menepati slogan “Janji Ditepati” tetapi lebih menjurus kepada slogan “Janji Siap” kerana reka bentuknya yang sangat sangat ringkas. Malahan lagu Janji Ditepati tu sendiri agak mengarut liriknya . Anda boleh dengar lagu tersebut di Video Lagu Tema Hari Kebangsaan “Janji Ditepati” Bersifat Politik
CEPAT!! LEBIH RM 5000 WANG TUNAI UNTUK DIREBUT
Berikutan isu tersebut, ramai para designer tampil dengan idea dan design logo masing masing yang nampaknya JAUH lebih baik dari apa yang diilhamkan kerajaan. Jom kita tengok beberapa logo yang dicipta oleh designer designer Malaysia yang boleh menggantikan logo “SANGAT BURUK” tersebut,
Semuanya nampak lebih menarik jika nak dibandingkan dengan logo yang dikeluarkan oleh kerajaan. Ramai sebenarnya designer designer yang boleh memberikan khidmat free membiona logo. Kenapa kerajaan perlu bazirkan dengan mencipta satu logo yang boleh dianggap terburuk dalam sejarah dan menjadi perdebatan??Come on la. Malaysia dah 55 tahun Merdeka. Bukan berniat untuk kutuk negara sendiri, tetapi sepatutnya kerajaan memerintah ambil berat hal hal sebegini. Jika mereka terus lakukan kesilapan kesilapan bodoh seperti ini, jangan terkejut jika pemerintahan Malaysia bakal beralih arah pada PRU 13 nanti. Rakyat Malaysia sudah cerdik pandai dan boleh menilai mana baik dan buruk dan tidak mudah disogok dengan penipuan.
sumber : Blogserius
Isu Logo Dan Tema Hari Kemerdekaan ke 55 Tahun 2012
Written By HAZRIL HAFIZ on Tuesday, July 24, 2012 | 5:12 PM
Mungkin ada yang belum tahu tema hari kebangsaan Malaysia pada tahun 2012 adalah Janji Ditepati. Mendengarnya saja mesti dalam benak fikiran kita akan terus terbayang Barisan Nasional . Kerana Janji Ditepati adalah slogan rasmi BN . Mungkin kerana PRU semakin dekat, sampaikan hari kebangsaan yang akan disambut semua rakyat tanpa mengira parti politik juga dah dapat pengaruh kerajaan memerintah saja. Not fair bukan? sebab hampir separuh dari rakyat Malaysia adalah penyokong pembangkang dan separuh adalah penyokong kerajaan. Sepatutnya lebih bersifat universal dan diterima semua . Jom kita tengok pula Logo Hari Kebangsaan 2012
CEPAT!! LEBIH RM 5000 WANG TUNAI UNTUK DIREBUT
Jika benar ini logo rasmi hari kemerdekaan Malaysia ke 55 , 2012 , memang ada something wrong la. Ini Microsoft Word punya hasil. Please do something kerajaan. Seriusly terlampau simple. Dah jadi bahan ketawa di laman sosial.
Entry berkaitan:
**dan ini pula adalah keratan akhbar dari Mstar berkaitan artikel pembangkang gesa kerajaan ubah slogan kemerdekaan.
KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat pada Selasa, menggesa kerajaan menukar tema Hari Kebangsaan 2012 "Janji Ditepati" kepada tema yang lebih bersifat inklusif.
Keputusan ini dibuat selepas mesyuarat Majlis Pimpinan pakatan pembangkang yang dipengerusikan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali bersetuju bahawa tema tersebut tidak bersifat kemerdekaan.
"Kita minta kerajaan tukar tema tahun ini kepada tema yang merangkumi semangat kemerdekaan.
"Tema yang ditetapkan mestilah inklusif dan dapat diterima oleh seluruh rakyat Malaysia," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Setiausaha Agung Pakatan Rakyat di bangunan ibu pejabat PAS, dekat sini, Selasa.
Hadir sama Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah, Tian Chua dan ahli Parlimen Seputeh (DAP) Teresa Kok.
Mustafa berkata mesyuarat juga bersetuju memberikan tempoh seminggu kepada kerajaan untuk mempertimbangkan seterusnya menukar tema tersebut kepada tema yang lebih sesuai.
Beliau menambah, tema tersebut adalah tidak munasabah untuk Malaysia, sebuah negara demokrasi kerana ia merupakan slogan parti Barisan Nasional (BN).
"Tema tahun ini sangat teruk dan tak munasabah. Itu (tema) slogan BN...Bagaimana boleh jadi tema untuk sebuah negara. Orang tengok tema kepala terus ingat BN.
"Kita bagi seminggu kepada kerajaan...kalau tak tukar juga kita sendiri akan bawa tema lain yang lebih bersifat menyeluruh," tegasnya.
Mengulas lanjut Mustafa berkata dalam perkara ini Pakatan sentiasa menghormati kerajaan yang mempunyai kuasa membuat keputusan untuk memutuskan tema Hari Kebangsaan di negara ini.
Bagaimanapun katanya, sekiranya kerajaan gagal mendapat tema lain yang dipersetujui semua pihak, Pakatan bersedia memberikan bantuan.
"Kita benarkan dan hormati keputusan kerajaan yang tentukan tema. Tapi janganlah buat tema yang tak mencerminkan semangat kemerdekaan.
"Kalau tidak tukar juga, kita akan bantu beri cadangan (tema) yang boleh memberi tindak balas kepada semangat nasional," katanya.
Dalam pada itu beliau turut menyentuh tentang 48 peratus rakyat negara ini yang terdiri daripada penyokong Pakatan.
Beliau membayangkan jika kerajaan tidak menukar tema, golongan tersebut tidak dapat bersama menghayati Hari Kemerdekaan tahun ini.
"Kalau tidak, terserah kepada rakyat untuk suka tema asal atau yang kita cadangkan," katanya.
Video Kejadian Amuk Di Kompleks B JPM Putrajaya
Written By HAZRIL HAFIZ on Tuesday, July 10, 2012 | 1:20 PM
amuk di pejabat perdana menteri, kejadian amuk di putrajaya, amuk di JPM, lelaki mengamuk di JPM, pasangan amuk di pejabat perdana menteri.
Susulan kejadian amuk yang berlaku di Kompleks B , Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya semalam, admin telah keluarkan satu entry semalam .
Gambar Kejadian Amuk Di Kompleks JPM , Suspek Meninggal Dunia.
Suspek disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital akibat kecederaan ditembak anggota polis yang ingin meleraikan keadaan selepas kedua dua suspek bertindak ganas. Nama sebenar suspek telah dikenalpasti sebagai Khalil Afandi Hamid yang berusia 47 tahun. Blog assassincyber telah mendedahkan secara terperinci butiran peribadi suspek yang juga seorang blogger Pakatan Rakyat yang dipercayaai memang membenci pihak berkuasa melalui tulisan laman blog nya. Boleh klik entry IMAM MAHADI SEORANG BLOGGER PR YANG MEROYAN untuk makluman lanjut berkaitan suspek.
Dan berikut adalah video rakaman amatur semasa kejadian berlaku dan semasa suspek ditembak oleh polis. Motif sebenar suspek bertindak demikian masih lagi dalam siasatan polis.
BB Plaza (Plaza Bukit Bintang) Akan Diroboh Awal Tahun Depan
Written By HAZRIL HAFIZ on Wednesday, June 27, 2012 | 9:25 AM

Gangguan Bekalan Air Sekitar Lembah Klang Akibat Permintaan Melebihi Had
Written By HAZRIL HAFIZ on Saturday, June 23, 2012 | 5:31 PM

Perhimpunan BERSIH 3.0 , 28 April 2012 , Dataran Merdeka
Written By HAZRIL HAFIZ on Wednesday, April 04, 2012 | 5:31 PM
perhimpunan bersih 3.0, bersih 3.0, tarikh bersih 3.0, gambar bersih 3.0,, duduk bantah
Perkataan BERSIH kini mula meniti di bibir rakyat Malaysia semula selepas BERSIH 2.0 dijalankan pada bulan Julai 2011 yang lalu. BERSIH 3.0 kini menyusul pula dan dikatakan akan diadakan pada 28 April 2012 ini di Dataran Merdeka. Untuk BERSIH 3.0, lebih 84 NGO akan turut serta dalam perhimpunan tersebut dan menuntut pilihanraya yang lebih telus dan adil oleh SPR dan kerajaan. Tema dan slogan kali ini adalah DUDUK BANTAH . 8 tuntutan dalam BERSIH 3.0 adalah sama dengan apa yang dituntut sebelum ini iaitu:
Perhimpunan BERSIH 3.0 dikatakan akan menumpukan kepada reformasi yang lebih besar dan ia dijalankan sekali lagi atas faktor faktor berikut :
- Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (PSC) masih lagi dilihat gagal untuk menyelesaikan 8 tuntutan yang dibuat semasa perhimpunan Bersih 2.0
- Lebih banyak penipuan dan bentuk manipulasi telah diperolehi
- Tidak yakin Pilihanraya Umum ke 13 akan adatang dapat dilakukan dengan telus dan adil
- SPR masih lagi gagal melibatkan isu asas iaitu membersihkan daftar pemilih
- PSC masih lagi belum dilihat benar-benar mengusul satu kaedah yang baik bagi menyelasaikan masalah warga Malaysia yang berada di luar negara untuk mengundi
Apa pula kata anda sebagai pengundi? Adakah ianya wajar atau tidak? Mungkin kita mempunyai pandangan dan sudut pemikiran yang berbeza dan fahaman tertentu. Tapi bagi admin, rasanya ia mungkin perlu untuk membuat desakan kepada SPR supaya lebih telus dan tiada unsur meragukan di dalam pilihan raya Malaysia sesuai dengan nama perhimpunan itu sendiri iaitu BERSIH iaitu membersihkan apa yang patut. Namun, harapnya perhimpunan pada kali ini ntidak mencetuskan huru hara melampau dan sekadar rapat umum menuntut kebenaran dan bukannya medan melepaskan kemarahan masing masing.
Benarkah Timbalan Presiden Angkatan Amanah Merdeka (Amanah), Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir juga akan menyertai BERSIH 3.0?
sumber :
Siti Nur Fatihah Mahadi Tidak Diculik | Lari Ke Rumah Teman Lelaki
Written By HAZRIL HAFIZ on Thursday, March 22, 2012 | 3:42 PM
Siti Nur Fatihah Mahadi,budak diculik, siti fatihah diculik
Gadis yang dikatakan diculik ketika keluar membeli kad tambah nilai prabayar Ahad lepas, Siti Nur Fatihah Mahadi, 15, akhirnya mengaku bahawa dia sebenarnya tidak diculik, kata polis. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang SAC T. Narenasagaran berkata gadis itu juga mengaku bahawa dia dengan rela hati melarikan diri untuk tinggal di rumah teman lelakinya yang berumur 26 tahun disebabkan tekanan emosi yang dialami.
Beliau berkata, laporan yang dibuat kepada polis dengan mendakwa gadis itu diculik adalah tidak benar kerana dia mengaku dia tidak diculik tetapi melarikan diri dari rumah kerana tekanan perasaan. Beliau juga berkata Siti Nur Fatihah ditemui di rumah teman lelakinya di Kampung Merchong dekat Pekan petang semalam, selepas dikatakan diculik dua lelaki dan seorang wanita semasa bersama adik lelaki dan sepupunya membeli kad tambah nilai prabayar di Taman Tas di sini, Ahad lepas.
Narenasagaran berkata remaja itu sendiri yang menghubungi kedua-dua lelaki dan wanita berkenaan supaya menghantarnya ke rumah teman lelakinya pada hari dia dilapor hilang oleh keluarganya. Beliau berkata Siti Nur Fatihah kini dihantar ke Rumah Perlindungan Kanak-kanak Sultanah Fatimah di sini untuk kaunseling dan penjagaan kerana dia tidak mahu pulang ke rumah serta merayu tidak mahu menemui sesiapa.
Tambah beliau lagi, kes ini telah selesai dan pihaknya menegaskan bahawa ini bukan kes culik. Mangsa keluar rumah secara sukarela dan tiada unsur paksaan atau kekerasan oleh mana-mana pihak dalam kes ini. Ditanya mengenai dua lelaki dan seorang wanita berumur lingkungan 20-an yang sebelum ini dikatakan melarikan gadis itu, Narenasagaran berkata mereka tidak ditahan tetapi akan dipanggil semula untuk memberi keterangan berhubung kes itu. Pihak polis juga akan panggil semula kedua-dua lelaki dan wanita yang dikatakan penculik itu untuk diambil keterangan.
Apa la nak jadi budak ni. Menyusahkan mak bapak je. Sampai masuk muka depan surat khabar nangis nangis cakap anak kena culik. Last last lari ke rumah boyfriend . Malu satu keluarga. Satu Malaysia pulak tu tahu. Tolong la jangan buat perangai macam ni. Menyusahkan semua orang. Dah kes culik macam macam yang jadi. Ada pulak dia ni nak jugak buat kes culik palsu.
Surat Dr Mahathir Kepada Benjamin Netanyahu
Written By HAZRIL HAFIZ on Thursday, March 01, 2012 | 6:19 PM
PERDANA MENTERI MALAYSIA
14 Mac 1997
Tuan Yang Terutama
Tuan Benjamin Netanyahu
Perdana Menteri Israel
Jerusalem
Surat tuan bertarikh 23 Januari hanya sampai kepada saya semalam.
Saya amat menghargai susah payah tuan untuk memaklumkan kepada saya situasi di Palestin dan rantau berkenaan.
Malangnya sebahagian besar daripada perkara yang tuan nyatakan itu telahpun berubah dengan begitu pantas.
Malaysia percaya kepada keamanan dan penyelesaian masalah antara negara berjiran menerusi rundingan.
Sebagai jalan keluar terakhir, kami beralih kepada pihak ketiga. Dalam pertikaian berhubung wilayah antara Malaysia dan Singapura dan Malaysia dan Indonesia kami bersetuju menyerahkan kepada Mahkamah Dunia untuk memutuskannya.
Pertikaian antara Malaysia dan Thailand berhubung wilayah perairan diselesaikan dengan persetujuan untuk berkongsi sumber bukan marin dengan saksama.
Di dalam negara, ketidaksamaan dalam pengagihan kekayaan antara penduduk pribumi dan kalangan yang asalnya pendatang diselesaikan menerusi tindakan afirmatif di mana golongan miskin akan memperoleh perkongsian yang lebih besar daripada kek ekonomi yang semakin berkembang tetapi tidak ada tindakan merampas dan mengagihkan semula apa yang telahpun menjadi kepunyaan keturunan kalangan pendatang.
Setiap orang menikmati pembahagian yang agak adil sekarang dan setiap orang agak berpuas hati. Hubungan antara kaum yang berbeza di Malaysia adalah baik dan tidak porak-peranda.
Perkara penting yang ingin saya tekankan ialah untuk tidak mengambil apa yang telahpun menjadi kepunyaan orang lain sungguhpun daripada segi sejarah, ia mungkin kepunyaan tuan.
Akhir-akhir ini Israel telah merobohkan penempatan Arab dalam usaha mendirikan rumah bagi rakyat Israel.
Seluruh dunia, termasuk sekutu tuan, Amerika Syarikat, mengutuk tindakan ini. Namun Israel tetap meneruskan juga.
Tuan mengutuk Syria kerana membuat ancaman. Bagaimanapun ancaman mereka adalah respons kepada tindakan tuan sendiri.
Jika tuan secara paksa merampas tanah dan harta benda kepunyaan penduduk Palestin, satu-satunya respons sekiranya mereka tidak bertindak secara ganas terhadap tuan, adalah dengan mengancam untuk bertindak menentang tuan.
Jika mereka tidak boleh bertinda balas dan mereka tidak boleh menyuarakan tindak balas yang dihasratkan itu, maka mereka terpaksa tunduk kepada semua tindakan tuan tidak kira bagaimana salah sekalipun.
Apa yang tuan lakukan sekarang bertentangan dengan semangat dan surat proses perdamaian yang dipersetujui oleh pendahulu tuan.
Bagaimanakah kami boleh mempercayai Israel jika sesuatu perubahan dalam kerajaan menyangkal jaminan yang diberi dengan rasminya oleh sebuah Kerajaan Israel.
Tolong pertimbangkan semula keputusan tuan untuk membina penempatan baru Yahudi di tanah Arab.
Belia-belia Israel ada di sini. Hasrat kami ialah untuk menunjukkan kepada mereka bahawa umat Islam adalah manusia rasional biasa yang mahu hidup dalam keamanan dan kebebasan.
Kami berharap mereka akan mempunyai tanggapan baru terhadap umat Islam dan Islam. Akan berlaku penyimpangan dalam kalangan umat Islam tetapi penyimpangan turut berlaku dalam kalangan Yahudi dan Kristian serta penganut setiap agama. Tiada agama yang seharusnya dihakimi berdasarkan penyimpangan ini.
Kami berharap kalangan belia ini akan memahami umat Islam dengan lebih baik dan akan mahu berbaik-baik dengan mereka.
Untuk mengecap keamanan tuan perlu melakukan pengorbanan. Penduduk Palestin tidak lagi mendesak penyingkiran Israel.
Mereka malah bersedia untuk berkongsi Jerusalem dengan tuan. Mereka telah melakukan pengorbanan.
Kita harus ingat apabila Yahudi diperlakukan dengan kejam di Eropah, mereka seringkali menemui perlindungan dalam kalangan umat Islam di negara-negara Islam.
Kami tidak menganggap rakyat Israel sebagai seteru abadi. Namun kami tidak boleh menahan rasa simpati terhadap penduduk Palestin kerana tanah air mereka dirampas daripada mereka sekarang.
Ia mungkin menjadi kepunyaan Yahudi tiga ribu tahun yang lalu. Banyak tanah tradisional Melayu yang telah menjadi sebahagian daripada Thailand. Tetapi kami tidak menuntut Selatan Thailand untuk menjadi sebahagian daripada Malaysia.
Jika kita pergi terlalu jauh ke masa lampau, kita tidak boleh hidup bersama jiran-jiran kita.
Kami bersedia untuk mengadakan kerjasama ekonomi dan teknologi dengan Israel tetapi kami masih belum boleh berbuat demikian kerana tuan belum memenuhi komitmen yang dibuat oleh Kerajaan Israel yang sah.
Kami ingin memikirkan bahawa sebaik sahaja kami mewujudkan hubungan dengan tuan, ia akan hubungan yang menjadi tetap.
DR MAHATHIR BIN MOHAMAD
sumber : Lulu Pages