Home » » Isu Logo Dan Tema Hari Kemerdekaan ke 55 Tahun 2012

Isu Logo Dan Tema Hari Kemerdekaan ke 55 Tahun 2012

Written By HAZRIL HAFIZ on Tuesday, July 24, 2012 | 5:12 PM

Mungkin ada yang belum tahu tema hari kebangsaan Malaysia pada tahun 2012 adalah Janji Ditepati. Mendengarnya saja mesti dalam benak fikiran kita akan terus terbayang Barisan Nasional . Kerana Janji Ditepati adalah slogan rasmi BN . Mungkin kerana PRU semakin dekat, sampaikan hari kebangsaan yang akan disambut semua rakyat tanpa mengira parti politik juga dah dapat pengaruh kerajaan memerintah saja. Not fair bukan?  sebab hampir separuh dari rakyat Malaysia adalah penyokong pembangkang dan separuh adalah penyokong kerajaan. Sepatutnya lebih bersifat universal dan diterima semua . Jom kita tengok pula Logo Hari Kebangsaan 2012

 CEPAT!! LEBIH RM 5000 WANG TUNAI UNTUK DIREBUT

Ze8vB

Jika benar ini logo rasmi hari kemerdekaan Malaysia ke 55 , 2012 , memang ada something wrong la. Ini Microsoft Word punya hasil. Please do something kerajaan. Seriusly terlampau simple. Dah jadi bahan ketawa di laman sosial.

Entry berkaitan:

**dan ini pula adalah keratan akhbar dari Mstar berkaitan artikel pembangkang gesa kerajaan ubah slogan kemerdekaan.

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat pada Selasa, menggesa kerajaan menukar tema Hari Kebangsaan 2012 "Janji Ditepati" kepada tema yang lebih bersifat inklusif.

Keputusan ini dibuat selepas mesyuarat Majlis Pimpinan pakatan pembangkang yang dipengerusikan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali bersetuju bahawa tema tersebut tidak bersifat kemerdekaan.

"Kita minta kerajaan tukar tema tahun ini kepada tema yang merangkumi semangat kemerdekaan.

"Tema yang ditetapkan mestilah inklusif dan dapat diterima oleh seluruh rakyat Malaysia," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Setiausaha Agung Pakatan Rakyat di bangunan ibu pejabat PAS, dekat sini, Selasa.

Hadir sama Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah, Tian Chua dan ahli Parlimen Seputeh (DAP) Teresa Kok.

Mustafa berkata mesyuarat juga bersetuju memberikan tempoh seminggu kepada kerajaan untuk mempertimbangkan seterusnya menukar tema tersebut kepada tema yang lebih sesuai.

Beliau menambah, tema tersebut adalah tidak munasabah untuk Malaysia, sebuah negara demokrasi kerana ia merupakan slogan parti Barisan Nasional (BN).

"Tema tahun ini sangat teruk dan tak munasabah. Itu (tema) slogan BN...Bagaimana boleh jadi tema untuk sebuah negara. Orang tengok tema kepala terus ingat BN.

"Kita bagi seminggu kepada kerajaan...kalau tak tukar juga kita sendiri akan bawa tema lain yang lebih bersifat menyeluruh," tegasnya.

Mengulas lanjut Mustafa berkata dalam perkara ini Pakatan sentiasa menghormati kerajaan yang mempunyai kuasa membuat keputusan untuk memutuskan tema Hari Kebangsaan di negara ini.

Bagaimanapun katanya, sekiranya kerajaan gagal mendapat tema lain yang dipersetujui semua pihak, Pakatan bersedia memberikan bantuan.

"Kita benarkan dan hormati keputusan kerajaan yang tentukan tema. Tapi janganlah buat tema yang tak mencerminkan semangat kemerdekaan.

"Kalau tidak tukar juga, kita akan bantu beri cadangan (tema) yang boleh memberi tindak balas kepada semangat nasional," katanya.

Dalam pada itu beliau turut menyentuh tentang 48 peratus rakyat negara ini yang terdiri daripada penyokong Pakatan.

Beliau membayangkan jika kerajaan tidak menukar tema, golongan tersebut tidak dapat bersama menghayati Hari Kemerdekaan tahun ini.

"Kalau tidak, terserah kepada rakyat untuk suka tema asal atau yang kita cadangkan," katanya.

Kongsi Cerita Ini Bersama Rakan

1 comment

July 26, 2012 at 2:33 AM

tunggu je seminggu ni - kat blog ngan forum semua dah keluar banyak f.o.c logo dari designer2 ol around malaysia - hambik je -

Post a Comment

Kindly Leave Your Comment Here..=)

Labels

TERKINI (173) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (70) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)