Showing posts with label JENAYAH. Show all posts
Showing posts with label JENAYAH. Show all posts

Mayat Bayi Ditemui Di UiTM Dungun

Written By HAZRIL HAFIZ on Thursday, August 29, 2013 | 7:44 PM


DUNGUN: Seorang pekerja kontrak menemui mayat seorang bayi ketika sedang menjalankan kerja membersih loji kumbahan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Dungun, di sini, tengah hari tadi.
Mayat bayi perempuan yang cukup sifat itu ditemui kira-kira jam 12 tengah hari sebelum pekerja terbabit memaklumkan kejadian itu kepada polis. 
Mayat yang sudah lama itu dipercayai masuk ke dalam loji kumbahan terbabit melalui saluran najis dari sebuah blok asrama pelajar di kampus terbabit. 

Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi superintendan Ismail Abdullah ketika dihubungi mengesah menerima laporan berhubung dengan kejadian itu.

Katanya, polis sedang menyiasat berhubung dengan perkara itu dan mayat bayi terbabit sudah dibawa ke Hospital Dungun untuk siasatan lanjut.

7:44 PM | 0 comments | Read More

Remaja Cina Dibogel Dan Dibelasah Hina Agama

Written By HAZRIL HAFIZ on Tuesday, July 16, 2013 | 9:24 PM

saya-hina-islam-2saya-hina-islam-1Cina

Penjaga cybercafe, Ng Mun Tatt, 24, diculik di hadapan sebuah restoran di Taman Sri Muda, Shah Alam, oleh lapan lelaki dipercayai berbangsa Melayu dengan menaiki sebuah kereta jenis Toyota Alphard.

Sumber yang diterima TerengganuToday memberitahu, semasa kejadian, remaja berbangsa Cina itu sedang makan bersama teman wanitanya sekitar pukul tiga pagi.

Bagaimanapun, teman wanita mangsa tidak dilarikan dan diapa-apakan.

Barang berharga milik lelaki itu seperti beg duit, telefon bimbit dan rantai emas dikembalikan kepada teman wanita mangsa semasa mangsa dilarikan.

Kereta yang menggunakan nombor pendaftaran palsu itu melarikan mangsa ke kawasan hutan sebelum ditinggalkan di Lebuhraya Duke, berhampiran susur masuk ke Setiawangsa, dalam keadaan bogel.

Seluar, baju dan pakaian dalam dilarikan Toyota Alphard terbabit.

Mangsa mendakwa, badannya diconteng oleh suspek kerana perbuatan remaja Cina itu yang mengaku “MENGHINA ORANG MELAYU DAN ISLAM DI LAMAN SOSIAL SEPERTI FACEBOOK DAN TWITTER”

Mangsa juga mengaku telah mencampakkan bangkai babi di hadapan rumah dan surau orang Islam yang menjadi sasaran parti DAP untuk cetuskan ketegangan kaum dan agama.

Menurut sumber itu lagi, sehingga kini hanya satu laporan polis dibuat oleh orang awam yang menemui mangsa.

9:24 PM | 0 comments | Read More

Video Pembantu Rumah Indonesia Dera & Lambung Anak Majikan

Written By HAZRIL HAFIZ on Sunday, February 17, 2013 | 6:35 PM

dera-budak \

KUANTAN - Seorang pembantu rumah warga Indonesia ditahan polis untuk siasatan selepas perbuatannya melambung anak majikannya berusia empat bulan sehingga terjatuh dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV).


Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Supt Abdul Aziz Ahmad berkata peniaga berumur 42 tahun itu membuat laporan polis kira-kira 9 pagi ini.
Katanya perbuatan pembantu rumah berumur 24 tahun itu ditonton majikannya itu menerusi komputer ribanya ketika sedang minum di sebuah restoran di sini kira-kira 7.45 pagi ini.


"Majikannya melihat perbuatan itu yang berlaku di ruang tamu di rumahnya di Bukit Setongkol, dekat sini," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Katanya peniaga itu bergegas pulang dan membawa bayi lelakinya ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk pemeriksaan dan didapati mengalami lebam di tangan dan cedera di kaki kirinya namun keadaannya dilaporkan stabil.


"Wanita itu kini ditahan untuk siasatan lanjut," katanya. – Bernama

6:35 PM | 2 comments | Read More

Remaja 13 Tahun Ditangkap Khalwat Dengan Gadis 20 Tahun

Written By HAZRIL HAFIZ on Friday, February 15, 2013 | 10:50 PM

image

KUALA  LUMPUR: “Duit saya sudah habis, tidak dapat balik rumah, sebab itu terpaksa tidur dengan kakak,” kata seorang remaja lelaki mengaku berusia 13 tahun yang dicekup ketika berdua-duaan bersama seorang gadis yang didakwa saudara kandung dalam bilik sebuah hotel bajet di ibu negara, awal pagi tadi.

Bagaimanapun ketika ditanya penguat kuasa, remaja berkenaan menukar pula kenyataannya dengan mengatakan gadis berusia 20 tahun itu adalah teman wanita abangnya dan mereka terpaksa tidur bersama kerana tidak dapat menghubungi keluarga.

Pasangan berkenaan antara 10 yang ditahan dalam operasi cegah maksiat sempena hari kekasih yang dijalankan penguat kuasa Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi) di sekitar ibu kota bermula jam 11 malam semalam sehingga 5 pagi tadi.

Kesemua yang ditahan berusia 13 hingga 50 tahun dan disiasat di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997 yang membawa hukuman denda dan penjara jika sabit kesalahan.

Selain pemeriksaan hotel bajet, 60 penguat kuasa Jawi turut melakukan rondaan di sekitar Taman Tasik Titiwangsa dan mengeluarkan notis hadir untuk sesi kaunseling kepada tiga pasangan yang didapati berkelakuan tidak sopan di khalayak ramai.

Operasi diketuai Ketua Pegawai Penguatkuasa Jawi, Wan Jaafar Wan Ahmad dan Pegawai Perhubungan Awam Kanan, Tuan Asmawi Tuan Umar.

**Apa yang peliknya, bagi alasan tak ada duit nak balik , tapi ada duit nak sewa hotel bajet. Kantoi disitu.

Saksikan video dibawah:

Sumber: ilustrasiaku

10:50 PM | 1 comments | Read More

Mayat William Yau Zhen Zhong Ditemui

Written By HAZRIL HAFIZ on Saturday, January 26, 2013 | 10:11 AM

Mayat kanak-kanak lelaki yang ditemui dekat jeti Sungai Sireh pada petang Khamis mengalami proses pereputan sehingga menyukarkan pengecamannya, kata sumber polis pada Jumaat.

“Ia 50/50, mayat itu sudah reput. Tidak boleh beritahu sama ada terdapat parut (di dahi) atau tidak,” katanya.

Difahamkan, pihak berkuasa akan menunggu keputusan ujian DNA sebelum membuat pengecaman muktamad,” katanya.

Post mortem telah diselesaikan dan pasukan forensik dari Bukit Aman dilihat meninggalkan bilik mayat Hospital Tengku Ampuan Rahimah kira-kira pukul 1.30 petang.

Keputusan akhir ujian DNA akan mengambil masa selama beberapa hari.

Ibu bapa kepada Wlliam Yau Zhen Zhong yang hilang pada 16 Januari lalu diiringi keluar oleh polis kira-kira pukul 1.40 petang.

Mereka meninggalkan bilik mayat tanpa bercakap kepada pemberita dan ibunya dilihat menangis.

Mereka tiba di hospital tersebut kira-kira pukul 11 pagi untuk memberi sampel bagi ujian DNA untuk membantu mengenal pasti identiti mayat dan diiring polis ke bilik mayat.

Terdahulu, Ketua Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA Datuk Michael Chong yang tiba di hospital tersebut pada 10.10 pagi dilihat meninggalkan hospital sekitar pukul 10.55 pagi.

Beliau berkata akan membantu keluarga tersebut dengan apa jua cara yang mampu.

“Ia akan bergantung kepada situasi. Kami sudah bersedia membantu dengan apa-apa cara yang diperlukan,” katanya.

Menurutnya, beliau telah menghubungi keluarga tersebut pada malam Khamis dan ibu William yang tidak sihat, terkejut dengan berita tersebut.

“Dia asyik bertanya jika ada berita mengenai anaknya. Dia tidak menerima apa-apa berita daripada polis mengenai penemuan mayat dekat jeti di Sungai Sireh,” katanya.

Beliau memberitahu ibu William supaya menunggu panggilan telefon daripada polis.

Tambahnya, ketika beliau menghubungi keluarga tersebut pada petang Khamis, bapa William berkata mereka berada di Melaka untuk berehat kerana ibunya tidak sihat.

Sementara itu, rumah keluarga tersebut di Shah Alam kosong kecuali seorang lelaki yang mendakwa saudara mara berada di situ.

mStar

saksikan video dibawah

10:11 AM | 0 comments | Read More

Budak 13 Tahun Didakwa Cuba Rogol Wanita

Written By HAZRIL HAFIZ on Wednesday, January 02, 2013 | 9:31 AM

Semalam kecoh di facebook apabila seorang wanita berbangsa Cina mengupload gambar seorang budak lelaki berumur 13 tahun dan mangsa mengatakan bahawa beliau hampir dirogol oleh budak tersebut di tandas stesen minyak di Jalan Munshi Abdullah, Melaka.

Selain mendedahkan tentang kanak kanak tersebut, mangsa juga mendedahkan tentang kekecewaan beliau semasa membuat laporan di balai polis . Berikut adalah luahan hati  mangsa yang dibuat di facebook beliau.

“Dear all, i was nearly been raped by a 13 year old malay kid at Shell Petrol Kiosk female toilet (Jalan Munshi Abdullah). I stop by there for a poo break and he stormed in when i opened the door after m done. With such a young mind, he manage to hold me and shut my mouth..he kissed my cheeks and molested my breast… While i struggled to fight him off … I shouted my lungs out till the opposite Bank Simpanan Nasional staff and customer heard my shouting..In between of fighting him off, i manage to bite his fingers..

“After a few attempts of trying to open the door, finally i heard a few person outside the toilet.. With that i try even harder to open the door and manage to slot my palm in between the door to avoid the door being shut again ..And thank god the shell assistant was right outside the toilet with another malay lady and malay man after the door was partly open.. They caught him and keep him in the male toilet till the police are here..

“And what was even heart breaking , is that the police ask me whether to let him go or continue with the police report.. Y on earth should i be letting him go??!!! And i m being questioned that did i make a lie??!! How sad is this that i m being questioned in such a way just because he is a kid….,Thank god he was not armed with any tool nor he is with other adult that may even harm me more.. And now i m in Hospital Besar Melaka for check up and will proceed with another investigation and report at IPK .. And a reminder to all the ladies and men out there, the world has changed.. A kid of 13 years old has managed to do such a criminal thing.Age doesnt matter when it comes to crime…please take extra precaution when u r out there..FYI, his name is XXXXXX (Mykad : 0****XXXX****). Address: XXXXXXXXXXXXX..”

“This is another front photo of the boy that tries to rape me yesterday.. He looks and act slumber.. Moreover, he tell lies that he is looking for his ‘adik’ at the toilet (the truth is , he is the youngest in the family)..And i got the info that his dad is a *** staff and his mom is a TEACHER.. how Shameful is this!!!!! A son of a Teacher can have such insane acts..! Now, family background doesnt matter, age doesnt matter, location doesnt matter, and time doesnt matter when it comes to crime..”

“This is how the police station welcomes me when i was there at around 8.30 night on new yr eve… No one was at the counter to assist me ( my 1st thought.. Did all the police went for new yr eve countdown celebration??) .. I have to find the way myself to the respective sergeant to do further interview.. Another sad part, the very 1st question that the lady officer ask me is

Lady officer: U tak dapat lawan dia ke??”..

Myself: kalau i tak lawan, i dah habis kena rogol..

Lady officer: tak mungkin la.. Dia budak kecil, lagipun itu tempat awam..

See, this is how our police handle cases..they take things easily.. And when i make my statement, she had it typed wrongly, and i ask for amendment.. All she said is “i sudah key in la, tak boleh nak tukar”.. But of cos i insist asking for amendment..and out of her frustration she said ” i kasi u tukar sampai u puas hati”..

Sad sad sad.. I will have more encounters with these people till the case is close.. God pls be with me all the time..”

**satu komen dari admin. Berkaitan pertanyaan dari pihak polis semasa beliau membuat laporan. Itu bukan pertanyaan biasa dan sikap ambil mudah. Itu adalah prosedur polis untuk mengambil setiap statement berkaitan kejadian .

**Dan rasanya tidak perlu beliau mendedahkan butiran peribadi kanak kanak terbabit kerana menyalahi Seksyen 15 Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 601] yang menetapkan :

Tidak boleh mendedahkan nama, alamat atau institusi pendidikan atau apa-apa butir yang direncanakan untuk membolehkan dikenal pasti mana-mana kanak-kanak yang terlibat sedemikian sama ada sebagai orang yang terhadapnya atau yang berkenaan denganya tindakan sedang diambil atau sebagai seorang saksi dalam tindakan itu.

**apapun semoga kes ini boleh dijadikan iktibar dan wanita dinasihatkan berhati hati tidak kira dimana berada dan dengan siapa anda berada. Jenayah boleh berlaku dimana mana dan bila masa sahaja. Semoga dijauhkan dari kejadian sebegini.


9:31 AM | 2 comments | Read More

Dani Tiger , Remaja Bakar Teman Wanita Ditahan Polis

Written By HAZRIL HAFIZ on Thursday, August 23, 2012 | 10:07 PM

KOMA DIBAKAR

Blog ini pernah menyiarkan berita tentang seorang remaja dikehendaki polis kerana membakar teman wanitanya sehingga wanita tersbeut koma dan cedera parah . Boleh rujuk artikel Gambar Lelaki Dikehendaki Bakar Teman Wanita . Dan terkini, remaja lelaki terbabit elah ditahan pihak berkuasa . Berikut adalah keratan berita yang dikeluarkan oleh Bernama.



Polis hari ini menahan lelaki yang disyaki membakar teman wanitanya di kawasan semak berhampiran Seksyen 1, Wangsa Maju pada awal pagi 13 Ogos lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, lelaki itu ditahan awal pagi ini di sebuah rumah panjang di Setapak Jaya.

“Suspek ditahan bersama seorang wanita,” katanya menerusi sistem pesanan ringkas. Beliau berkata, kedua-dua mereka ditahan reman lima hari bermula hari ini.

Polis sebelum ini memburu Mohd. Amir Mohd. Anuar, 18, dari Taman Keramat bagi membantu siasatan kes tersebut.

Dalam kejadian itu, teman lelaki Nurul Firzanah Mat Zaki, 16, dipercayai menyimbah petrol ke tubuh gadis berkenaan sebelum membakarnya, menyebabkan mangsa terbakar 25 peratus di muka, dada dan tangan.— BERNAMA
10:07 PM | 0 comments | Read More

Gambar Lelaki Dikehendaki Bakar Teman Wanita

Written By HAZRIL HAFIZ on Thursday, August 16, 2012 | 10:01 AM

KOMA DIBAKAR

KUALA LUMPUR: “Mama tolong kak ngah. Kak ngah sakit. Kak ngah kena bakar,” rintih seorang remaja perempuan berusia 16 tahun ketika menghubungi ibu angkatnya selepas dipercayai dibakar teman lelakinya di kawasan semak berdekatan Seksyen 1, Wangsa Maju, awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian jam 3.15 pagi itu, mangsa yang keluar bersama teman lelakinya berusia 19 tahun itu disimbah petrol sebelum dibakar menyebabkan terbakar lebih 25 peratus dari muka hingga ke pusatnya dan dilaporkan kritikal.

Bapa mangsa, Mat Zaki Mat Hussin, 45, berkata, anaknya, Nurul Firzanah yang masih bersekolah dalam tingkatan empat itu pergi ke rumah ibu angkatnya dan selepas tiba di sana, dengan kebenaran ibu angkatnya itu dia keluar untuk berjumpa teman lelakinya dipercayai untuk bersahur.

Menurut Mat Zaki, mereka yang sudah mengenali teman lelaki mangsa dan keluarganya tidak berasa syak untuk membenarkan mereka keluar bersama.

Bagaimanapun, katanya, jam 3 pagi, dia menerima panggilan daripada nombor yang tidak dikenali memberitahu Nurul Firzanah dibakar berdekatan Flat Wangsa Sari di kawasan terbabit.

-Sumber myMetro

Kepada sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan lelaki ini, sila laporkan kepada polis dengan kadar segera kerana suspek kini sedang dicari oleh polis atas dakwaan cuba membunuh dan bakar. Suspek menggunakan motosikal Honda EX5 dengan nombor pendaftaran BLN 3093. Mohon sebarkan kepada yang lain.,

10:01 AM | 0 comments | Read More

Ariel Peterpan Dibebas Dari Penjara Hari Ini

Written By HAZRIL HAFIZ on Monday, July 23, 2012 | 9:29 PM

image

Penyanyi kumpulan Peter Pan, Ariel, hari ini dibebaskan dari penjara selepas menjalani 2/3 dari hukuman penjara yang dikenakan ke atas beliau. Sabitan kesalahan yang dikenakan ke atas Ariel sebelum ini adalah mengedar video pornografi ekoran tersebarnya video rakaman seks antara Ariel , Cut Tari dan Luna Maya.

Ariel Peterpan atau nama sebenarnya Nazriel Irham yang kini berusia 31 tahun mendapat pembebasan bersyarat selepas pihak berkuasa mendapati beliau berkelakuan baik sepanjang dalam tahanan. Ariel dibebaskan dengan syarat beliau tidak mengulangi kesalahan dan melaporkan diri di penjara secara rutin sehingga tarikh pembebasan mutlak pada 21 September 2013.


Peminat yang berasak asak di luar penjara menantikan pembebasan Ariel menyukarkan proses pembebasan beliau. Pihak polis terpaksa menempuh laluan sesak yang dipenuhi wartawan , jurufoto dan peminat beliau.


Ramai yang beranggapan selepas dibebaskan, Ariel bakal menjadi lebih popular dari sebelum ini. Dan khabarnya beliau sempat mencipta beberapa buah lagu semasa dalam tahanan. Siapa tahu mungkin lagu tersebut bakal hits.

9:29 PM | 0 comments | Read More

Tragedi Tarawih Berdarah : Bekas Ketua Cawangan UMNO Bukit Hangus Mati Dibunuh

Written By HAZRIL HAFIZ on Sunday, July 22, 2012 | 4:00 PM

image

ALOR SETAR: Kepulangan seorang suami daripada menunaikan solat sunat Tarawih ‘disambut’ dengan tragedi apabila melihat isterinya terbaring tidak bermaya dengan kesan kelar di leher di atas katil bilik mereka di Kampung Bukit Hangus, Jeneri, Sik, dekat sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 9 malam, Halimah Yunus, 66, ditemui dalam keadaan berlumuran darah sebelum disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Sik untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Difahamkan, Halimah adalah bekas Ketua Cawangan Wanita Umno Bukit Hangus sekitar 1990-an namun sudah bersara berikutan keadaan kesihatannya.

Suami mangsa, Mee Hashim, 63, berkata dia pulang daripada mengerjakan solat Tarawih jam 9.20 malam sebelum dikejutkan dengan jeritan isterinya yang meminta tolong.

“Sebaik mendengar jeritan arwah, saya bergegas masuk ke bilik dan terkejut melihat isteri berlumuran darah dan tidak bermaya.

“Ketika itu, arwah masih boleh bercakap dan memberitahu seorang lelaki menyerangnya namun tidak mengenalinya,” katanya kepada pemberita di perkarangan Jabatan Forensik, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, semalam.

Mee berkata, selepas melihat keadaan isterinya, dia berlari keluar untuk meminta pertolongan orang kampung sebelum menghubungi ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Katanya, arwah biasanya pergi bersamanya untuk menunaikan solat sunat tarawih, namun pada malam kejadian dia tinggal di rumah berseorangan berikutan masalah kesihatan.

Anaknya, Norliza Mansor, 46, berkata dia sempat berjumpa arwah Rabu lalu dan arwah menyatakan hasrat memakai jubah dan barang kemas perhiasan sempena Aidilfitri, namun tidak menyangka itu hasrat terakhir ibunya.

“Saya sudah membeli jubah namun tidak sempat berjumpa emak untuk menyerahkannya. Selain itu, saya bercadang membeli barang kemas perhiasan hari ini (semalam) dan menyerahkan kedua-dua barang itu ketika berbuka puasa, namun tidak kesampaian.

“Kami sekeluarga menerima tragedi ini sebagai takdir Tuhan dan reda dengan ketentuan-Nya, tambahan pula kejadian berlaku pada malam pertama Ramadan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Mohd Ismail Ibrahim berkata, mangsa cedera parah berikutan kesan kelar di kiri leher dan kehilangan banyak darah sebelum disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan untuk mendapatkan rawatan.

Katanya, berdasarkan siasatan awal, pihaknya menolak kemungkinan kejadian berpunca daripada percubaan samun berikutan barang kemas mangsa masih ada di tubuhnya.

Menurutnya, suspek dipercayai masuk melalui pintu bilik air di belakang rumah mangsa berdasarkan kesan pecah masuk.

“Kami masih menjalankan siasatan menyeluruh berhubung kes ini, termasuk motif serangan, sehingga membawa kepada kematian.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan,” katanya.

MYMETRO ONLINE

4:00 PM | 0 comments | Read More

Video Kejadian Amuk Di Kompleks B JPM Putrajaya

Written By HAZRIL HAFIZ on Tuesday, July 10, 2012 | 1:20 PM

amuk di pejabat perdana menteri, kejadian amuk di putrajaya, amuk di JPM, lelaki mengamuk di JPM, pasangan amuk di pejabat perdana menteri.

Susulan kejadian amuk yang berlaku di Kompleks B , Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya semalam, admin telah keluarkan satu entry semalam .

Gambar Kejadian Amuk Di Kompleks JPM , Suspek Meninggal Dunia.

Suspek disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital akibat kecederaan ditembak anggota polis yang ingin meleraikan keadaan selepas kedua dua suspek bertindak ganas. Nama sebenar suspek telah dikenalpasti sebagai Khalil Afandi Hamid yang berusia 47 tahun. Blog assassincyber telah mendedahkan secara terperinci butiran peribadi suspek yang juga seorang blogger Pakatan Rakyat yang dipercayaai memang membenci pihak berkuasa melalui tulisan laman blog nya. Boleh klik entry IMAM MAHADI SEORANG BLOGGER PR YANG MEROYAN untuk makluman lanjut berkaitan suspek.

kejadian amuk di jpm 9/7/2012

Dan berikut adalah video rakaman amatur semasa kejadian berlaku dan semasa suspek ditembak oleh polis. Motif sebenar suspek bertindak demikian masih lagi dalam siasatan polis.

ADVERTISEMENT

1:20 PM | 1 comments | Read More

Gambar Kejadian Amuk Di Kompleks JPM , Suspek Meninggal Dunia

Written By HAZRIL HAFIZ on Monday, July 09, 2012 | 10:35 PM

amuk di pejabat perdana menteri, kejadian amuk di putrajaya, amuk di JPM, lelaki mengamuk di JPM, pasangan amuk di pejabat perdana menteri.

Kejadian amuk yang berlaku di Kompleks B,  Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya pada jam 2.30 petang tadi bermula apabila seorang lelaki dan wanita cuba menceroboh ke dalam kawasan kompleks JPM. Lelaki bertubuh sasa dan tidak berbaju bersama pasangannya yang berhijab dilihat masuk ke pondok pengawal dan mencetuskan huru hara dengan merosakkan beberapa buah kereta selepas pengawal gagal mententeramkan mereka. Kedua dua suspek juga membawa pedang samurai sebagai senjata.

UPDATED : Video Kejadian Amuk Di JPM Putrajaya

Anggota polis yang tiba dan cuba meleraikan kejadian tersebut gagal berbuat demikian  sehingga memaksa polis melepaskan tembakan yang mengenai kedua dua suspek. Suspek lelaki yang berseluar jeans cedera di tangan kanan, manakala pasangannya di paha kiri. Kedua-dua dibawa ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut. Difahamkan kedua duanya berhasrat untuk menggulingkan kerajaan dan beberapa kali melaungkan takbir . Lelaki tersebut pula mendakwa diri beliau sebagai Imam Mahadi.

amuk di jpm

Dan perkembangan terbaru yang kami terima, suspek lelaki tersebut meninggal dunia di hospital . Perkembangan lanjut berkaitan akan kami bawakan kepada anda.

kejadian amuk di jpm 9/7/2012

Berikut adalah kenyataan rasmi Polis Diraja Malaysia mengenai insiden berkenaan;

Pada 9/07/2012 jam l/kurang 1430 hrs bertempat di JPM KOMPLEKS B PUTRAJAYA, saspek seorang lelaki dan seorang perempuan telah mengamuk di luar perkarangan JPM dengan melibaskan pedang samurai.

Mereka berdua menuju ke pos pengawal dan telah dihalang oleh polis bantuan.

Saspek lelaki telah meletakkan pedang samurai di leher SM polis bantuan di mana polis bantuan tersebut terpaksa membenarkan mereka masuk.

Bila berada di dalam perkarangan kompleks B, kedua-dua saspek telah melibaskan pedang dan merosakkan dua cermin kerta HYUNDAI ACCENT Dan PERODUA KANCIL milik kakitangan JPM.

Anggota cawangan pencegahan jenayah sampai di tempat kejadian setelah terima maklumat dari pusat kawalan daerah polis Putrajaya.

Apabila sampai di sana nampak kedua-dua suspek dengan pedang samurai.

Anggota cawangan pencegahan jenayah telah kenalkan diri sebagai polis dan terus diserang oleh kedua-dua saspek dengan pedang samurai.

Kereta pasukan mengalami kerosakan di mana cermin hadapan kereta pecah.

Anggota MPV sampai dan cuba membantu untuk tahan saspek.

Anggota MPV juga diserang dengan jarak yang dekat oleh saspek menggunakan pedang samurai dan seorang anggota MPV telah melepaskan tiga das tembakan.

Kedua-dua saspek telah dibawa ke hospital Putrajaya.

Didapati saspek lelaki telah terkena tembakan di tangan kanan dan bahagian ari-ari manakala saspek perempuan terkena tembakan pada paha kanan.

Saspek lelaki telah meninggal di hospital.

Siasatan awal mendapati saspek telah menggelarkan dirinya sebagai ‘IMAM MAHADI ‘ manakala saspek perempuan masih menerima rawatan di Hospital Putrajaya.

(Facebook PDRM).

sumber : Mynewshub, Facebook PDRM

10:35 PM | 1 comments | Read More

Saiful Apek Bebas Tuduhan Dadah

Written By HAZRIL HAFIZ on Monday, June 25, 2012 | 10:09 PM


Pelawak terkenal tanah air , Saiful Apek kini boleh menarik nafas lega apabila Mahkamah Majistret membebaskan beliau dan 3 rakan dari sabitan memiliki dadah dan memasukkan dadah ganja ke dalam badan , dua tahun lalu. 

Majistret, Ahmad Solihin Abdul Wahid membuat keputusan tersebut selepas pihak pendakwaan gagal mengemukakan bukti dalam kes prima facie terhadap beliau. Saiful Apek atau nama sebenarnya, Mohamad Saifulazam Mohamed Yusoff, 43, bersama Shaiful Baharom, 25, Shah Zainatull Eshan Al Muazam Shah Yahya, 29, serta Noremy Mohamad, 29, dituduh memasukkan ganja ke dalam badan 2 tahun lalu di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik , Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya , jam 11.00 malam, 12 Jun 20120.


Insiden tersebut ternyata memburukkan nama dan imej beliau sebagai seorang artis. Kini Apek boleh menarik nafas lega apabila nama dan imejnya kini bersih dari tuduhan tersebut. 

10:09 PM | 0 comments | Read More

Penyanyi Popular Pakistan Ghazala Javed Ditembak Mati

Written By HAZRIL HAFIZ on Wednesday, June 20, 2012 | 7:19 PM




ISLAMABAD - Penyanyi Pakistan yang popular, Ghazala Javed ditembak mati di wilayah Peshawar lewat kelmarin.


Ghazala ditembak mati bersama ayahnya.



Bagaimanapun maklumat-maklumat yang diperoleh memberi maklumat yang berbeza mengenai kes itu.



Menurut polis, pembunuhan mereka kemungkinan disebabkan pertikaian keluarga.




Ghazala dari lembah Swat meninggalkan kawasan itu tidak tahun lalu ketika tindakan ketenteraan terhadap Taliban.



Laporan-laporan dari Pakistan menyebut golongan artis menjadi sasaran kumpulan pemberontak sejak mereka menguasainya pada 2007.



Kakak Ghazala mendakwa beberapa lelaki bersenjata memasuki rumah Ghazala lalu menembak dia dan bapanya.



Bagaimapun keterangan lain menunjukkan mereka terbunuh apabila dilepaskan tembakan di jalan.



Penyanyi itu, anak keluarga muzik, popular di Pakistan dan Afghanistan.



Penyanyi itu yang berusia dalam pertengahan 20-an telah berkahwin dengan ahli perniagaan tetapi telah bercerai.


sumber : sinarharian
7:19 PM | 0 comments | Read More

Video Amoi Dibogel Dan Dibelasah Beramai-Ramai

Written By HAZRIL HAFIZ on Friday, May 18, 2012 | 5:00 PM

Tak pasti apa sebenarnya salah wanita ini sehingga sanggup sang pelaku membogelkannya dan dibelasah beramai ramai. Tapi dari apa yang ditunjukkan di dalam video ini, nampaknya seperti dilakukan oleh sekumpulan remaja wanita. Mungkin wanita yang dibelasah ini telah melakukan kesalahan besar. Lokasi dan info lanjut tidak dpaat dipastikan .


sumber : bestoneoffour

5:00 PM | 0 comments | Read More

Kereta Yuna Disamun , Rugi RM 5000

Penyanyi Yunalis Zarai atau Yuna menerima musibah dengan reda apabila keretanya dipecah masuk sehingga kerugian RM5,000 pada pagi Khamis.


Pengurus penyanyi tersebut iaitu Nor Zaina Wardah (Wawa), 26, yang dihubungi mStar Online berkata, kejadian itu bukan perbuatan khianat pihak tertentu selain menganggap ia mungkin secara kebetulan.

model kereta Yuna yang disamun


“Yuna reda dengan kejadian itu. Ia mungkin kebetulan dan kami tidak syak ia perbuatan khianat,” kata Wawa kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, Jumaaat.

Dalam perkembangan berkaitan Wawa berkata Yuna enggan memberi sebarang kenyataan susulan dan butiran lanjut mengenai kejadian itu demi keselamatan.


Ia disebabkan pihaknya bimbang pendedahan melalui media boleh menyebabkan keselamatan mereka terganggu selain bimbang kereta dipandu Yuna dikenali oleh orang ramai.


“Saya minta maaf kerana Yuna sedang sibuk dengan penggambaran pada waktu ini dan dia tidak mahu memberikan sebarang komen mengenai kejadian itu atas dasar keselamatan.
“Memang ramai media yang menghubungi untuk mendapatkan kenyataan tetapi Yuna tidak bimbang lebih banyak maklumat mengenai kereta didedahkan, ia akan diketahui umum.
“Cuma, apa yang buat Yuna terkilan adalah kehilangan radio keretanya dan gitar milik Diandra Arjunaidi yang dipinjamnya itu,” jelasnya.


Dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi Khamis, kereta Mitsubishi ASX milik penyanyi itu dilaporkan dipecah masuk di Subang Jaya, dekat sini.


Ia dipercayai dipandu seorang rakan yang juga pemain gitar kumpulan muziknya iaitu Farhan Fazlishah (Pa’an) sebelum dibawa pulang ke rumah gitaris itu di USJ6/6N, Subang Jaya.
Difahamkan juga, kejadian itu mengakibatkan Yuna kerugian sebanyak RM5,000 apabila radio kereta Yuna dan gitar artis barunya Diandra Arjunaidi yang dipinjam penyanyi baru itu turut dicuri.

-MSTAR

4:20 PM | 0 comments | Read More

Edward Martin Jesus @Syahir Sudah Bunuh Diri ??

Written By HAZRIL HAFIZ on Saturday, May 12, 2012 | 11:58 PM

Edward Martin Jesus. Satu nama yang tiba tiba popular di laman maya hari ini mengalahkan Aaron Aziz yang baru saja memenangi ABPBH . Siapa sebenarnya pemilik nama tersebut? Mungkin ramai yang dah tahu dan mungkin jugak ada yang sedang menggaru-garu kepala memikirkan siapa sebenarnya dia.

Edward Martin Jesus ni adalah salah seorang manusia yang mempunyai otak seperti manusia lain tapi sayangnya otaknya tidak digunakan sebaiknya. Dari semalam, di profile facebooknya , beliau asyik mengugut untuk membunuh diri atas sebab kecewa dengan cinta seorang gadis bernama Nur Atiqah Nor Aziz. Edward Martin Jesus ni dikatakan seorang muslim yang telah mengaku murtad dan membenci Islam dan telah masuk agama Kristian. Dikatakan nama sebenarnya adalah Syahir dan sekarang menetap di Seksyen 19 Shah Alam.

image

sungguh biadap dan kurang ajar.

Dan dari semalam dia sudah menjadi antara manusia popular di kalangan facebookers Malaysia atas sebab kebodohannya mengumumkan akan membunuh diri.

image

Berani ke dia bunuh diri? Dan beraninya dia posting macam ni. Ala ala drama gitu. Aku tak rasa dia betul betul akan bunuh diri . Cuba tengok status ini

image

masih mengharapkan sang gadis untuk menyelamatkannya . Macam drama dan cerekarama yang dibuat buat untuk menagih simpati. Good try bro. Rakan sekolahnya ada komen di status (cari tak jumpa sebab banyak sangat komen) dan mengatakan si Syahir ni memang suka show up lebih lebih untuk tarik perhatian . Dan tahniah la sebab memang berjaya menarik perhatian. Sampaikan satu status ada beribu ribu komen dan berjaya mengumpul sebanyak 2765 subscriber setakat 12 Mei 2012. Good try again.

image

Dan ini adalah status terakhir mamat ni ,lebih kurang 15 jam sebelum entry ini ditulis. Berjaya mengutip sebanyak 497 like, 3476 comment dan 115 share setakat jam 11.55 malam , 12 Mei 2012.   Adakah dia sudah membunuh diri. Dan yang pastinya, status tersebut menjadi bahan ketawa ramai facebookers (cuba baca balik komen komen) . Dan selepas 15 jam , kenapa sudah tiada update status dari dia? Kemungkinannya :

  1. sudah membunuh diri
  2. tak mahu update sebab takut malu dikatakan pengecut
  3. sedang merengkok dalam lokap sebab ada akta yang melarang membunuh diri
  4. sedang membaca komen komen dan posting blog mengenainya dan tersenyum sebab dia sekarang sudah popular dengan kebangangannya.

Anda rasa yang mana satu kemungkinannya? Admin rasa no . 4.  Anda??

adakah ini gambar Syahir dan kekasih hatinya? Sumber gambar dari Blog Milik Syahir iaitu Syahir005. Dan kalau dilihat pada posting dalam blognya sebelum ini, kebanyakannya berunsur Islam. Kenapa tiba tiba boleh murtad dan membenci Islam . Atau ada kemungkinannya fb beliau di hack oleh seseorang atau ini kes fitnah?

Jika benar, tolong lah pergi nasihat si Syahir Mamat melayu bajet omputih  ni . Semoga Allah bagi petunjuk dan hidayah kepadanya . Amin

 

11:58 PM | 11 comments | Read More

Ya Allah! Video Bayi Didera Dengan Kejam

Written By HAZRIL HAFIZ on Thursday, May 10, 2012 | 2:30 PM

bayi didera ibu kandung, video bayi didera ibu, video bayi kena dera, video bayi ditampar dan dipukul

Minggu ni heboh dengan pendedahan satu video seorang bayi yang didera dengan kejam oleh seorang wanita yang dikatakan ibunya. Untuk makluman, video tersebut adalah video yang telah dirakam pada tahun lalu dan bukannya kes baru. Cuma ia baru didedahkan baru baru ini. Ramai yang menyatakan simpati dengan kekejaman yang dilakukan ke atas seorang bayi yang masih tak mengerti apa apa. Selepas didedahkan dilaman facebook dan twitter, Pihak polis menerima hampir 300 laporan mengecam tindakan tersebut.

image

Pelbagai kecaman dikeluarkan oleh sesiapa yang menonton. Tak kurang juga yang menyalahkan si perakam yang tidak membuat apa apa semasa bayi tersebut didera. Dan hari ini, timbul satu lagi berita yang mengatakan si pelaku tersebut mengalami gangguan perasaan dan bayi tersebut adalah hasil dari kes mangsa yang dirogol. Admin tak dapat nak memastikan kesahihan ini tetapi anda mungkin juga sudah tahu berita ini dari laman facebook.

 

Si perakam pula dikatakan ibu kepada wanita tersebut yang merakam untuk dijadikan bukti kes tersebut. Sebelum ini, dikatakan ibunya telah banyak kali melarang dan menghalang wanita tersebut dari terus memukul anaknya namun dia sendiri dipukul oleh wanita tersebut. Anda boleh saksikan sendiri video ini. (PERHATIAN : ANDA MUNGKIN MENGALAMI SEDIKIT GANGGUAN SELEPAS MENONTON VIDEO INI )


perempuan pukul bayi .wmv by f100002488623807

##Berhubung dengan penyebaran video penderaan bayi melalui media sosial, PDRM telah menerima hampir 300 aduan dan komen daripada orang ramai yang rata-rata bersimpati dan prihatin dengan nasib bayi tersebut.

Untuk makluman, kes tersebut telah dilaporkan di IPD Petaling Jaya pada 29 Mei 2011 dan tangkapan telah dibuat pada hari yang sama. Pelaku merupakan ibu kandung kepada bayi perempuan yang didera.

Wanita tersebut kini sedang menjalani hukuman penjara selama 18 bulan bermula pada tarikh tangkapan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001. (PDRM)

2:30 PM | 1 comments | Read More

Gambar 49 Peserta Bersih 3.0 Yang Dikehendaki Polis

Written By HAZRIL HAFIZ on Saturday, May 05, 2012 | 8:00 PM

Masih lagi dengan cerita BERSIH 3.0. Kita lupakan sebentar tentang majlis perkahwinan Awal Dan Scha.

Polis Diraja Malaysia telah menngenalpasti 49 individu yang dipercayai bertindak ganas semasa demonstrasi Bersih 3.0 pada 28 April yang lalu. Kesemua 49 individu tersebut termasuk seorang wanita dipercayai bertindak ganas seperti memukul polis dan orang awam serta merosakkan harta benda awam .

Kepada sesiapa yang mengenali dan menjumpai wajah wajah ini sila hubungi Pegawai Jabatan Siasatan Jenayah D7A , Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur melalui email azmiazizi@rmp.gov.my atau telefon 019-2602344 / 019-3872344.


Individu yang disiarkan gambar mereka ini juga diminta tampil memberi keterangan untuk pihak polis melakukan siasatan menyeluruh ke atas insiden tersebut.

Jangan dipertikaikan kewajaran pihak Polis mendedahkan gambar gambar pesalah di atas. Ini menunjukkan yang polis “SEDANG BUAT KERJA MEREKA” dan bukan duduk sahaja seperti yang sesetengah pihak kata. Dan jangan pertikaikan bukti kesalahan kerana polis tak akan siarkan jika mereka tidak buat kesalahan. Lebih baik tampil dan beri keterangan untuk melancarkan siasatan. Jangan sampai keluar waran tangkap .

8:00 PM | 1 comments | Read More

Nadia Mustafar Disamun | Rugi RM20,000 Wang Perniagaan

Written By HAZRIL HAFIZ on Tuesday, April 03, 2012 | 7:48 PM

KUALA LUMPUR: Pelakon drama, Siti Naziyah Sheikh Mustafa atau Nadia Mustafar kerugian RM20,000 selepas disamun dua lelaki menaiki motosikal di tempat letak kereta Pasar Pudu, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 1 tengah hari itu, Nadia, 35, bersama anak keduanya di dalam kereta Toyota Camry miliknya sebelum seorang lelaki yang masih memakai topi keledar membuka pintu dan membawa lari beg tangan pelakon berkenaan yang diletakkan di tempat duduk penumpang hadapan.

Nadia yang ditemui selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi berkata, terkejut dengan tindakan dua lelaki itu, dia keluar daripada kereta dan menjerit meminta tolong, namun beberapa orang awam di situ gagal mengejar dua lelaki terbabit yang memecut laju motosikal mereka.

“Saya baru tiba di tempat letak kereta pasar itu apabila tiba-tiba dua lelaki berhenti di sebelah pintu kiri saya sebelum seorang daripada mereka membuka pintu dan melarikan beg tangan saya.

“Di dalam beg itu ada tiga beg kecil masing-masing berisi wang perniagaan RM18,000 manakala dua lagi wang perbelanjaan diri dan dokumen peribadi,” katanya.

Menurutnya, dia terkilan dengan kejadian itu kerana wang berkenaan hasil pendapatan 13 hari membuka gerai jualan di Pusat Kraf Negara.

“Wang itu hasil pendapatan berniaga yang sebahagiannya saya mahu bayar gaji enam pekerja,” katanya.

*Sekarang ni memang bahaya kalau bawak duit banyak banyak.Penyangak ni matanya tajam. Dari kes Nadia ni, rasanya memang pencuri tu dah aim dari awal lagi untuk rompak beliau. Dah benda nak jadi kita memang tak bole nak elak. Mungkin bukan rezeki beliau. Gelak besar la penyangak tu malam ni.

ikuti video penjelasan Nadia berhubung kes rompakan ke atas beliau :

Menang agak malang nasib nadia. Sebelum ni beliau juga pernah diperintahkan oleh mahkamah untuk membayar sebanyak RM 250000 kepada Lisdawati .

sumber

7:48 PM | 0 comments | Read More

Labels

TERKINI (173) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (70) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)