Servis Design & Printing Bisnes Kad Murah,Cantik dan Berkualiti

Written By HAZRIL HAFIZ on Friday, December 20, 2013 | 11:57 AM

Business Card Design & Printing Services

“ Business greatness. It starts with your card ”

Ready to take your business cards from good to great? Then our exclusive business-class service is built for you. We make remarkable cards that start the best business conversations.

Mencari servis design dan print bisnes kad yang murah , berkualiti dan berbaloi untuk bisnes / personal use? Kami ada penyelesaian terbaik untuk anda.

 

Kami memberi jaminan anda hanya akan dapat business card BERKUALITI TINGGI sahaja dengan harga terbaik untuk anda

Antara ciri-ciri bisnes kad yang disediakan

  1. Kad berkualiti ( tebal dan keras )
    1. Art Card 260gsm
    2. Art Card 310 gsm
    3. Ivory Card 230gsm
    4. Matt Lamination 157gsm
  2. Pelbagai option untuk finishing process
    1. Matt Lamination
    2. Matt Lamination + UV Spot
    3. Round Corner
    4. Custom size business card
    5. Silver & Gold Hot Stamping
  3. Design yang mempunyai sense of marketing (portfolio dibawah)
  4. Penghantaran terus kepada anda disediakan (melalui Pos Laju)

Whatsapp / call us now: +6019 457 4157  untuk membuat tempahan sekarang atau pilih pelbagai option untuk menghubungi kami dengan click pada icon dibawah

contact_us

*****************************************************************

Antara portfolio dan design dari HRDESIGN.

(click on the image to ENLARGE )

 

BUSINESS-CARD-MOCKUP-2

BUSINESS-CARD-MOCKUP-AIDA-BAKERYBUSINESS-CARD-MOCKUP-2-type-2

BUSINESS CARD DESIGN RAHSIA AROMA SPABUSINESS CARD DESIGN ASK  PRINTING SERVICEbusiness card design

BUSINESS-CARD-MOCKUP

BUSINESS-CARD-MOCKUP-3

final-layout

biz-mockup

 

11:57 AM | 0 comments | Read More

Permohonan BR1M 3.0 2014

pemohonan br1m 2014 , br1m 3.0 , bantuan rakyat 1 malaysia, br1m, br1m application, LHDN BR1M, cara memohon br1m , syarat kelayakan br1m , www.lhdn.gov.my , lhdn borang br1m , lhdn gov my br1m semak permohonan , lhdn.gov.my , br1m hasil my , lhdn br1m ,  br1m.gov.my , kemaskini br1m
br1m3.0

Bantuan Rakyat 1 Malaysia Edisi ke 3 untuk tahun 2014 akan bermula apabila kerajaan membuka permohonan kepada mereka yang layak bermula 23 Disember 2013 sehingga 31 Januari 2014. Bantuan pada kali ini tidak akan diberi secara terbuka seperti sebelum ini tetapi akan terus dikreditkan kedalam akaun bank penerima dan memudahkan urusan pemberian bantuan.

 
Pemohonan boleh dibuat melalui beberapa alternatif antaranya :

  1. Kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
  2. pejabat Pembangunan negeri dan pejabat daerah
  3. Jabatan Pembangunan Persekutuan
  4. Jabatan Kebajikan Masyarakat
  5. Jabatan Penerangan serta agensi kerajaan
PERMOHONAN BR1M 3.0 :

Sila klik pada laman berikut untuk membuat permohonan secara Online

 
atau
 
Download BR1M 3 form disini  Borang Permohonan BR1M 3.0 2014


12:04 AM | 0 comments | Read More

Senarai Kawasan Gangguan Bekalan Air Selangor 17 Disember 2013

Written By HAZRIL HAFIZ on Tuesday, December 17, 2013 | 9:24 AM

Makluman kepada penduduk yang terlibat dengan gangguan bekalan air di Selangor 

Gangguan bekalan air akan bermula jam 8.00 pagi pada 17 Disember 2013 apabila kerja dimulakan. Manakala tempoh pemulihan bekalan air pula dijangka bermula pada jam 9.00 malam, 17 Disember 2013 (Selasa) apabila kerja dijangka siap nanti dan berterusan sehingga 8.00 pagi, 22 Disember 2013 (Ahad).



KAWASAN-KAWASAN TERLIBAT
Wilayah Kuala Lumpur
Kawasan Bukit Kiara:
Kelab DiRaja Selangor; Bukit Kiara Resort; Pusat Sukan Bukit Kiara; Pusat Sains Negara; INTAN; Suruhanjaya Sekuriti; Bahagian Teknologi Pendidikan Pusat Konvensyen Sime Darby.

Sebahagian kawasan Bukit Damansara:
Jalan Segambir; Jalan Belimbing; Jalan Setiabistari; Jalan Setiamurni 1 hingga 12; Jalan Setiabudi; Jalan Setiarasa; Jalan Setiaraya; Jalan Setiajaya; Jalan Medan Setia; Jalan Setiabakti; Jalan Setiakasih; Plaza Damansara; Taman Seri Beringin.

Kawasan Segambut:
Taman Sri Sinar; Taman Sri Bintang; Taman Bukit Sri Bintang; Taman Prima Pelangi; Taman SPPK Segambut; Taman Segambut; Taman Segambut Permai; Taman Segambut Damai; Taman Segambut Muda; Taman Segambut Aman; Taman Bukit Segambut; Taman Indah Murni; Taman Prima Impian; Taman Desa; Kampung Segambut Dalam; Taman Segambut Bahagia; Kampung Segambut Tengah; Kampung Segambut Gate; Kesington Park; Changkat Kiara Bayu; Changkat Kiara Surya; Prima Duta; Menara Duta; Duta Ria; Keseluruhan kawasan Mount Kiara; Kompleks Kediaman Kakitangan Awam Jalan Duta;

Sebahagian kawasan Jalan Kuching dan Jalan Ipoh:
Jalan Ipoh Batu 4 hingga Batu 5; Jalan Cenderuh; Jalan Kuala Kangar; Jalan Vethavanam; Jalan St.Thomas; Jalan Khalsa; Taman Kok Lian; Taman City; Kem Batu Kentomen; Taman Impian; Taman Eastern; Taman Rainbow; Taman Bamboo; Taman Million; Taman Sheng Cheng; Taman Kaya; Kawasan Perindustrian Segambut Taman Sri Kuching & Taman Niaga Waris;

Kawasan Sentul:
Kampung Chubadak; Kampung Bandar Dalam; Kampung Chempedak, Kampung Kovil Hilir; Taman Dato’ Senu; Taman Sentul Raya; Sentul Selatan; Bandar Baru Sentul.

Kawasan Jalan Duta:
Arkib Negara; Kompleks Kerajaan Jalan Duta; Masjid Wilayah Kuala Lumpur; Lembaga Peperiksaan; Ibu Pejabat BPR; Persiaran Duta; Pusat Perkembangan Kokurikulum; Stadium Hoki.

Sebahagian kawasan Jalan Mahameru:
Kawasan Taman Duta; Kawasan Bukit Tunku; Kawasan Tasik Perdana; Kawasan Parlimen; Jalan Sultan Salahuddin; Jalan Tun Ismail; Jalan Dato’ Onn; Jalan Lembah Ledang; Jalan Perlis; Jalan Kedah; Jalan Selangor; Jalan Johor Jalan Negeri Sembilan.

Kawasan Sri Hartamas:
Taman Sri Hartamas, Kiara View; Kiaramas; Taman Duta Nusantara;Taman Duta Tropika; Hartamas Heights

Kawasan Bukit Sentul:
Jalan Kolam Air;Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC); The Mall; Hentian Putra.
Sebahagian Jalan Tun Razak (dari Bulatan Pahang hingga persimpangan Jalan Langgak Golf):
Hospital Tawakkal; Institut Perubatan Respiratori; Pusat Darah Negara; Institut Jantung Negara; Hospital Pusrawi; Jalan Semarak; Jalan Perumahan Gurney; Jalan Maktab; Jalan Padang Tembak; Flat DBKL Dato’ Keramat; Kementah; Pulapol; Wisma Tanah; JUPEM; UTM; FELDA; Pusat Latihan Telekom; Sebahagian Jalan Pahang (dari Bulatan Pahang hingga persimpangan Jalan Titiwangsa);

Sekitar kawasan KLCC:
Suria KLCC; Kuala Lumpur Convention Centre; Menara Maxis; Mandarin Hotel; Menara Exxon Mobil; Jalan Yap Kwan Seng; Jalan Pinang.

Jalan Ampang (dari persimpangan Jalan Tun Razak hingga persimpangan MRR2):
Jalan Langgak Golf; Jalan U Thant; Pusat Perubatan Gleneagles; Pejabat Kedutaan British; Pejabat Kedutaan Sepanyol; Pejabat Kedutaan Bangladesh; Pejabat Kedutaan Perancis; Pejabat Kedutaan Thailand; Pejabat Kedutaan China; Pejabat Kedutaan Arab Saudi; Pejabat Kedutaan Sri Lanka; Pejabat Kedutaan Rusia; Pusat Penyelidikan Getah Malaysia; Jalan Ampang Hilir.

Sebahagian kawasan Kampung Baru:
Jalan Sungai Baru; Jalan Rakam; Jalan Hamzah; Jalan Datuk Abdul Malik; Jalan Haji Sirat; Jalan Haji Yaakub; Jalan Salleh; Jalan Syed Mahadi; Jalan Haji Zainuddin; Jalan Pauh; Jalan Raja Uda Apart; Jalan Raja Uda 2; Lorong Raja Uda 1;Lorong Datuk Abdullah.

Semua kawasan-kawasan berikut:
Taman Sri Delima; Kampung Delima; Kampung Stesen; Kampung Batu 4; Taman Pandan Jaya; Taman Cempaka; Taman Bakti; Taman Nirwana; Kampung Pandan Dalam; Taman Cahaya; Pandan Cahaya; Taman Dagang; Taman Shamelin;Taman Tenaga; Taman Miharja; Taman Kobena; Desa Pandan.

Jumlah akaun : 63,408 akaun
Wilayah Gombak
Bandar Sri Damansara; Kepong Industrial Park; Kawasan Industri Tago; Sunway SPK; Wangsa Permai; Desa Park City; Taman Bukit Maluri; Manjalara Kepong; Desa Aman Puri; Medan Putra; Country Height Damansara; Sunway SPK Harmoni 3.

Jumlah akaun : 22,274 akaun
Wilayah Petaling
Bandar Baru Sri Petaling; Desa Petaling; Jalan Klang Lama; Jalan Kuchai Lama; Kuchai Entrepreneurs Park; OUG; Jalan Penchala; Jalan Puchong; Flat Kerinchi; Kampung Kerinchi; Jalan Sungai Besi; Kampung Baru Salak Selatan; Kampung Malaysia; Kampung Pasir Baru; Pantai Dalam; Kawasan Perindustrian Batu 7 Puchong; PJ State; Seksyen 1 hingga Seksyen 10; Seksyen 18; Seksyen 52; Taman Bukit Angkasa;Taman Bukit Indah; Taman Desa; Taman Gembira; Taman Kuchai Jaya; Taman Lee Yan Lian; Taman Goodwood; Taman Salak Selatan; Taman Sungai Besi; Taman Sri Sentosa; Taman Tan Yew Lai; Bandar Tasik Selatan; Sungai Besi; Taman Perindustrian OUG; Seksyen 51A, Petaling Jaya; Taman Yarl, Jalan Klang Lama; Bandar Baru Bukit Jalil; Taman Naga Mas; Taman Salak Jaya; Bukit Jalil Golf Resort; Jalan SS2/50 hingga SS 2/72, SS2; Sungai Way, SS9; Petaling Bahagia; Lucky Garden; Taman Kuchai & Nam Fong; TUDM Kinrara; Kampung Bohol;Taman Puchong Mesra Taman Paik Siong; Seksyen 11 hingga Seksyen 14, Petaling Jaya; Seksyen 16 hingga Seksyen 17, Petaling Jaya; Seksyen 17A, Damansara N/V; Seksyen 19 hingga Seksyen 22, Petaling Jaya

Jumlah akaun: 98,084 akaun
Wilayah Klang/Shah Alam
Seksyen 25 – Sri Lembayung; Seksyen 32; Seksyen 33; Bandar Putera;Putra Height; Kampung Bukit Lanchong; Seksyen 22; Seksyen 25 – Axis;Seksyen 26; Seksyen 27; Seksyen 28; Kampung Kebun Bunga; Kampung Baru Hicom; Subang Mas, Batu Tiga; Batu Tiga, Shah Alam; Batu 8, Bukit Kemuning; Bukit Naga; UEP; USJ Subang.

Jumlah akaun : 33,928 akaun
Jumlah Akaun Keseluruhan Akaun Yang Terlibat – 217,694

Maklumat Tambahan:

Kuala Lumpur – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) telah menerima permohonan daripada pihak pengendali Loji Rawatan Air (LRA) Sg. Selangor Fasa 2 (SSP2), iaitu Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB) bagi pihaknya melaksanakan hentitugas (separa) sementara loji untuk memberi laluan kepada kerja-kerja menaiktaraf, pembaikan dan penukaran aset-aset utama pada 17 Disember 2013 bersamaan hari Selasa.
Kerja-kerja yang dimaksudkan ialah kerja-kerja menaiktaraf papan suis bagi 33kV dan 6.6kV Alatubah (‘Transformer’) No.1 di Muka Sauk (‘Intake’), pembaikan paip keluli (‘mild steel’) bersaiz 1400mm untuk paip ‘Flow Splitter Stream C’ dan penggantian ‘Sluice Valve’ bersaiz 950mm di Rumah Pam Air Bersih (TWPH) iaitu pengepaman air bersih ke Kolam Imbangan Matang Pagar. Pihak kami dimaklumkan pengepaman ke Kolam Imbangan Bukit Mayong berjalan seperti biasa tanpa sebarang gangguan.
Tujuan utama kerja-kerja bagi menaiktaraf papan suis bagi 33kV dan 6.6kV Alatubah (‘Transformer’) No.1 di Muka Sauk (‘Intake’) adalah untuk meningkatkan keupayaan tunggu sedia (‘standby’) dan memastikan Pam Air Mentah di Muka Sauk (‘Intake’) dapat beroperasi dengan lebih baik dan lancar. Manakala untuk kerja-kerja penggantian ‘Sluice Valve’ bersaiz 950mm di Rumah Pam Air Bersih (TWPH) dan paip keluli bergaris pusat 1400mm untuk paip ‘Flow Splitter Stream C’ amat diperlukan kerana kedua-dua aset ini telah menunjukkan tanda-tanda kemerosotan dari segi pengoperasiannya
Untuk makluman, pengepaman LRA SSP2 ke Kolam Imbangan Matang Pagar ini membekalkan air ke 4 buah Wilayah iaitu Wilayah Petaling, Gombak, Kuala Lumpur, dan Klang/Shah Alam yang mana hentitugas (separa) ini akan menyebabkan gangguan bekalan air kepada lebih 217,694 akaun pengguna dan dianggarkan sebanyak satu (1) juta penduduk di Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur termasuklah kawasan-kawasan penting seperti Kelab Diraja Selangor, Pusat Sains Negara, INTAN, Kompleks Kerajaan Jalan Duta, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Suria KLCC dan kawasan lain-lain.
Pihak SYABAS akan membuat segala persediaan bagi mengurangkan kesan atau gangguan bekalan air kepada pengguna dengan memenuhkan semua kolam simpanan sebelum kerja hentitugas tersebut. Dengan itu, adalah dijangkakan ada sebahagian pengguna di senarai tersebut khasnya kawasan-kawasan yang berhampiran dengan kolam air dan kawasan rendah mungkin akan terus mendapat bekalan air tanpa kesan gangguan bekalan air. Adalah dijangkakan juga kebanyakan kawasan akan mendapat pemulihan bekalan air dalam tempoh 24 jam selepas kerja hentitugas siap nanti. Dengan itu, secara amnya, adalah dijangkakan tempoh masa yang diambil untuk keadaan bekalan air pulih sepenuhnya di semua kawasan terlibat adalah secara berperingkat-peringkat bergantung kepada keadaan georafikal kawasan yang terlibat di mana kawasan yang jauh daripada sumber bekalan serta kawasan yang tinggi akan mendapat bekalan yang agak lama. Selain itu, situasi bekalan air semasa di mana rezab bekalan air yang tipis pada masa ini akan melambatkan tempoh pemulihan bekalan air. Pihak SYABAS menjangkakan kawasan yang tinggi dan jauh dari sumber air terutamanya di sekitar Petaling, Kuala Lumpur dan Klang/Shah Alam adalah kawasan bekalan air yang terakhir pulih sepenuhnya. Sebagai persediaan, semua pengguna adalah dinasihatkan untuk menyimpan bekalan air secukupnya bagi menghadapi gangguan tersebut.Pihak SYABAS juga akan memaklumkan dari semasa ke semasa berhubung status pemulihan bekalan air di kawasan yang terlibat.
Walaubagaimanapun, memandangkan gangguan bekalan air ini merupakan gangguan bekalan air berjadual dan notis awal telah dikeluarkan, dengan itu lori tangki tidak akan dibekalkan oleh SYABAS untuk tempoh gangguan bekalan air tersebut kecuali kepada pengguna kritikal seperti hospital, pusat dialisis dan rumah ibadat. Sebagai langkah persediaan awal, pihak SYABAS telah meletakkan kakitangannya untuk menghadapi hentitugas berjadual ini termasuk meletakkan 66 buah lori tangki dalam keadaan tunggu sedia serta menyediakan 750 buah tangki statik sekiranya diperlukan khasnya untuk kawasan-kawasan yang masih belum mendapat pemulihan selepas 24 jam tetapi tertakluk kepada kapasiti kemudahan sediada pada SYABAS.
9:24 AM | 0 comments | Read More

Labels

TERKINI (173) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (70) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)