Selepas kontroversi Diana Danielle yang hamil dua minggu hanya selepas 16 hari berkongsi katil dengan suaminya, kini satu lagi isu keluar mengenai pasangan pengantin baru ini.
FARID KAMIL dan isterinya Diana Danielle diraikan pada majlis resepsi perkahwinan ala istiadat tentera di Putrajaya pada 1 Disember lalu
Dengarnya, orang tentera sedang mempertimbangkan untuk mengheret Farid ke mahkamah atas kesalahan kerana memakai pakaian tentera. Kali ini bukan sahaja Diana yang pening, Farid pun boleh jadi loya.
Seksyen 140 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara selama dua tahun jika memakai pakaian tentera dan Seksyen 170 memperuntukkan penjara tiga bulan bagi kesalahan menyamar sebagai anggota tentera.
Katanya, abang askar naik angin sebab Kamil pakai pangkat Mejar Jeneral. Dua paku satu mahkota, itu belum cerita pin payung terjun yang tersisip di dada sasa Farid Kamil.
Itulah Farid Kamil, awak jangan ingat pakaian seragam itu boleh ikut selera, drama Gerak Khas dapat izin khas tau.
Apapun, kita tunggu dan lihat apa tindakan ATM berhubung perkara ini. Mana tahu kalau kalau Farid Kamil memang mendapat kebenaran dari pihak atasan ATM sendiri untuk majlis tersebut.
sumber olahan dari Kosmo
2 comments
macam2 betul la....haish....
Sian kat die.. maybe dr dulu angan2 nak kawin buat tema macam ni.. tp x tau kena mintak izin dulu kot. Huhu
Post a Comment
Kindly Leave Your Comment Here..=)