
Untuk para pemohon, keputusan BR1M 2016 boleh dibuat secara atas talian dengan melawati laman sesawang berikut :

semak upu 2013, semak politeknik 2013, semak keputusan upu 2013, semak keputusan lepasan spm 2013,Keputusan permohonan ke Politeknik Premier sesi Jun 2013, keputusan politeknik premiwer jun 2013, keputusan upu jun 2013
Permohonan UPU bagi Politeknik Premier / IPTA lepasan SPM 2013 boleh mula disemak bermula Jumaat (17 Mei 2013) . Seperti sebelum ini, semakan boleh dibuat dengan menggunakan 2 alternatif mudah iaitu secara ats talian dan khidmat pesanan ringkas (SMS)
Taip UPU RESULT (no kad pengenalan) dan hantar ke 15888
semakan keputusan pmr online, semakan keputusan spm online, semakan keputusan upsr online,semakan keputusan peperiksaan pertengahan tahun online, semakan keputusan akhir tahun online.
Keputusan Peperiksaan awam seperti UPSR, PMR dan SPM kini boleh disemak terus oleh ibu bapa melalui sistem yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran.
Ibu bapa juga boleh membuat semakan keputusan peperiksaan peringkat sekolah seperti peperiksaan pertengahan tahun dan peperiksaan akhir tahun anak anak mereka. Tiada lagi alasan anak anak untuk merahsiakan keputusan mereka dari ibu bapa. Ini memberikan kelebihan kepada ibu bapa untuk memantau tahap dan prestasi pelajaran anak anak mereka.
Untuk membuat semakan keputusan peperiksaan secar online sila ikut langkah langkah berikut :
1) Pergi ke laman web SAPS, http:// saps.moe.gov.my
2) Klik butang Semakan Ibu Bapa yang bewarna merah.
3) Masukkan Nombor Kad Pengenalan atau Sijil Surat Beranak dan pilih sama ada Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah dan seterusnya klik butang Semak Laporan.
Makluman kepada calon calon PMR 2012, keputusan peperiksaan akan diumumkan pada 19 Disember 2012 ini . Bagi calon calon yang telah mengambil peperiksaan sebelum ini, anda boleh membuat semakan keputusan menggunakan beberpa alternatif:
1. Untuk semakan menggunakan Sistem Pesanan Ringkas (SMS) , sila rujuk pada pautan dibawah
<<< SEMAKAN SMS KEPUTUSAN PMR 2012 >>>
2. Semakan Online- Ibu bapa boleh membuat semakan keputusan secara online untuk mengetahui keputusan anak masing masing dengan menggunakan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) . Anda boleh rujuk pada pautan dibawah untuk mendapatkan maklumat lebihn lanjut .
<<< SEMAKAN ONLINE KEPUTUSAN PMR 2012 >>>

Untuk sistem semakan online, anda juga boleh membuat semakan mengikut wilayah masing masing bagi mengurangkan masalah kesesakan yang dialami sebelum ini. Sila klik pautan dibawah mengikut kawasan anda .
(Anda dinasihatkan semak di laman web JPT dahulu kerana sistem semakan mungkin bermasalah semasa hari semakan)
Saluran 1 Lembah Klang
Saluran 2 Utara
Saluran 3 Selatan
Saluran 4 Sabah
Saluran 5 Sarawak

semak saman online, semak saman sms, semak saman trafik pdrm, semak saman online, semak saman jpj online ,semak saman kereta cara semak saman online, cara semak saman polis, cara semak saman jpj, harga saman, saman pdrm, bayar saman, kena saman, email semak saman, kereta kena saman
Saman bukanlah satu perkataan yang disenangi rakyat Malaysia. Perkataan saman atau kena saman selalunya akan diikuti oleh makian si kena saman kepada yang menyaman (si polis or jpj or DBKL la kan? ) . Benda biasa la bila kena saman , “ter”maki polis. Yela, melayang gak la 2-300 sekali kena saman. Dah la saman sekarang dah mahal. (Ada orang kata nak cover balik segala harta benda negara yang dah dicilok “orang2 atasan” tu). hmm entah la…….

**jangan ingat anda cantik, anda tak akan disaman. hehee
Bagaimana untuk anda semak saman ? Kena pergi balai polis ke nak semak? For sure la orang memang tak mau pergi sana. Jadi , perkembangan teknologi memang menyenangkan anda untuk semak secara online, di depam laptop anda sahaja . tanpa perlu berjalan dan membuang masa ke balai polis.
Cara cara semak saman
Semak Saman JPJ Online :
cara diatas hanya memberi info tentang saman anda secara ringkas. Bagi mendapatkan info secara detail , ini caranya:
dan jika anda tak mahu check menggunakan handphone, alternatif lain adalah dengan menggunakan email anda . Detail saman akan terus di email kepada anda ;
Kerajaan jugak telah menyediakan perkhidmtan melalui laman MyEG dimana anda boleh membuat pembayaran saman tetapi anda perlu mendftar sebagai ahli MyEG dahulu.
Untuk semakan secara atas talian, anda boleh terus klik mana mana satu link dibawah :
>> Klik untuk isi borang pendaftaran peringatan saman melalui emel<<
>> Klik sini untuk membayar saman online<<
** Jangan tangguh saman anda terlalu lama. Bila dah berlapis lapis saman, nampak banyak. Settlekan satu satu secara berperingkat ataupun ambil peluang jika ada promosi atau diskaun bayaran saman. Jangan biar tak bayar nanti kena blacklist nama kan dah susah.
semak spm 2011 online, semak spm sms, semakan keputusan spm online dan sms, semak online keputusan spm 2011, spm 2011 result,
Semakan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2011 boleh dibuat bermula jam 12 tengahari , 22 Mac 2012 disekolah tempat calon mengambil peperiksaan tersebut. Calon calon juga boleh membuat semakan secara atas talian dan semakan menggunakan sistem pesanan ringkas (SMS) yang dibuka pada waktu dan tarikh yang sama dengan pengumuman di sekolah masing masing .
1. Cara semak keputusan menggunakan SMS
SPM Result<jarak>No.Kad Pengenalan dan hantar ke 15888
contoh :
2. Cara semak keputusan secara Online
semakan secara ONLINE boleh dibuat dengan melayari laman web berikut :
Pihak Admin di Blog HafizRahman mengucapkan selamat berjaya kepada calon calon yang akan mengambil keputusan pada 22 Mac nanti. InsyaAllah berkat usaha adik adik bekerja keras sebelum ini akan terbalas dengan keputusan yang cemerlang .
keputusan permohonan mrsm 2012,tarikh keputusan mrsm 2012, cara semak keputusan mrsm, semak mrsm onine, semak mrsm sms, permohonan mrsm , maktab rendah sains mara
Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan mengumumkan keputusan bagi permohonan kemasukan ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 bagi sesi pengambilan tahun 2012. Bagi pemohon yang telah membuat permohonan, anda boleh mula membuat semakan pada 20 Januari 2012.
Terdapat dua kaedah semakan yang boleh dibuat iaitu secara atas talian (ONLINE) dan semakan menggunakan khdimat pesanan ringkas (SMS)
Semakan Online
semakan boleh dibuat dengan melayari Laman Web Rasmi Mara . Pautan untuk semakan hanya akan dibuka setelah permohonan yang berjaya dikeluarkan oleh MARA.
Semakan SMS
MARA <jarak> MRSM <jarak> angka giliran dan hantar ke 15888
KAMERA NIKON PINK !!klik untuk baca

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) akan mengumumkan keputusan MUET pada 12 Januari 2012 ini.
Calon-calon MUET boleh mendapatkan keputusan MUET dari sekolah atau institusi masing-masing pada jam 10 pagi pada tarikh tersebut. Bagi calon persendirian, keputusan akan diperoleh melalui pos.
SMS
Taip MUET dan hantar ke 15888. Semakan boleh dilakukan seawal jam 12.01 tengah malam 12 Januari.
ONLINE
Cara semak keputusan MUET secara online : Layari laman MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA atau klik butang enter dibawah :
Rayuan Semakan Semula Keputusan MUET
Bagi calon calon yang tidak berpuas hati dengan keputusan sedia ada, anda boleh membuat rayuan untuk membuat semakan keputusan sekali lagi dengan bayaran sebanyak RM 70.00. Permohonan Rayuan Semak Semula Keputusan MUET akan dibuka dalam tempoh dua minggu selepas keputusan MUET diumumkan.

Sukacita dimaklumkan bahawa Semakan Tawaran ke Kolej Vokasional, SM Teknik dan SM Vokasional Tahun 2012 telah dibuka hari ini.
Aplikasi Semakan sudah dibuka dan para pemohon boleh membuat semakan di pautan dibawah :
SEMAKAN KEMASUKAN SEKOLAH TEKNIK TAHUN 2012
Tahniah kepada mereka yang telah berjaya mendapat tempat di mana mana sekolah diseluruh Malaysia. Bagi yang nama tidak disenaraikan, anda boleh mengemukakanpernohonan rayuan .
Tahniah kepada semua candidate yang terlah berjaya dengan cemerlang dalam keputusan PMR yang diumumkan pagi tadi. Berikut adalah analisis keputusan PMR untuk tahun 2011.

Analisis keputusan PMR dilaporkan berdasarkan Pencapaian Calon dan Prestasi Mata Pelajaran. Pelaporan Pencapaian Calon adalah merujuk kepada sejauh mana calon menguasai pembelajaran di sekolah menengah rendah dalam kesemua mata pelajaran yang diuji.
Indeks yang digunakan untuk menunjukkan pencapaian calon di seluruh negara ialah Gred Purata Nasional (GPN). Prestasi Mata Pelajaran pula merujuk kepada sejauh mana calon menguasai pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam setiap mata pelajaran yang diuji. Indeks yang digunakan untuk menunjukkan prestasi mata pelajaran ialah Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) bagi setiap mata pelajaran. Nilai gred purata yang lebih kecil menunjukkan pencapaian calon yang lebih baik.
Pendidikan di peringkat menengah rendah merupakan kesinambungan pendidikan dari peringkat rendah ke peringkat menengah atas untuk menyediakan peluang pendidikan yang seluas-luas dan seadil-adilnya. Pendidikan ini bertujuan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
Maklumat pencapaian akademik calon bukan sahaja menunjukkan tahap penguasaan calon dalam mata pelajaran tertentu malah dapat membantu mereka membuat pilihan jurusan yang sesuai dengan minat dan potensi mereka di peringkat menengah atas. Pelbagai jurusan ditawarkan di peringkat menengah atas seperti kemanusiaan, agama, sains, teknikal dan vokasional.
Pada tahun ini, bilangan calon yang mendaftar untuk menduduki PMR bertambah sebanyak 0.1% berbanding tahun 2010 dan perinciannya ditunjukkan dalam Jadual 1. PMR telah dilaksanakan dalam dua bentuk, iaitu peperiksaan pusat dan pentaksiran berasaskan sekolah. Peperiksaan pusat telah dilaksanakan pada 4 hingga 11 Oktober 2011. Untuk mentadbir peperiksaan ini, sejumlah 3,521 pusat peperiksaan telah disediakan yang melibatkan 35,190 orang petugas peperiksaan. Seramai 11,603 orang pemeriksa telah dipertanggungjawabkan untuk memeriksa skrip jawapan calon.
Jadual 1: Calon yang Mendaftar PMR 2011
Pada keseluruhannya, pencapaian calon PMR tahun 2011 dalam 17 mata pelajaran adalah yang terbaik dalam empat tahun berdasarkan Gred Purata Nasional (GPN) iaitu 2.71 mata. Jadual 2 menunjukkan pencapaian keseluruhan calon PMR dari 2008 hingga 2011.
Jadual 2: Pencapaian Keseluruhan Calon PMR dari 2008 hingga 2011
Pencapaian calon cemerlang iaitu calon yang mendapat gred A dalam semua mata pelajaran yang diduduki meningkat sebanyak 3,408 orang (0.75%) iaitu daripada 30,863 orang (7.02%) pada tahun 2010 kepada 34,271 orang (7.77%) pada 2011. Bilangan calon yang mendapat gred E dalam semua mata pelajaran pula menurun daripada 386 (0.09%) orang pada tahun 2010 kepada 346 (0.08%) orang pada tahun 2011.
Pencapaian Calon Bandar dan Luar Bandar
Pencapaian calon bandar dan luar bandar pada keseluruhannya semakin baik. Data dalam Jadual 3 memberi perincian pencapaian calon bandar berbanding calon luar bandar.
Jadual 3: Pencapaian Calon Bandar dan Luar Bandar
Pencapaian calon bandar dan luar bandar meningkat diukur dari segi nilai GPN, pencapaian semua A dan pencapaian melepasi tahap penguasaan minimum. Nilai GPN calon bandar menurun sebanyak 0.04 mataberbanding calon luar bandar sebanyak 0.03 mata. Pada keseluruhannya, pencapaian calon bandar adalah lebih baik daripada calon luar bandar.
Pencapaian Calon Berkeperluan Khas
Calon berkeperluan khas juga mendapat peluang yang sama dengan calon-calon yang lain untuk menduduki peperiksaan. Pada keseluruhannya, pencapaian calon berkeperluan khas pada tahun ini menunjukkan peningkatan berbanding tahun lepas (Rujuk Jadual 4).
Jadual 4: Pencapaian Keseluruhan Calon Berkeperluan Khas
Tahun 2011 Berbanding Tahun 2010
Daripada Jadual 4, bilangan calon berkeperluan khas yang menduduki PMR pada tahun ini berkurang seramai 35 orang. Pencapaian calon cemerlang (semua A) meningkat kepada 12 orang berbanding 5 orang pada tahun 2010, manakala calon yang melepasi tahap penguasaan minimum (semua D) tahun ini juga meningkat dari segi bilangan dan peratusan. Ini digambarkan pada nilai GPN sebanyak 4.10 mata berbanding 4.19 pada tahun 2010.
Prestasi Mata Pelajaran
Pada keseluruhannya, kebanyakan mata pelajaran yang ditawarkan dalam PMR 2011 menunjukkan prestasi yang stabil. Semua mata pelajaran menunjukkan kenaikan berdasarkan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) kecuali Bahasa Melayu, Bahasa Cina, Bahasa Iban dan Pendidikan Islam. Prestasi setiap mata pelajaran boleh dirujuk pada Lampiran A.
Jadual 5: Analisis Prestasi dan Gred Purata Bahasa Melayu bagi Tahun 2010 dan 2011
Jadual 5 menunjukkan analisis prestasi dan GPMP Bahasa Melayu bagi tahun 2010 dan 2011. Prestasi mata pelajaran Bahasa Melayu bagi gred A menunjukkan penurunan sebanyak 1.3% dari 27.6% pada 2010 kepada 26.3% pada 2011. Walau bagaimanapun, peratusan calon yang mendapat gred B, C dan D meningkat sebanyak 1.2% dari 66.5% pada tahun 2010 kepada 67.7% pada tahun 2011. GPMP Bahasa Melayu juga menunjukkan penurunan dengan pertambahan 0.02 mata.
Jadual 6: Analisis Prestasi dan Gred Purata Bahasa Inggeris bagi Tahun 2010 dan 2011
Jadual 6 menunjukkan analisis prestasi dan GPMP Bahasa Inggeris bagi tahun 2010 dan 2011. Prestasi mata pelajaran Bahasa Melayu bagi gred A menunjukkan peningkatan sebanyak 0.8% dari 17.6% pada 2010 kepada 18.4% pada 2011. Walau bagaimanapun, peratusan calon yang tidak melepasi tahap penguasaan minimum masih tinggi iaitu 21.3% pada tahun 2011. GPMP Bahasa Inggeris menunjukkan peningkatan dengan penurunan 0.05 mata.
Jadual 7: Analisis Prestasi dan Gred Purata Mathematics bagi Tahun 2010 dan 2011
Jadual 7 menunjukkan analisis prestasi dan gred purata mata pelajaran (GPMP) Mathematics bagi tahun 2010 dan 2011. Prestasi mata pelajaran Mathematics bagi gred A menunjukkan peningkatan sebanyak 1.3% dari 28.9% pada 2010 kepada 30.2% pada 2011. GPMP Mathematics menunjukkan peningkatan dengan penurunan 0.04 mata.
Jadual 8: Analisis Prestasi dan Gred Purata Science bagi Tahun 2010 dan 2011
Jadual 8 menunjukkan analisis prestasi dan gred purata mata pelajaran (GPMP) Science bagi tahun 2010 dan 2011. Prestasi mata pelajaran Science bagi gred A menunjukkan peningkatan sebanyak 4.0% dari 21.7% pada 2010 kepada 25.7% pada 2011. Walau bagaimanapun peratus calon yang tidak melepasi pencapaian minimum meningkat sebanyak 0.6% iaitu 5.7% pada tahun 2010 kepada 6.3% pada tahun 2011. GPMP Sciencemenunjukkan peningkatan dengan penurunan 0.09 mata.
Jadual 9: Analisis Prestasi dan Gred Purata Sejarah bagi Tahun 2010 dan 2011
Jadual 9 menunjukkan analisis prestasi dan GPMP Sejarah bagi tahun 2010 dan 2011. Prestasi mata pelajaran Sejarah bagi gred A menunjukkan penurunan sebanyak 0.9% dari 21.3% pada 2010 kepada 20.4% pada 2011. Walau bagaimanapun peratus calon yang tidak melepasi pencapaian minimum menurun sebanyak 2.6% iaitu 7.3% pada tahun 2010 kepada 4.7% pada tahun 2011. Ini menunjukkan peratusan calon yang menguasai tahap minimum Sejarah telah meningkat. GPMP Sejarah menunjukkan peningkatan dengan penurunan 0.05 mata.
Pendidikan Kesenian
Tahun ini merupakan tahun ketiga Kementerian Pelajaran menawarkan mata pelajaran Pendidikan Kesenian dalam peperiksaan PMR. Sebanyak empat bidang kesenian iaitu Tari, Muzik, Teater dan Seni Visual dipelajari oleh calon di Sekolah Seni Johor Bahru, Johor dan Sekolah Seni Kuching, Sarawak. Pencapaian keempat-empat bidang kesenian tersebut telah ditaksir oleh guru masing-masing dan pentaksir luar yang terdiri daripada tenaga pengajar dari Aswara, Balai Seni Lukis Negara dan Istana Budaya, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Pencapaian calon ditaksir berdasarkan standard prestasi dengan empat band daripada Band 1 (terendah) hingga Band 4 (tertinggi).
Jadual 10: Prestasi Mata Pelajaran Pendidikan Kesenian
Jadual 10 di atas menunjukkan pencapaian dalam semua bidang kesenian yang ditaksir. Bidang Seni Visual menunjukkan pencapaian tertinggi dari segi peratusan bilangan calon memperoleh Band 4, diikuti Tari, Teater dan Muzik. Pencapaian yang ditunjukkan oleh calon tersebut sangat baik dan bakat mereka boleh terus digilap semasa di Tingkatan Empat sebelum menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia di Tingkatan Lima dalam enam bidang kesenian yang lebih khusus iaitu Seni Halus, Komunikasi Visual, Rekabentuk, Seni Muzik, Seni Tari dan Seni Teater.
Calon-calon Sekolah Seni Malaysia yang menduduki PMR akan menerima Slip Keputusan dan juga Sijil Pendidikan Kesenian yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sijil ini mempunyai nilai tambah kepada keputusan PMR dan boleh digunakan untuk tujuan melanjutkan pelajaran yang berkaitan dengan bidang seni.
(Dipetik dari Pengumuman Analisis Keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2011 oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Dato’ Sri Abd Ghafar Mahmud pada 22 Disember 2011).

Keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 akan diumumkan Khamis ini. Menurut satu kenyataan Kementerian Pelajaran Isnin, analisis keputusan PMR akan diumumkan di Putrajaya pada hari berkenaan. “Calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan di sekolah masing-masing selepas 10 pagi pada hari sama,” menurut kenyataan itu. Mulai tahun ini, kementerian memperkenalkan khidmat semakan keputusan PMR melalui mySMS 15888 yang diaktifkan mulai 10 pagi Khamis hingga 12 tengah malam, 28 Dis. Maklumat lanjut berhubung khidmat pesanan ringkas (SMS) itu boleh diperoleh di laman sesawang kementerian www.moe.gov.my. Seramai 481,292 calon menduduki peperiksaan PMR di seluruh negara tahun ini.
taipkan
PMR [no KP] [angka giliran]
SMS ke 15888
Khidmat SMS ni mungkin akan mengalami gangguan pada hari keputusan dikeluarkan sebab terlalu ramai yang akan akses sistem tersebut. So kena cuba banyak kali la or just tunggu sampai boleh.

Makluman penting kepada semua calon UPSR 2011 yang telah pun mendapat keputusan UPSR pada 17 Disember 2011 yang lalu. Bagi calon calon yang telah mengisi permohonan untuk menyambung pengajian peringkat menengah di sekolah berasrama penuh SBP seluruh Malaysia, keputusan telah pun dikeluarkan dan keputusan boleh mula disemak bermula 14 Disember 2011 hingga 5 Januari 2012.
Untuk membuat semakan , sila klik pada pautan dibawah :
Bagi mereka yang tidak berjaya mendapat tempat dan disenaraikan dalam tawaran pada kali ini, anda masih boleh membuat rayuan. Sila klik pada pauta dibawah untuk ke pautan membuat E-rayuan
Untuk maklumat lanjut berkaitan permohonan dan pertanyaan lanjut berkaitan apa sahaja perkara dan masalah, anda boleh terus rujuk kepada :
Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia

KERATAN Kosmo! 1 Disember 2011.
KUALA LUMPUR - Kementerian Kewangan semalam menjelaskan bahawa isi rumah yang layak memohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500, merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada anggota keluarga yang tinggal serumah, dan mempunyai pendapatan kasar isi rumah RM3,000 dan ke bawah.
"Ini merangkumi individu yang berkahwin; ibu/bapa tunggal yang mempunyai tanggungan; bujang yang mempunyai tanggungan; dan warga emas (berumur 60 tahun dan ke atas) sebatang kara," kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dalam satu kenyataan semalam.
Seramai 5.2 juta isi rumah dijangka layak menerima bantuan RM500 sekali bayar itu dengan kos RM2.6 bilion.
Kementerian itu juga mengingatkan bahawa pendaftaran permohonan BR1M akan bermula pada 10 Disember ini hingga 10 Januari, 2012.
Borang pendaftaran boleh didapati secara percuma di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Jabatan Penerangan Malaysia, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), serta akhbar.
Borang yang lengkap diisi perlu diserahkan kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan/Negeri, Jabatan Penerangan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat LHDNM.
Katanya, permohonan yang berjaya akan dimaklumkan melalui surat dan pembayaran akan dibuat mulai pertengahan Januari 2012.
Macammana nak memohon bantuan RM500? klik pada salah satu pautan dibawah untuk maklumat lanjut berkaitan permohonan bantuan kerajaan RM 500:
sumber : KOSMO
ANALISIS KEPUTUSAN UPSR 2011
Semakan Keputusan UPSR Secara SMS dan Online

Pada tahun ini UPSR dapat berjalan dengan lancar. Pada tahun ini sejumlah 497,691 orang murid telah mendaftar sebagai calon UPSR. Jumlah ini merangkumi 489,101(98.3%) calon Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia dan 8,590 (1.7%) calon sekolah swasta. UPSR telah dijalankan serentak di seluruh negara pada 13, 14 dan 15 September 2011. Sebanyak 8,235 pusat peperiksaan disediakan manakala seramai 48,560 orang petugas peperiksaan telah dilantik untuk pentadbiran peperiksaan. Seramai 11,080 orang pemeriksa telah dilantik untuk menjalankan pemeriksaan kertas subjektif.
Jumlah calon yang memperoleh semua A dalam matapelajaran adalah sebanyak 46012 . Namun pencapaian ini menurun daripada 10.02 peratus pada tahun 2010 kepada 9.48 peratus pada tahun ini.
Untuk analisis lengkap ujian penilaian sekolah rendah (UPSR) bagi tahun 2011, anda boleh klik pautan yang disediakan dibawah :
atau anda boleh terus download TEKS PENUH PENGUMUMAN KEPUTUSAN UPSR 2011 . Klik pada button download dibawah
SUMBER : DahliaJournal dan Pendekar Berkuda
PENGUMUMAN ANALISIS KEPUTUSAN UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) 2011 akan diumumkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Y. Bhg Dato’ Sri Abd. Ghafar bin Mahmud pada 17 November 2011 iaitu pada hari Khamis . Dan keputusan rasmi UPSR bagi pelajar yang mengambil peperiksaan juga akan dikeluarkan pada hari yang sama. Seramai 497,691 orang calon telah menduduki UPSR di 8,235 pusat peperiksaan di seluruh negara. Keputusan UPSR boleh diambil di sekolah masing masing selepas jam 10.00 pagi.
Untuk semakan keputusan UPSR, ibu bapa juga boleh mendapatkan keputusan melalui online dan sistem SMS. Untuk semak keputusan UPSR secara SMS, adalah seperti dibawah :
Taip
UPSR (angka giliran) dan SMS ke 15888
**sistem semakan melalui SMS akan beroperasi bermula jam 10 pagi 17 November 2011 sehingga 12malam , 23 November 2012.
Untuk semakan secara online, anda boleh menyemak keputusan melalui SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN SEKOLAH . Boleh klik pada gambar dibawah untuk langkah langkah semakan
selamat berjaya kepada adik adik yang akan mendapat keputusan esok.