Showing posts with label CONTEST. Show all posts
Showing posts with label CONTEST. Show all posts

10 Entri Terbaik Denaihati

Written By HAZRIL HAFIZ on Monday, August 27, 2012 | 11:57 PM

logo-kecil

Assalamualaikum, segala puji bagi Allah , Tuhan semesta Alam. Semoga kita mendapat naungan dan keberkatan dari Allah sentiasa Salam lebaran yang masih menaungi kita dibulan kemenangan yang berkat ini. Sudah 7 hari Ramadhan yang mulia pergi meninggalkan kita. Entah akan ketemu lagi atau tidak ditahun depan, hanya Allah SWT yang maha mengetahui .

Untuk entry kali ini, aku akan senaraikan 10 entry terbaik dari Blogger terbaik Malaysia iaitu Denaihati.com. Jika anda seorang blogger, pasti anda tahu dan pernah mendengar nama Denaihati.com. Alhamdulillah sempena aidilfitri ini Denaihati sekali lagi bermurah hati untuk memberi bonus kepada pengunjung dan pelawat yang sekian lama menyokong Denaihati.com. Aku ambil peluang menyertai jugak contest ini. Kalau ada rezeki , boleh menang. Tuah manusia tak siapa tahu bukan?  Semoga Bos Besar Denaihati, Tuan Haji Amir Hassan sentiasa dimurahkan rezeki dari Tuhan. Hidupkan Untuk Memberi.

Ok berbalik kepada tujuan asal entry ini dihasilkan. Untuk kategori, semestinya aku nak memilih kategori SEO yang berada di blog Denaihati sebab aku salah seorang blogger yang banyak bermain dengan SEO untuk menarik trafik ke blog ini. Dan Denaihati adalah salah satu sumber paling berguna kepada mereka yang ingin belajar apa sebenarnya SEO dan bagaimana untuk berjaya dalam SEO seperti Denaihati . Aku sendiri hampir setiap hari akan melawat Denaihati untuk belajar dari sana jika ada kelapangan . Dan untuk entry entry tips dalam kategori SEO, kebanyakannya ditulis oleh Ariffshah , salah seorang blogger yang berjaya dan antar terhebat dalam dunia SEO di Malaysia.

10 Entry terbaik dibawah kategori SEO yang aku rasa boleh dibukukan sebagai panduan berguna kepada yang lain adalah :

1. Cara Meningkatkan Trafik Blog

-Dalam entry ini disenaraikan 5 tips dan perkara utama yang mesti dilakukan oleh blogger untuk menarik trafik terutamanya organik trafik dari search engine. Dalam entry ini, anda didedahkan dengan perkara terbaik yang harus dilakukan untuk menjadi seorang blogger yang berjaya yang mampu menarik ribuan pengunjung setiap hari.

2. Menjawab Persoalan Tentang H Tags

-Apa itu H Tags. Aku sendiri dulu pada mulanya tak tahu apa itu H Tags dan apa sebenarnya kegunaannya. Tapi apa yang pasti , blogger blogger SEO sekalian, H Tags satu benda yang anda WAJIB ambil tahu dan bagaimana nak tahu? kena la baca di entry Menjawab Persoalan Tentang H Tags ini. Lengkap dan mudah difahami. Menjawap hampir keseluruhan persoalan tentang H Tags.

3. Tips SEO : Cara buat Link Wheel dalam SEO

-Backlink. Satu perkara penting yang harus dipelajari dan diketahui oleh blogger yang ingin mendalami dunia SEO. Bagaimana membina backlink berkualiti dan membantu populariti blog atau website ? Entry ini ditulis oleh drMaliq.com  sangat sesuai untuk dijadikan panduan mendalami dunia SEO.

4.  Link Popularity tips SEO dari Ariffshah

- Populariti link sangat penting bagi memastikan search engine sentiasa mesra dengan blog atau website anda. Semestinya kita nak entry yang dihasilkan berada di halaman pertama search page bukan?  Tapi tahukah kita bagaimana link populariti dikira dan bagaimana ianya berfungsi ? Dan bagaimana nak berada di halaman pertama di search engine? Nak tahu , kenalah baca selanjutnya di Link Popularity tips SEO dari Ariffshah .

5. Belajar SEO On-Page Daripada Analisis SEOMoz Pro

- Entry ini memang sangat menarik dan perlu dibaca dengan teliti untuk memahami dengan lebih mendalam tentang keyword, perkara terpenting dalam dunia SEO. Jika anda gagal menguasai keyword, anda mungkin gagal; dalam dunia SEO. Jadi untuk menjadi master dalam keyword seperti Ariffshah, kenalah belajar. Dimana nak belajar dan faham? Entry ini kan ada.: Belajar SEO On-Page Daripada Analisis SEOMoz Pro .

6. Bagaimana Menggunakan Tags Untuk SEO?

- Entry ini sangat berguna untuk pengguna wordpress. Blogger boleh abaikan entry ini. Jadi aku nak komen banyak banyak pun tak boleh sebab aku bukan pengguna wordpress. InsyaAllah bulan depan akan tukar ke hosting sendiri. Sekarang pun aku masih gunakan domain blogspot. Bukan sebab tak ada duit nak bertukar domain. Tetapi adalah sebab sebab tertentu. hehe.

7. Rich Snippet – Standard Baru Dalam SEO

- Pelajari rich snippet dimana anda mendapat laman khas dalam Google yang menyenaraikan semua artikel yang ditulis . Menarik bukan? Bagaimana nak buat begitu? Dan yang pastinya, ianya sangat berguna jika anda memang seorang blogger SEO . Dalam entry ini, Ariffshah menyenaraikan cara untuk mendapatkan rich snippet dan apa kelebihnnya kepada peningkatan blog dan website.

8. Contest SEO faedah kepada penganjur dan peserta

- Semakin ramai yang menganjurkan contest berunsur SEO. Dan paling hangat sekarang adalah Eyriqazz vs Denaihati yang memang menjadi keyword hangat masa kini. Satu branding dan kolaborasi yang berjaya oleh dua blogger hebat ini. Apa pula faedah jika anda sebagai penganjur contest berunsur SEO ini? Dan apa faedahnya jika anda menyertai? Entry ini satu entry wajib yang perlu dibukukan.

9. Penangan SEO Dalam Pemasaran Produk

- Marketing atau pemasaran adalah satu method untuk memasarkan produk di medium tertentu. Dan kini, blog merupakan antara medium paling disukai oleh advertiser untuk memasarkan produk mereka tak kurang juga pengendali blog SEO yang mempunyai kelebihan untuk memastikan produk yang ingin dipasarkan berada di search engine dan mudah dilihat. Aku sendiri memang sangat mengoptimumkan pemasaran produk design aku yang banyak mendapat tempahan design melalui entry Tempah Design Flyers, Bunting, Banner Murah | RM 20 - RM 50 yang berada di first page. Alhamdulillah hasil kerja design sangat lumayan berkat strategi pemasaran . Jadi kalau anda nak tahu penangan SEO dalam memasarkan produk, entry ini wajib anda baca dan entry ini harus dibukukan.

10. Apa Yang Perlu Dibuat Setelah Berada di Tempat Pertama Google Search?

- Akhir sekali, apabila dah berjaya menguasai asas asas dalam SEO, anda kini menuju puncak kejayaan iaitu memastikan entry anda di listkan ditempat pertama Google Search dan menarik organik trafik dari search engine. Berada di temoat pertama bukan perkara mudah lebih lebih lagi kini semakin ramai yang sedang berusaha menjadi “yang pertama” untuk update entry dengan keyword keyword “panas” setiap hari. Jika entry anda berjaya melonjak ke tempat pertama , anda tak seharusnya berpuas hati dengan duduk diam sahaja. Ada yang perlu dibuat. Teruskan bekerja dan berjaya. Apa perlu dilakukan? Sila baca entry Apa Yang Perlu Dibuat Setelah Berada di Tempat Pertama Google Search? ini.

Okey setakat itu saja 10 senarai entry terbaik dibawah kategori SEO yang terdapat dilaman blog Denaihati.com yang dirasakan perlu untuk dibukukan supaya lebih ramai yang akan mendapat ilmu berguna ini . Semoga entry ini bermanfaat untuk panduan bersama dan bukan hanya sekadar entry untuk penyertaan contest. Sekian.

Bonus Raya Aidilfitri 2012 untuk semua Rakan Blogger yang tidak jemu-jemu bersama blog Denaihati. Berminat joom serbu Denaihati.com”.

11:57 PM | 6 comments | Read More

Insentif RM5000 Untuk Blogger

Written By HAZRIL HAFIZ on Wednesday, March 21, 2012 | 1:33 AM

Pengendali laman blog bloggerwanita.com iaitu Aya menawarkan insentif wang tunai yang sangat lumayan kepada para blogger di Malaysia melalui program terbaru anjurannya (klik pada banner dibawah )

 Banner

Blog bloggerwanita.com adalah sebuah laman blog yang sangat popular dalam kalangan blogger wanita di Malaysia dan pernah masuk dalam rancangan Apa Kata Wanita Zamzarina tu.

Dan Ganjaran RM 5000 untuk blogger ini diadakan bersempena dengan ulangtahun ke 2 bloggerwanita.com . Kalau anda juga berminat untuk menyertai dan mendapat insentif lumayan , boleh join dengan melayari http://www.bloggerwanita.com/ untuk keterangan lanjut.

Fasa pertama bermula pada 1 April 2012. Harap harap entry ini sempat masuk dalam kuota 100 blog tersebut.

1:33 AM | 3 comments | Read More

Contest Gadget Impian Oleh Denaihati

Written By HAZRIL HAFIZ on Thursday, November 24, 2011 | 2:28 PM

Boleh tekan butang like, atau retweet button disebelah kiri entry ini untuk bantu saya capai impian memiliki sebuah gadget impian.Atau komen pada entry ini.  Terima kasih sudi datang? Red heart

 

Alhamdulillah dah lepas syarat untuk sertai contest gadget impian oleh Denaihati. Impian dan cita cita adalah satu benda biasa yang ada dalam fikiran setiap manusia normal. Setiap insan yang punya impian adalah mereka yang lebih berpeluang untuk berjaya di masa depan. Aku , ada impian aku sendiri. Bermacam macam impian yang aku pendam dan simpan. Cuma masa dan ketika yang menentukan bila dan tikanya impian tu nak dipenuhi satu persatu. Tapi insyaAllah dengan rezeki Allah, aku percaya yang semua impian aku akan tercapai satu masa nanti.

 

Dah lama aku simpan hajat nak ada sebuah gadget impian aku sendiri macam orang lain. Tapi masih belum berpeluang sampai harini. Masih banyak tanggungan lain yang perlu diutamakan. Pelajaran, belanja harian, nak makan lagi. Walaupun ini impian utama aku, tapi tak apalah sebab kita kena bagi prioriti kepada yang lebih penting dahulu kan? Takkan semata mata kita nak penuhi keperluan duniawi kita dengan benda benda baru, kita nak abaikan keperluan kita untuk hidup kan? Itu namanya tak ada akal.  Aku memang nak sangat ada peluang menggenggam sebijik Samsung Galaxy S 2.Akuy punya sendiri.  Tipu la kalau siapa yang tak minat dengan gadget “impian setiap insan” ni. Tau tak sebab apa aku punya impian sendiri untuk ada sebuah Samsung Galaxy S 2 ni?

samsung-galaxy-s2-1

Sekarang ni aku pakai Sony Ericsson W8, itupun kakak aku yang baik hati bagi sebab sebelum ni aku cuma pakai HP yang aku beli dengan harga RM80 yang cuma ada fungsi Call dan SMS je. Terima kasih kakak. Tapi tak apa, aku rela je pakai sedangkan orang lain pakai hp mahal mahal, sebab masa tu keadaan kewangan tak membenarkan aku untuk dapat semua tu . Masa aku pakai hp RM 80 tu macam macam benda yang aku terlepas . Yela dah nama pun hp 80 ringgit for sure la tak ada camera kan?Banyak event dan kenangan yang aku lepas termasuk la raya pada tahun tu. Masa tu camera rosak.  Aku memang dari kecik tak pernah ada camera sendiri. Entah sebab apa, tak tahu la saja tak mau beli or memang tak berkemampuan untuk beli. Sebab tu la aku simpan impian nak ada sebuah Gadget yang ada segala galanya dalam masa yang sama. Samsung Galaxy S 2 memang pilihan utama aku sebab ia ada ciri ciri sebuah smartphone yang memang aku idamkan dah lama dah. Lama dahh. Lama sangat impian ni aku pendam dan simpan.

 

Macam aku cakap tadi,sekarang aku pakai hp W8 tu kan? Kalau la aku dapat penuhi  impian aku nak dapatkan sebuah gadget impian aku iaitu Samsung Galaxy S 2 , aku nak serahkan hp yang aku ada sekarang kat mak aku. Sebab hp ni aku baru pakai 2bulan dan masih tak ada calar lagi.Mak sekarang pakai hp biasa. Dan dia memang minat sangat sangat  dengan hp aku sekarang. Mak memang suka dengar lagu lagu. Selalunya kat rumah dia bukak radio je. Ikut ja lagu apa yang ada.Mak pernah cakap dengan aku. “ Nanti dah kerja, beli la hp canggih kat mak satu, kalau tak reti mak belajar la slow” . Masa tu aku dah sentap dah sebab sebagai anak lelaki tunggal, mesti la aku rasa nak penuhi semua impian ibu tersayang kan? Tapi aku masih tak berkemampuan nak penuhi impian tu lagi. Sory makk. Sekarang ni apit dah masuk contest Denaihati ni, kalau apit dapat Samsung ni, mak ambik la hp apit k.Open-mouthed smile  Memang hp tu sesuai sebab dia Walkman dan mak memang suka dengar lagu lagu kan?? Lagipun mak cakap mak suka sangat kan hp ni??

 

Alamak tetiba buat entry sedih la pulak nak join contest kan? Bukan apa , kalau dah mula menaip, ada ja idea datang dekat aku. Dan bukan nak menagih simpati dengan buat entry ini. Cuma nak memenuhi impian yang lama aku simpan dan dalam masa sama menggembirakan mereka yang tersayang.  So , kawan kawan , readers, anonymous, pembaca setia yang selalu datang ke sini. Nak mohon jasa baik korang semua untuk sama sama tolong aku realisasikan impian aku bersama Denaihati and the team untuk memiliki sebuah Gadget Impian.

 

Untuk membantu , cuma tekan like button dibahagian kiri entry ini , retweet atau komen di entry atau ketiga tiga sekali. Terima kasih kawan kawan.Red heartThumbs up

 

Di akhir setiap entri mesti ada ayat “Contest Gadget Impian anjuran Denaihati.com ditaja bersama oleh Eizil.com, Anarm.net, eQurban.com, Silver Asia Sdn Bhd, Kedai Kak Siti, Rakan Niaga Al Ansar dan Serverfreak“.

2:28 PM | 11 comments | Read More

Contest Gadget Impian Oleh Denaihati

Written By HAZRIL HAFIZ on Friday, November 04, 2011 | 8:25 PM

Memiliki gadget terkini yang moden memang menjadi satu impian kepada golongan muda mudi zaman sekarang. Ye la sekarang kan zaman cyber, semuanya kena cyber . Tambahan pulak student macam aku yang memang sangat memerlukan semua tu untuk banyak tujuan. Belajar , entertainment , nak lepak bersosial dalam talian dan yang paling penting mestilah berblogging secara mudah. Tapi bagi student yang dilahirkna dalam keluarga yang bukan “duit terjun dari langit” memang agak susah la nak capai impian nak memiliki semua tu . nak kena menabung sunguh sungguh atau kalau nasib baik, ada la rezeki orang nak bagi ke??

 

Memiliki gadget seperti iPad2 , Iphone 4s , Sambung Galaxy, dan banyak lagi gadget lain memang menjadi idaman aku dari dulu lagi. Paling aku berminat nak miliki adalah Samsung Galaxy tab dan sebuah kamera DSLR. Tapi apakan daya, kemampuan untuk dapatkan semua tu terbatas dek kerana banyak lagi bebanan dan tanggungjawab lain yang kena didahulukan . Bukan semua yang kita idamkan kita akan dapat. Tapi kadang kadang apa yang kita tak sangka kita akan dapat, akan jadi kenyataan . Dan sekarang, bagi sesiapa yang punya impian dan cita cita yang sama dengan aku, peluang untuk korang capai impian tu semakin hampir bila seorang blogger pemurah dan popular dah lancarkan satu contest terbaik yang wajib anda ,anda dan anda sertai untuk penuhi impian tersebut.

 

Denaihati dengan tagline “Hidupkan Untuk Memberi” kini sekali lagi memenuhi kriteria tagline tersebut dengan mengadakan contest terbaru dan mungkin terakhir dan terbesar untuk tahun 2011 yang dibuka kepada semua blogger blogger seluruh Malaysia yang mempunyai impian besar nak memiliki gadget terkini yang hebat . Bertepatan dengan matlamat utama contest iaitu membantu Rakan Bloggermemiliki Gadget Impian yang selama ini ingin dimiliki tetapi masih belum tercapai.

 

Contest Gadget Impian!! tak rugi malah beruntungnyaaaaaaaaa anda yang join contest ini , dengan syarat yang mudah dan senang untuk menang . Syarat penyertaan dan maklumat lanjut berkaitan contest terbesar ni boleh terus klik  Daftar sebagai peserta contest Gadget Impian di blog Denaihati . Jadi apa tunggu lagi, jangan lepaskan peluang menarik anda untuk penuhi impian bersama Denaihati.Pendaftaran terbuka kepada semua pembaca setia blog Denaihati 1Dunia. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 11.59pm, 9/11/2011.  Kini Denaihati hidup untuk memberi dan memenuhi keinginan anda.

 

“Contest Gadget Impian anjuran Denaihati.comditaja bersama oleh Eizil.com, Anarm.net, eQurban.com, Silver Asia Sdn Bhd,Kedai Kak Siti dan Serverfreak

8:25 PM | 3 comments | Read More

25 Things Random Giveaway by Penmerah.com

Written By HAZRIL HAFIZ on Friday, October 28, 2011 | 10:43 PM

Waachaaaa!!!!tokojut eden bila kena tag dengan blogger hebat Eykameow…meoww meowww yang comel tuh untuk satu contest yang superduper hebat hadiahnya. Baca ja terus rasa eksaited lompat lompat nak join. Bukan 1,2,3,4,5, tapi 25 hadiah disediakan untuk anda yang join.

anigif penmerah 25 Things Random Giveaway by Penmerah.com

klik pada banner untuk join

25 barangan untuk Random Giveaway contest dianjurkan oleh blogger Pen Merah dengan 25 hadiah disediakan kepada pemenang. Hadiah jangan cakap la semuanya akna buat anda terliur sampai meleleh leleh air liur tuh. Antara hadiah yang disediakan :

IMG 1208 25 Things Random Giveaway by Penmerah.com

IMG 1211 25 Things Random Giveaway by Penmerah.com

DSC 0697 25 Things Random Giveaway by Penmerah.com

aku nak mp3 player niee!!!!!!

Syaratnya sangat simple dan mudah


1. Buat entri dengan ”25 Things Random Giveaway by Penmerah.com”

2. Kena la follow blog Penmerah.com. Muahahahaaa.

3. Copy banner comel tu dan letak dalam entri untuk join Random Giveaway.

4. Tag kawan – kawan minimum 3 orang aje. Nak tag ramai pun boleh takde masalah.

5. Dah siap entri, tinggalkan link entri tu kat ruangan komen bawah nanti. Semoga tuah menjadi milik korang ye!

da jangan cakap banyak dah. Lepas ja baca entry contest ni. Tak kira la korang kena tag ke tak. Sila la join sebab memang sangat sangat menarik GA ni. Jarang ada GA yang hadiah gempak macamni. So bila dah ada, kalau tak join. Memang kesilapan terbesar dalam hidup la.haha over tak? klik  25 Things Random Giveaway by Penmerah.com untuk join jugak contest hebat ni .

 

aku nak tag 3 blogger bertuah ni :

 

Tempoh Kontes : 21 Oktober – 10 November 2011

10:43 PM | 2 comments | Read More

Giveaway Hosting+Domain RM100 Dari BroFramestone

Written By HAZRIL HAFIZ on Thursday, July 28, 2011 | 1:18 PM

Salam semua terutamanya untuk Bro Framestone yang menyeseponsor hadiah untuk giveaway belaiu untuk hujung bulan julai ni. Handsome gambar di atas bro.hehe .Rasa excited nak join sekaki sebab ada beberapa sebab musabab yang menyebabkan aku nak join sekali dalam Giveaway bulan Julai nie

Aku first time masuk blog bro ni dulu dari blog Miss Lolly. Aku selalu masuk blog bro ni sebab banyak benda menarik dan perkara penting dalam dunia blogging yang boleh dipelajari dalam blog beliau. Ada sebab aku nak sangat hosting dan domain ni kalau ada rezeki aku la kan?.

Sebenarnya dah lama aku nak guna domain sendiri dengan nama www.hazrilhafiz.com . Menggunakan nama aku sendiri. And its available .

image

Aku mula nak tukar masa tengok Hanalovenest tukar. Dah lama dah dulu. Ada sembang sembang dengan Intanurulfatea pasal benda ni. But then tertangguh sampai la sekarang sebab agak bussy dengan kerja kerja yang tertangguh. So terlupa macam tu je. Dan bila aku tengok Bro buat GQ ni, terus aku rasa berminat sangat.

Dan sebab lainnya, aku dah bermula untuk jadi seorang blogger yang betul betul serius dalam dunia blogging . Dah hampir 3 tahun aku berblogging dah banyak aku belajar dan sekarang aku nak betul betul serius.Thats why sekarang aku lebih banyak buat entry SEO dan sedang belajar banyak tentang SEO dari CikguDahlia, Anastasyea, Faizal Fredley dan ada lagi la lain lain. So kalau ada hosting wordpresss. Lagi la niat aku ni akan bertambah tambah berjaya sebab Wordpress lebih mesra SEO . Ye kan bro?hehe

Hari ni dah hari terakhir untuk join Giveaway ni. So cepat2 la join . tapi sebelum join. Like dulu dua benda ni.

1. Fanpage Bro Framestone

2. Facebook Bro Framestone

macam macam benda menarik korang boleh belajar dari Bro.

 

1:18 PM | 2 comments | Read More

LIKE Gambar Ini Dan Buat Orang Lain Tersenyum

Written By HAZRIL HAFIZ on Wednesday, June 22, 2011 | 8:14 AM

Ini ialah sebuah advertorial yang tak berapa nak advertorial sangat . Masih bercerita pasal budak yang aku cerita dalam entry INI. Dia baru nak berjinak jinak dengan dunia blog ni so why not kasi tolong sikit kan? Adv ni kira macam berbayar jugak la sebab ada something yang aku suruh dia tolong buatkan.hehe.

 

Request dari beliau untuk aku tolong promot satu contest yang beliau join iaitu ANDA DAN SHAWL CONTEST yang dianjurkan oleh Raudhah Shawl Store . Contest yang dibuat confirm confirm la untuk perempuan ja kan?Tak tau la pulak kalau memang ada lelaki pakai shawl. Erkk gelii.

klik je pada gmabar untuk besarkan.

Bukan nak suruh orang yang baca entry ni join ke ape. Cuma nak suruh like pic ni je. Caranya senang:2 steps ja.

senang je kan?so marilah kita sama sama menyapot kengkawan blogger kita.Cuma like dan buat mereka tersenyum sebab bertambah like di gambar tersebut dan bertambah la peluang untuk menang contest nie.

 

Boleh kunjungi blog beliau di  L!aRa L!c!Ous tapi belum siap lagi aku edit blog tu. header dia pun belum aku siapkan. Sorry la ek liya sebab tak sempat.

8:14 AM | 0 comments | Read More

CABUTAN BERTUAH BLOGGER EKSPONIAGA.COM – RM200 untuk dimenangi SERTAI SEKARANG!!

Written By HAZRIL HAFIZ on Sunday, April 24, 2011 | 7:26 AM

Kenapa anda perlu tahu tentang Eksponiaga.com???Anda perlu baca sampai habis.

Eksponiaga.com menawarkan ‘Tapak Ekspo Secara Online’ di Internet serendah RM100 setahun bersamaan hanya 27 sen sehari. Dengan hanya 27 sen sehari, ibarat membeli gula-gula untuk anak anda, anda telah berjaya mempunyai ‘Tapak Ekspo Online’ sekaligus mengiklankan perniagaan anda kepada 16 juta pengguna internet seluruh Malaysia melalui Ekspo Niaga. Mereka adalah potensi pelanggan yang anda tidak pernah jangkakan.

klik pada banner untuk ke Eksponiaga.com

Kelebihan Tapak Ekspo Online di eksponiaga.com

1.       Tersenarai dalam carian Google, Yahoo, Bing serta Facebook.

2.       Mempunyai URL anda tersendiri – cth :www.eksponiaga.com/perniagaananda

3.       Perniagaan anda tersebar secara online& offline – website popular, flyers, banner, blog-blog serta suratkhabar

4.       Mempunyai Technology Google Map

5.       Online form – order direct ke email anda.

6.       Dan banyak lagi..daftarlah segera di PORTAL PENGIKLANAN ONLINE ini

Sesuai untuk semua jenis perniagaan, sme business, IKS, agen insuran atau MLM, restoran, hotel serta homestay, tidak kisah perniagaan anda kecil atau besar yang memerlukan pengiklanan di internet.

Lawati : www.eksponiaga.com

Pesanan ini ditaja oleh : CABUTAN BERTUAH BLOGGER EKSPONIAGA.COM – RM200 untuk dimenangi SERTAI SEKARANG!!

7:26 AM | 1 comments | Read More

Tips: Desktop Arrangement Yang Efektif Dan Tersusun

Written By HAZRIL HAFIZ on Thursday, April 21, 2011 | 4:44 PM

Contest : Gambar DesktOp Lappy !

Actually nak tunjuk gambar desktop aku dan dalam masa yang sama nak join satu contest nie ha..Contest : Gambar DesktOp Lappy !

sebelum tuh mari kita penuhi syarat2 contest .
anOther stOry tO tell yOu
klik pada gambar untuk ke laman penganjur.

this is the latest desktop arrangement yang aku guna . Nice tak?hehe
desktop
ok dah habis tenung?masih tak faham motif aku susun macam tuh?okeh meh nak cita satu2..sila perhatikan nombor nombor yang dibuat dari 1-7

desktop description

  1. Frame gambar yang besar dan aku gunakan gambar aku sebab ni kan laptop aku. Takkan nak letak gambor jiran aku pulak kan?Bajet hensem je gambor kan?nak wat camna. Aku memang tak hensem. Itu je yang mampu aku ada.sob3x. pangg!!!
  2. Ok ini bukan jam tipu okeh. jam tu adalah gadget window 7 dan jam tu jalan. Ada teka teki. Cuba korang teka aku printscreen gambar ni pukul berapa?(ok fine , bodoh nye soalan kan?).
  3. Nampak tak pasu bunga atas meja study tuh?guess what?. Actually pasu bunga tu adalah desktop icon untuk game Plant vs Zombie . So sapa yang tak tahu game tuh, sila google sendiri. Malas aku nak cita
  4. Sapa tak tahu icon tu meh nak lempang duapuluh kali. Dah takmo cita pasal logo tuh. Teka sendiri (cluenya My Computer..erkk clue ka jawapan?)
  5. Nombor 5 adalah tong kitar semula . Kalau nak tahu dalam bahasa omfutih. guna je la google translate. haha. jangan dok nak malaih sangat la kan?Satlagi kena penampaq jangan dok tanya pasaipa. haha.Keluaq dah loghat kedah nuu!!a
  6. Ini papan  kenyataan. Aicehh rasa macam zaman sekolah ja ada papan kenyataan. Tu adalah gambar header blog aku. Tak caya cuba scroll sampai atas blog ni. Sama kan?kan3x?Kalau tak sama sila lempang saya jika anda jumpa saya.
  7. Number 7 adalah susunan rak semua menda alah yang menyemakkan desktop aku. Kasi susun ikut kategori. Ada 4 tingkat dan setiap tingkat ada kategori masing masing.

Aku susun macam ni sebab senang nak cari folder folder dan application di desktop. Desktop aku dah banyak sangat benda. kadang kadang aku boleh tenung 5minit sebab nak cari icon yang ada kat desktop. So inilah penyelesaiannya untuk mudahkan hidup dan hilangkan keserabutan kepala hotak. Sekian!!

NAK TAG 2 ORANG GENG KBU iaitu




kalau nak join jugak contest ni silalah klik  Contest : Gambar DesktOp Lappy ! yang dianjurkan oleh Blogger Arcma Baharin.
4:44 PM | 13 comments | Read More

Peluang Blogger Untuk Lunch Bersama Alam “So You Think You Can Dance” Sabtu Ini

Written By HAZRIL HAFIZ on Thursday, April 14, 2011 | 6:27 PM

ini cuma lebih kurang pengumuman je la . bagi sesiapa yang belum tahu , nuffnang ada membuka satu peluang kepada blogger nuffnanger untuk lunch bersama Juara So You Think You Can Dance iaiti Alam yang juga salah seorang members Wakaka .

3 nuffnanger berrtuah akan dipilih dan boleh dating dating dengan Alam. For sure , tawaran ni mungkin akan lebih dapat sambutan dari wanita kan’?Detail “dating” tersebut adalah

Date: 16 April 2011 (Saturday)
Time: 12 pm – 2 pm
Venue: Italiannies, Sunway Pyramid

Wallpost di facebook nuffnang:

Hey Nuffnangers! Remember Alam, the champion of So You Think You Can Dance & Showdown in Malaysia? We've got 3 passes to give away for a lunch date with Alam this Saturday! :D If you'd like to have lunch with Alam, head on to this page for more info - http://www.nuffnang.com.my/contest-submission-alam/

so kalau nak sila isi form di laman web nuffnang.klik link dibawah. Tak perlu buat submission entry, cuma isi form sahaja ISI FORM SAHAJA. dan tunggu berita dari pihak nuffnang. So anda kena jadi sanagt lucky la untuk dapat ni. ehehe

Contest Submission Alam 

wondering ! kenapala aku buat entry ni .Padahal bukan aku pernah minat Alam ni pun.haha

6:27 PM | 0 comments | Read More

Menang Contest By Anjung Streamyx

Written By HAZRIL HAFIZ on Friday, April 08, 2011 | 2:13 PM

Regarding the contest yang sempat aku join sebelum ini iaitu yang dianjurkan oleh logo2nakeddi halaman Anjung Streamyx iaitu Contest Di Anjung Streamyx

 

tajuk dah macam aku yang menang hadiah utama kan?but unfortunately but still fortunate, aku cuma menang saguhati . Alhamdulillah walaupun menang cuma saguhati , but aku stiill pemenang. Agak kuciwa sebab tak menang tempat pertama iaitu RM150. Saguhati cuma RM 15 and aku minta penagnjur ganti dengan Topup Celcom je la. hehe. Kredit dah kong ni.Dah la tengah sengkek hujung hujung semester ni.huhu. But its ok. Mungkin itu rezeki Tuhan bagi. Mana tahu contest contest lain , aku berpeluang menang. Who knows right?

Ini mesej yang aku dapat dari pihak BlogReka

image

kemenangan saguhati atas hasil usaha dalam entry Contest Di Anjung Streamyx.

ALHAMDULILLAH!!sedang menunggu dengan penuh tak sabar keputusan Giveaway yang dianjurkan oleh 3 orang blogger popular dengan hadiah yangs sangat kebabommmm

“GIVEAWAY PURSE POLO by DARKBATMAN”

"Saya Mahu RMxx dari Eyriqazz.Co

"Yuyu Zulaikha- Ferrero Random Giveaway"

lately rajin pulak aku mengejoin contest contest dan GA. Mungkin sebab dah sengkek sangat kot. haha

2:13 PM | 1 comments | Read More

Yuyu Zulaikha- Ferrero Random Giveaway

Written By HAZRIL HAFIZ on Thursday, April 07, 2011 | 1:03 PM

masuk ni dah 3 GA aku join selepas  GIVEAWAY PURSE POLO by DARKBATMAN” dan "Saya Mahu RMxx dari Eyriqazz.Com" tamak betul la kan?semua nak sapu. Ahh biar la.

GA kali ni dianjurkan oleh Si budak kecik Yuyu Zulaikha yang nak bagi coklat. ok disebabkan Yuyu orang Langkawai or Utagha. So entry ni dalam bahasa utagha .aci kan?

Sapa tak mau cekelat?ui sedap tu cekelat hat dia nak bagi. ni dia hadiah cekelat tu

image

koleksyen of perero rosher yang nak dibagi oleh Yuyu. Bukan senang nak dapat ni. So kalau hampa nak jjugak. kena join sekaki la GA ni nak habaq mai.

Sapa sapa hat nak join boleh klik kat link dibawah ni

Yuyu Giveaway

p/s untuk Yuyu. actually aku ada buat satu header untuk dia lepas dia cakap nak ubah header haritu. tapi tengok2 dah dibuat oleh orang lain . So simpan je la buat kenangan.haha. Checkout my latest design of header untuk blogger HERE

1:03 PM | 0 comments | Read More

“GIVEAWAY PURSE POLO by DARKBATMAN”

giveaway by darkbatman

semalam dah join GA by Eyriqazz iaitu "Saya Mahu RMxx dari Eyriqazz.Com". Dan hari ni nak mencari luck mana tau Tuhan nak bagi rezeki bulan 4 ni kan?ssape tau rezeki kita.

GA kali ni dianjurkan oleh Batman Malaysia iaitu Darkbatman iaitu Top 10 Hottest Malaysia Blogger dan hadiahnya

 purse polo

iaitu Purse Polo Original dan bukan Spicy. Sekali lagi sebut, PURSE ok bukan wallet. So untuk wanita la. But lately aku nengok lai pundah banyak pakai purse. erkk~~

Tak kira aku nak gak purse tu walaupon aku lelaki. Sebab minggu lepas wallet POLO perempuan yang dapat iaitu CT ARINA (ciss tak haci betul.) . So kali nie purse mungkin lelaki yang dapat (aku la tu).

So jom kita join reramai meriahkan GA ni. Lagi ramai lagi bess tapi yang tank besnya peluang nak menang makin tipis. but itu rezeki masing masing kan?

Aku nak tag beberapa blogger popular. Nak nengok depa nak join ka tak.hahaha

Yuyu Zulaikha

Eykameow

Lulu Pages

ok sette. tunggu masa ja nak menang. aceh konpiden ja.

 

10:13 AM | 0 comments | Read More

"Saya Mahu RMxx dari Eyriqazz.Com"

Written By HAZRIL HAFIZ on Wednesday, April 06, 2011 | 9:24 PM

image
Blogger Terhangat buat giveaway, rugi kalau tak mencuba sebab dapat duit. Sape tak mau duit kan?orang tak betul je tak mahu duit. Orang gila pun kadang kadang nak duit. Mata duitan betul aku ni.



Firstly, congratz pada bro Eyriqazz yang menjadi sebagai salah seorang  Awesome Winners Week 7 untuk Are You Awesome Contest. HEBAT!!! Banyak betul rezeki dia. Murah rezeki betul. Sebab tu la dia buat Giveaway ni untuk murahkan lagi rezeki beliau. Anda tak mau ke rezeki depan mata nie?Nak, kena la join jugak macam aku.

yang paling penting , anda jangan lupa like kedua dua entry menarik ini



dah like baru join, tak like tak mo kawan..haha

nak join boleh klik link ini :  "Saya Mahu RMxx dari Eyriqazz.Com"

rugi besar kalau tak join sebab hadiahnya “misteri” . aku suka surprise2 nie. mana la tau bro nak bagi Nokia e7 yang dia baru dapat tu (jangan harap).haha.

9:24 PM | 1 comments | Read More

Contest Di Anjung Streamyx

Written By HAZRIL HAFIZ on Thursday, March 31, 2011 | 7:56 AM

Anda pernah dengar mengenai Streamyx?Bagaimana pula dengan Anjung Streamyx??Ok jika anda belum pernah mendengar, jangan runsing dan garu garu kepala kerana anda kini berada di saluran yang betul untuk mengetahui satu rahsia mudah untuk anda yang “gila” internet terutama kepada mereka yang “gila” blogging dan “gila” facebook” yang mengiginkan servis internet terbaik , cepat dan mudah.

image

Anjung Streamyx, satu nama yang anda perlu ingati jika anda seorang pengguna internet tegar. Kini dengan adanya Anjung Streamyx, pengguna internet yang ingin mendapatkan servis internet tidak lagi bersusah payah untuk ke centre bagi mendaftar talian internet. Di Anjung Streamyx, semuanya di hujung jari anda, dan yang pasti nya ,anda mendapat lebih keuntungan jika mendaftar secara online dengan Anjung Streamyx.

Masih tidak faham apa itu Anjung Streamyx? Anda boleh rujuk gambar di bawah :

image

Anda sudah faham?Jom kita lihat servis yang hebat dari Anjung Streamyx untuk anda .

Anjung Streamyx menawarkan perkhidmatan mendaftar talian internet secara online yang sangat mudah untuk difahami. Ianya mudah, cepat , efektif dan semestinya hanya dengan beberapa klik sahaja, impian memiliki talian internet sendiri akan tercapai. Semuanya di Anjung Streamyx

Servis yang ditawarkan adalah pendaftaran atas talian untuk talian Streamyx untuk perniagaan (SOHO), UNIFI VIP dan BIZ, dan juga Celcom Broadband.

Bagi anda yang sudah mempunyai streamyx dna ingin upgrade streamyx yang lebih pantas. Boleh klik pada banner di bawah untuk maklumat lanjut.

upgradebutang

dan bagi anda yang belum mempunyai talian internet , dapatkan pakej menarik dengan promosi hebat dari Anjung Streamyx seperti maklumat dibawah


PAKEJ 1 

streamyx

bagi pakej pendaftaran talian untuk streamyx bagi pengguna biasa dan perniagaan (SOHO), Anjung Streamyx menawarkan 5 Pakej Blockbuster Deals

image

Klik Untitled-1 untuk mendaftar Blockbuster Deal

Anjung Streamyx turut menawarkan Pakej 4 Pakej GradPack iaitu :

image

Klik Untitled-1 untuk mendaftar GradPack

klik untuk maklumat lanjut berkaitan pakej Streamyx dari Anjung Streamyx


PAKEJ 2

broadband

Berita gembira kepada anda jika mendaftar dengan Pakej Celcom Broadband kerana:

image

3 Pakej ditawarkan untuk Pakej Celcom Broadband iaitu Lite, Basic dan Advance . Maklumat lanjut seperti dibawah .

image

Bagaimana untuk mendaftar servis Celcom Broadband di Anjung Streamyx?

image

Klik Untitled-1 untuk mendaftar Pakej Celcom broadband

klik untuk maklumat lanjut berkaitan pakej Celcom Broadband dari Anjung Streamyx


PAKEJ 3

unifi

Anjung Streamyx turut menawarkan pendaftaran bagi pakej Unifi seperti berikut:

Pakej VIP

image

klik untuk maklumat lanjut berkaitan pakej VIP

Pakej BIZ

image

klik untuk maklumat lanjut berkaitan pakej BIZ


Menarik bukan ?Apa tunggu lagi. Anda boleh like facebook page Anjung Streamyx. Saya sudah , anda bila lagi?(gambar saya paling kiri)

image

sila klik pada button like dibawah untuk like facebook page Anjung Streamyx

image


Contest ini dibawakan khas oleh logo2naked Jom join contest ini dengan klik banner di bawah

image 

klik pada banner untuk join

 

rujukan : semua gambar dihostkan di blog HafizRahman

7:56 AM | 0 comments | Read More

"Program TV Saya Sendiri - Ady Budika Contest"

Written By HAZRIL HAFIZ on Sunday, February 27, 2011 | 6:41 PM

sebelum mula berbicara, aku nak bagitahu yang entry ni dipenuhi dengan gambar gambar. So warning kepada sesiapa yang menggunakan berukband, sila open entry nie, lepas tu kalau nak pegi berak , makan dulu pun boleh pastu datang balik sebab nak load lambat. Pakai streamyx no halll!!!

Ady Budika

since perfume playboy aku dah nak abis.(punya la nak bagitahu jugak aku pakai Playboy.Playboy betull) and even esok aku ada test dan belum lagi study, but untuk Ady punya contest aku sanggup luangkan masa petang petang nie untuk sama sama meriahkan suasana and join dan insyaAllah kalau ada rezeki akan dapat ini . I’ll do everything for you ady..wahaha

RM270!!!damn aku nak tuh. nak jugak ?sila join jugak contest ady ini. Nak link contest sila baca bagi abeh dulu entry ni

okeh masuk cerita contest Ady Budika

Kalaulah kan aku diberi peluang untuk wujudkan satu program sendiri, aku tak mau buat program macam orang lain dah buat, masak masak okeh tapi aku tak minat masak, nak buat realiti show aku tak reti nak nyanyi plus suara buruk, nak buat talkshow dalam kelas masa present pun terketar ketar nak cakap. Disebabkan aku minat benda benda extreme , so aku akan wujudkan satu program yang sedia ada . Memang dah sedia ada tapi di Malaysia belum lagi diperkenalkan .Pernah tengok program WIPEOUT???

sapa yang tak pernah tengok WIPEOUT nie memang rugi.memang bes dengan aksi aksi and game yang menarik dan kadang kadang tak masuk akal untuk semua peserta lepasi.

Itu yang dah diwujudkan . Aku nak wujudkan siri WIPEOUT MALAYSIA. Belum ada lagi kan??so boleh la kan?hehe .Setiap episod akan ada golongan tertentu dari group2 tertentu untuk join. Contohnya Minggu pertama WIPEOUT MALAYSIAN BLOGGER. (surely blogger akan jadi tetamu undangan pertama sebab aku kan sayang semua blogger. acece).will be something like this for sure

ABP-5529 WOUT_SinglepageKeyArt.indd

haccececehhh aku lawan BEN tuh..kita tengok blogger mana yang akan menang nanti.hoho. Untuk episod WIPEOUT MALAYSIAN BLOGGER, semua blogger yang terpilih dari seluruh Malaysia akan berentap untuk menjadi  The First Malaysian Wipeout Winner.

untuk pastikan semua rakyat Malaysia tak kira kaya atau miskin dapat tengok cerita nie, kita akan siarkan di TV3 for sure sebab dia kan free..semua boleh tengok dari rumah dan TV 3 kan memang popular.

pertanyaan bagaimana kita nak menarik penonton??jangan risau sebab rancangan ni pastinya akan menarik minat semua peminat peminat WIPEOUT di Malaysia untuk tengok. Untuk pengiklanan pulak kita mesti la akan buat join venture dengan Nuffnang untuk hebahkan kepada semua blogger dan kepada semua pembaca blog di Malaysia so that nanti semua akan tahu. Nuffnang kan memang dah dikenali seantero dunia. Moh ler kita bekerjasama wahai Timothy Tiah .hehe..

antara aksi aksi yang akan kita lihat dalam rancangan ini :

aduhh sakit jugak nie kena tumbuk. kan bess kalau gambar di atas nanti ditukar ,Hanis Zalikha akan ditumbuk macam tu.heheeeDevilperhhh

main lumpur. Mungkin blogger blogger dari Kuala Lumpur paling banyak nanti akan jatuh dalam nie…upss..hahaha…maybe gambar di atas akan ditukar..maybe yang akan jadi macam nie Bro Eyriqazz atau Mat Gebu.or mungkin co-founder nuffnang sendiri, Timothy Tiah .. haha. kesiannnn!!org Kedah panggil main selut

keshiannye. Kalau lah kita dapat tengok IrineNadia yang comel  tuhh jatuh gedebuk macam nie..wahahaha…for sure aku orang paling kuat akan gelak..gedebuk macam nangka busuk derr

cuba bayangkan cik GKSB ditumbuk sedemikian rupa. Agak agak dia tumbuk dinding tu balik tak?haha

wipeout-abc-tv-show

besssnye kan dapat nengok cik epal kena macam je…hamik ko cik epal..wahahaa..aku akan snap banyak2 masa ko jatuh gedebuk buat entry nanti,..wahahaha

wipeout-season-2

dan ini adalah peserta selepas cik epal iaitu Miss Lolly ..wahahaha…untuk episod nie Fahrin Ahmad akan dijemput yea cik lolly untuk menyaksikan ‘’kejatuhan’’ ekau..bahahaha,

b_wipeout_03

perhh ini blogger lelaki mesti nak join nie , pasal hos dia cekci gilewwwwrrrr..haha..tak menang pun tak pe, jatuh lumpur pun tak pe janji dapat diinterview awekksss cekci..damn jahat korang..haha (tutup mata weh .batal air semayang nanti)

dan selepas mengharungi semua cabaran yang disediakan dalam , seorang pemenang akan ditakhtakan sebagai The First Malaysian Wipeout Winner which is the First Ever Malaysian to Win this show. hebat tu…macam ini

119661_1903

fuh siap melompat terbang di Udara lagi tu. hebat!!

so sape nak jadi The First Malaysian Wipeout Winner.  pernah ada impian untuk menjadi yang pertama. Impian anda akan tercapai kalau aku dapat buat rancangan ini , sebelum buat tu, kena la menang contest dari Adybudikan ini dulu. heheeee. So korang kena join jugak sebab contest nie hadiah dia sangat menarik , walaupun tak semenarik jadi The First Malaysian Wipeout Winner, tapi anda akan sentiasa berbau wangi seperti Ady Budika.keh3x..

KLIK UNTUK JOIN CONTEST "Program TV Saya Sendiri - Ady Budika Contest"

 

p/s : semoga cepat sembuh ye Ady..

6:41 PM | 9 comments | Read More

Labels

TERKINI (173) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (70) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)