- Tambang naik dari 4 sen satu kilometer (KM) dengan maksimum kenaikan RM7.10 bagi satu perjalanan bagi laluan Tanjung Malim ke Sungai Gadut, Negeri Sembilan dan Batu Caves ke Pelabuhan Klang.
- Diskaun 20 peratus daripada kadar tambang tiket tunai untuk pembayaran tambang tanpa tunai (Touch' n Go).
- Diskaun sebanyak 24 peratus bagi tiket mingguan dan diskaun sebanyak 33 peratus untuk tiket bulanan.
- Pelajar sekolah rendah, menengah dan institusi pengajian tinggi juga layak menerima tambang konsesi sebanyak 50 peratus
- Tambang konsesi bagi warga emas dan Orang Kelainan Upaya (OKU) dikekalkan iaitu 50 peratus daripada kadar tambang tunai baru manakala kanak-kanak berumur bawah dua tahun adalah percuma.
Kadar Tambang Baru KTM Komuter Bermula 2 Disember 2015
Written By HAZRIL HAFIZ on Wednesday, December 02, 2015 | 7:48 PM
Senarai Jalan Ditutup Sempena ASEAN 2015
Written By HAZRIL HAFIZ on Thursday, November 19, 2015 | 11:06 AM
TARIKH: 21 NOVEMBER 2015 (SABTU)
** DITUTUP PENUH PADA SABTU
** DITUTUP BERPERINGKAT BERMULA RABU HINGGA SABTU
- Jalan Binjai menghala Persiaran KLCC
- Jalan Imbi menghala Jalan Bukit Bintang
- Jalan Raja Chulan menghala Jalan Bukit Bintang
- Jalan Kia Peng menghala Lorong Perak
- Jalan Raja Chulan menghala Lorong Perak
- Jalan Nagasari ke Jalan Raja Chulan
- Jalan Sultan Ismail ke Jalan Ampang
- Jalan Ampang ke Jalan P.Ramlee
- Jalan Ampang ke Jalan Binjai
- Jalan Sultan Ismail ke Jalan P.Ramlee
- Jalan Raja Chulan ke Persiaran Raja Chulan
** JALAN DITUTUP BERPERINGKAT JAM 7.40AM - 9.00AM
JALAN ALTERNATIF
- Jalan Kia Peng/Jalan Stonor
- Jalan Tun Razak
- Lorong Lumba Kuda
- Jalan Yap Kwan Seng
- Jalan Hang Tuah
- Jalan Raja Chulan/Jalan Tun Perak
- Jalan Pudu.
_________________________________________________________________
KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) --
Bonus Raya 2 Bulan Gaji Kepada Warga PKNS – Menteri Besar Selangor
Written By HAZRIL HAFIZ on Saturday, July 28, 2012 | 2:13 AM
Jika baru baru ini, Perdana Menteri mengumumkan bonus setengah bulan gaji kepada semua kakitangan kerajaan di seluruh negara sempena Aidilfitri ini , kerajaan Selangor dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat pula mengambil inisiatif lebih besar dengan memberikan bonus yang semestinya membuatkan warga PKNS tersenyum lebar. 2 BULAN GAJI. Itulah yang diumukan Menteri Besar Selangor .
SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Jumaat mengumumkan bonus dua bulan gaji kepada kakitangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).
Katanya, bonus itu akan dibayar dalam bulan Ramadan dan selepas Hari Raya Aidilfitri bagi menggalakkan mereka berjimat.
Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada majlis berbuka puasa dan sambutan ulang tahun PKNS ke-48 di sini malam Jumaat.
Abdul Khalid juga berkata, PKNS perlu meletakkan asas yang kukuh untuk bertahan sehingga beratus tahun menerusi pelaburan terhadap warga kerjanya.
"Pelaburan besar PKNS ialah melatih dan memberikan kemahiran kepada warga kerjanya. Oleh sebab itu, kita tidak boleh mengharapkan rakan kongsi kita, kita tidak boleh mengharapkan perunding," katanya.
Beliau berkata, PKNS perlu melatih pegawainya sendiri supaya kemahiran, pengalaman dan pengetahuan yang sedia ada kekal di perbadanan itu dan mempunyaikelangsungan. – BERNAMA
*Untung –untung. Beraya sakan lah nampaknya pekerja pekerja PKNS tahun ini.
Kadar Zakat Fitrah 2012 Dan Cara Bayar Zakat Fitrah Guna SMS
Written By HAZRIL HAFIZ on Friday, July 27, 2012 | 11:19 AM

Zakat fitrah yang juga dikenali sebagai zakat badan, zakat ramadhan dan zakat aidilfitri adalah satu zakat yang wajib ditunaikan sebelum menjelanh aidilfitri. Kadar zakat fitrah adalah bersamaan dengan satu gantang beras atau bersamaan 2.3 kilogram beras atau sama nilai.
CEPAT!! LEBIH RM 5000 WANG TUNAI UNTUK DIREBUT
Waktu waktu menunaikan zakat fitrah :
- Wajib : mulai terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari 1 Syawal
- Paling afdhal : Sebelum solat sunat Hari Raya Aidilfitri
- Sunat : Sepanjang bulan Ramadhan
- Makruh : Selepas solat sunat Hari Raya Aidilfitri
- Haram : Selepas terbenam matahari 1 Syawal. Hukumnya berdosa, tetapi zakat perlu ditunaikan juga dan dikira sebagai qada' .
Kada pembayaran zakat teklah ditentukan di seluruh Malaysia berdasarkan negeri masing masing. Berikut adalah jadual kadar pembayaran zakat fitrah bagi tahun 2012.
| Negeri | Kadar Zakat Fitrah |
| JOHOR | RM 5.00/ RM8.00 |
| KEDAH | RM7.00 |
| MELAKA | RM6.50 |
| KELANTAN | RM7.00 |
| NEGERI SEMBILAN | 6.50 |
| PAHANG | RM7.00 |
| SELANGOR | RM7.00 |
| TERENGGANU | RM4.50 / RM7.00 / RM7.60 |
| SABAH | RM7.00 |
| PERLIS | RM6.00 |
| PULAU PINANG | RM7.00 |
| WP KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA &LABUAN | RM7.00 |
| SARAWAK | RM6.50 |
| PERAK | RM7.00 |
Untuk CELCOM
taip FITRAH dan hantar ke 21999
Untuk MAXIS
Taip *222*3# dan tekan Dail
Available for Selangor, Melaka, Kedah, Perlis< terengganu, Pahang, Sabah dan Kelantan sahaja.
Bonus Raya 2012 Kakitangan Kerajaan Setengah Bulan Gaji Dibayar 9 Ogos
Written By HAZRIL HAFIZ on Wednesday, July 25, 2012 | 9:17 PM
bonus raya 2012, tarikh pembayaran bonus raya 2012, pengumuman bonus raya 2012,
Sesuatu yang dinantikan oleh semua penjawat awam di malaysia kini sudah ada jawapannya. Perdana Menteri hari ini mengumumkan pemberian bonus raya setengah bulan gaji dengan bayaran minimum kepada semua penjawat awam di negara ini.
Perdana Menteri yang juga memegang jawatan sebagai menteri kewangan juga mengumumkan bayaran Khas kewangan sebanyak RM 500 kepada pesara jabatan kerajaan sebagai bonus raya pada tahun ini.
Eksklusif : 26 Wallpaper HD Dan Biodata Vampire Dalam Twilight Saga Breaking Dawn Part 2
Semua pembayaran bonus akan dibuat pada 9 Ogos 2012 iaitu kira kira seminggu sebelum umat Islam menyambut Aidilfitri. Pemberian bonus raya 2012 ini akan memanfaatkan seramai 1.27 juta penjawat awam dan 657000 pesara kerajaan .
CEPAT!! LEBIH RM 5000 WANG TUNAI UNTUK DIREBUT
Pembayaran bonus raya ini melibatkan perbelanjaan oleh kerajaan sebanyak RM 2.2 billion dan ia merupakan "hadiah" kepada penjawat awam bagi menyambut aidilfitri pada tahun in dan sumbangan kepada dedikasi mereka dalam melaksanakan projek pembangunan negara.
Kerajaan Selangor lagi hebat , beri Bonus Raya 2 Bulan Gaji Kepada Warga PKNS – Menteri Besar Selangor
**Nampaknya tersenyum lebar semua penjawat awam di Malaysia selepas ini. Apapun berpada padalah menyambut Aidilfitri . Jangan sehingga membazir kepada benda benda yang tidak perlu. Utamakan yang penting dahulu. Jangan membeli ikut nafsu.
Tarikh Melihat Anak Bulan Ramadhan 2012 M/ 1433 H
Written By HAZRIL HAFIZ on Friday, July 13, 2012 | 8:01 AM

Alhamdulillah setahun sudah berlalu sejak kita meninggalkan bulan penuh kemulilaan iaitu bulan Ramadhan, bulan yang paling ditunggu tunggu oleh setiap umat Islam. Kedatangan Ramadhan ternyata membawa seribu satu kerahmatan dan keberkatan dari Allah dengan bermacam macam kelebihan dijanjikan kepada mereka yang mengambil peluang untuk beribadat dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Untuk tahun 2012, bagi menentukan tarikh permulaan puasa atau 1 Ramadhan, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja telah menetapkan 19 Julai 2012 bersamaan 29 Syaaban 1433 Hijrah sebagai tarikh melihat anak bulan Ramadhan pada tahun ini.
Lokasi lokasi melihat anak bulan belum dikeluarkan oleh Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja . Sejurus dikeluarkan, pihak kami akan update berserta jadual berbuka puasa dan imsak seluruh Malaysia. Semoga kedatangan Ramadhan pada tahun ini membawa lebih kebaikan kepada semua umat Islam . InsyaAllah. Ahlan wasahlan ya Ramadhan.
Ini lagu kedatangan Ramadhan yang palin admin suka. Lagu terakhir Ustaz Asri Rabbani sebelum allahyarham dipanggil menghadap Illahi
Gempa Bumi Kuat 8.9 Landa Acheh , Amaran Tsunami Dikeluarkan, Tolong Jauhi Pantai
Written By HAZRIL HAFIZ on Wednesday, April 11, 2012 | 6:13 PM
gempa bumi 8.9, gempa bumi acheh 11 april, gempa bumi landa malaysia, amaran tsunami di malaysa, amaran tsunami 11 april, gempa bumi kuat landa malaysia, gempa bumi acheh , gambar gempa bumi 11 april,
Sebentar tadi, sebuah gempa bumi dengan skala yang sangat besar iaitu 8.9 skala Richter telah melanda Acheh dan gegaran dapat dirasai hampir di semua tempat di Malaysia.Gempa bumi tersebut dicatatkan Kalau ada sesiapa yang perasan, memang ada gegaran kecil dirasai. Aku sendiri rasa sebab rumah di tingkat 4. Dan Agensi Geofizikal Indonesia telah mengeluarkan amaran Tsunami yang mungkin melanda ekoran dari gempa bumi tersebut. Gegaran tersebut turut dirasai di Kelantan, Pahang, Melaka, Pulau Pinang, Kedah, Perak, Kuala Lumpur dan Selangor. - Jabatan Meteorologi Malaysia
AMARAN UNTUK SEMUA YANG BERADA BERHAMPIRAN PANTAI, SILA AMBIL LANGKAH BERJAGA JAGA DAN JAUHKAN DIRI ANDA DARI KAWASAN PANTAI SEHINGGA AMARAN TSUNAMI DITARIK BALIK KERANA MUNGKIN MEMBAHAYAKAN KESELAMATAN . SILA PATUHI AMARAN PIHAK BERKUASA DAN UPDATE BERITA DARI SEMASA KE SEMASA.
Berikut adalah info berkaitan gempa bumi yang berlaku sebentar tadi
Berikut adalah pusat gempa yang berlaku sebentar tadi . Info awal mengatakan gempa bumi berskala 8.9 tetapi laman web geologi menyatakan ia berukuran 8.6 skala Richter

Sama sama kita berdoa semoga tak ada sebarang kejadian buruk berlaku . yang penting sila maklumkan kepada sahabat, rakan dan keluarga untuk menjauhi kawasan pantai bimbang jika ada sesuatu yang berlaku. Nauzubillahiminzalik.
UPDATE TERKINI!!
- Waktu Ombak dijangka sampai di Malaysia
- Georgetown –9.11pm (11 April 2012)
- Port Dickson – 2.10 am (11 April 2012)
- Singapore – 7.51 am (12 April 2012)
- Student Malaysia di Acheh kini dalam operasi menyelamatkan diri dan telah dipindahkan ke kawasan Masjid Unsyiah dan jauh dari Pusat Kota dan dikhabarkan air sedang naik ke kawasan tanah tinggi. Doakan rakan rakan kita disana selamat dari sebarang bencana.
- Dikatakan Ombak setinggi 6meter telah melanda kawasan Pulau Simeulu . Kelajuan ombak dikatakan mencecah 756km/j .
- Ombak dijangka sampai ke Malaysia lewat petang atau malam.
**semua info diupdate dari facebook dan masih belum disahkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia
UPDATE TERBARU GAMBAR

Keadaan jalan di Banda Acheh selepas gempa bumi

pengunjung Sunway Carnival Prai bersesak menyelamatkan diri selepas berlaku gegaran .
Keadaan semasa gempa boleh tengok kat sini
Dapatkan 25000 Tiket Wayang Percuma GSC Untuk Tontonan Esok!!
Written By HAZRIL HAFIZ on Saturday, March 31, 2012 | 5:18 PM
tiket percuma gsc,gsc tiket percuma,gsc ulang tahun,tiket wayang gsc percuma,tiket gsc percuma
Bersempena dengan ulangtahun ke 25 tahun Golden Screen Cinema( GSC), GSC kini menghadiahkan 25000 tiket percuma kepada orang ramai sebagai tanda terima kasih di atas sokongan mereka selama ini. 25000 tiket tersebut adalah untuk tayangan filem jam 2.50 petang, 1 April 2012, (AHAD) di 23 cawangan GSC seluruh negara. 121 Dewan untuk 25,000 tempat duduk akan disediakan menjadikan bilangan tersebut mencecah 70 peratus daripada keseluruhan tempat duduk GSC di seluruh negara.

Bagaimana untuk menebus tiket percuma??
- Layari laman web GSC (CLICK http://goo.gl/ffFMs)
untuk senarai movie yang boleh ditonton menggunakan tiket yang ditebus di setiap lokasi, and boleh rujuk di sini ( CLICK http://goo.gl/5Oyki . )
Syarat penebusan tiket percuma GSC :
- Setiap kupon menebus semula boleh digunakan untuk menebus 2 tiket untuk tayangan yang sama.
- Setiap seorang dihadkan kepada 4 tiket sahaja di kaunter-kaunter GSC.
- Tiket GSC Percuma adalah tertakluk kepada siapa cepat dia dapat.
- Berumur 12 tahun dan keatas
- Tiket tidak sah untuk GSC Signature, GSC Maxx, Gold Class, Premiere Class dan Digital 3D movies
Senarai Kawasan Terlibat Gangguan Bekalan Air Selangor 14 Mac-15 Mac 2012
Written By HAZRIL HAFIZ on Tuesday, March 13, 2012 | 10:00 PM
gangguan bekalan air selangor 2012, kawasan selangor terlibat gangguan bekalan air, masa gangguan bekalan air selangor 2012, gangguan bekalan air 14 mac.notis gangguan bekalan air selangor, kawasan terjejas gangguan bekalan air 14mac
KUALA LUMPUR: Kira-kira satu juta pengguna di Selangor dan Kuala Lumpur akan mengalami gangguan bekalan air pada 14 Mac ini ekoran kerja-kerja penyenggaraan Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1.
Pengarah Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Korporat Syabas Abdul Halem Mat Som berkata gangguan akan melibatkan 153 kawasan di Hulu Selangor, Petaling, Kuala Lumpur Klang/Shah Alam dan Kuala Langat.
"Gangguan bekalan air dijangka berlaku selama 36 jam bermula pada pukul 8 pagi 14 Mac sehingga 8 malam keesokan harinya," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Terdapat 5 wilayah yang akan terjejas dengan masalah belakan air ini . Senarai penuh kawasn kawasan terlibat boleh anda dapati di
Senarai Kawasan Terlibat Gangguan Bekalan Air di Selangor 14 Mac - 15 Mac 2012
**jangan lupa tadah dan simpan air untuk kegunaan dan keperluan anda sehingga masalah bekalan air ini selesai. Tong sampah jugak boleh digunakan sebagai alternatif untuk simpan air. Macam yang aku buat di rumah sewa aku jugak. At least boleh digunakan untuk masuk ke jamban air tu. Jangan digunakan untuk memasak pulak.
5 Tiket LMFAO untuk dimenangi dengan MUDAH
Bagaimana memastikan badan anda sihat sepanjang masa hanya dengan Mobile Application?
Daftar Himpunan 1000 Jiwa 1 Hati
Written By HAZRIL HAFIZ on Friday, December 30, 2011 | 7:37 AM

PROMO PENDEK Himpunan 1000 Jiwa 1 Hati
APA YANG ADA?
Hari Pertama: 31 Disember 2011 (Sabtu)
12.00 – 3.00 ptg Pendaftaran peserta di Masjid Negara
3.00 – 5.00 ptg Pembahagian Kumpulan & Solat Asar
5.00 – 6.30 ptg Majlis Perasmian Himpunan 1000 Jiwa 1 Hati
6.30 – 9.00 mlm Siap diri/ Makan malam / Solat Solat Isyak
9.00 – 12.00 mlm Persembahan 1000 Jiwa 1 Hati
12.00 – 4.30 pg Rehat / Tidur
Hari Kedua: 1 Januari 2012 (Ahad)
5.00-5.45 pg Qiamullail Perdana
5.45-7.00 pg Solat Subuh dan Tazkirah
8.00-10.00 pg Larian Sihat Cergas 1000 Pemuda (sila bawa baju putih)
10.00-10.30pg Sarapan pagi
10.30-11.30 pg Majlis Penutup
11.30-12.00tgh Sesi Fotografi
12.00 tgh hari Bersurai
DI MANA ???

.
BILA ??
31 Disember 2011 – 1 Januari 2012
.
MACAM MANA NAK HADIR ??
Klik dibawah untuk mendaftar sebagai PESERTA
PESERTA: 13-25 tahun. PENYERTAAN MASIH DIBUKA! TERUSKAN MENDAFTAR (klik daftar dibawah)
FASILITATOR: 20-35
APA YANG PERLU DIBAWA?
- 1 helai pakaian berwarna putih utk lelaki / tudung putih untuk perempuan sebagai syarat kehadiran program (digunakan utk larian pada 1hb Januari)
- Pakaian yang menutup aurat & sesuai untuk majlis pada 31hb Disember
- Alas tempat tidur
- Plastik beg untuk menyimpan kasut sukan (sekiranya ingin membawa ke tmpt penginapan)
- Beg yang boleh dikunci atau disimpan barang dengan selamat
.APA YANG TIDAK PERLU DIBAWA?
- Barang-barang berharga yang menarik minat pencuri utk mencuri
- Pakaian melambangkan kepartian, menyentuh sensitiviti agama, kaum & masyarakat
- Pakaian menjolok mata & membuka aurat
- Senjata api atau apa sahaja bentuk senjata membahayakan
****UNTUK MAKLUMAN LANJUT boleh baca di blog Rauudhatussakinah dan Maharajaserius
Ujian Memandu Guna Kereta Auto Mulai Mei 2012
Written By HAZRIL HAFIZ on Thursday, December 29, 2011 | 4:00 PM

KUALA LUMPUR, 28 Dis — Cadangan penggunaan kenderaan transmisi automatik bagi ujian memandu akan dilaksanakan menjelang pertengahan tahun depan, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri.
Beliau berkata cadangan itu dijangka dilaksanakan di seluruh negara pada Mei setelah pengubahsuaian terhadap Kurikulum Baru Pendidikan Pemandu siap.
“Kurikulum ini perlu diubah kerana sebelum ini ia mengandungi sistem ujian memandu menggunakan kereta manual tapi sekarang dah guna kereta automatik, jadi memang beza,” katanya kepada Bernama.
Abdul Rahim berkata kementerian tidak terburu-buru dalam melaksanakan ujian memandu menggunakan kenderaan automatik untuk berlaku adil kepada pengusaha institut atau sekolah memandu.
“Kita perlu beri masa kerana mereka perlu ganti kereta yang manual kepada automatik. Ini semua kos, jadi kita bagi mereka masa,” katanya.
Menurutnya walaupun dengan pengenalan penggunaan kenderaan transmisi automatik ini, terpulang kepada pelajar untuk memilih sama ada kenderaan manual atau automatik untuk belajar.
Abdul Rahim berkata apabila cadangan itu dilaksanakan, lebih ramai rakyat negara ini dijangka memiliki lesen memandu terutama golongan yang telah berumur dan wanita.
“Kita tahu tidak semua orang boleh bawa kereta manual sebab susah, jadi bila kita bagi dia buat ujian guna kereta automatik, mereka mesti suka,” katanya.
Mengenai kurikulum baru yang bakal diguna pakai, Abdul Rahim berkata pengubahsuaian itu memberi penekanan kepada usaha melahirkan pemandu yang berhemah dan berdisiplin.
“Sebelum ini kurikulum kita lebih kepada kemahiran dan pengetahun tentang undang-undang di jalan raya sebab itu kita ada ujian undang-undang dan ujian berkaitan kemahiran, tapi sekarang kita tambah satu elemen iaitu bagaimana untuk jadi pemandu lebih bertimbang rasa,” katanya.
Abdul Rahim berkata usaha melahirkan pemandu yang berdisiplin, berhemah dan bertimbang rasa dapat membantu mengurangkan kadar kemalangan maut kerana 60 hingga 70 peratus kemalangan itu disebabkan faktor manusia.
Beliau juga berkata belum ada cadangan untuk menggantikan Sistem Kejara dengan sistem lain kerana ia masih relevan, malah digunapakai oleh banyak negara.
Katanya sistem itu akan terus dilaksanakan kerana ia dapat menjadikan seseorang pemandu lebih berhati-hati ketika di jalan raya sekaligus dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.
“Kalau sistem ini tiada pemandu tidak takut jadi mereka boleh buat ikut suka di jalan, jadi kalau ada sistem ini mereka lebih hati-hati kerana bila mata Kejara mereka lebih daripada 15, lesen akan digantung,” katanya.
Senarai Insentif Yang Diumumkan Dalam Bajet 2012
Written By HAZRIL HAFIZ on Friday, October 07, 2011 | 10:53 PM
Hari ni tumpuan utama adalah Bajet 2012 yang diumumkan oleh PM Malaysia pada petang tadi. Bajet kali ini nampak sangat berkebajikan . Mungkin kerana PRU dah dekat? Mungkin jugak. Siapa tahu kan? Menarik sebab yuran sekolah peringkat rendah dan menengah akan dimansuhkan bermakna ibu bapa tak perlu lagi membayar yuran anak anak ke sekolah. Dan sekali lagi, Najib sangat menjaga warga Felda kerana sekali lagi warga warga Felda akan bergelar jutawan selepas Najib mengumumkan durian runtuh untuk mereka. Apa intipati bajet dan insentif yang diumumkan ? Boleh baca senarai insentif bajet 2012 dibawah :
— Skim saraan baru yang dikenali sebagai Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dengan gaji satu lapis bakal menawarkan kenaikan tahunan RM80 hingga RM300 mulai tahun depan
— Kakitangan kerajaan akan mendapat tambahan bonus setengah bulan gaji manakala pesara kerajaan akan menerima bayaran bantuan RM500
— Bantuan persekolahan RM100 akan diberi kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima di seluruh negara mulai tahun depan
— Warga emas berusia 60 tahun ke atas dikecualikan caj pendaftaran pesakit luar di semua hospital dan klinik kesihatan
— Kerajaan akan membina lebih banyak hospital dan menaik taraf hospital sedia ada di samping menambahbaikan 81 klinik kesihatan luar bandar sedia ada serta membuka 50 klinik 1Malaysia
— Buat pertama kalinya, kerajaan akan memansuhkan yuran pendidikan rendah dan menengah di semua sekolah kerajaan mulai tahun depan
— Bagi mengenang jasa polis khas dan polis tambahan pada zaman darurat, kerajaan akan memberi insentif RM3,000 kepada setiap bekas anggota polis, duda dan balu
— Mulai tahun depan, kenaikan gaji tahunan penjawat awam akan ditingkatkan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred
— Kakitangan kerajaan akan mendapat tambahan bonus setengah bulan gaji manakala pesara kerajaan akan menerima bayaran bantuan RM500
— Umur persaraan wajib penjawat awam akan dilanjutkan daripada 58 tahun kepada 60 tahun bagi mengoptimumkan sumbangan mereka
— Peneroka Felda akan terima “durian runtuh” yang mana jumlahnya jumlahnya akan diumumkan sebelum penyenaraian dilakukan
— Pengecualian sepenuhnya duti import dan duti eksais bagi mengimport kereta hibrid serta elektrik akan dilanjutkan sehingga 2013
— Seramai 600,000 pesara kerajaan akan mendapat kenaikan pencen pesara sebanyak dua peratus setahun.
## tak semua insentif dipaparkan dalam laman ini.
Bajet kerajaan memperuntukkan RM 232.8 billion untuk rakyat , manakala bajet yang diumumkan oleh Pakatan Pembangkang pada isnin lepas berjumlah RM 220billion. Secara atas kertas, kerajaan menang. Tapi bagaimana pulak dengan pelaksanaan bajet tersebut? Yang dirancang tak selalunya berjalan seperti yang diinginkan sebab banyak tangan tangan “jahat” yang nak menyeluk poket kerajaan dan ambil wang rakyat untuk kepentingan sendiri. Semoga bajet kali ini memberi manfaat kepada rakyat yang “membayar cukai” untuk kesenangan diri mereka sendiri. Bukan membayar cukai untuk menyenangkan menteri menteri dan orang orang atas yang sememangnya dah kaya.
Sumber rujukan : malaysianinsider
Senarai Permohonan Yang Diputuskan Tidak Berjaya Oleh Mesyuarat Panel Pengesahan HALAL Malaysia
Written By HAZRIL HAFIZ on Friday, August 05, 2011 | 5:16 PM
"Menuntut (mencari) yang HALAL adalah wajib ke atas setiap orang Islam". (Riwayat Imam ad-Dailami dalam Musnad al-Firdaus dari Anas r.a.. Menurut Imam as-Suyuti, hadis ini darjatnya hasan. Lihat; al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 5270)

Peluang Blogger Untuk Lunch Bersama Alam “So You Think You Can Dance” Sabtu Ini
Written By HAZRIL HAFIZ on Thursday, April 14, 2011 | 6:27 PM
ini cuma lebih kurang pengumuman je la . bagi sesiapa yang belum tahu , nuffnang ada membuka satu peluang kepada blogger nuffnanger untuk lunch bersama Juara So You Think You Can Dance iaiti Alam yang juga salah seorang members Wakaka .

3 nuffnanger berrtuah akan dipilih dan boleh dating dating dengan Alam. For sure , tawaran ni mungkin akan lebih dapat sambutan dari wanita kan’?Detail “dating” tersebut adalah
Date: 16 April 2011 (Saturday)
Time: 12 pm – 2 pm
Venue: Italiannies, Sunway Pyramid
Wallpost di facebook nuffnang:
Hey Nuffnangers! Remember Alam, the champion of So You Think You Can Dance & Showdown in Malaysia? We've got 3 passes to give away for a lunch date with Alam this Saturday! :D If you'd like to have lunch with Alam, head on to this page for more info - http://www.nuffnang.com.my/contest-submission-alam/
so kalau nak sila isi form di laman web nuffnang.klik link dibawah. Tak perlu buat submission entry, cuma isi form sahaja ISI FORM SAHAJA. dan tunggu berita dari pihak nuffnang. So anda kena jadi sanagt lucky la untuk dapat ni. ehehe
wondering ! kenapala aku buat entry ni .Padahal bukan aku pernah minat Alam ni pun.haha
HR DESIGN : FAQ Berkaitan HRD
Written By HAZRIL HAFIZ on Tuesday, April 12, 2011 | 7:06 AM
Senarai Pemenang Giveaway Yuyu Zulaikha Sudah Diumumkan. Semak Nama Anda
Written By HAZRIL HAFIZ on Monday, April 11, 2011 | 7:12 PM
lebih kurang setengah jam yang lalu, Yuyu Zulaikha dah umukan senarai pemenang giveaway beliau . Penyertaan adalah sebanyak 567 orang dengan 10 sponsorship untuk hadiah. Dan aku adalah salah seorang sponsor that’s why aku sebok2 buat entry ni.hehe
bagi yang join boleh semak nama anda di entry Senarai Pemenang
Dan untuk bahagian hadiah yang aku sponsor iaitu Design Header Free untuk 2 pemenang bertuah, 2 orang blogger yang terpilih adalah blogger dengan nombor giliran bertuah
437 dan 369 iaitu blogger :

DAN
jadi kepada dua orang pemenang tersebut, sila contact aku untuk penebusan hadiah dan bagi detail berkaitan header yang diinginkan.
Dan aku sebagai sponsor, join jugak sebagai peserta dan TAK MENANG APA APA macam YUYU jugak. haha . Mungkin Tuhan nak bagi kat orang lain kan?tak baik tamak tamak. Untuk Yuyu jangan sedih2 sebab tak terpilih dalam GA sendiri sebab header untuk anda dah siap dan boleh diambil di entry ini
HEADER DESIGN BLOG YUYU ZULAIKHA
Kalau nak tengok Koleksi Design yang aku dah buat, boleh ke :

klik pada gambar untuk ke Blog HR DESIGN
TAHNIAH UNTUK SEMUA PEMENANG !!









