Home » , , , » Senarai Insentif Yang Diumumkan Dalam Bajet 2012

Senarai Insentif Yang Diumumkan Dalam Bajet 2012

Written By HAZRIL HAFIZ on Friday, October 07, 2011 | 10:53 PM

Hari  ni tumpuan utama adalah Bajet 2012 yang diumumkan oleh PM Malaysia pada petang tadi. Bajet kali ini nampak sangat berkebajikan . Mungkin kerana PRU dah dekat? Mungkin jugak. Siapa tahu kan? Menarik sebab yuran sekolah peringkat rendah dan menengah akan dimansuhkan bermakna ibu bapa tak perlu lagi membayar yuran anak anak ke sekolah. Dan sekali lagi, Najib sangat menjaga warga Felda kerana sekali lagi warga warga Felda akan bergelar jutawan selepas Najib mengumumkan durian runtuh untuk mereka. Apa intipati bajet dan insentif yang diumumkan ? Boleh baca senarai insentif bajet 2012 dibawah :

— Skim saraan baru yang dikenali sebagai Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dengan gaji satu lapis bakal menawarkan kenaikan tahunan RM80 hingga RM300 mulai tahun depan

— Kakitangan kerajaan akan mendapat tambahan bonus setengah bulan gaji manakala pesara kerajaan akan menerima bayaran bantuan RM500

— Bantuan persekolahan RM100 akan diberi kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima di seluruh negara mulai tahun depan

— Warga emas berusia 60 tahun ke atas dikecualikan caj pendaftaran pesakit luar di semua hospital dan klinik kesihatan

— Kerajaan akan membina lebih banyak hospital dan menaik taraf hospital sedia ada di samping menambahbaikan 81 klinik kesihatan luar bandar sedia ada serta membuka 50 klinik 1Malaysia

— Buat pertama kalinya, kerajaan akan memansuhkan yuran pendidikan rendah dan menengah di semua sekolah kerajaan mulai tahun depan

— Bagi mengenang jasa polis khas dan polis tambahan pada zaman darurat, kerajaan akan memberi insentif RM3,000 kepada setiap bekas anggota polis, duda dan balu

— Mulai tahun depan, kenaikan gaji tahunan penjawat awam akan ditingkatkan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred

— Kakitangan kerajaan akan mendapat tambahan bonus setengah bulan gaji manakala pesara kerajaan akan menerima bayaran bantuan RM500

— Umur persaraan wajib penjawat awam akan dilanjutkan daripada 58 tahun kepada 60 tahun bagi mengoptimumkan sumbangan mereka

— Peneroka Felda akan terima “durian runtuh” yang mana jumlahnya jumlahnya akan diumumkan sebelum penyenaraian dilakukan

— Pengecualian sepenuhnya duti import dan duti eksais bagi mengimport kereta hibrid serta elektrik akan dilanjutkan sehingga 2013

— Seramai 600,000 pesara kerajaan akan mendapat kenaikan pencen pesara sebanyak dua peratus setahun.

 

## tak semua insentif dipaparkan dalam laman ini.


Bajet kerajaan memperuntukkan RM 232.8 billion untuk rakyat , manakala bajet yang diumumkan oleh Pakatan Pembangkang pada isnin lepas berjumlah RM 220billion. Secara atas kertas, kerajaan menang. Tapi bagaimana pulak dengan pelaksanaan bajet tersebut? Yang dirancang tak selalunya berjalan seperti yang diinginkan sebab banyak tangan tangan “jahat” yang nak menyeluk poket kerajaan dan ambil wang rakyat untuk kepentingan sendiri. Semoga bajet kali ini memberi manfaat kepada rakyat yang “membayar cukai” untuk kesenangan diri mereka sendiri. Bukan membayar cukai untuk menyenangkan menteri menteri dan orang orang atas yang sememangnya dah kaya.

Sumber rujukan : malaysianinsider

Kongsi Cerita Ini Bersama Rakan

Post a Comment

Kindly Leave Your Comment Here..=)

Labels

TERKINI (173) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (70) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)