Home » , , , » HR DESIGN : FAQ Berkaitan HRD

HR DESIGN : FAQ Berkaitan HRD

Written By HAZRIL HAFIZ on Tuesday, April 12, 2011 | 7:06 AM

Assalamualaikum .sebelum ni aku dah buat satu entry berkaitan HR DESIGN iaitu Pembukaan Rasmi HR DESIGN |Koleksi Design HafizRahman. Sesiapa yang belum tahu apa tu HR DESIGN. Meh aku nak cecita sikit bagi tahu.

HR DESIGN adalah singkatan bagi nama aku sendiri iaitu HafizRahman Design dimana blog ni menghimpunkan kesemua design design tak kira cantik atau buruk, yang penting semuanya adalah hasil kerja tangan aku sendiri. Semua design yang dibuat akan dihimpunkan disini untuk tontonan (macam ada orang nak tengok) dan kritikan juga kutukan . So kepada sesiapa yang sudi komen, sila silakanlah .Lebih baik mengutuk disini dari korang asyik kutuk kawan kawan . Sini tak berdosa sebab aku yang suruh. Dan  tujuan utama aku wujudkan HR DESIGN adalah sebab tak nak semakkan blog rasmi aku ni iaitu Blog HafizRahman. Disini biar aku bercerita, di HR DESIGN gambar je ada,

Buat masa sekarang, blog HR DESIGN cuma dibuka untuk tontonan saja dan belum bersedia menerima sebarang tempahan untuk buat header atau apa apa saja berkaitan “design mendesign” disebabkan kekangan waktu . Yela aku dah nak dekat final exam. Kena fokuskan kepada pelajaran dulu . Nanti asyik nak menghadap Photoshop ja, habis rosak masa depan aku pulak.

Dan logo rasmi yang akan aku gunakan untuk satu masa sehingga dapat idea baru untuk buat logo baru adalah logo yang ini (ayat tah hapa2 aku pun tak berapa faham ). Baru dicipta setengah jam yang lepas dan cuma menganbil masa 15minit ja untuk aku sipakan. So memang boleh diterima la kan kalau orang cakap buruk.hehee

KLIK PADA LOGO UNTUK KE BLOG

setakat entry ni ditulis,dah ada lebih kurang sembilan design header yang dibuat untuk beberapa orang blogger yang request semasa aku offer header free lebih kurang seminggu lepas . Dan offer tersebut dah pun ditutup. So kepada yang terlambat, maaf la ek. nak buat macammana tak ada rezeki anda semua.

Dan yang paling terbaru, HR DESIGN menjadi sponsor untuk GIVEAWAY PERERO ROSHER (hentam je la eja cam tu )  yang dianjurkan oleh Yuyu Zulaikha dan aku mensponsorkan diri untuk design header mengikut kehendak kepada DUA orang blogger yang bertuah dan blogger bertuah tersebut sudahpun dipilih. (maklumat lanjut dalam entry Senarai Pemenang Giveaway Yuyu Zulaikha Sudah Diumumkan. Semak Nama Anda)

InsyaAllah menjelang bulan MEI , aku akan ambil tempahan untuk sesiapa yang nak buat header dan insyaAllah bayaran yang dikenakan akan berbaloi dengan apa yang anda akan dapat. Aku akan pastikan harga menepati kehendak pengguna dan tak mahal. Murah je la maksudnya. Senang cita.

So stay tuned bersama blog aku iaitu HafizRahman dan Blog HR DESIGN . Blog tersebut masih dalam proses pembaikan dan insyaAllah akan diupgrade supaya mesra pembaca dari semasa ke semasa.

 SEKIAN BERITA MALAM INI !!

Kongsi Cerita Ini Bersama Rakan

Post a Comment

Kindly Leave Your Comment Here..=)

Labels

TERKINI (173) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (70) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)