Home » , , » Bonus Raya 2 Bulan Gaji Kepada Warga PKNS – Menteri Besar Selangor

Bonus Raya 2 Bulan Gaji Kepada Warga PKNS – Menteri Besar Selangor

Written By HAZRIL HAFIZ on Saturday, July 28, 2012 | 2:13 AM

Jika baru baru ini, Perdana Menteri mengumumkan bonus setengah bulan gaji kepada semua kakitangan kerajaan di seluruh negara sempena Aidilfitri ini , kerajaan Selangor dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat pula mengambil inisiatif lebih besar dengan memberikan bonus yang semestinya membuatkan warga PKNS tersenyum lebar. 2 BULAN GAJI. Itulah yang diumukan Menteri Besar Selangor .

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Jumaat mengumumkan bonus dua bulan gaji kepada kakitangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Katanya, bonus itu akan dibayar dalam bulan Ramadan dan selepas Hari Raya Aidilfitri bagi menggalakkan mereka berjimat.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada majlis berbuka puasa dan sambutan ulang tahun PKNS ke-48 di sini malam Jumaat.

Abdul Khalid juga berkata, PKNS perlu meletakkan asas yang kukuh untuk bertahan sehingga beratus tahun menerusi pelaburan terhadap warga kerjanya.

"Pelaburan besar PKNS ialah melatih dan memberikan kemahiran kepada warga kerjanya. Oleh sebab itu, kita tidak boleh mengharapkan rakan kongsi kita, kita tidak boleh mengharapkan perunding," katanya.

Beliau berkata, PKNS perlu melatih pegawainya sendiri supaya kemahiran, pengalaman dan pengetahuan yang sedia ada kekal di perbadanan itu dan mempunyaikelangsungan. – BERNAMA

*Untung –untung. Beraya sakan lah nampaknya pekerja pekerja PKNS tahun ini.

Kongsi Cerita Ini Bersama Rakan

Post a Comment

Kindly Leave Your Comment Here..=)

Labels

TERKINI (173) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (70) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)