Home » » Mungkin Ada Hikmahnya Tuhan Letak Aku Di KEDAH Nie Lagi...

Mungkin Ada Hikmahnya Tuhan Letak Aku Di KEDAH Nie Lagi...

Written By Hafiz Rahman on Saturday, July 02, 2011 | 12:57 AM

Salam semua..Hari ni untuk budak budak UiTM, keputusan kemasukan untuk sambung belajar peringkat degree dah keluar. harpa semuanya lepas dan dapat sambung peringkat seterusnya. 

Masa apply untuk kemasukan degree dulu, aku apply cos yang aku minat as first choice dan cos tu cuma ada di puncak alam je. Dan second plak ada di merata rata kampus. Dalam kepala ni aku memang target aku dapat puncak je sebab itu 1st choice aku. Then bila check tadi, rasa macam sedih pun ada , macam happy pun ada , entah la. Macam macam rasa aku rasa. 


untuk degree aku still akan belajar di UiTM Kedah, tempat sama aku habiskan diploma aku selama 3tahun. And akan tambah lagi 2 tahun disini. Agak sedih jugak la sebab aku ingat nak merantau jauh la sikit dari sini, tgk2 dapat Kedah jugak. Nak buat macam mana dah itu rezeki yang tuhan bagi. Better than tak ada langsung kan?

Mungkin ada hikmahnya tuhan dan tentukan semua ni. Ini semua takdir dan ketentuan yang Tuhan dah tentukan sejak azali lagi dan mesti ada hikmah dan kebaikan untuk setiap apa yang tuhan rancangkan untuk kita sebagai hambanya. Dalam kes aku ni, aku rasa ada baiknya aku masih disini, masih di Kedah . Dalam family , aku cuma anak lelaki tunggal dan ada 5 orang adik beradik perempuan yang lain. Anak lelaki tunggal means banyak tanggungjawab yang kena aku pikul sepanjang hidup aku ni. Ayah dan mak pun still tinggal di Kedah jugak. Sekurang kurangnya, aku masih boleh jaga  mak ayah in case apa2 jadi sebab kakak aku dua2 orang stay di Shah Alam. So aku masih boleh bagi berita kat dua orang tu. 

Lagi satu, bila belajar dekat dengan rumah ni, boleh ja nak balik selalu dan jumpa mak ayah. Bila selalu dapat tengok wajah mak ayah, rasa hidup ni tenang ja. Aman ja . Kalau duduk jauh2 jarang nak dapat jumpa dengan parents. Dan yang paling bess., boleh selalu la aku melantak masakan mak aku an. 

Dan sekarang, aku dah tak kisah dah pasal tu. Rasa sedih sikit sikit tu elok dibuang je sebab tempat belajar tak penting, yang penting sama ada kita belajar atau tak. Itu ja penentunya. InsyaAllah untuk peringklat degree ni aku akan usaha lebih sikit sebab masa diploma dulu banyak main main sampai ada subjek yang sangkut. InsyaAllah kali ni dah tak nak main main dah. Doakan aku ekk.. 


p/s : insyaAllah lepas ni akan selalu online sebab baru beli broadband...hehe

Kongsi Cerita Ini Bersama Rakan

5 comments

Post a Comment

Kindly Leave Your Comment Here..=)

Labels

TERKINI (175) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (71) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)