Home » , , , » #WW = Wednesday Word : Shah Alam , Here I Come

#WW = Wednesday Word : Shah Alam , Here I Come

Written By Hafiz Rahman on Wednesday, August 03, 2011 | 7:29 PM

Selalunya hari rabu ramai blogger akan buat enrty #WW yang tak perlu nak membebel pot pet3x..cuma kasi taruk itu gambar dan letak tajuk. Siap. Tapi hari rabu minggu ni aku tak mau buat wordless wednesday tapi aku nak buat Wednesday Word. ahaha. Still boleh guna #WW lagi kan?agak agak kena saman tak guna trademark orang. Ada kesah?

surat tawaran

Minggu lepas adalah minggu yang sangat menyerabutkan kepala aku when it comes to nak sambung degree punya pasal.Mana taknya, dalam entry Stay Di Kedah ni, aku penah cita yang aku akan sambung degree di Kedah jugak lepas dah habiskan 3tahun kat kedah untuk diploma. Tup2 minggu lepas , bila aku sembang dengan Timbalan Pengarah HEA UiTM sendiri, tetiba dia cakap yang course aku , Degree in Retailing akan dipindahkan ke Shah Alam sebab kat Kedah tak jadik buat. Deymmm terkezut tahap beruk dah la dengar cam tu. Memang dalam kepala otak aku pikir nak stay kedah ja after dapat tawaran yang mula mula dulu. But then kena tukar pulak dah. Elok la dah lepas sebulan dapat tawaran tu. Mula la dalam kepala aku serabut pikir macam macam

 

Habis semua kawan kawan , kakak2 aku yang ada dekat2 area Shah Alam aku kol . Kesian korang. Nasib la kena layan aku kan?Tapi credit hp aku la. Ape aku kisah. haha. Bila awal awal aku dapat degree kat kedah but then kena tukar kampus pulak, jadi macam tak berapa nak best la pulak sebab dalam kepala aku memang dah set macam macam dah benda yang aku nak buat di Kedah nanti masa degree. Tetiba jadi kejutan budaya pulak nak kena bertukar. Habis rosak semua program. Lagi satu, aku malas nak pergi sebab faktor kewangan. Macam tak tahu kan kos hidup kat sana macmna. Aku ni bukannya dari orang kaya raya maya yang petik jari duit terjun dari langit. Kalau boleh, semua belanja aku nak tanggung sendiri tak nak menyusahkan mak bapak aku. Yela aku kan anak mithali (kah3x) .

 

Tapi nasib baik la aku dapat Shah Alam dan bukan ditempat pelik pelik yang aku tak pernah jejak kaki. Maunya diletak aku di Kelantan ka, Terengganu ka. Adehh berat jugak tu nak pergi sana. At least di Shah Alam , aku ada 2 orang kakak yang stay kat Seksyen 2. Rumah dia kat taman depan Wetworld tu je. So dekat la. Apa apa masalah aku boleh terus menyusahkan mereka2.

 

Tapi tak pa belajar ni dimana mana pun boleh. Asalkan kita pandai bawak diri. Lagipun aku ni dah terbiasa berjauhan dengan family. Buktinya, darjah 1 aku dah stay asrama. Sekali lagi gua ulang . DARJAH 1 ok bukan tingkatan 1. Bukan nak bangga tapi nak bangga la jugak sikit. haha. So sapa sapa yang tinggal di SA , lepas ni boleh la lepak2 sekali . Acehh bajet #retis pulak.

 

##harap lepas ni dah tak ada penukaran kampus dah. Kalau ada lagi. Adehh tak tau nak cakap apa dah. Hanya mampu buat satu lagi entry yang macam ni. keh3x.

Kongsi Cerita Ini Bersama Rakan

2 comments

Post a Comment

Kindly Leave Your Comment Here..=)

Labels

TERKINI (175) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (71) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)