Showing posts with label sad. Show all posts
Showing posts with label sad. Show all posts

'Abah.. bagilah balik tangan Ita"......................isk..isk...isk...

Written By HAZRIL HAFIZ on Thursday, October 20, 2011 | 5:49 PM

Sebuah cerita sedih tentang sebuah keluarga, harap korang baca sampai habis cerita ni. Memang menyayat hati dan memberi banyai pengajaran kepada kita terutama kepada mereka yang sudah dan akan berumahtangga.

'Abah.. bagilah balik tangan Ita"......................isk..isk...isk...


Inisebuah kisah yang bisa mengundang air mata siapa sahaja yang
membacanya. Kisah ini saya dapat dari seorang rakan melalui e-mail.
Setiap kali membaca kisah nie mesti bergenang air mata. Walaupu manusia
memang sering melakukan kesilapan...mungkin ada kesilapan yang
dilakukan boleh di maafkan atau diperbetulkan semula..dan mungkin juga
ada kesilapan yang dilakukan bakal mengundang kekesalan yang tidak
berpenghujungnya. Kerana itu Allah telah memberi akal kepada setiap
manusia supaya boleh menilai menimbang dan berfikir sebaik-baiknya dalam
melakukan sesuatu samada baik atau sebaliknya..terlajak perahu boleh
diundur..terlajak perbuatan..sesal selamanya...


Kisah Si Kecil Ita...


Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat
letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran
tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya....kerana kereta
itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun
melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya
bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan
Thaipusam.
Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri
kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan
ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu
langsung tak disedari si pembantu rumah. Pulang petang
itu, terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang baru setahun
dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar,
berbatik-batik.
Si bapa yang belum pun masuk ke rumah
terus menjerit, 'Siapa punya kerja ni?' Pembantu rumah yang tersentak
dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. .Mukanya
merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya. Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan 'Tak tahu... !''Saya tak tahu Tuan..! ''Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?' herdik si isteri lagi. Bila
anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari
bilik. Dengan penuh manja dia berkata 'Ita buat ayahhh.. cantik kan !'
katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.
Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja. Si
ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya
didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak
yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus
ketakutan. Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula
belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju
dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.Pembantu rumah melopong,
tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia
sangat takut .
Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan
kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa
masuk ke rumah dituruti si ibu. Pembantu rumah segera memeluk dengan
penuh sayang dan duka, cepat-cepat menggendong anak kecil itu,
membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak tangan dan belakang
tangan si anak kecil calar balar.Menangis teresak-esak keduanya, dalam
bilik.Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air
sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan
kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.
Keesokkan
harinya, kedua-dua belah tangan si anakbengkak. Pembantu rumah
mengadu. 'Sapukan minyak gamat tu!' balas tuannya, bapa si anak. Pulang
dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di
bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya. Tiga
hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si
ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. 'Ita
demam... ' jawap pembantunya ringkas. 'Bagi minum panadol tu,' balas
si ibu.
Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk
bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu
rumah, dia menutup semula pintu. Masuk hari keempat,
pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas.
'Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap' kata majikannya
itu. Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke
klinik.
Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya
serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu
kanak-kanak itu. 'Tiada pilihan..' katanya yang
mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana
jangkitan yang sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk. 'Ia
sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke
bawah' kata doktor.
Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar
mendengar kata-kata itu. Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah
dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan
berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar
menandatangani surat kebenaran pembedahan. Keluar dari
bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakanhabis, si anak
menangis kesakitan.
Dia juga terpinga-pinga, melihatkedua- dua tangannya
berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian
ke wajah pembantu rumah.Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua
menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara
dalam linangan air mata... 'Abah.. Mama... Ita tak buat
lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah..
sayang mama.' katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan
rasa.
'Ita juga sayang Kak Narti..' katanya memandang
wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu
meraung seperti histeria. Tidak seorang pun yang melihat
suasana itu tidak menangis.... 'Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat
apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main
macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,' katanya bertalu-talu.
Bagaikan
gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia
sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat
menahannya..

 

ehsan : Pendekar Berkuda

5:49 PM | 2 comments | Read More

Evie Fadila…Kau Selalu Dalam Ingatanku….Tenanglah Kau Disana Sahabat

Written By HAZRIL HAFIZ on Sunday, February 13, 2011 | 12:50 AM

tetiba tajuk malam nie agak emo…aku rindu dengan arwah…tak tau kenapa tetiba aku teringatkan arwah Evie…mungkin sebab tadi aku terjumpa folder ada pic dia yang dah lama aku tak open..lebih kurang dah 3 taun Evie pergi dari dunia nie..

Evie sorang kawan yang aku tak pernah jumpa..tapi antara kawan terbaik aku pernah kenal…aku cuma kenal dia di alam maya ja..masa tu wap free yang online guna phone memang popular..aku ingat lagi masa tu…dalam tahun 2007 or 2008 cam tu la..ada Winwap..Kuyawap..Payenwap…and aku kenal dengan Evie masa di Princesswap..masa tu Evie guna nickname PrincessEvie..sweet orangnya….rasanya tak sesuai untuk aku tunjuk gambar evie kat public..biar la ia jadi rahsia…

setiap pagi mesti evie akan shout di inbox aku…

hye hafiz…selamat pagi…sihat ?dah breakfast?

mulanya aku tak tahu Evie sakit…pastu tetiba dia menyepi dari dunia wap…dalam seminggu lebih…then bila dia online balik baru aku dapat tau..itupun lepas aku paksa dia cerita..dia cakap,dia barah otak…dah peringkat akhir..masa tu..Tuhan je tau perasaan aku…sentap bila evie cakap peringkat akhir…tapi,evie kuat semangat…dia tak pernah menyesal dengan apa yang jadi..dia terima…redha..Evie memang kuat semangat..dia selalu cakap dengan kawan-kawan di princesswap..jangan risaukan dia…dia kuat…dia akan lawan sekuat mungkin penyakit tu walaupon dia tau..peluang untuk dia hidup dah tak lama….

masa di wap…evie selalu guna smiley nie….

ev

dan yang ini jugak….tak tahu apa maksud evie bila dia selalu guna smiley bride nie…=(

fadila

dan smiley paling evie suka..yang bawah nie…ada sorang kawan di wap yang hadiahkan…

evie2[1]

evie cakap dia nak jadi pari-pari macam tu…

lepas operation tu..ada kawan-kawan yang melawat evie di hospital.. tapi aku tak dapat nak lawat sebab dia juah nun di Sabah dan aku di Kedah...kesian evie…terpaksa menanggung sengsara sakit..tapi dia tetap kuat…dia gagahkan diri jugak untuk online dan ucap selamat pagi dekat kawan-kawan Princesswap…

dan yang paling buat aku tak boleh terima pemergian evie…pagi tu…dalam pukul 6.30pagi 15 Ogos 2008..evie sempat mesej di inbox profile aku…

hafiz…evie nak cakap secara jujur dari hati evie…evie nak mintak maaf kalau selama nie evie ada buat salah dengan hafiz..maafkan evie ya…

 

bila baca..aku rasa lain..kenapa evie cakap macam tu?aku terkilan sebab aku tak akan jumpa dah dengan evie lepas tu…itu mesej terakhir evie untuk aku…dan mesej yang aku reply tak sempat evie baca…pagi tu kali terakhir evie online..aku tunggu sepanjang hari ..tunggu evie online…tapi tak ada..then malam tu…kami semua dapat berita sedih dari kak oli…owner princesswap ,sepupu evie jugak..…evie dah pergi buat selama-lamanya sebab ada komplikasi dalam otak evie….evie dah takkan bersama kami lagi..evie tak kan ada untuk buat kami senyum dan ketawa lagi…lepas evie pergi..di princesswap cuma ada smiley nie sepanjang masa

nangis9

lepas ja evie tak ada…princesswap jadi sunyi sepi..ramai yang dah beralih ke wap lain sebab tak dapat terima hakikat evie dah tak ada…aku pon..lepas tu..dah tak online dah guna hp…mood dah tak ada…bila aku tengok smiley kat atas..kat mana sekalipun..mesti aku akan ingat evie…walaupon evie dah lama pergi ..aku sebagai kawan…susah nak terima evie dah tak ada..bf evie…salah sorang members princesswap jugak…tak tahu la macammana dia hadapi kehilangan macam  nie

aku terkilan sebab dari awal kenal dia…sampaila akhir hayat ,aku tak penah jumpa evie…masa pengebumian evie pon aku tak dapat hadir…yela…aku di kedah..evie di Sabah…jauh…insyaAllah kalau ada rezeki aku pergi Sabah nanti..aku akan lawat kubur evie…

evie…walaupon evie dah tak ada…evie tetap dalam hati kami…moga evie tenang disana….mohon sedekahkan Al-Fatihah…

in memories of evie2[1]Evie Fadila……..

12:50 AM | 3 comments | Read More

Kisah Adik Lin Yang Tabah Walau Disimbah Asid Oleh Ayah

Written By HAZRIL HAFIZ on Wednesday, January 12, 2011 | 2:05 PM







entry nie adalah entry 100% copy paste dari kosmo ...aku tertarik dengan cerita adik Lin yang disimbah asid oleh ayah kandung dia sendiri...yelaa walaupon kejadian tu dah ubah hidup dah untuk selama lamanya..tapi dia tetap sayang ayah yang  buat dia sampai jadi cacat seumur hidup macam tu....jom baca kisah nie....menarik sangat dan sangat menyentuh perasaan..(tapi aku tak nangis pasal aku hati keras )haha



PADA zaman kecilnya, pipi gebu Nurul Dahyatul Fazlinda, 9, sering menerima ciuman daripada ayahnya, Mat Haizan Mat Yasin, 32. Malah, kanak-kanak comel itu ditatang bagai minyak yang penuh oleh Mat Haizan. Benar, Mat Haizan seorang lelaki yang penyayang dan penuh kasih sayang.
Lelaki itu juga sanggup berjaga malam ketika Nurul Dahyatul Fazlinda jatuh sakit, selain sanggup bangun pada waktu dinihari untuk membancuh susu anaknya itu.
Namun, pada 15 Ogos lalu, keindahan dunia kanak-kanak yang dilalui oleh kanak-kanak itu berubah wajah. Pada hari kejadian, Nurul Dahyatul Fazlinda atau lebih mesra dengan panggilan Lin telah disimbah asid oleh bapanya.
Namun, curahan kasih sayang diterima oleh kanak-kanak itu sepanjang lapan tahun menyebabkan dia sedikit pun tidak menyimpan dendam kepada bapanya. Apatah lagi mahu membenci Mat Haizan.
“Lin tak marah, sebab Lin sayang abah. Sayang abah sangat-sangat.”
Itulah ayat keramat yang terpacul dari mulut kanak-kanak itu terhadap bapanya meskipun kesan simbahan asid itu telah mengubah wajah comel Lin.
Perubahan pada wajahnya yang diibaratkan seperti hantu oleh rakan-rakan Lin di sekolah menyebabkan Lin enggan ke sekolah.
Kisah malang yang menimpa Lin bermula daripada amarah Mat Haizan terhadap isterinya Che Ku Zaimah Che Ku Awang, 28, sekitar pukul 1.45 pagi di kediaman mereka di Kampung Sekayu, Hulu Terengganu.
Asid yang dibawa untuk menakut-nakutkan wanita itu bukan hanya mencederakan Che Ku Zaimah saja, tetapi dua cahaya mata mereka iaitu Lin dan Muhammad Irfan Firdaus, 2, selain ibu mertua, Minah Omar, 56.
NURUL DAHYATUL FAZLINDA menaruh harapan wajahnya akan kembali normal seperti biasa.


Natijahnya, kesemua mangsa lelaki itu kini terpaksa menanggung derita seumur hidup, jauh lebih lama daripada hukuman penjara 10 tahun yang dijalani oleh Mat Haizan akibat perbuatannya itu.
Paling teruk menerima kesan tersebut ialah Lin yang terpaksa dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) selama 36 hari. Lebih menyedihkan, Lin terpaksa meneruskan hidup dalam kesengsaraan dan tekanan emosi yang sukar digambarkan. Lin bukan sahaja hilang keyakinan diri ekoran dipanggil ‘hantu’ oleh kanak-kanak nakal, malah dia terpaksa mengasingkan diri.
Penyesalan Mat Haizan
Biarpun luka fizikal dan luka di hatinya belum sembuh, kanak-kanak itu masih tetap mempertahankan lelaki bergelar bapa itu. Paling sayu apabila kanak-kanak itu memanggil abah...abah...berkali-kali dalam keadaan tidak sedar ketika menjalani pembedahan baru-baru ini.
Ketika bisa di seluruh anggota badan belum hilang, kanak-kanak itu juga membuat satu permintaan mahu berjumpa bapanya walaupun sekali untuk melepaskan rindu kepada insan yang paling rapat dengannya itu.
Seminggu selepas sambutan Aidiladha, hajat Lin dimakbulkan. Yang pasti tangisan penyesalan Mat Haizan yang mengiringi pertemuan kira-kira setengah jam di penjara Marang, Terengganu itu ternyata sudah terlewat.
Ini kerana lelaki itu terlalu terkejut selepas mendapati wajah anak kesayangannya menjadi cacat akibat tindakannya yang gagal mengawal emosi pada hari malang empat Ramadan tahun lalu.
Namun penyesalan dan ungkapan maaf berkali-kali lelaki itu tidak mampu untuk mengembalikan wajah anak kesayangannya dalam sekelip mata itu.
Lin juga tidak sesekali memberitahu orang ramai bahawa parut di muka yang sangat jelas kelihatan itu berpunca daripada perbuatan bapanya. Bahkan, kepada yang tahu Lin menyatakan bapanya tidak sengaja melakukan perbuatan itu.
Hari ini, Lin menjadi kanak-kanak lain. Hobi membaca di sebuah Perpustakaan Mini di Kampung Sekayu itu terpaksa dihadkan selepas sebahagian muka dan badannya menggelembung akibat kesan terkena asid.
NURUL DAHYATUL FAZLINDA tidak sesekali memberitahu orang ramai bahawa parut di mukanya berpunca daripada perbuatan bapanya.


Bentuk hidungnya juga menjadi aneh dan rongga pernafasan utama hidungnya semakin mengecil serta menyebabkan suara kanak-kanak periang itu bertukar menjadi sengau.
Mata sebelah kanan Lin juga turut terjejas kerana ia tidak boleh ditutup sepenuhnya selain menyebabkan dia mudah silau dan terjaga daripada tidur apabila terkena cahaya.
Sejak insiden itu, Lin tidak pernah lagi menjejakkan kaki ke Taman Rekreasi Sekayu yang menjadi taman permainannya kerana sering menjadi mangsa ejekan kanak-kanak yang tidak mengerti penderitaannya.
Menurut Lin, berbanding kakak dan dua adiknya, dia yang paling rapat dengan Mat Haizan. Bahkan, bapanya sering membawa Lin bersiar-siar di sekitar kampung.
Ketika menonton televisyen di rumah, Lin lebih selesa duduk di atas riba bapanya itu. Namun kemesraan itu menjadi memori terindah kepada Lin sepanjang bapanya meringkuk di penjara selama 10 tahun.
“Ayah tak sengaja buat (mencurah asid), cuma Lin yang tak bernasib baik sebab Lin ada masa ayah bergaduh dengan ibu,” ceritanya lagi.
Memakai topeng tekanan
Menurut Lin, dia terjaga daripada tidur selepas terdengar bunyi bising pergaduhan antara ayah dan ibunya dan ketika itu dia lihat adik bongsunya Muhammad Irfan Firdaus juga terjaga.
“Lin nak pergi ambil adik Irfan tapi tiba-tiba Lin rasa panas dan pedih yang amat sebab itu Lin terus masuk bilik air dan mandi,” katanya menceritakan semula insiden itu.
Jiran yang juga saudaranya turut menghulur bantuan menghantar mereka ke Hospital Hulu Terengganu sebelum dia dirujuk dan menghuni (HSNZ) selama lebih sebulan.
Empat bulan selepas insiden itu berlalu, Lin mengharapkan keajaiban yang dapat mengembalikan wajah asalnya.
Ahad lalu, Lin menerima rawatan perubatan. Lin selamat menjalani pembedahan pembuangan parut fasa pertama pada wajahnya. Menurut pakar perunding pembedahan plastik, Dr. Najihah Sharida Zakaria, pembedahan yang dilakukan baru-baru ini hanya satu bahagian kecil. Lin akan menjalani beberapa lagi fasa pembedahan dalam tempoh beberapa tahun.
Jelas Dr. Najihah, Lin dijangka boleh memasuki semula sekolah dalam masa dua minggu lagi, bagaimanapun perlu memakai topeng tekanan pada wajahnya untuk satu tempoh yang lama bagi memastikan parut tidak tumbuh semula.

KIRI: Guru kelas, Hidayati Rasid memberi tunjuk ajar kepada Nurul Dahyatul Fazlinda sambil diperhatikan rakan-rakannya ketika sesi persekolahan di Sekolah Kebangsaan Padang Setar, Hulu Terengganu, baru-baru ini.


“Lin boleh kembali ke sekolah tetapi harus dipantau dan jika tiada masalah dia boleh menjalani pembedahan kedua selepas enam bulan. Apa yang penting, dia harus berdisiplin dan sentiasa mengikut arahan doktor bagi memastikan kesan parut dapat diminimumkan,” katanya.
Dalam pembedahan itu pasukan bedah plastik di (HSNZ) telah mengambil kulit paha kanan Lin untuk menampal parut di bahagian kiri mukanya.
Pada pertemuan singkat dengan Lin selepas sehari dibedah, ungkap kanak-kanak comel itu: “Kesan akibat pembedahan pada wajah sudah berkurangan. Tetapi paha yang doktor ambil kulit ada rasa sakit lagi.”


sumber asal : Kosmo! Online
2:05 PM | 1 comments | Read More

Takziah Buat Blogger Merah90

Written By HAZRIL HAFIZ on Saturday, December 18, 2010 | 1:35 PM


AL FATIHAH



salam semua...walaupon dah terlewat tapi rasanya belum terlambat untuk aku ucapkan takziah buat sorang rakan baik aku di UiTM Kedah dan jugak seorang blogger yang baru kehilangan ayahanda tersayang pada 16 Disember 2010 iaitu 2 hari lepas....saudari Mahfuzah aka Merah90 

Takziah atas pemergian ayahanda tersayang ...kita hanya merancang dan Tuhan yang menentukan segala-galanya....ajal maut di tangan Tuhan..kita cuma mampu menerima ja...untuk Fuzah..aku harap hang jangan patah semangat untuk teruskan kehidupan 

di pihak Majlis Perwakilan Komander Kesatria UiTM Kedah ,sebagai Yang Di Pertua,aku mewakili semua Komander Kedah mengucapkan takziah ...insyaAllah kami akan sentiasa ada untuk terus bagi semangat..be strong !!!

dan hari nie Nenek Saudara aku baru ja meninggal dunia sebab sakit tua...al fatihah untuk Tok Lang..



semoga roh kedua-dua jenazah dicucuri rahmat Tuhan dan sentiasa berada dibawah lindungannya...AMINN!!.

1:35 PM | 2 comments | Read More

Benci Kat Miss Lolly!!

Written By HAZRIL HAFIZ on Thursday, December 09, 2010 | 8:16 AM

dalam entry lepas bertajuk Aku Menang Contest Miss Lolly Ke Tak???? ada berbicara tentang contest miss lolly yang aku join aritu....nak tau lebih lanjut boleh klik di link tuhh..


pas tu miss lolly dah reply dah....and the result is...jengg33x



huhhh benci3x....u buat i suspen ja miss lolly ngek2,..haha

ada jugak ek tersilap..haha..5minit pon dah ramai yang klik...mesti r,..nengok r bisitor kat blog miss loly tu camna...mencanak2 visitor dia...

owww aku tak menang ek???(ada hati padahal entry contest tu tah pape..)..alaaa tak kisah pon menang or tak...dah tak de rezeki...so lain kali boleh cuba lagi =)...kalau semua nak menang ..sape yang nak kalah kn?hihi...


kepada broframestone tahniah sebab menang...dapat pree jah duit ..hihi....


aku masih lagi tersangat busy sebab jadi urusetia kursus 2 minggu kat Perlis....so tak sempat nak ngadap laptop sangat....nie pon curi2 time tido...nanti bila dah free aku reply balik semua komenb2 n blogwalking balik ke blog korang semua..=)..thanx semua yang sudi join lepak2 sini ....




p/s : woiiittt jangan salah faham dengan tajuk ok...mna da aku menci2 dia....shayang dia ada laaa....wupssss....larikkk!!!hahahhaa.....zasttt sepantas kura-kura:
8:16 AM | 14 comments | Read More

Alhamdulillah Zati Dah Makin Stabil

Written By HAZRIL HAFIZ on Wednesday, October 20, 2010 | 4:55 PM

aku baru je balik dari melawat kawan baik intanurulfateha ..budak UiTM Merbok jugak yang excident ahad lepas


pergi HSAH tadi terus masuk ICU ..nasib baik orang xramai...xde la kna tggu lama


aku xkenal zati..tapi atas dasar kawan satu kampus n intanurulfateha pon mintak tolong lawat dia...ikhlaskan hati peg melawat dia....huhuhu...kesian sangat dengan dia...


actually aku xde masa nak taip..aku dah gtw intanurulfateha pasal smua...so korang boleh baca kat entry dia 


http://www.intanurulfateha.com/2010/10/teruskan-berdoa-untuk-izzati.html
4:55 PM | 6 comments | Read More

Dah 5 Hari Dah.....Ya Allah Bantu Aku....

Written By HAZRIL HAFIZ on Tuesday, October 19, 2010 | 6:56 PM

5 hari dah...dah 5 ari....5 ari dah berlaluu sejak UiTM abis sesi pembelajaran...minngu depan exam dah mula...kos aku mula 26 nanti..aduiiii..


nak habaq mai nie...punya teruknya aku ni...dah 5 ari cuti tapi aku xmula study apa g...ngaji malaih sungguh..hahah...kluaq dh  Kedah...aduhhh cmna nak buat nie...asal pegang buku ja..terus rasa nak bukak blog dan facebook dalam masa yang sama...=P


dugaan besar sungguh...agaknya nak exm kul 10 pagi...kul 8pagi tu baru aku nak pulun kot...masalah utamanya xdak orang yang nak tolong push...kena push baru gerak,...sekali ketuk...sekali masuk...cam paku...


ape tah jadi dengan aku sem ni....sem yang aku sangat2 malas...test pon teruk..tupown dgn bantuan encik Toyol sikit2...upssss...hahahahhasikit ja ok...tulis formula ((budak2 DIB 5A)) sila ignore statement saya ok..jgn banyak ckap....diam..hahahahhaa


harap2 esok pagi..bangun ja ...semangat tu datang ((bangun pon lewat))..dah mula rasa takot dan nebes nie nak exam..mintak simpang la jumpa subjek sem nie sekali lagi semdepan...TAKMAWWWWWWWW...merana dan terseksa woo


sesiapa yang tau doa ka...jampi ka...apa ka yang nak boleh buang MALAS nie tolong bagitau n kongsi sikit..hahahha...astaghfirullah hal azim...moga2 hilang smua syaitaonirrojim yang dok sebok dgn hidup aku yang selama nie tenang....




out dulu...


p/s : tolong doakan kawan intanurulfateha ang masih dalam icu..boleh baca dalam entry 

Musim Excident...Anda Perlu Berhati Hati dan Beringat!!



atau terus baca di blog ❤ intanurulfateha.com ❤ pasal kawan dia...izzati..insyaAllah esok aku akan g melawt zatie kat ospital...jangan risau cik intan...apa2 i kol u trus bagitau...sekian





6:56 PM | 2 comments | Read More

Virus Sebabkan Follower Semakin Berkurang??

Written By HAZRIL HAFIZ on Sunday, August 29, 2010 | 10:09 PM

aku pelik la...aku ni jahat sangat ke?ada entry2 menyakitkan hati pihak2 tertentu ke??or benda nie jadi sebab virus???


semalam aku masuk ada kekurangan follower...hari nie ada lagi kurang....something going wrong...adakah diri aku sedang dipulaukan??adakah diriku dibenci???waaarghhh tidak....


hurmmmm tak kisah la kalau orang tu betul2 dah remove aku dari follower dia atas sebab2 tertentu...mungkin dia rasa blog aku nie tak berguna...aku tak kisah sebenarnya....yang penting entry2 aku tetap ada yang membaca...seorang dua pon aku tak kisah...tak mau mengejar populariti teramat sangat ...=)


so kepada blogger2 yang dah remove aku tu...terima kasih sebab sudi jugak menjadi follower aku walaupun hanya sementara waktu...sangat2 menghargai jasa anda...


update pendek saja sebab aku banyak assignment kena siapkan....esok kena submite dah....maknanya tak tido aku malam nie..huhu....ok alllzzz....doakan aku berjaya siapkan esaimen yang berlonggok2 nie.....take care of urself...selamat malam Malaysia!!!
10:09 PM | 6 comments | Read More

Bersama Doakan Kesihatan Ibu Rakan Blogger AZURARAHMAN

Written By HAZRIL HAFIZ on Friday, August 20, 2010 | 2:33 PM

entry nie dibuat selepas aku terbaca entry dari blogger AZURARAHMAN berkenaan kesihatan ibu beliau....sangat simpati dengan nasib yang menimpa beliau....


 jadi inisiatif ini dibuat untuk mengajak semua rakan blogger mendoakan semoga ibu kepada saudari AZURARAHMAN sembuh dari penyakitnya....moga dengan keberkatan Ramadhan, doa kita akan dimakbulkan Tuhan....


anda boleh baca tentang keadaan kesihatan ibu saudari AZURARAHMAN di entry 


Tolong doakan kesihatan mak...


bagi blogger tang prihatin...boleh jugak buat entry ,copy paste sini pon xpe....lagi rmi tau..lagi banyak doa akan termakbul....sekian
2:33 PM | 5 comments | Read More

AL-FATIHAH ....selamat tinggal mak ngah =(

Written By HAZRIL HAFIZ on Monday, July 19, 2010 | 1:16 AM



petang tadi...kakak kol..cakap mak dgn ayah peg mlawat mak ngh kat Hospital Alor Star....kakak cakap mak ngah da teruk...sampai dah xkenal orang...aku dah rasa lain..

tadi malam...kakak kol lagi..dia cakap mak ngah dah xada...bukan setakat rasa lain..ttba aku rasa sgt2 terkejut....cepat sgt mak ngah peg..=((..

lepas sorang,sorang peg....=(....xde mak ngah...raya nanti ..dah xmeriah dah...mybe aku cuma anak saudara...boleh je trima...tapi kesian anak2 mak ngah....Bang Long..Kak Da...Milia..Syamila....huhu...xcmpat mak ngah nk tgk anak2 dia kahwin dulu...

time aku post entry nie...aku masih lagi mnggu ayah datang ambil aku kat UiTM...baru tadi Milia..anak arwah mak ngah mesej,,dia cakap dia dalam van jenazah..otw balik rumah..cara dia msg mmg mcm kool..tapi aku taw...dalam hati dia...memang xkan ada sesapa pown dapat pujuk....ksdihan yg dia rsa xkan sama dengan orang lain rasa....khilangan orng paling kita sayang memang sesuatu yang sgt perit untuk diterima...ditambh plk dgn umur yang masing2 masih lagi muda...hilang tempat bergantung..hilang tempat bermnja...hilang tempat menumpang kasih sayang...

xtaw sebb pa ttba aku rasa sebak bila type nie...skrg..aku xtgk lagi jenazah arwah...ok la lg...jap lagi..bila dah sampai....aku xtaw la dapat tahan or x air mata nie....

k la allzz...got to go....al-Fatihah!!!



1:16 AM | 0 comments | Read More

VIDEO LIVE PECAH KEPALA....erkkk!!!ngeri siot

Written By HAZRIL HAFIZ on Sunday, June 20, 2010 | 5:20 PM

PERHATIAN
first of all...nie adalah video paling ngeri setakat nie yang aku pnh nengok...even aku tgk excident pecah kpala pown xrasa ngeri cam aku tgk video nie...

so dinasihatkan kepada sesiapa yang lemah semangt tolong jangan tengok....

sekali lagi...jangan tengok kepada sesiapa yang xtahan sebab nie bukan 18SG...nie 80SG...

.
.
.
.
.
.


5:20 PM | 7 comments | Read More

Aku Redha!!!terima apa yg ada..

Written By HAZRIL HAFIZ on Wednesday, May 05, 2010 | 6:13 PM



hari nie aku gve up sgt..soalan exam tah pape sush...tapi orang lain cakap senang...aku masuk ja dewam exam tadi dah blur...jadi cam orang xtaw pape...pdahal aku dah study macam2 dah...xtaw r cobaan apa la untuk aku...n sbb xtahan pressure dalam tue jgk...aku kuar awal...tggal 1 soalan xbuat...biar la...aku dah xleh nk tgk dah paper tue tadi...klw lepas,lepas la'...klw x aku kna amek skali lagi sem depan...aku redha je...redha dgn apa yg aku dapat nnt...
.
.
sorry...hari nie aku xde mud dah nk blogging...sorry smua ...aku xdapat nk blogwalking blog korng....nnt aku dah ok ckit aku visit k...!!=(
.
6:13 PM | 0 comments | Read More

Labels

TERKINI (173) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (70) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)