Showing posts with label REVIEW BERITA MENARIK. Show all posts
Showing posts with label REVIEW BERITA MENARIK. Show all posts

Dr. Ezani Farhana Juara Masterchef Malaysia Musim Pertama

Written By HAZRIL HAFIZ on Sunday, January 08, 2012 | 11:47 PM

l2R9NSiapa kata seorang doktor gigi hanya tahu mencabut gigi sahaja? Siapa kata profesion kedoktoran selalunya mereka yang berprofil tinggi dan tak masuk dapur? Malam ini segalanya mungkin. Rancangan Masterchef Malaysia melabuhkan tirainya setelah berbulan bulan semua peserta berusaha untuk menjadi Chef Terhebat di Malaysia.

Makan dan dapat REWARD!! Siapa Tak mahu kan?

Calon favorite iaitu Dr . Ezani Farhana,  berjaya menggondol gelaran juara Masterchef Malaysia Musim Pe dan membawa pulang hadiah wang tunai RM 100,000 dan peluang menerbitkan buku masakan sendiri pada masa hadapan. Dr. Ezani Farhana yang baru berumur 26 Tahun , merupakan seorang doktor gigi dan berasal dari Kajang , Selangor.

rtama

Apa pulak kita nak panggil beliau selepas ini? Chef Dr Ezani Farhana.?? Wahh sedap jugak nama tu !! Tahniah diucapkan kepada beliau . Bagi anda yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang beliau,  boleh :

Like Facebook Ezani ataupun follow Ezani di Twitternya.

11:47 PM | 1 comments | Read More

Terkini Pergolakan Di Mesir.Penerbangan Sulung MAS Bawa Pelajar Tiba di Malaysia Isnin

Written By HAZRIL HAFIZ on Saturday, February 05, 2011 | 7:31 PM


KUALA LUMPUR, 5 Feb — Penerbangan sulung dari Jeddah membawa pulang kira-kira 400 pelajar Malaysia di Mesir akan tiba di tanah air pagi Isnin ini dengan menggunakan Penerbangan Malaysia (MAS).
Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Shahlan Ismail berkata setelah penerbangan terpaksa ditunda kerana masalah teknikal, pesawat MAS itu dijangka tiba kira-kira 9 pagi waktu Malaysia.
Beliau berkata pelajar lain juga akan dibawa pulang ke Malaysia secara berperingkat dengan MAS berbanding perancangan awal menggunakan kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
“Kita dah dapat khidmat MAS... mereka akan menyediakan pesawat yang lebih besar bagi menampung jumlah pelajar yang ramai,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Shahlan berkata, setakat ini seramai 4,914 pelajar telah berjaya dipindahkan ke Jeddah dari Kaherah.
Hari ini, sebanyak lapan pesawat iaitu dua pesawat MAS, tiga pesawat Charlie C130 TUDM dan tiga pesawat AirAsia akan digunakan untuk membawa pelajar berkenaan dari Kaherah ke Jeddah, katanya. — Bernama


7:31 PM | 0 comments | Read More

Terkini Pergolakan Di Mesir.AirAsia, MAS pindah 645 pelajar di Kaherah ke Jeddah

Written By HAZRIL HAFIZ on Friday, February 04, 2011 | 10:51 AM

Pelajar perubatan tahun pertama Universiti Tanta Mesir, Nor Akhbariah Md Najas disambut oleh ibunya, Jamaliah Mohd Salleh sebaik tiba di KLIA. — Foto Bernama

KAHERAH, 4 Feb — Seramai 645 pelajar Malaysia di Mesir dipindahkan ke Jeddah dengan pesawat AirAsia dan Penerbangan Malaysia (MAS) semalam, kata Timbalan Menteri Luar A.Kohilan Pillay.
Seramai 345 pelajar telah pun dipindahkan dengan pesawat MAS pada pukul 3 petang waktu tempatan.
Bagi kumpulan kedua, sebanyak 300 orang pelajar dipindahkan menggunakan pesawat AirAsia.
“Kami akan menghantar mereka ke asrama Tabung Haji di Jeddah,” katanya kepada Bernama di sini semalam.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji Datuk Ismee Ismail berkata seramai 35 kakitangan agensinya ditugaskan membantu proses pemindahan pelajar Malaysia di lokasi berkenaan.
Beliau berkata tujuh daripada mereka adalah petugas Tabung Haji di Kuala Lumpur yang dihantar khas bagi membantu 28 kakitangan badan berkenaan di Jeddah.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Bhd Datuk Kamarudin Meranun pula berkata pihaknya sedang menunggu kebenaran untuk mendaratkan pesawat syarikat itu di Lapangan Terbang Kaherah sebelum berlepas ke Jeddah.
Beliau berkata ia perlu dilakukan sebelum menentukan jumlah sebenar pesawat yang akan digunakan untuk membantu kerajaan memindahkan pelajar dari Mesir ke Jeddah. — Bernama


10:51 AM | 0 comments | Read More

Terkini Pergolakan Di Mesir .Laman Rasmi Berkenaan Maklumat Berkaitan Pelajar di Mesir

Written By HAZRIL HAFIZ on Wednesday, February 02, 2011 | 3:46 PM




bagi sesiapa yang ingin mengetahui maklumat lanjut berkaitan pelajar Malaysia di Mesir ..anda boleh melawat laman web dibawah.








blog ini adalah inisiatif dari  SQUAD PERHUBUNGAN SEMENTARA MESIR-MALAYSIA 


sila klik






Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita






perkembangan lain


Terkini Pergolakan Di Mesir .Tiga pesawat TUDM Berlepas Ke Mesir
Terkini Pergolakan Di Mesir . Pelajar Malaysia Akan Dibawa Pulang
3:46 PM | 0 comments | Read More

Terkini Pergolakan Di Mesir .Tiga pesawat TUDM Berlepas Ke Mesir

KUALA LUMPUR, 2 Feb — Tiga pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dijadual berlepas ke Mesir tengah hari ini bagi membawa pulang rakyat Malaysia yang berda di negara itu.
Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab berkata pesawat tersebut akan turut membawa bekalan makanan bersama mereka.
“Pukul 12 ini tiga pesawat milik TUDM akan berlepas dari Kuala Lumpur.
“Macam-macam makanan mereka akan bawa sekali dalam pesawat tersebut seperti beras, sardin, minyak masak, rempah kari, tepung, dan lain-lain lagi,” kataya ketika dihubungi Bernama.
Katanya kerajaan juga berusaha mendapatkan visa sementara khas daripada kerajaan Arab Saudi bagi membolehkan pelajar yang berada di Mesir dipindahkan ke Jeddah sebelum dibawa pulang.
“...sebab kita nak keluarkan pelajar kita ramai sangat. Jadi kita nak bawa mereka ini ke Jeddah dulu,” katanya.
Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan memutuskan untuk membawa keluar pelajar-pelajar Malaysia dari Mesir menerusi jalan laut dan udara berikutan pergolakan di negara itu yang semakin meruncing.
Perdana Menteri berkata keputusan itu dibuat setelah mendapat laporan daripada delegasi Malaysia ke sana yang diketuai Timbalan Menteri Luar A. Kohilan Pillay dan turut disertai Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Sahlan Ismail.
Dilaporkan terdapat kira-kira 11,000 rakyat Malaysia di negara itu dan daripada jumlah tersebut 7,000 adalah pelajar. — Bernama



sama -sama kita doakan rakyat Malaysia di sana semuanya selamat sampai ke Malaysia...insyaAllah
1:15 PM | 0 comments | Read More

Terkini Pergolakan Di Mesir . Pelajar Malaysia Akan Dibawa Pulang

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini berkata, kerajaan memutuskan untuk membawa keluar pelajar-pelajar Malaysia dari Mesir menerusi laut dan udara berikutan pergolakan di negara itu yang semakin meruncing.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat setelah mendapat laporan daripada delegasi Malaysia ke sana yang diketuai Timbalan Menteri Luar, A. Kohilan Pillay dan turut disertai Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Sahlan Ismail.

“Beberapa langkah segera akan diambil untuk membawa keluar pelajar-pelajar kita dari Mesir,” katanya kepada Bernama di sini.

Antara langkah berkenaan ialah meminta kapal Bunga Mas 5 iaitu sebuah kapal serbaguna yang dikawal oleh Tentera Laut Diraja Malaysia yang sedang bertugas di Teluk Aden, untuk belayar ke Pelabuhan Adabiyah yang terletak kira-kira dua jam setengah perjalanan dari selatan Kaherah, bagi membawa keluar pelajar-pelajar berkenaan.

“Kapal itu dijangka tiba di Pelabuhan Adabiah pada 5 Februari. Ia dapat  memuatkan kira-kira 500 pelajar kita,” katanya.

Najib juga berkata bahawa beliau sudah berunding dengan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman untuk meminta syarikat penerbangan Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) dan AirAsia untuk melakukan penerbangan khas ke Kaherah untuk membawa keluar pelajar-pelajar Malaysia.
“Mereka (MAS dan AirAsia) akan memaklumkan kepada saya esok mengenai kemungkinan menggunakan pesawat mereka untuk tugas ini,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan juga akan berusaha membawa pelajar-pelajar Malaysia ke Jeddah untuk ditempatkan sementara di pusat Tabung Haji di sana sehingga ada penerbangan pulang ke Malaysia.

Bagaimanapun, menurutnya ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan terlebih dahulu termasuk urusan visa pelajar berkenaan.

“Kerajaan sedang berurusan dengan kerajaan Arab Saudi untuk mendapatkan kebenaran khas membawa para pelajar kita ke Jeddah,” kata Najib.

Perdana Menteri berkata, kerajaan akan memberi maklumat lanjut mengenai perkara itu kepada pelajar dan ibu bapa esok.

Sementara itu, Kohilan yang berada di Kaherah ketika dihubungi Bernama hari ini berkata pesawat C-130 Charlie Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) juga akan digunakan bagi membawa keluar pelajar Malaysia di Mesir secara berperingkat ke negara jiran terdekat.

Katanya Dewan Malaysia Abbasiyah, Rumah-Rumah Negeri di Kaherah, dan Rumah Mara di Iskandariah menjadi kawasan perlindungan selamat kepada pelajar-pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir.
 
 
LEBIH 200,000 rakyat Mesir membanjiri Dataran Tahrir di Kaherah semalam bagi menyahut seruan perhimpunan sejuta penunjuk perasaan mendesak Presiden Hosni Mubarak agar berundur.
 
 

“Bagi memastikan keselamatan di sana (rumah perlindungan) serta keperluan harian mencukupi, kerajaan akan meningkatkan kawalan keselamatan serta menyalurkan dengan segera bekalan makanan serta keperluan yang lain,” katanya.

Terdahulu, beliau dan Sahlan Ismail yang mengadakan perjumpaan dengan pegawai-pegawai Rumah Negeri dan wakil-wakil pelajar di Mesir, mendapati rata-rata pelajar Malaysia berada dalam keadaan terkawal dengan moral mereka tinggi.

Sementara itu, Sahlan berkata, pegawai kedutaan ditempatkan dengan segera di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah untuk membantu pelajar dan warganegara Malaysia yang terkandas.
“Kami hadapi masalah untuk berikan bantuan makanan dan minuman ekoran laluan di bandar dan lorong dikawal oleh penduduk Mesir yang berdemonstrasi, jadi tugas pegawai kedutaan adalah untuk menyediakan makanan, dan minuman di samping membantu dalam urusan tempahan tiket,” katanya.

Beliau berkata, sehingga hari ini 150 pelajar dan rakyat Malaysia yang terkandas sejak Sabtu lepas berjaya pulang ke tanah air dengan pembiayaan sendiri menerusi Oman, Abu Dhabi dan Amsterdam.

“Kami jumpa mereka di lapangan terbang dan beri kata-kata semangat sebelum mereka pulang, kami juga akan usahakan untuk (bawa pulang) yang lain,” katanya.

Sahlan berkata, dalam masa yang sama rakyat Malaysia atau ibu bapa khususnya dinasihatkan agar menangguhkan perjalanan yang tidak perlu ke Mesir memandangkan amat sukar untuk mendapatkan penerbangan pulang, di samping kesesakan lapangan terbang dan perintah berkurung yang dikuatkuasakan.

Beliau berkata, kerajaan dan pejabat kedutaan akan terus menyalurkan maklumat mengenai perkembangan semasa kepada semua pelajar dan pegawai-pegawai Malaysia di
Mesir serta kepada rakyat Malaysia. – BERNAMA
 
 
tetiba aku teringat kawan aku Husna hasbullah  still ada kat sana. Hope semuanya selamat dan semuanya selamat pulag ke Malaysia.Amin!!
9:00 AM | 1 comments | Read More

Malaysia Liwat 16 Kanak-Kanak..Indonesia Liwat 96 Kanak-Kanak.Apa Nak Jadi!!!

Written By HAZRIL HAFIZ on Friday, January 14, 2011 | 10:32 AM

Cerita dia Malaysia :


Menurut Ketua Polis Daerah George Town, Asisten Komisioner Gan Kong Meng, polis akan menubuhkan sebuah pasukan petugas khas untuk menyiasat dakwaan penderaan seksual membabitkan kanak² di sebuah rumah perlindungan kanak², selepas seorang ahli perniagaan wanita berusia 41 tahun membuat laporan polis semalam.

Menurut laporan tersebut, mendakwa kanak² berkenaan telah dirogol, diliwat dan dicabul oleh kakitangan, anggota jawatankuasa rumah kanak², termasuk sukarelawannya. Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 377 (C) Kanun Keseksaan kerana kesalahan melakukan hubungan seks luar tabii, tanpa kebenaran. Jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat.

Kejadian tersebut dipercayai membabitkan 16 kanak² daripada 35 kanak² yang ditempatkan di rumah itu yang terletak di Penang Road. Semalam, dua orang mangsa dipercayai di bawah umur, dibawa ke Hospital Besar Pulau Pinang untuk menjalani pemeriksaan perubatan untuk mengesahkan sama ada mangsa dirogol atau diliwat.

Sumber: http://www.anastasyea.com/2011/01/dera-rogol-dan-liwat-membabitkan-16.html#ixzz1B2Dq1l4U





dan cerita dari Indonesia : 



JAKARTA: Seorang penjual mainan semalam mengaku memperkosa sekurang-kurangnya 96 budak lelaki.

Penyiasat, Reynold Hutagalung berkata, lelaki berusia 34 tahun itu ditahan di Jakarta minggu lalu selepas ibu bapa seorang mangsanya membuat laporan polis.

Mangsa berusia belasan tahun itu berkata, dia diculik oleh lelaki berkenaan dan ditahan selama 45 hari.Sepanjang tempoh itu, dia diliwat berulang kali dan dipaksa melakukan aksi seks pada beberapa lelaki lain.

Penjual barang mainan itu mengaku meliwat sekurang-kurangnya 96 budak lelaki berusia antara 13 dan 17 tahun sepanjang dua tahun lalu, kebanyakannya kanak-kanak jalanan yang diambilnya di stesen kereta api, kata Reynold.

“Dia menyimpan senarai dan butiran setiap mangsanya, termasuk nama 16 daripada mereka,” katanya.

 Menurut Reynold, tertuduh, bapa empat anak, juga adalah mangsa pecabulan ketika zaman kanak-kanaknya.


Dia berdepan dengan hukuman penjara 15 tahun jika sabit kesalahan. - AFP


Sumber : http://www.borakkosong.com/2011/01/berita-gila-liwat-96-orang-budak.html#ixzz1B2EJHmTl



apa la yang nak jadi dengan dunia sekarang nie. Budak-budak kecil yang tak tahu papa pun jadi mangsa nafsu binatang semua 'binatang-binatang tu' . Dah gersang sangat kahwin je la 4,5 orang. Tak payah jadikan budak-budak tu mangsa.
10:32 AM | 0 comments | Read More

Khairi Jamaludin Ajak Anwar Ibrahim Berdebat Isu 100 Hari Pakatan Rakyat

Written By HAZRIL HAFIZ on Thursday, January 13, 2011 | 4:30 PM

PETALING JAYA, 13 Jan — Pemuda Umno hari ini telah menyerahkan surat rasmi mempelawa Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berdebat berhubung isu ekonomi yang membabitkan manifesto 100 Hari Pakatan Rakyat sekiranya berjaya merampas Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang.
Surat tersebut diserahkan melalui Penolong Setiausaha Pemuda Umno Datuk Megat Firdouz Megat Junid dan Ketua Penerangan Pemuda Umno Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini.
Dalam surat itu, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin (gambar) menawarkan diri untuk berdebat secara terbuka dengan Anwar yang juga Ketua Umum PKR khusus kepada isu “Kaedah Mengendalikan Ekonomi Negara”.
“Kita telah hantar surat rasmi berdebat dengan YB Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk jelaskan program 100 hari Pakatan Rakyat yang telah diwar-warkan sebelum ini,” katanya.
“Saya dan Datuk Seri Reezal berbesa hati apabila dibenarkan naik untuk menghantar surat tersebut yang sebelum ini hanya dimaklumkan melalui media, Twitter... jadi hari ini YB Khairy secara rasmi mempelawa Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bersama-sama berdebat untuk topik itu,” kata Megat Firdouz kepada pemberita selepas menyerahkan surat pelawaan itu.
Beliau berkata Anwar perlu menerima pelawaan tersebut untuk menjelaskan maksud sebenar Program 100 Hari Pakatan Rakyat yang begitu hangat diperkatakan dalam barisan kepimpinan tiga parti komponen itu termasuk PAS dan DAP.
“Kita mahu memberi ruang dan peluang kepada rakyat untuk menilai apa yang mereka selama ini perkatakan 100 hari ekonomi.
“Respons kakitangan itu adalah akan sampaikan surat itu kepada Datuk Seri Anwar, terpulang kepada beliau untuk terima atau tidak,” katanya.
Beliau berkata pihaknya berharap sangat atas nama demokrasi untuk tahu rancangan mereka sebenar, “terimalah pelawaan, sahutlah pelawaan kami” untuk sama-sama berdebat dan dengar apa yang mereka hendak menjamukan kepada rakyat seperti mana yang mereka katakan dalam tempoh 100 hari jika memerintah.
Megat Firdouz berkata pihaknya menantikan jawapan segera daripada Anwar supaya debat tersebut boleh ditetapkan.
“Tarikh, tempat semua kita akan bincang kemudian... yang penting adalah persetujuan. Kalau Datuk Seri Anwar bersetuju saya dan Reezal akan berbincang dengan pentadbiran untuk menentukan tarikh dan tempat.
“Kami minta jawapan secepat yang mungkin.
“Itu terpulang kepada mereka (untuk turunkan siapa), kami hanya mahu dengar dan berdebat tentang apa yang mereka mahu katakan,” katanya.
Sementara itu, Reezal Merican pula berkata Pemuda Umno tidak kisah sekiranya Anwar mahu menurunkan orang lain untuk berdebat dengan Khairy kerana apa yang lebih penting adalah penjelasan kepada rakyat.
“Beginilah, pelawaan yang kita hadir hari ini adalah pelawaan yang penuh tanggungjawab sebab itu Pemuda Umno hantar dua senior Exco kerana kita terima permintaan Datuk Seri Anwar untuk berdebat tentang tatacara untuk mengendalikan ekonomi negara.
“Ini penting kerana ini membabitkan soal kepentingan rakyat dan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) ada tanggungjawab kepada rakyat yang lebih besar.
“Soal siapa tidak penting tapi soal yang lebih penting adalah tanggungjawab kita kepada rakyat, rakyat nak dengar.
Jadi kita nak buka lantai demokrasi yang lebih luas bukan hanya kepada pendebat ini tapi kepada rakyat untuk menilai,” katanya.
Beliau percaya Anwar akan menerima pelawaan tersebut untuk membuktikan kepada rakyat bahawa program 100 Hari Pakatan Rakyat itu dapat membantu mengurangkan perbelanjaan ekonomi negara.
“Datuk Seri Anwar tentu ada dalam kepalanya tentang perkara-perkara yang mahu dihidangkan dan santapan kepada rakyat dalam menuju ke depan, begitu juga Khairy.
“Jadi jangan anggap debat ini adalah soal untuk mencari kemenangan, bagi saya kemenangan sebenar adalah untuk rakyat. Saya tidak nampak kenapa Datuk Seri Anwar tidak akan terima, ini adalah masa terbaik untuk beliau.
“Buktikan kepada rakyat, saya percaya beliau akan lakukan,” katanya.
Sebelum ini Anwar mencabar Najib untuk berdebat berhubung dasar-dasar ekonomi Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat namun ditolak Najib.
Anwar membuat cabaran itu ekoran kecaman Najib mengenai inisiatif Pakatan Rakyat dengan mengatakan parti itu mampu membiayai program 100 Hari mereka dengan hanya memerlukan dana RM19 bilion.



agak -agak kenapa KJ ajak berdebat?sebelum nie bukan main lagi cakap dah tak kamu bertanding pilihanraya akan datang...ada agenda lain ke??or memang KJ sengaja nak rakyat Malaysia semua tahu maksud sebenar 100 hari tu...kalau tak buat debat..susah untuk spread benda tu ke seluruh negar...hmmm....fikirkan!!
4:30 PM | 0 comments | Read More

Kisah Adik Lin Yang Tabah Walau Disimbah Asid Oleh Ayah

Written By HAZRIL HAFIZ on Wednesday, January 12, 2011 | 2:05 PM







entry nie adalah entry 100% copy paste dari kosmo ...aku tertarik dengan cerita adik Lin yang disimbah asid oleh ayah kandung dia sendiri...yelaa walaupon kejadian tu dah ubah hidup dah untuk selama lamanya..tapi dia tetap sayang ayah yang  buat dia sampai jadi cacat seumur hidup macam tu....jom baca kisah nie....menarik sangat dan sangat menyentuh perasaan..(tapi aku tak nangis pasal aku hati keras )haha



PADA zaman kecilnya, pipi gebu Nurul Dahyatul Fazlinda, 9, sering menerima ciuman daripada ayahnya, Mat Haizan Mat Yasin, 32. Malah, kanak-kanak comel itu ditatang bagai minyak yang penuh oleh Mat Haizan. Benar, Mat Haizan seorang lelaki yang penyayang dan penuh kasih sayang.
Lelaki itu juga sanggup berjaga malam ketika Nurul Dahyatul Fazlinda jatuh sakit, selain sanggup bangun pada waktu dinihari untuk membancuh susu anaknya itu.
Namun, pada 15 Ogos lalu, keindahan dunia kanak-kanak yang dilalui oleh kanak-kanak itu berubah wajah. Pada hari kejadian, Nurul Dahyatul Fazlinda atau lebih mesra dengan panggilan Lin telah disimbah asid oleh bapanya.
Namun, curahan kasih sayang diterima oleh kanak-kanak itu sepanjang lapan tahun menyebabkan dia sedikit pun tidak menyimpan dendam kepada bapanya. Apatah lagi mahu membenci Mat Haizan.
“Lin tak marah, sebab Lin sayang abah. Sayang abah sangat-sangat.”
Itulah ayat keramat yang terpacul dari mulut kanak-kanak itu terhadap bapanya meskipun kesan simbahan asid itu telah mengubah wajah comel Lin.
Perubahan pada wajahnya yang diibaratkan seperti hantu oleh rakan-rakan Lin di sekolah menyebabkan Lin enggan ke sekolah.
Kisah malang yang menimpa Lin bermula daripada amarah Mat Haizan terhadap isterinya Che Ku Zaimah Che Ku Awang, 28, sekitar pukul 1.45 pagi di kediaman mereka di Kampung Sekayu, Hulu Terengganu.
Asid yang dibawa untuk menakut-nakutkan wanita itu bukan hanya mencederakan Che Ku Zaimah saja, tetapi dua cahaya mata mereka iaitu Lin dan Muhammad Irfan Firdaus, 2, selain ibu mertua, Minah Omar, 56.
NURUL DAHYATUL FAZLINDA menaruh harapan wajahnya akan kembali normal seperti biasa.


Natijahnya, kesemua mangsa lelaki itu kini terpaksa menanggung derita seumur hidup, jauh lebih lama daripada hukuman penjara 10 tahun yang dijalani oleh Mat Haizan akibat perbuatannya itu.
Paling teruk menerima kesan tersebut ialah Lin yang terpaksa dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) selama 36 hari. Lebih menyedihkan, Lin terpaksa meneruskan hidup dalam kesengsaraan dan tekanan emosi yang sukar digambarkan. Lin bukan sahaja hilang keyakinan diri ekoran dipanggil ‘hantu’ oleh kanak-kanak nakal, malah dia terpaksa mengasingkan diri.
Penyesalan Mat Haizan
Biarpun luka fizikal dan luka di hatinya belum sembuh, kanak-kanak itu masih tetap mempertahankan lelaki bergelar bapa itu. Paling sayu apabila kanak-kanak itu memanggil abah...abah...berkali-kali dalam keadaan tidak sedar ketika menjalani pembedahan baru-baru ini.
Ketika bisa di seluruh anggota badan belum hilang, kanak-kanak itu juga membuat satu permintaan mahu berjumpa bapanya walaupun sekali untuk melepaskan rindu kepada insan yang paling rapat dengannya itu.
Seminggu selepas sambutan Aidiladha, hajat Lin dimakbulkan. Yang pasti tangisan penyesalan Mat Haizan yang mengiringi pertemuan kira-kira setengah jam di penjara Marang, Terengganu itu ternyata sudah terlewat.
Ini kerana lelaki itu terlalu terkejut selepas mendapati wajah anak kesayangannya menjadi cacat akibat tindakannya yang gagal mengawal emosi pada hari malang empat Ramadan tahun lalu.
Namun penyesalan dan ungkapan maaf berkali-kali lelaki itu tidak mampu untuk mengembalikan wajah anak kesayangannya dalam sekelip mata itu.
Lin juga tidak sesekali memberitahu orang ramai bahawa parut di muka yang sangat jelas kelihatan itu berpunca daripada perbuatan bapanya. Bahkan, kepada yang tahu Lin menyatakan bapanya tidak sengaja melakukan perbuatan itu.
Hari ini, Lin menjadi kanak-kanak lain. Hobi membaca di sebuah Perpustakaan Mini di Kampung Sekayu itu terpaksa dihadkan selepas sebahagian muka dan badannya menggelembung akibat kesan terkena asid.
NURUL DAHYATUL FAZLINDA tidak sesekali memberitahu orang ramai bahawa parut di mukanya berpunca daripada perbuatan bapanya.


Bentuk hidungnya juga menjadi aneh dan rongga pernafasan utama hidungnya semakin mengecil serta menyebabkan suara kanak-kanak periang itu bertukar menjadi sengau.
Mata sebelah kanan Lin juga turut terjejas kerana ia tidak boleh ditutup sepenuhnya selain menyebabkan dia mudah silau dan terjaga daripada tidur apabila terkena cahaya.
Sejak insiden itu, Lin tidak pernah lagi menjejakkan kaki ke Taman Rekreasi Sekayu yang menjadi taman permainannya kerana sering menjadi mangsa ejekan kanak-kanak yang tidak mengerti penderitaannya.
Menurut Lin, berbanding kakak dan dua adiknya, dia yang paling rapat dengan Mat Haizan. Bahkan, bapanya sering membawa Lin bersiar-siar di sekitar kampung.
Ketika menonton televisyen di rumah, Lin lebih selesa duduk di atas riba bapanya itu. Namun kemesraan itu menjadi memori terindah kepada Lin sepanjang bapanya meringkuk di penjara selama 10 tahun.
“Ayah tak sengaja buat (mencurah asid), cuma Lin yang tak bernasib baik sebab Lin ada masa ayah bergaduh dengan ibu,” ceritanya lagi.
Memakai topeng tekanan
Menurut Lin, dia terjaga daripada tidur selepas terdengar bunyi bising pergaduhan antara ayah dan ibunya dan ketika itu dia lihat adik bongsunya Muhammad Irfan Firdaus juga terjaga.
“Lin nak pergi ambil adik Irfan tapi tiba-tiba Lin rasa panas dan pedih yang amat sebab itu Lin terus masuk bilik air dan mandi,” katanya menceritakan semula insiden itu.
Jiran yang juga saudaranya turut menghulur bantuan menghantar mereka ke Hospital Hulu Terengganu sebelum dia dirujuk dan menghuni (HSNZ) selama lebih sebulan.
Empat bulan selepas insiden itu berlalu, Lin mengharapkan keajaiban yang dapat mengembalikan wajah asalnya.
Ahad lalu, Lin menerima rawatan perubatan. Lin selamat menjalani pembedahan pembuangan parut fasa pertama pada wajahnya. Menurut pakar perunding pembedahan plastik, Dr. Najihah Sharida Zakaria, pembedahan yang dilakukan baru-baru ini hanya satu bahagian kecil. Lin akan menjalani beberapa lagi fasa pembedahan dalam tempoh beberapa tahun.
Jelas Dr. Najihah, Lin dijangka boleh memasuki semula sekolah dalam masa dua minggu lagi, bagaimanapun perlu memakai topeng tekanan pada wajahnya untuk satu tempoh yang lama bagi memastikan parut tidak tumbuh semula.

KIRI: Guru kelas, Hidayati Rasid memberi tunjuk ajar kepada Nurul Dahyatul Fazlinda sambil diperhatikan rakan-rakannya ketika sesi persekolahan di Sekolah Kebangsaan Padang Setar, Hulu Terengganu, baru-baru ini.


“Lin boleh kembali ke sekolah tetapi harus dipantau dan jika tiada masalah dia boleh menjalani pembedahan kedua selepas enam bulan. Apa yang penting, dia harus berdisiplin dan sentiasa mengikut arahan doktor bagi memastikan kesan parut dapat diminimumkan,” katanya.
Dalam pembedahan itu pasukan bedah plastik di (HSNZ) telah mengambil kulit paha kanan Lin untuk menampal parut di bahagian kiri mukanya.
Pada pertemuan singkat dengan Lin selepas sehari dibedah, ungkap kanak-kanak comel itu: “Kesan akibat pembedahan pada wajah sudah berkurangan. Tetapi paha yang doktor ambil kulit ada rasa sakit lagi.”


sumber asal : Kosmo! Online
2:05 PM | 1 comments | Read More

Labels

TERKINI (173) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (70) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)