Showing posts with label Blogger Utara. Show all posts
Showing posts with label Blogger Utara. Show all posts

Tempahan Baju Kelab Blogger Utagha Tahun 2012 Dibuka

Written By HAZRIL HAFIZ on Tuesday, January 10, 2012 | 1:16 PM

ENTRY INI ADALAH HAK MILIK SEPENUHNYA KIERASAKURA. Tengok gambar ini :

294829_1803738387658_1665822561_1429544_5391773_n

Best kan bila ada event bersama blogger, kita ada baju rasmi untuk dipakai (sila abaikan yang sorang tu..itu special case ..haha)


Assalamualaikum semua

kira nak bukak tempahan shirt KBU (Kami Blogger Utagha)..

bagi sesiapa yang berminat nak beli shirt KBU boleh bank in kat akaun kira dan isi form bawah nie,  lepas tue klik SUBMIT..

semua kotak tue wajib isi jangan skip2 ok... -mood cengei mai dah- hihihi

Harga lengan pendek :: RM28 . sekiranya kuantiti tempahan melebihi 30 helai harga akan berkurangan menjadi RM27. kira akan bagi balance kalau harga bertukar bagi sesiapa yang dah bank in.

Harga lengan panjang :: tambah RM2

Kos Penghantaran bg yg nak kira pos :: RM6

Material :: cotton

Warna :: Hitam
url Link :: kaler putih (perempuan link akan diletakkan dibahagian depan baju, lelaki link akan diletakkan dibelkang baju)
kolar :: roundneck

akaun maybank : Nur Syakira binti Yaakub

158172923744

dah bank in mesej atau pm kira inform tarikh, masa dan nilai korang bank in tue.. sebarang pertanyaan blh pm kira..

tarikh akhir tempahan dan bayaran 31 Januari 2012 (xde postponed ok)

BAGI YANG BERMINAT UNTUK BUAT TEMPAHAN . SILA KLIK :

image


Sebelum ni Kelab Blogger Utagha jugak dah pernah bukak tempahan baju pada tahun lepas dan alhamdulillah kami semua memang seronok pakai baju yang sama masa buat gathering . Boleh ushar di entry entry ini :
Tempahan Baju Kelab Blogger Utagha Khas Untuk Blogger Utara!!!
UPDATE!! Gathering Blogger Utagha Bersama Sama Anak Yatim
KBU WE CARE : Kembara Ramadhan Kami Blogger Utagha Bersama Warga Tua
TENTATIF PROGRAM KEMBARA RAMADHAN DAN KEMPEN JALUR GEMILANG

Gathering Kelab Kami Blogger Utagha Masuk Paper

1:16 PM | 1 comments | Read More

TENTATIF PROGRAM KEMBARA RAMADHAN DAN KEMPEN JALUR GEMILANG BLOGGER UTAGHA

Written By HAZRIL HAFIZ on Tuesday, August 16, 2011 | 5:45 AM

Before this aku ada buat entry berkaitan program amal yang akan dijalankan oleh geng geng blogger utara . Sila rujuk entry KEMBARA RAMADHAN (Majlis Berbuka puasa Bersama Anak Yatim & Warga Emas “Kami Blogger Utagha”)

Tentatif Program Majlis Kembara Ramadhan dan Kempen Jalur Gemilang


Anjuran Bersama KBU dan MAYC Kg Padang Melangit, Perlis


Tarikh : 20 Ogos 2011 (SABTU)Lokasi : Masjid Kg Padang Melangit, Perlis 

1.30 ptg : Ahli dari Penang akan bertolak
3.30 ptg : Berkumpul di Stesen Minyak Mobil / Esso Jalan Putra, Mergong (sebelah kiri ke kangar)
4.15 ptg : Berkumpul di Perlis - Petronas Taman Guru Jaya, Kangar (Menghala ke Beseri)
               : Konvoi ke Balai Baru
5.00 ptg : Konvoi Kempen Jalur Gemilang dengan MAYC ke Kg Padang Melangit
6.00 ptg : Penyampaian Sumbangan
7.00 mlm : Ketibaan VVIP (MB Perlis, YB Santan, MAYC Negeri, Majlis Belia Negeri)
7.35 mlm : Berbuka Puasa - makanan ringan (Kurma dan minum air sahaja)
7.45 mlm : Solat Maghrib berjemaah
8.00 mlm : Makan Malam (berbuka dengan makanan berat)
8.40 mlm : Solat Isyak dan Terawih
10.00 mlm : Bersurai


** SETIAP AHLI YANG HADIR AKAN PEGANG 2 @ 3  ORANG PENERIMA SUMBANGAN UNTUK MENGIRINGI WARGA EMAS SEMASA PENYAMPAIAN SUMBANGAN


UNTUK PENGANGKUTAN...sila rujuk / ctc wakil negeri masing-masing


Diharap ahli yang terlibat untuk program ini...dapat memberi kerjasama dengan sewajarnya supaya majlis yang dirancang akan berjalan lancar..sekiranya mempunyai masalah sila maklum dengan segera.


Sekian, terima kasih


Harap Maklum

 

sebarang pertanyaan lanjut boleh terus berhubung dengan admin Kami Blogger Utagha :

GKSB- 019-4446535

Pakcu sofi- 0194406353

Adish Shida- 014-7577561

 

MAKLUMAT LANJUT RUJUK SINI

5:45 AM | 0 comments | Read More

Tempahan Stiker Motor Dan Kereta Untuk Blogger Utara

Written By HAZRIL HAFIZ on Tuesday, March 22, 2011 | 9:18 AM

selepas mengeluarkan Baju rasmi dan paperbag Kelab, kini Kelab Kami Blogger Utagha keluarkan pulak stiker untuk kereta , motosikal, lori, kren. dan kalau ada kapal terbang punh boleh ja tempek dekat kokpit plane tu. Dan anda juga tak akan disaman kalau tempek kat dahi sendiri.

Bawah ni ada 4 design warna yang masih menjadi perdebatan dan penyebab perang saudara dalam memilih design paling dicintai ramai. Aku pilih 1 sebab sama dengan stiker UiTM.at least tempek sebelah warna dia tak la buruk sangat.haha. dah la motor aku memang dah buruk, nanti tak pasal lagi huduh.

mesej dari  Pakcu Sofi

Mintak tlg kerjasama semua sila VOTE design sticker KBU...1. Purple
2. Pink
3. Biru
4. Hitam
5. Transparent (tmbah duit)


vote sebelum pukoi12 sok..nakp hantaq kedai dah

haa dah puas tenung design2 tu?kalau tak puas lagi, sila tempek dahi kat skrin lappy tu pastu pusing2 bola mata tu bagi jelas sikit.so dah buat pilihan>?sila vote di SINI. Anda kena mendaftar sebagai ahli KBU dulu okeh?dan tambahan , tinggal beberapa hari ja lagi untuk gathering besar pertama KBU di Pantai Teluk Asam, Penang bersama sama anak yatim. bukan anak yang bapak dia nama yatim tapi ini betul betul anak yatim ya.

damn it sebab aku tak leh join. Kena ke Pangkor 3hari untuk kursus. WATDEFISH!!

sila baca :

Update Terbaru Berkenaan Gathering Bersama Anak Anak Yatim

9:18 AM | 0 comments | Read More

Gathering Kelab Kami Blogger Utagha Masuk Paper

Written By HAZRIL HAFIZ on Wednesday, March 16, 2011 | 4:15 PM

waa Kelab Kami Blogger Utagha semakin popular and ahli semakin bertambah hari ek hari. Tahniah la..And hari ni ,semua detail berkenaan gathering yang akan diadakan minggu hadapan disiarkan dalam surat khabar Sinar Harian.cekidaut

image

tahniah ye Cik GKSB sebab nama penuh anda telah direveal.ahaha

dan maklumat lanjut berkaitan Gathering adalah seperti banner dibawah

image

KLIK PADA BANNER UNTUK KE ENTRY BERKENAAN GATHERING TERSEBUT

4:15 PM | 4 comments | Read More

Tempahan Baju Kelab Blogger Utagha Khas Untuk Blogger Utara!!!

Written By HAZRIL HAFIZ on Wednesday, March 09, 2011 | 8:11 PM


Kelab blogger Utagha melangkah ke depan sekali lagi mengatasi negeri negeri lain apabila mereka sekali lagi memperkenalkan baju mereka sendiri untuk menunjukkan kebersatuan dan kekerjasamaan mereka semua. Ini adalah satu berita baik untuk semua kalangan penduduk bloggerisme kerana penyatuan ini dapat memastikan kebersatuan mereka akan berkekalan selamanya.(ayat cam haram)

okeh tak mau cakap banyak ..ini entry khas untuk kesemua blogger yang berasal dari kawasan Utara iaitu Perlis, Kedah, Penang dan Perak. Tidak kira sama ada anda sekarang tinggal di mana mana pun asalkan anda semua pernah berada di utara, jom kita ramai2 buat baju. Bila gathering nanti senang la nak cam .hehee..Tahniah KBU..


ini design yang dipilih (alhamdulillah design aku tak dipilih . Tak payah aku design balik ke pixel besar untuk hantar kedai.haha) design baju ni dibuat oleh The Sharkox. Terbaik lah bro…




bahagian hadapan


belakang


bahagian belakang akan jadi macam ini

dan ini design bahagian hadapan


pic credit rembat dari CIK GKSB


cara nak tempah (copy dari SINI )
  • Harga yang dianggarkan dalam RM 25 untuk lengan pendek dan RM 27 untuk lengan panjang.
  • Untuk tambahan link blog sendiri RM 2.00.
  • Harga tertakluk kepada perubahan~tidak termasuk kos penghantaran.
  • Untuk tempahan email anyss273@gmail.com atau PM inbox FB
  • sertakan nama blog, no telefon dan saiz baju sekali yer dan nak baju lengan pendek atau lengan panjang.
  • Selewat-lewatnya sebelum hari Jumaat ni 11 Mac 2011.

maklumat lanjut boleh terus berhubung dengan CIK GKSB


update terbaru : tambahan link blog sendiri ,cuma perlu bayar RM 2.00 instead of RM 2.50 awal2 haritu. Dah dapat deal dengan pembekal.



8:11 PM | 4 comments | Read More

Air Kosong Boleh Basi Tak??

Written By HAZRIL HAFIZ on Wednesday, March 02, 2011 | 9:40 PM

pertanyaan dari Oshin Jati yang aku jumpa masa gathering haritu ..aku pun tak terfikir nak tanya soalan macam nie..kreatif betul si Oshin ni kan?haha

ehh air kosong boleh basi ke tak haa?tapi kalau ikut pengalaman setakat ni belum laggi la aku jumpa,but kalau air tu disimpan lama cuma akan berbau sikit and rasa dia macam tak best je la.

Ok ini teori kepala otak tak betul dari aku. Kalau ikutkan air sungai dan laut dari awal mula bumi ni wujud dah ada kan and sampai sekarang tak pernah basi. Then air hujan yang turun pun tak pernah rasa basi plak kan?So secara teorinya air kosong tak basi. haha

Macam nie punya entry pun ada ka?ok fine aku tak da idea dah , so mana yang aku rasa menarik otomatit la aku printscreen masuk ja and then terus buat entry

sila renungkan perbualan dibawah. Dialog berikut dicopy dari Group Kami Blogger Utagha. acehh awat ayat aku skema semacam?rasa macam nak tumbuk diri sendiri ja.

image

sorry kalau sesiapa yang kurang faham sebab kebanyakan dari ayat di atas adalah bahasa kedah piauuu punya…

9:40 PM | 6 comments | Read More

Design T-Shirt Muslimah Kami Blogger Utagha (KBU)

Written By HAZRIL HAFIZ on Friday, February 25, 2011 | 2:28 PM

kali ni , nak menghabiskan masa, aku design pulak baju t-shirt Kami Blogger Utagha untuk golongan muslimah yang nakkan baju yang labuh dan menutup aurat . Ada blogger yang request untuk baju nie but unfortunately aku tak ingat nama blogger tersebut. Kalau anda baca nie sila bagitau okeh..

aku tetap gunakan design yang sama untuk baju T-shirt biasa. Yela dah nama nak seragamkan . Cuma design baju muslimah nie tak da design dibelakang sebab memang tak sesuai la kan tetiba ada gambar kat belakang.

so untuk sesiapa yang belum vote 8 Jenis Design, boleh berbuat demikian di bahagian atas sidebar kiri blog nie. maklumat lanjut boleh terus baca entry 8 Pilihan Design T- Shirt Kami Blogger Utagha (KBU) dan vote okeh??sebarang komen dan cadangan untuk entry nie boleh terus tinggalkan komen dibawah .Sekian

2:28 PM | 2 comments | Read More

8 Pilihan Design T- Shirt Kami Blogger Utagha (KBU)

Written By HAZRIL HAFIZ on Thursday, February 24, 2011 | 12:17 PM

Salam semua terutamanya untuk Kelab Blogger Utagha sebab entry nie untuk ampa semua ..okeh hari nie aku nak menyemakkan mata ampa semua dengan design terbaru dan terburuk dari aku.haha..

kalau dalam entry sebelum nie aku dah mengarut dengan 2 jenis design aku yang tak elok langsung tuh..kali nie aku dah ubah warna atas permintaan beberapa orang blogger yang nak merah dan jugak pink (ofkos pompuan) .haha.

Ini sekadar pemandangan buang masa ja okeh..aku tak suruh pun design nie dipilih untuk jadi baju T-Shirt KBU. Takkan ampa mau kot pakai baju p gathering design cam nie?haha. Takmau nya kan??Ahh ngarut panjang2 pun tak dapat apa2..so jom kita tengok design ngarut dari aku..Kod ditanda dengan KBU 1 –KBU 8..untuk full screen setiap gambar sila klik link di bawah gambar tu okeh..


Print


Print


Print


Print



Print



Print




Print



Print


itu je la yang aku sempat buat setakat nie. Kalau ada yang suka Alhamdulillah. And kalau ada yang tak suka jangan malu malu nak kemukakan cadangan dan kritikan okeh?sangat sangat dialu alukan =)

UNDIAN BOLEH DIBUAT DI BAHAGIAN ATAS SIDEBAR SEBELAH KIRI..



p/s : ini cuma design suka suka dan belum confirm pun akan guna design nie. Kalau ada sesiapa yang kreatif tu sila silakan la buat design. Kita tengok mana yang sesuai dan jadi pilihan ramai okeh? and PERHATIAN!!(aku nak warna itam..lalalala..hahaha)





 

12:17 PM | 12 comments | Read More

Follower Ke 500 : Blogger Kiera'sakura

Written By HAZRIL HAFIZ on Wednesday, February 23, 2011 | 4:36 PM

Salam..sebenarnya entry ni aku dah huat 2 hari lepas..but terpksa ditagguhkan nak publish sebab aku format lappy aku , aku simpan dalam Window Live Writer and bila dah install balik baru boleh guna….

semalam dah cukup la follower aku yang ke 500. Sikit je pun walaupon dah lama aku berblogging. Tak kisah la banyak mana pun follower aku. Yang penting ada jugak yang nak follow upo dengan blog cikai macam aku nie. But the thing is nak bagitahu jugak la yang sebenarnya kalau follower beribu ribu tapi pembaca tarak pun buat apa kan?biar orang tu follow kita sebab dia nak baca blog kita. Explanation panjang lebar sila baca di Tips ‘Followeraddicted vs Visitoraddicted’ Follower Banyak Atau Visitor Banyak

untuk review bloggers kali nie aku buat istimewa untuk bloggers yang dah menjadi follower ke 500 iaitu Kiera'sakura . Thank sebab sudi follow blog nie=))anda memang istimewa.

kiera\

seriusly header nie menarik. kalau orang lain semua pakai adobe ,pakai photoscape and watsoeva la tapi si kierasakura ni gunakan kreativiti sendiri dengan snap gambar,mungkin hadiah harijadi kot..yeke?haha

dilahirkan pada 29 September 1989. Betul ke tak tah?haha. dia jugak salah sorang Blogger Utagha.Arhh tak da idea nak type

cuma nak tanya sikit ..memang tak dak shoutbox ek?haha

apa2 pun jom terjah blogger Kiera'sakura..

4:36 PM | 1 comments | Read More

Design Baju Kedua Kami Blogger Utagha

Written By HAZRIL HAFIZ on Monday, February 21, 2011 | 6:34 PM


ini adalah design buruk yang kedua yang aku try try buat kot2 la ada yang berkenan nak buat untuk baju Kelab Blogger Utagha. ..perasan..haha...ini cuma design kasar ja, aku buat lepas balik dari kelas tadi. Ada sedikit perubahan dan penambahan dari design pertama dulu. Aku buat sesimple yang boleh sebab ramai yang cakap kalau simple lagi cantik. kalau banyak sangat design jadi buruk pulak nanti ( padahal ini pun memang buruk).

kritikan ,kutukan dan sebarang cadangan amat2 digalakkan. okeh aku tau buruk tapi nak tunjukkan jugak dengan hampa semua. Taraaa...sila tutup mata sebab buruk..haha


klik pada gambar untuk besarkan


semua design adalah bukan rekaan aku 100 %. Aku search and google apa yang menarik and ubah and combine ikut kesesuaian and sedap mata aku memandang. So rasanya tak ada kes plagiat kan?kan3x?haha

and bagi sesiapa yang belum tengok design first aku ,meh nak tunjuk 



nanti rajin aku try buat yang lain pulak
6:34 PM | 7 comments | Read More

Gathering Bersama Nuffnang Dikawasan Utara..Perak,Penang, Kedah,Perlis Bakal Jadi Kenyataan!

Written By HAZRIL HAFIZ on Wednesday, January 19, 2011 | 12:11 PM

semalam aku ada main-main mesej dengan nuffnang. Ngorat-ngorat staff yang cun-cun kat situ,pastu kena sepak..ok tipu..

semalam punya cerita, aku ada bertanya pada nuffnang pasal gathering bersama nuffnang, selalunya kalau ada event bersama nuffnang memang akan buat sekitar kawasan KL or Selangor je.Jarang buat luar dari kawasan tu . then semalam jugak,aku terbaca nuffnang nak buat event di Kelantan. Betul ke?Jeles la macam tu..mana boleh jadi

dengan muka penuh mengharap aku email la helpdesk nuffnang and u know what. Satu yang aku suka dengan staf2 nuffnang nie.Laju je dia reply. Kalau pejabat kerajaan nak tunggu reply jawabnya sebulan la.Tak pun setahun. Paling kurang asam tak reply langsung.shessshh

ini antara jawapan dari nuffnnag helpdesk..(kena saman tak letak dalam blog?)


Hi Hazril,

We are always exploring to organize more events outside Klang Valley. However, the support from both bloggers and advertisers have been quite low and thus it is difficult for us to justify it.

Nevertheless, we\'ll push for it more and who knows, we might have an event in Penang next? :D



NICE !!kan best kalau dalam masa terdekat ni.masa raya cina nanti ka.Nuffnang boleh organised event di kawasan utara pulak, Yela bukan kawasan KL je banyak blogger. Kawasan utara pun rasanya beribu-ribu blogger ada.So rasanya tak ada masalah untuk kami semua untuk support semua event-event nuffnang.kan3x?

amacam mesej yang aku hantar di nuffnang semalam, rasanya nuffnang tak ada masalah untuk organised di kawasan utara sebab di sini pun ada jugak branch Penang..ini alamat Nuffnang Penang Branch.



Penang (Malaysia) Office

Nuffnang Sdn. Bhd. (762669-K)
S-20-G&H, Menara Northam,
55, Jalan Sultan Ahmad Shah,
10050 Penang,
Malaysia.
Office No : +6 04 3701 722
Fax No : +6 04 3701 711


siap dengan office number lagi aku bagi.Padahal ciplak kat sini je 

and aku ada satu cadangan yang aku harap pihak nuffnang akan ambil sebagai sesuatu yang boleh diimplementasikan di masa depan. Mungkinkah setiap tahun nuffnang boleh buat satu jelajah ke seluruh Malaysia. Dari kawasan utara sampai ke kawasan Sabah Sarawak untuk berjumpa dan buat aktiviti bersama semua blogger-blogger di Malaysia. Mesti dapat sambutan dan kalau media pun dipanggil, nuffnang mesti akan lagi popular .tak gitu?

So dengan muka penuh harapan .aku sebagai wakil (sejak bila tah orang lantik) dari blogger kawasan utara sangat berharap untuk semua ni dapat direalitikan . 

Selingan : aku ada jugak la terfikir untuk organised satu gathering untuk blogger Kedah.but rasanya kalau blogger utara lain nak join pun menarik jugak. Pada blogger dari kawasan utara yang baca entry ini boleh la bagi idea dan kalau boleh like la atau repost atau buat entry sendiri untuk dapatkan lebih banyak idea dari semua blogger dari kawasan utagha nohhh..

Sekian..
12:11 PM | 3 comments | Read More

Labels

TERKINI (173) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (70) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)