Home » , » Tips ‘Followeraddicted vs Visitoraddicted’ Follower Banyak Atau Visitor Banyak?

Tips ‘Followeraddicted vs Visitoraddicted’ Follower Banyak Atau Visitor Banyak?

Written By Hafiz Rahman on Thursday, January 20, 2011 | 11:45 AM

tips ini mungkin berguna kepada blogger yang baru dan mungkin tak berguna kepada blogger yang dah lama dan pandai.Tapi mungkin berguna jugak kadang-kadang walaupon pada mulanya tak berguna.Argghh apa ni?*gila!

dua perkataan di tajuk adalah perkataan yang aku hentam keromo sendiri.Tak pasti pulak yang word tu wujud or tak..haha

disini aku nak bagi dua situasi

  1. seorang blogger ada 4000 ++ follower tapi setiap kali masuk blog beliau cuma ada tak lebih dari 10 orang ja yang online satu satu masa
  2. seorang blogger cuma ada 400 follower tapi setiap kali masuk blog dia, akan ada tak kurang 10 orang yang online setiap masa

dua situasi di atas ada aku detect di beberapa blog yang aku lawat dan yang aku perasan. Ada tiga benda yang boleh memuaskan hati manusia yang digelar blogger nie tapi aku nak kupas (aiseh ayat) dua ja :

  1. Follower ramai
  2. Visitor ramai
  3. Blog cantik

Situasi 1 : FOLLOWERADDICTED  

ada sesetengah yang tak kisah jumlah visitor dan golongan blogger nie puas hati kalau tengok follower bertambah setiap hari. Dia memang tak kisah dengan jumlah visitor yang datang melawat. Golongan followeraddicted selalunya akan follow banyak-banyak blog dan berharap yang blog yang difollow tu akan follow dia balik. Inilah case yang selalu kita dengar rungutan blogger blogger yang semak kepala  dengan ayat i follow u,u follow me . Mengikut pengalaman aku yang dah berblogging selama lebih kurang setahun setengah nie,(acece macam la lama sangat .lempang mau?) followeraddicted selalunya akan merebak dikalangan blogger-blogger yang baru buat blog.Means newbie atau blogger yang baru masuk dunia blogging. Tak aku nafikan sebab aku pun dulu macam tu jugak. Memang buat kerja-kerja i follow u,u follow me  tu . So aku ni antara golongan yang semakkan kepala blogger jugak la kiranya kan?haha.Itu dulu.Sekarang aku tak buat dah kerja kerja ni. Dh insaf dah.Dah pandai dah .hehe

 

Situasi 2 : VISITORADDICTED

kebanyakan dari blogger yang dah mula faham erti sebenar berblogging akan mula mementingkan jumlah visitor yang datang melawat. Masa ni lah dia akan mula rajin blogwalking, tinggalkan komen so that orang akan datang melawat. Masa ni la semua butang-butang like dan jugak retweet akan dipasang. Dan masa ni jugaklah kerajinan untuk check stats dia Dashboard blogger atau analytic nuffnang akan bertambah-tambah. kalau boleh setiap kali online memang akan buka analytic untuk check jumlah visitor yang datang. Dan masa ni jugak , bila masuk ja blog sendiri, first, mata akan pandang pada widget online visitor . 5,6x dia akan refresh balik page after post entry sebab nak check ada ka pertambahan lepas publish entry.Blogger visitoraddicted ni sekarang dah tak kisah sangat dah jumlah follower sebab bagi dia , visitor lebih penting. Dia akan buat apa cara sekalipun untuk tarik orang. Antara aksi-aksi atau usaha untuk tarik orang ke blog adalah :

  1. buat facebook group sendiri
  2. ping entry di mana yang boleh pin
  3. retweet dan like facebook pada entry sendiri (ini aku buat haha)
  4. post link entry merata-rata tempat termasuk group facebook , komen entry blogger lain etc.Kadang-kadang tulis nama blog kat pintu tandas (sumpah aku tak penah buat)

yang mana lagi baik?bagi aku of course la visitor banyak la lagi baik kan untuk seorang blogger yang nak berjaya dalam bidang blogging nie sebab dari visitor la beranak pinaknya duit nuffnang korang.Nuffang sikit tak kisah kalau follower ko satujuta pon tapi visitor satuorang. Tapi kalau follower satuorang tapi visitor satujuta ,haa tu memang nuffnang kesah.Kesah pa aku!!*tetiba

aku pernah jadi dua2 yang di atas.Hampa semua penah jadi hat mana?haha..mai dah utagha diaa nuhh!!

Kongsi Cerita Ini Bersama Rakan

2 comments

Post a Comment

Kindly Leave Your Comment Here..=)

Labels

TERKINI (175) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (71) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)