Powered by Blogger.

WAJIB BACA! Ulasan Ustaz Azhar Idrus–Orang Bukan Islam Boleh Baca Al-Quran

Written By HAZRIL HAFIZ on Monday, January 16, 2012 | 10:36 AM

image

Walaupun mungkin isu ini dah lama berlalu, tapi aku tetap nak berkongsi jugak sesuatu yang menarik untuk panduan dan pengajaran agar kita pada masa depan tak melakukan sesuatu yang kita sendiri tak tahu ianya betul atau tidak. Isu berkaitan YB Nga Kor Ming membaca sebaris ayat al – Quran dalam sebuah ucapan beliau pernah menjadi satu isu yang diperdebatkan dan diperbesarkan oleh puak pro UMNO satu ketika dulu dengan mereka pula berlagak menjadi “ULAMA BESAR” dan menjatuhkan hukuman dan mengeluarkan fatwa sendiri menghukum isu tersebut sebagai TIDAK BOLEH walhal tiada hukum dalam Islam melarang perkara tersebut.

Kita dengar apa penjelasan Ustaz Azhar Idrus berkaitan isu ini. Semuanya dijelaskan dengan terang dan mendalam supaya kita boleh memahami berdasarkan kepada ilmu, bukan main hentam dengan pemikiran tak berilmu. Jangan asyik nak mengeluarkan hukum sendiri dan menyalahkan orang lain sedangkan diri sendiri itu sebenarnya buta . Ianya umpama orang buta yang membantu orang buta melintas jalan.

Masalahnya yang diperdebatkan , orang yang membaca al-Quran dikritik, diri sendiri pulak tak mahu mendalami al Quran. Rasa susah bila orang lain baca . Tak ke sesuatu yang bodoh?

Bukan nak bersikap terlalu politik dan memihak kepada pembangkang, tapi kalau perkara perkara yang berkaitan dengan pegangan agama, mengapa pulak kita nak manipulasikan pulak untuk kepentingan sendiri kan? Biarlah kita berilmu kalau kita bercakap kerana bila bercakap tanpa ilmu, kebodohan diri akan lebih terserlah. Dan kalau tak kena pada caranya , boleh rosak akidah mereka. Fikir fikirkan.

10:36 AM | 3 comments | Read More

Kes Shahrizat : Aset NFC Dibeku Kerajaan

  • isu feedlot
  • shahrizat abd jalil
  • shahrizat rasuah
  • NFC shahrizat
  • Shahrizat NFC


KUALA LUMPUR – Kerajaan mula mengambil tindakan yang lebih tegas dalam isu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) apabila membekukan semua aset milik perbadanan itu.

Selain itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pertanian, Datuk Seri Noh Omar pula diarahkan agar mengawasi perjalanan perbadanan berkenaan.

Arahan berhubung langkah itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu sidang akhbar di Perak, sebentar tadi.

NFC diPengerusikan oleh Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail yang juga suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

NFC menjadi perhatian dan diasak pembangkang apabila pihak Jabatan Audit Negara menyebut projek tersebut berada dalam kedaan kacau-bilau dalam laporan terbaru meraka yang diterbitkan akhir tahun lalu.

Antara yang dipertikaikan banyak pihak adalah tindakan NFC yang menggunakan dana yang diperuntukan untuk membeli beberapa unit kondominium mewah dalam dan luar negara.

Terkini, Shahrizat beberapa hari lalu mengumumkan akan bercuti selama tiga minggu bagi membolehkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat kes NFC secara bebas sepenuhnya.

Selain pembangkang, beberapa pemimpin UMNO seperti mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad turut mengesa Shahrizat agar meletak jawatan dan jangan menjadi liabiliti kepada kerajaan dan parti.

Mengulas mengenai cuti panjang Shahrizat, Najib berkata, itu adalah satu tindakan yang tepat.

Katanya, menteri berkenaan telah berbincang dengan beliau dan bersetuju tindakan lanjutnya tertakluk kepada hasil siasatan SPRM.


Pendedahan beraitan isu NFC ada dibuat oleh laman blog Milosuam . Boleh klik salah satu dari link yang disertakan dibawah :


**agak agak Shahrizat kena tak ? Kalau betul la seperti yang didakwa yang beliau memanipulasi aset feedlot. Memang UMNO akan terima nasib buruk la di PRU 13 nanti sebab ketidakpercayaan rakyat akan bertambah tambah. Kena pulak Shahrizat tu Ketua Wanita UMNO. Apapun kita tunggu jela keputusan SPRM nanti.

sumber

7:00 AM | 0 comments | Read More

MUST SEE!! Kamera Nikon J1 “PINK GILERR” Special Edition Untuk Peminat Pink

Written By HAZRIL HAFIZ on Sunday, January 15, 2012 | 7:17 PM

  • gambar kamera pink
  • Nikon j1 pink
  • Nikon Pink special edition
  • harga nikon j1 pink
  • spesifikasi Nikon J1 pink


Pastinya sesuatu yang aku nak tunjukkan ni satu berita menarik untuk semua peminat PINK colour , ofcourse la majoritynya perempuan. Ada gak ek lelaki obses pink? Dan pastinya selepas memandang benda ni, matanya akan berpusing pusing, hati meronta ronta nak beli. Aku pernah sekali jumpa seorang girlz ni yang superobses dengan pink . Everything kena pink. Kalau tak ada pink, rasa macam tak ada tangan sebelah. Haa lebih kurang macam tu la betapa pentingnya pink dalam hidup dia.

macammana? PINK tak ? Ini adalah Nikon J1 Special Edition yang dikeluarkan dalam variasi pink.  Warna pink kamera ni sangatlah obvious. Bukan sikit sikit je pink . Memang fully pink. Kotak pun pink. Perhh giler laa. Mesti dah ada yang mula tak tentu arah ni kan?hehe

sekali tengok aku rasa macam lawa la pulak. Dua kali tengok ok la. Tiga kali tengok , still tak rasa excited pun sebab memang tak minat pink. But kamera ni memang la aku minat. Siapa tak mau weh benda baru.

Didatangkan bersama Lens untuk fokus lebih tinggi. Kamera compact dengan ciri ciri DSLR. Pink pulak. Wanita mana la yang buang tebiat tak mahu benda macam ni kan?

makk aiii. Even flash dia pun pink. Nasib la lampu flash tu pun tak pink jugak. But seriusly flash tu sangat comel. Nampak macam serombong kamera kapal selam tu. Ape tah nama dia tak ingat. Stereoskop ek?

Mungkin anda yang betul betul minat pink dan suka bergambar, boleh dapatkan produk ni? Kamera dengan kualiti DSLR tapi dengan saiz yang kecil. Tapi aku lebih prefer DSLR besar sebab sedap pegang. Lain orang lain citarasanya kan? Tapi yang penting, ianya cukup untuk membuat peminat peminat pink terbeliak biji mata .

Selain pink, Nikon J1 juga dikeluarkan dalam beberapa variasi warna lain. Boleh ushar gambar dibawah :

 

 

Berminat? Sila baca FULL SPECIFICATION Nikon J1 ini di amateurphotographer.co

Harga? Price: RM 2,600.00 berdasarkan harga yang dipaparkan di mobilemegamall

* boleh jugak terjahi pentaxforums untuk membaca review lain.

7:17 PM | 10 comments | Read More

Lee Chong Wei Juara Badminton Terbuka Malaysia 2012

KEPUTUSAN FINAL BADMINTON TERBUKA MALAYSIA 2012

KUALA LUMPUR – Datuk Lee Chong Wei muncul juara Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Malaysia 2012 apabila menewaskan pemain Jepun, Kenichi Tago secara straight set, sebentar tadi.

Chong Wei menang set pertama dengan mudah yakni 21 -6.

Walaupun berusaha memberikan saingan pada set kedua, namun agak nyata Tago masih belum mampu mengungguli kehebatan Chong Wei,

Tago tewas 21-13.

Perlawanan berlangsung selama 36 minit. Selaku juara, Chong Wei membawa pulang USD30,000.

Chong Wei merupakan pemain dengan ranking nombor satu dunia manakala Tago di tempat ke-12.

Daripada 11 pertemuan antara kedua pemain, kesemuanya menyebelahi Chong Wei.

Kemenangan hari ini juga menjadikan Chong Wei telah memenangi Terbuka Malaysia sebanyak 8 kali.

Chong Wei ketika ditemuramah sebaik perlawanan berakhir memberitahu, selepas kemenangan itu beliau mahu memberikan fokus yang lebih kepada persiapan untuk menghadapi sukan olimpik.

TAHNIAH CHONG WEI. Lu memang lagenda dihati gua.

mynewshub

6:00 PM | 0 comments | Read More

Gambar Kapal Mewah Costa Concordia Terbalik Di Itali

Sambungan entry pagi tadi iaitu Video Kapal Mewah Costa Concordia Terbalik Ala Ala Titanic , berikut adalah gambar gambar susulan kejadian kapal mewah yang terbalik di Itali semalam.

1:00 PM | 0 comments | Read More

Rita Rudaini Sedih , Suami Keluar Rumah

Rita Rudaini Aidil Zafuan

Rita gaduh dengan suami

Aidil keluar rumah

kes rita rudaini

Rita Rudaini bersama suaminya.

PETALING JAYA: Keadaan rumah tangga pelakon Rita Rudaini Mokhtar,36, dengan suaminya, Aidil Zafuan Abd. Radzak,25, kembali menjadi tegang apabila bintang bola sepak itu telah meninggalkan rumah mereka di Damansara di sini sejak seminggu lalu.

Menurut Rita, kejadian itu berlaku sewaktu dia bersama dua anak mereka iaitu Airit Rayyan Rizqin,3, dan Airit Rafqa Arjuna yang berusia sembilan bulan pulang ke kampung di Kangar, Perlis.

“Semasa di kampung, saya menerima mesej daripada Aidil yang menyatakan dia mahu keluar rumah. Sebagai isteri, saya tidak boleh berbuat apa-apa jika itu kehendaknya,” kata Rita sewaktu ditemui mStar Online di rumahnya di Sunway Damansara di sini.

Menurutnya, sewaktu tiba di Kuala Lumpur pada 10 Januari lalu, dia mendapati pakaian, kereta dan motosikal Aidil sudah tiada.

Ditanya adakah apa-apa perbalahan sebelum peristiwa itu, Rita memberitahu dia ada menegur sikap Aidil yang tidak bercakap benar mengenai satu majlis ulang tahun kelahiran ibunya, Azizah Arshad,59, yang diadakan di Seremban, Negeri Sembilan.

Kata Rita, dia agak berkecil hati kerana Aidil menyembunyikan majlis itu dan tidak mengajaknya untuk turut serta tetapi masalah tersebut dapat di selesaikan apabila dia membuat keputusan untuk tidak memanjangkan hal berkenaan.

Jelas Rita, dia menjadi bertambah terkejut apabila diberitahu oleh pembantu rumah mereka yang melihat Aidil bersama pasangan suami isteri iaitu Zaquan Adha yang juga kembarnya dan pelakon Ayu Raudhah terlibat membantu Aidil membawa dia keluar daripada kediaman tersebut.

“Saya terkejut kenapa ada orang lain sanggup mencampuri urusan rumah tangga saya dengan membantu “membawa lari” Aidil daripada rumahnya sendiri? Mereka sepatutnya memberi nasihat yang baik kepada Aidil dan bukan menghasut dia meninggalkan rumah yang menempatkan isteri dan anak-anaknya,” jelas Rita yang begitu sedih dengan kejadian tersebut.

Sehingga berita ini disiarkan Ahad, Rita sendiri tidak mengetahui di manakah Aidil tinggal tetapi ada menerima pesanan daripadanya yang bertanyakan tentang anak.

Kata Rita, dia buntu dengan masalah yang berlaku dan menyerahkan kepada Allah untuk memberi petunjuk selepas mengadu hal berkenaan kepada ibu dan bapa Aidil.

“Hubungan saya dengan ibu dan bapa mertua saya tiada masalah. Saya ada menghubungi mereka untuk menceritakan hal ini,” katanya.

Sebelum ini Rita dan birasnya, Zaquan telah “berperang” menerusi laman Twitter masing-masing apabila kedua-duanya berbalas kenyataan yang mempertikaikan sikap di antara satu sama lain.

Zaquan menyindir Rita yang tidak pernah berusaha untuk pulang ke Seremban bagi menjenguk mertuanya sendiri.

Manakala Rita pula mengatakan Zaquan bersikap keterlaluan yang bertujuan untuk memalukannya.

Rita memberitahu, perbalahan menerusi Twitter berkeesaan berpunca apabila Zaquan memberi komen yang menyakiti hatinya ketika dia berbalas pesanan dengan peminat berhubung kehidupan berumah tangga dan juga hubungan dengan mertua.

“Saya memberi nasihat secara umum mengenai mertua kepada peminat saya tetapi secara tiba-tiba Zaquan menyampuk menerusi laman Twitternya dengan menyindir saya. Pada hal, ia tiada kena mengena langsung dengannya,” kata Rita.

Jelasnya lagi, jika Zaquan tidak berpuas hati degannya, dia tidak perlu menyindir menerusi Twitter berkenaan sebaliknya boleh berhubung terus dengannya menerusi telefon.

“Kerana geram dengan sikapnya, saya terpaksa mengambil keputusan menulis beberapa perkara yang bertujuan untuk melindungi diri saya dalam Twitter miliki saya itu,” ujar Rita.

sumber : mStar Online

11:30 AM | 0 comments | Read More

Ferrari F430 Kemalangan Semasa Test Drive Di KLIA

kemalangan ferrari di KLIA

ferrari kemalangan

eksiden ferrari KLIA

.

SEPANG – Sebuah kereta Ferrari F430 yang sedang dipandu uji terbabas mengakibatkan kenderaan bernilai hampir RM2 juta itu remuk di Lebuh Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu, kereta mewah yang boleh memecut sehingga kelajuan 315 kilometer sejam tersebut dinaiki oleh dua lelaki berusia lingkungan 30-an dari terminal KLIA menghala ke arah plaza tol KLIA.

Difahamkan, ketika kejadian, kenderaan itu menjalani proses pandu uji sebelum diserahkan kepada pelanggannya.

Ketua Polis Daerah Sepang, Supritendan Imran Abdul Rahman berkata, setibanya di Kilometer 6.3 berhampiran tol tersebut, kereta yang dipercayai dipandu laju itu gagal dikawal lalu terbabas ke kiri jalan.

“Kereta itu terlanggar penghadang jalan serta sebatang tiang lampu sebelum terhumban kira-kira 20 meter dari bahu jalan.

“Pemandu dan penumpang kereta tersebut bagaimanapun terselamat dan hanya mengalami kecederaan ringan,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

KOSMO

10:32 AM | 1 comments | Read More

Video Kapal Mewah Costa Concordia Terbalik Ala Ala Titanic

Saksikan video sebuah kapal persiarang mewan iaitu Costa Concordia yang terbalik berdekatan sebuah pulau. Yang pastinya, ini mestinya salah kapten kapal sebab kapal sebesar tu boleh melanggar batu karang. Alaa ala Titanic langgar iceberg pulak kan?


ROM - Sekurang-kurangnya tiga orang terkorban dan empat lagi hilang semalam selepas sebuah kapal persiaran tersadai dan terbalik terbalik dekat sebuah pulau di perairan selatan Itali.

Kapal persiaran Costa Concordia sedang dalam perjalanan di sekitar Laut Mediterranean apabila ia terlanggar terumbu karang dekat Pulau Isola del Giglio, 15 kilometer ke selatan tanah besar Itali sekitar pukul 10 malam (waktu Itali) kelmarin.

Kemalangan berlaku ketika para penumpang sedang makan malam.

PENUMPANG kapal Costa Concordia tiba di Pelabuhan Porto Santo Stefano, wilayah Tuscany di Itali semalam.


Menurut media tempatan, beberapa penumpang terjun ke dalam laut untuk menyelamatkan diri.

Pihak berkuasa tempatan menyatakan, sebahagian daripada 3,200 penumpang dan 1,023 kru kapal sepanjang 290 meter itu dipindahkan dengan menggunakan beberapa buah bot kecemasan, helikopter dan kapal lain yang kebetulan berada di lokasi kejadian.

"Berlaku senario panik seperti dalam kapal Titanic. Kapal kami melanggar kawasan berbatu dekat Pulau Isola del Giglio. Saya tidak tahu bagaimana perkara ini boleh berlaku. Kapten kapal ini tentunya sudah gila," kata seorang penumpang, Mara Parmegiani.

"Kami amat takut dan kesejukan kerana kemalangan berlaku semasa kami sedang makan malam. Kami tiada masa untuk membuat persediaan. Mereka (pasukan penyelamat) ada memberi selimut tetapi bilangannya tidak mencukupi," tambah Parmegiani.

GAMBAR fail pada April 2009 menunjukkan kapal persiaran Costa Concordia.


Para penumpang yang dipindahkan dibawa ke pulau Giglio sebelum ditempatkan di beberapa buah sekolah, kediaman persendirian dan gereja untuk semalaman.

Agensi berita Itali, Ansa memetik beberapa petugas penyelamat sebagai memberitahu, sekurang-kurangnya tiga orang maut manakala sejumlah lagi cedera tetapi punca kematian mereka tidak diketahui setakat ini.

Menurut Ansa, seorang lelaki berusia 70-an maut akibat serangan jantung selepas terjun ke dalam laut.

Seorang pengawal pantai tempatan, Francesco Paolillo berkata, terdapat lubang sebesar 30 meter pada badan kapal berkenaan.

Kapal Costa Concordia memiliki 58 bilik penginapan bertaraf suite lengkap dengan balkoni, 13 buah bar, lima jakuzi, lima restoran, dan empat kolam renang. - Agensi

7:39 AM | 1 comments | Read More

Keputusan Separuh Akhir Badminton Terbuka Malaysia | Lee Chong Wei Mara Ke Final

KUALA LUMPUR - Selepas membalas dendam ke atas seteru utama, Lin Dan pada Terbuka Korea minggu lalu, Datuk Lee Chong Wei melengkapkan kebangkitannya pada 2012 dengan melunaskan pula dendam ke atas Chen Long semalam untuk melangkah ke final Terbuka Malaysia hari ini.

Chong Wei, yang kalah dalam pertemuan terakhir dengan jaguh muda China itu pada Siri Super Masters Akhir, bulan lalu bagaimanapun tidak diberi laluan mudah untuk melepasi halangan, sebaliknya diheret dalam pertarungan satu jam, 15 minit sebelum menang 21-18, 17-21, 21-13.

Biarpun 9,000 penyokong di Stadium Putra, Bukit Jalil kecewa dengan penarikan diri juara dunia 2010, Chen Jin yang cedera buku lali kanan ketika berdepan bintang Jepun, Kenichi Tago dalam satu lagi separuh akhir, namun kejayaan Chong Wei ke perlawanan akhir buat kali kelapan lebih daripada cukup menggembirakan mereka.

Malah, kemenangan ini meletakkan juara All England itu selangkah lagi untuk menyamai rekod kejohanan yang dipegang legenda badminton negara, Wong Peng Soon yang menjadi juara terbanyak Terbuka Malaysia sebanyak lapan kali pada 1953, 1952, 1951, 1950, 1949, 1947, 1941 dan 1940.

Chong Wei, 29, sudah meraih tujuh kejuaraan pada 2011, 2010, 2009, 2008, 2006, 2005 dan 2004, selain muncul naib juara 2003 selepas kalah kepada bintang China, Chen Hong dalam perlawanan akhir.

Hari ini, dia memegang kelebihan psikologi yang amat besar ke atas Tago kerana telah menumpaskan naib juara All England 2010 itu dalam semua 10 pertemuan mereka sebelum ini, malah menang dalam pertemuan terakhir di Terbuka Korea, minggu lalu.

"Chong Wei sentiasa memiliki kelebihan ke atas saya, apatah lagi kali ini kami bertemu di depan penyokongnya. Saya kecewa kerana Chen Jin tidak turun beraksi hari ini, saya sangat bersedia untuk bertemu dengannya, mungkin tenaga yang tidak digunakan itu akan bantu saya menghadapi Chong Wei esok," kata Tago.

Chong Wei, yang kalah tiga kali kepada Chen Long tahun lalu mungkin tidak bermain seagresif kebiasaan, malah seketika dilihat memperlahankan permainan dan tidak berani melakukan terlalu banyak smash, namun bagi mengimbangi tenaga muda Chen Long, ia dilihat taktik yang bijak.

Malah, fokus juga menjadi aspek yang harus diberi tumpuan pemain No. 1 dunia itu menjelang Sukan Olimpik 2012, enam bulan dari sekarang kerana semalam, dia dilihat mampu mengatasi Chen Long hingga 14-7 dan 16-14 di set pertama tetapi agak terleka hingga membenarkan lawan mengejar 18-18, sebelum mengakhiri saingan 21-18 dalam masa 23 minit.

Set kedua pula menyaksikan Chen Long lebih agresif dan Chong Wei pula melakukan banyak kesilapan di jaring, selain kerap memberi bola tinggi yang membolehkan pemain China itu melakukan smash. Dia akhirnya tewas 19-21.

Set ketiga juga agak mendebarkan di awal saingan, Chong Wei yang pada mulanya tampak memperlahankan permainan ketinggalan 3-7, 4-8 sebelum mengejar 8-8 dan meninggalkan lawan 11-8, 17-12 dan akhirnya 21-13.

"Pada kedudukan 4-8 di set ketiga, saya cuba melupakan semua tekanan dan melakukan serangan demi serangan, ia nyata menjadi. Selepas berjaya mengejar, saya mendapat semula keyakinan, malah sokongan padu penonton benar-benar membantu. Selagi bulu tangkis tidak jatuh ke lantai, selagi itu saya cuba mengangkat.

"Mengenai pertemuan dengan Tago esok, sudah tentu dia lebih cergas kerana Chen Jin tiba-tiba menarik diri, sedangkan saya terpaksa bertarung lebih satu jam. Apa pun, saya tidak mahu fikir perlawanan itu sekarang, saya mahu menikmati kemenangan ini dan turun dengan aksi terbaik kemudian," kata Chong wei.

Sementara itu hasrat pasangan muda negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying untuk melakar kejutan terbesar dalam beregu campuran berakhir dengan kekalahan mudah 13-21, 16-21 di tangan juara dunia dan pilihan pertama, Zhang Nan-Zhao Yunlei dari China.

Pertarungan akhir beregu lelaki pula menemukan dua pasangan yang tidak diduga dan kedua-duanya beregu bukan pilihan, Fang Chieh Min-Lee Sheng Mu dari Taiwan serta Cho Gun Woo-Shin Baek Choel dari Korea.

Chieh Min-Sheng Mu yang mengejutkan beregu negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong pada Terbuka Korea minggu lalu mara selepas menumpaskan Hirokatsu Hashimoto-Noriyasu Hirata dari Jepun 21-19, 18-21, 21-12, manakala Gun Woo-Baek Choel menyingkirka pilihan ketiga dari China, Chai Biao-Guo Zhendong 26-24, 23-21.

SUMBER : UTUSAN MALAYSIA

7:05 AM | 0 comments | Read More

Keputusan Penuh Bolasepak Liga Super Malaysia 2011 / 14 Januari 2012

Sabah (2) vs (1) Sarawak


Kuala Lumpur (0) vs (3) T-Team


Kedah (0) vs (0) Lions XII


Johor FC (0) vs (2) Negeri Sembilan


Terengganu (3) vs (0) Felda United


Selangor (1) vs (0) Perak

7:00 AM | 0 comments | Read More

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA[BR1M]| STATUS PERMOHONAN BANTUAN RM500

Written By HAZRIL HAFIZ on Saturday, January 14, 2012 | 8:46 AM

semak br1m , result list br1m ,www treasury gov my kelayakan bantuan rm500 ,status skim br1m ,lhdn gov my br1m semak ,Result www lhdn gov my ,www br1m semak permohonan ,www lhdn/br1 ,borang upu online 2012 ,borang rayuan br1m ,semakan permohonan bantuan 1m ,semakan permohonan borang rakyat 1 malaysia lembaga hasil dalam negeri ,semakan upu2012 ,semakkan BR1M ,Status bantuan rakyat 1 malaysia ,u p u gov my, semakan bantuan rm500,www.lhdn.gov.my br1m, semakan status permohonan br1m, semakan bantuan rakyat 1malaysia, semakan br1m lhdn, semakan bantuan rakyat 1 malaysia, semak bantuan rm500




UPDATED: Sila klik pada link berikut untuk Permohonan BR1M 3.0 Tahun 2014 . 



HARAP MAKLUM. PLEASE BE NOTED !! INFO YANG DISEDIAKAN ADALAH TALIAN HOTLINE. TIADA SEMAKAN ONLINE DISEDIAKAN SETAKAT INI. SILA FAHAMI MAKSUD TAJUK "SEMAKAN ONLINE" DI ATAS MERUJUK KEPADA CARIAN CARA CARA SEMAK BR1M SECARA ONLINE DAN BUKAN SEMAKAN SECARA ONLINE. 


Salam , umum dah mengetahui yang permohonan Bantuan Rakyat 1 Malaysia[BR1M] yang berupa bantuan tunai RM500 telah pun di lanjutkan ke 10hb Februari 2012.

Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan dilakukan selama dua bulan bermula 15 Januari ini dalam bentuk baucar tunai, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Bagi mereka yang telah pun membuat permohonan sebelum ini , semakan status permohonan anda sama ada diterima atau ditolak boleh dibuat.

Cara semak secara hotline :
  1. Hubungi talian Hotline 1-800-22-2500 atau 1-300-88-3010 mulai 16 Januari 2012. Talian hotline akan dibuka bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00petang .



    Bagi anda yang tidak dapat menyemak menggunakan sistem hotline, jangan risau kerana mereka yang berjaya dalam permohonan akan mendapat surat yang akan dihantar terus ke alamat yang diberi semasa membuat permohonan. Harap bersabar . 

Bagi pemohon yang tidak berjaya, rayuan untuk permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang khas yang boleh diperolehi di Pejabat LHDN dan agensi agensi berkaitan. Borang tersebut juga boleh diakses secara dalam talian. DISINI




 KAMERA NIKON PINK !!klik untuk baca 

8:46 AM | 60 comments | Read More

Video Ongbak Rindu (Parodi)

Written By HAZRIL HAFIZ on Friday, January 13, 2012 | 7:00 PM

First time aku tengok, rasa macam errr tah pape je tak berapa nak faham sangat sebab aku just tengok cam2 tu je filem Ombak Rindu nih. But then aku tengok untuk kali kedua , rasa macam ok gak budak ni. Idea dah ada cuma mungkin tak sesempurna video Matluthfi buat . But ok la. Idea ada dan boleh buat orang gelak dan orang tak menyampah tengok. That’s the important thing . Dan , aku sedar yang video ni dah di share banyak dah dalam fb hari ni. Free je popular budak ni. haha. Jom tengok..

Ongbak Rindu(Parodi)

aku suka part merajuk tuh. Tah hape hape je merajuk . Idea bernas untuk bagi orang gelak. Keep it up . Maybe ke depan boleh jadi macam Matluthfi or AnwarHadi . Who knows?and FYI jugak, nama didalam Youtube Channel adalah IMANSYIPPO. Dan yang bestnya..Instead of Matluthfi dan AnwarHadi , dia ni jugak asalnya dari Kedah. Negerikuuu

7:00 PM | 1 comments | Read More

Ribuan Mangga Kunci Di Pagar Tanda Cinta

Ribuan mangga kunci yang diletakkan pada pagar sebuah jambatan kereta api di Rhine, Cologne

Mangga itu diletakkan oleh pasangan kekasih di Jerman.

Menurut agensi berita AP, pasangan itu akan mengunci mangga tersebut manakala kuncinya dibuang ke dalam Sungai Rhine.

Mangga itu turut ditulis perkataan cinta dan dilukis dengan gambar hati.

4:38 PM | 0 comments | Read More

Labels

TERKINI (173) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (70) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)