Home » , » Pandangan Aku Tentang Politik + Video Politic Machine

Pandangan Aku Tentang Politik + Video Politic Machine

Written By Hafiz Rahman on Tuesday, January 17, 2012 | 11:04 AM

Politik , politik , politik. Tak ambil tahu pun umur aku dah 22. Dah mendaftar dah pun untuk mengundi. tak nak ambil tahu pun dah benda tu memang hari hari menjelma depan mata . Terpaksa la kena baca dan ambil tahu jugak. Berbicara pasal politik tak perlu nak menjadi ahli politik saja. Zaman sekarang orang kampung pun dah pandai politik.

Politik mencorakkan negara. Tapi kalau dah macam kita tau, politik negara kita mencorakkan malaysia ke arah yang mana satu ? Baik ke buruk? Kadang kadang rasa mual pun ada dengan sistem politik Malaysia ni. Mungkin dah fitrah semulajadi manusia, nak rasa dia betul sepanjang masa. Orang kata salah pun, dia still nak kata dia betul. Bila dah diri tu memang salah tapi tetap nak mendefend diri, haa mulalah nak keluarkan alasan dan statement superbodoh. Mula la tangan dan jari tu nak tuding lubang hidung orang lain. Nak salurkan kesalahan tu pada orang lain so that nanti kesalahan dalam diri tu akan ditransfer ke orang lain.

Aku tak la nak kata politik Malaysia ni macam &*&% sebab aku still rakyat Malaysia. Tak baik sangat nak kutuk kutuk negara sendiri. Tapi bila memikirkan betapa kotornya orang yang mengkotorkan politik tu, rasa jijik kadang kadang. Kau betul, aku betul, dua dua nak cakap dia betul, dua2 betul tak ada yang salah. Mana satu yang betul betul betulnya? Bagusnya politik kan? Membetulkan perkara yang salah dimata masyarakat saja tapi pada fitrahnya, salah. Kalau anda rasa tak faham dengan ayat ayat aku di atas pun tak apala. Ini cuma sekadar pandangan dan luahan peribadi seorang insan yang akan mengundi buat kali pertama . For me la kan? For the first time aku nak vote ni, memang atas pagar. Lompat ke kanan, ada longkang besar tak lepas, nak lompat ke kiri ada sungai dalam . Tak tahu nak lompat ke mana. Duduk je la atas pagar tu .

Politik ni dah macam mesin dibawah. Saling ketuk mengetuk. Kau ketuk aku, aku ketuk kau. Dua dua kena ketuk . Siapa pun tak akan menang. Sampai bila bila pun tak akan habis. Tengok video ni, baru faham

Kongsi Cerita Ini Bersama Rakan

1 comment

Post a Comment

Kindly Leave Your Comment Here..=)

Labels

TERKINI (175) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (71) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)