Home » , , , » Ambil Lesen Kereta Auto 15% Lebih Tinggi | 5 Kelebihan Lesen Kereta Manual

Ambil Lesen Kereta Auto 15% Lebih Tinggi | 5 Kelebihan Lesen Kereta Manual

Written By HAZRIL HAFIZ on Thursday, January 19, 2012 | 7:00 AM

5 Kelebihan Lesen Kereta Manual,ambil lesen kereta auto, harga lesen kereta auto, lesen guna kereta auto, lesen auto lebih mahal, harga baru ambil lesen, kelebihan lesen manual, Ujian Memandu Guna Kereta Auto Mulai Mei 2012,Pemegang Lesen Auto Tidak Dibenar Pandu Kereta Manual,harga lesen kereta auto naik.

image

Sekolah memandu di Malaysia akan mengenakan caj tambahan sebanyak 10% –15% kepada pemandu yang ingin mengambil lesen dengan menggunakan kereta transmisi automatik bermula Mac ini 

Itu berita yang dikeluarkan oleh berita harian berkaitan isu auto or manual dalam proses mengambil lesen. Ini pulak pendapat aku. Dari 100% , aku prefer 80% amik manual dan 20% amik auto. Sebab”? Sebabnya senang. Mudah dimasa hadapan.

AUTO ATAU MANUAL?? MANA PILIHAN ANDA?

Mungkin ramai yang nak senang dan cakap, “ramai perempuan tak lepas lesen sebab manual tak reti bawak”. Maybe salah satu dari sebab ramai orang tak lepas amik lesen adalah disebabkan oleh rasa gugup atau takut semasa nak bawa kereta tambah tambah di bukit dan parking. Ramai yang tak lepas dibahagian tu. Sebab tulah ramai yang demand untuk ujian menggunakan kereta transmisi auto.

  • EMERGENCY

image

TAPI!! Jangan lupa pulak, di masa masa depan, certain condition macam emergency memerlukan anda bawak kereta manual. Contohnya, anda bersama ayah dalam kereta. Tiba tiba dia pengsan sebab sakit jantung , masa tu pulak tak ada orang lalu. Kereta pulak manual. So kalau anda ada kemahiran untuk bawak kereta manual, mungkin nyawa ayah dapat diselamatkan . Nak call 999? Tunggu la setengah jam baru dia sampai.

  • KESENANGAN MASA HADAPAN

image

Kereta auto pulak, tipu la siapa yang tak boleh bawak. Kalau dah boleh bawak manual, confirm 100% memang akan boleh bawak auto. Ape susah. Start, masuk gear D, tekan minyak,jalan. Itu je . Tak payah nak tukar tukar gear bagai. So apa salahnya anda susah dahulu dan bersenang dan mendapat faedah di masa depan. Mesti ada yang akan cakap, “ala, I nak beli kereta auto, family I pun semua pakai auto..so buat apa I nak susah susah belajar manual kan?” . Tak ada la susah sangat pun belajar manual ni.

  • 2X LEBIH PEKA  PADA  PEMANDUAN

image

Aku rasa manual ni lagi bagus untuk dipelajari sebab boleh mengajar pemandu untuk lebih peka dan sensitif dengan keadaan sekeliling semasa memandu. Peka dengan pemanduan sebab kena control everything termasuk gear, clutch , stereng dalam satu masa. So anda lebih ambil tahu keadaan sekeliling instead of bawak auto, cuma kena handle paddle minyak, brek dengan stereng je. Jadi , manual memberikan anda 2x lebih kepekaan semasa memandu.

  • BOLEH BAWA DUA-DUA

image

Dan yang paling tak besnya, once anda dah ambil lesen menggunakan kereta auto, anda tak lagi dibenarkan bawa kereta manual . Boleh baca di entry Pemegang Lesen Auto Tidak Dibenar Pandu Kereta Manual.

 

  • AUTO LEBIH MAHAL

image

Sila baca keratan berita dibawah :

Pelajar yang enggan membayar lebih untuk belajar memandu kereta automatik boleh memilih belajar memandu kereta manual yang cajnya lebih murah, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha.


Beliau berkata, caj untuk belajar memandu kereta automatik memang akan lebih tinggi daripada biasa tetapi pengguna masih mempunyai pilihan lain.
BACA SELEBIHNYA DI BERITA HARIAN

Jadi apa pilihan adik adik yang nak ambil lesen nanti? Buat la pilihan yang betul ya. hehee

entry berkaitan sebelum ini :

  1. Ujian Memandu Guna Kereta Auto Mulai Mei 2012
  2. Pemegang Lesen Auto Tidak Dibenar Pandu Kereta Manual

**sila like jika anda rasa entry ini bermanfaat untuk dikongsikan bersama orang lain.

 

Kongsi Cerita Ini Bersama Rakan

3 comments

January 19, 2012 at 10:26 PM

Sebenarnya lagi bahaya kalo biarkan pompuan bawak kereta auto drpd kereta manual... lebih senang eksiden sebab kereta auto lagi ringan dan sensitif drpd kereta manual, hanya pompuan yg benar2 konfiden je boleh kontrol kereta auto.

Anonymous
April 29, 2012 at 2:22 AM

saya plan nak amik auto, sbb ah brape kali x lepas manual, aa rasa gugup. tp auto relax jer pusing kampung dan dah across malaysia. so mula dgn auto dlu spy keje x de masalah. bersakit2 ke hulu tu, kalau x ada komitmen. saya ada komitmen hari2. so opsyen utk auto buat sementara, adalah tepat. nanti dah lama2, amik lak manual.

June 12, 2012 at 6:42 PM

Saya tak akan setuju lesen auto dikeluarkan. Manual antara paling basic dan mesti belajar memandu.

Post a Comment

Kindly Leave Your Comment Here..=)

Labels

TERKINI (173) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (70) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)