Home » , , » Pemegang Lesen Auto Tidak Dibenar Pandu Kereta Manual

Pemegang Lesen Auto Tidak Dibenar Pandu Kereta Manual

Written By HAZRIL HAFIZ on Wednesday, January 11, 2012 | 10:40 AM

Sebelum ini kerajaan dah umumkan tentang  Ujian Memandu Guna Kereta Auto Mulai Mei 2012 bagi mereka yang tidak mahir menggunakan transmisi manual. Dan terbaru, untuk mereka yang mengambil lesen menggunakan kereta auto dilarang memandu kereta manual.

IPOH – Mereka yang memegang lesen memandu selepas diuji dengan kenderaan transmisi automatik hanya dibenarkan memandu kenderaan jenis itu sahaja mulai Mei ini, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha.

Beliau berkata, melalui pelaksanaan sistem baru itu, pemandu yang lulus selepas diuji menggunakan kenderaan manual dibenarkan memandu kedua-dua jenis kenderaan, transmisi automatik dan manual.

“Kita sedang membuat satu rancangan pengubahsuaian terhadap Kurikulum Baru Pendidikan Pemandu siap yang merangkumi ujian menggunakan kereta automatik sebagai satu pilihan.

“Terpulang pada pelajar untuk memilih sama ada mereka hendak diuji dengan kenderaan automatik atau manual untuk belajar.

“Mereka yang diuji kereta manual lesen memandu boleh digunakan untuk memandu manual dan auto manakala mereka yang diuji dengan kereta auto, pemegang lesen hanya boleh memandu kereta auto sahaja,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau menyampaikan sumbangan cek Magnum IT Sdn Bhd sebanyak RM69,000 kepada 23 badan-badan kebajikan di seluruh Perak.

Sebelum ini, kerajaan mengumumkan cadangan penggunaan kenderaan transmisi automatik bagi ujian memandu yang akan dilaksanakan pada Mei selepas pengubahsuaian terhadap Kurikulum Baru Pendidikan Pemandu siap.

Mengenai pendidikan keselamatan jalan raya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah menengah, Kong berkata, kerajaan bercadang untuk melanjutkannya sehingga ke Tingkatan Empat bagi mewujudkan satu budaya keselamatan jalan raya di kalangan generasi muda.

Kong berkata, bagi Tingkatan Satu sebuah buku teks yang mengandungi pendidikan keselamatan jalan raya disediakan mulai tahun ini.

“Ini adalah satu usaha kerajaan dan agensi berkaitan termasuk Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) sebagai satu usaha untuk membantu pengguna jalan raya agar lebih bertanggungjawab dan mematuhi peraturan undang-undang jalan raya,” katanya.

Pada April 2007, JKJR dengan kerjasama Kementerian Pelajaran memperkenalkan pendidikan keselamatan jalan raya yang diterapkan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, bermula di 1,000 sekolah rendah terpilih. – BERNAMA


**so lebih baik rasanya kalau ambil lesen guna kereta manual. Boleh pandu kedua dua kereta. Kalau ada emergency nak kena pandu kereta member yang manual kan ke senang tak payah dah nak cari kereta auto bagai. Kita kena lihat konteks masa hadapan. Bukan nak senang masa ambil lesen tu je. And one more thing , kereta manual masih dikeluarkan. Lain la kalau memang nak dihapuskan manual and semua kereta akan dikeluarkan dalam transmisi automatik kan.

mynewshub

Kongsi Cerita Ini Bersama Rakan

4 comments

January 11, 2012 at 11:39 AM

hehe
mcm bnyak je jnis lesen pasni..
jgn moto pun dia wat yg sama udah:p

March 10, 2012 at 10:30 AM

selama ni apa masalahnye hah? aku rasa peraturan ni makin menyusahkan pengguna. x de faedahnya. kalau tiba2 kereta auto tu rosak, yg ada manual je. apa macam datuk?

March 10, 2012 at 10:35 AM

selama ni x ada masalah pun. buat apa peraturan ni? adakah kaedah lama menyumbang kepada kemalangan atau kes=kes lain? . dah buat kajian ke? kalau yg auto rosak, yg ada manual je apa macam hah? dah x bleh gerak. macamana tu? lu pikiaq la sendiri oooo....

Anonymous
June 6, 2012 at 5:27 AM

bagi saya yg tergolong dlm golongan yang mempunyai masalah di mana sebelah kaki telah kehilangan deria sentuh(tidak merasa & tidak mampu menyeimbangkan clutch) mmg sy sambut baik peraturan baru ini.sy mmg tidak dpat memandu selain kereta auto sejak 2 tahun lalu.saya yakin ramai lagi yg mempunyai masalah seperti ini.bagi yang sempurna seperti saudara di atas,sila teruskan dengan lesen manual dan jgn bising2

Post a Comment

Kindly Leave Your Comment Here..=)

Labels

TERKINI (173) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (70) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)