Home » , » Baucar Buku RM200 Dimanipulasi IPT dan Kedai Buku

Baucar Buku RM200 Dimanipulasi IPT dan Kedai Buku

Written By HAZRIL HAFIZ on Thursday, January 19, 2012 | 11:00 AM

image

Kalau dah mata duitan, semuanya nampak duit. Tak kira apa cara sekalipun, asalkan dapat duit . Tipu segala jenis golongan manusia. Sampaikan budak budak nak beli buku nak belajar pun nak ditipunya. Itulah yang jadi sekarang lepas kerajaan dah mengedarkan voucher RM200 untuk pelajar institut pengajian tinggi membeli buku . Ada pulak kes individu tertentu nak mengaut keuntungan atas angin dari voucher tu. Apa kejadah la aku pun tak faham. Meh baca berita bawah ni :

PEMBERIAN baucar buku daripada kerajaan untuk pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) berjumlah RM200 seorang adalah bagi menampung perbelanjaan dan mengurangkan bebanan sara hidup ibu bapa serta pelajar tersebut.

Hasrat murni kerajaan itu bagaimanapun kini dimanipulasikan oleh pelbagai pihak, baik pihak kedai buku mahupun pihak institusi pengajian tinggi itu sendiri.

Pihak institusi (tenaga pengajar) mahukan pelajar membeli buku bacaan atau rujukan pihak institusi itu sendiri dengan harga sebagai contoh RM80. Baucar yang diberi kerajaan adalah dalam bentuk RM50 sekeping.

Untuk membeli buku berharga RM80 ini, pelajar harus membayar dengan menggunakan dua keping baucer RM50 dengan jumlah RM100. Pihak institusi tidak akan membayar balik baki wang tersebut dan untuk membeli buku lain tentunya jumlah tersebut tidak memadai.

Di sini pelajar kerugian RM20. Pihak institusi atau pensyarah yang berkenaan mengaut keuntungan sebanyak RM20 daripada seorang pelajar. Berapakah jumlah keuntungan diperolehi pihak institusi dan pensyarah dengan jumlah pelajar yang ada?

Di satu pihak lagi, kedai kedai buku menawarkan kepada pelajar wang tunai sebanyak RM100 bagi pertukaran empat keping baucar RM50 tersebut. Perbuatan ini dan pelbagai lagi cara boleh diambil oleh pihak ketiga bagi mengaut keuntungan mudah di atas pemberian kerajaan.

Pihak kementerian berkenaan dan badan-badan bertanggungjawab harus memandang serius perkara ini dan pihak kerajaan boleh mencari alternatif lain dalam pengagihan bantuan kepada pelajar IPT.

Rasanya tidak salah jika terus diberi secara tunai kepada semua pelajar IPT bagi tujuan membeli buku bacaan ata rujukan mereka. Jika mereka tidak menggunakan wang tersebut untuk membeli buku, setidak-tidaknya wang tersebut tidak diambil pihak lain.

Lintah darat ini tidak peduli akan halal haram sesuatu perbuatan. Apa yang lebih penting adalah mengaut keuntungan. Asal saja mereka berkesempatan, mereka melakukannya. Semoga mendapat perhatian pihak Kementerian Pengajian Tinggi.

**boleh pulak ek macam tu? For sure la yang boleh tukar dengan duit cash tu akan mendapat sambutan dari students students sebab most of them memang malas nak guna benda ni nak pergi tukar dengan buku. Aku sendiri sampai harini , voucher tu masih terletak simapn elok tu ha dalam laci. Tak terfikir lagi nak buat apa. Rasanya kalau dapat cash memang dah habis lama dah. Elok jugak la dia bagi voucher. Tapi kalau dah bagi voucher pun, ada beruk beruk nak kaut keuntungan, baik bagi cash je kan? Dari ditipu. 

Kongsi Cerita Ini Bersama Rakan

14 comments

January 19, 2012 at 11:56 AM

betul3 dni setuju... duk fikir juga cemana dia bagi baki.. rupanya tak bagi.. isk3

January 19, 2012 at 2:21 PM

sy baru guna semalam. pilih buku yg betul2 amounted rm50 or rm100. klau xckup, popular tu suruh amek ape2 brg lain untuk cukupkan.

January 19, 2012 at 2:37 PM

@Ardini Humaira xfair kan?

January 19, 2012 at 2:38 PM

@Wawa Zolkepli klu cmtu untung balik =)

January 19, 2012 at 10:44 PM

saye dh habiskan 100 bli novel..
pndai2 la bg cukup ataupun lebe beberapa sen pastu gune duit sndiri..
hikhik..

Anonymous
January 20, 2012 at 11:06 AM

org dh bg 2...pandai2 la guna dgn elok..sume dh pelajar uni..xkn la xley nk pk org nk amik ksempatan ke x?melainkan klu dye sndri yg volunteer nk tkar dgn wang...lg pula, kt kedai kte ade 2 plihan..samada bli brg dengan genapkan rm50 atau klu lbih rm50, contoh nye rm57, kte blh tambah rm7 dgn cash....so, masing2 dh bsar n blh pk...xyah la nk jd lurus sgt kn.....

January 20, 2012 at 1:39 PM

boleh tukar ke x sebenarnye.. aduh.. kalau student yang x gune banyak buku, nak beli buku pe ??? hish..nk menderma pon banyak syarat...

Anonymous
January 21, 2012 at 9:18 AM

dia bagi lambat sangat, tunggu nak dekat2 pilihan raya baru nak bagi, . . aku dah beli awal2 start semester dulu bulan 11, . . . RM 140 jugak hilang, . . . . kalau dapat cash, boleh jugak ganti duit yg sepatutnye aku gune untuk bayar sewa rumah, . . . . . Student bukan je perlukan buku, . . . rumah sewa pun perlu, . . . . kos hidup student bukan pada buku, malah pada buku, sewa rumah, bil bulanan, . . . . .

Anonymous
January 21, 2012 at 11:15 AM

takde mende nak beli. beli je pealatan tulis untuk 2 tahun. belikan anak buah, adik2 buku cite.

Anonymous
January 22, 2012 at 4:55 PM

Bg aku la kan...Kalau dilanjutkan tarikh tu lagi atleast boleh beli buku untuk sem depan..haish kenapa mesti smpai 31.3.2012?

January 23, 2012 at 6:03 AM

@JaLi AsHBuRN ramai nak duit..tapi nak wat cmna dah kerajaan xnak bagi cash kan

January 23, 2012 at 6:04 AM

@Shakeyna Safie beli je apepun yg ada dalam kedai tu...boleh je...

Anonymous
January 28, 2012 at 5:00 PM

Ya tuhan.. dh bg pon xbsyukur, byk plk la kerenah.. ap ssh sgt? drpd rugi rm20 xdpt blk baki, ap kata ko bl je peralatan tls smpi rm20! senang, xpon bl 2 A4 paper tuh.. (kalo bkira sgt) kalo cash mmg dh hbs lm, sbb tu bg vouchar. nk gn xnk gn ikut la korng.. BUKU, mcm2 buku ad la.. blmbk blh bl kalo xnk bl buku ilmiah.. nk duit? xckp lg pt/biasiswa ke? cb knl erti SYUKUR, tq ;) no hard feeling..

Anonymous
January 29, 2012 at 12:40 AM

apa2 nama kedai buku yg boleh gunakan baucer rm200 tu erk..?

Post a Comment

Kindly Leave Your Comment Here..=)

Labels

TERKINI (173) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (70) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)