Home » » Kes Shahrizat : Aset NFC Dibeku Kerajaan

Kes Shahrizat : Aset NFC Dibeku Kerajaan

Written By Hafiz Rahman on Monday, January 16, 2012 | 7:00 AM

  • isu feedlot
  • shahrizat abd jalil
  • shahrizat rasuah
  • NFC shahrizat
  • Shahrizat NFC


KUALA LUMPUR – Kerajaan mula mengambil tindakan yang lebih tegas dalam isu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) apabila membekukan semua aset milik perbadanan itu.

Selain itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pertanian, Datuk Seri Noh Omar pula diarahkan agar mengawasi perjalanan perbadanan berkenaan.

Arahan berhubung langkah itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu sidang akhbar di Perak, sebentar tadi.

NFC diPengerusikan oleh Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail yang juga suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

NFC menjadi perhatian dan diasak pembangkang apabila pihak Jabatan Audit Negara menyebut projek tersebut berada dalam kedaan kacau-bilau dalam laporan terbaru meraka yang diterbitkan akhir tahun lalu.

Antara yang dipertikaikan banyak pihak adalah tindakan NFC yang menggunakan dana yang diperuntukan untuk membeli beberapa unit kondominium mewah dalam dan luar negara.

Terkini, Shahrizat beberapa hari lalu mengumumkan akan bercuti selama tiga minggu bagi membolehkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat kes NFC secara bebas sepenuhnya.

Selain pembangkang, beberapa pemimpin UMNO seperti mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad turut mengesa Shahrizat agar meletak jawatan dan jangan menjadi liabiliti kepada kerajaan dan parti.

Mengulas mengenai cuti panjang Shahrizat, Najib berkata, itu adalah satu tindakan yang tepat.

Katanya, menteri berkenaan telah berbincang dengan beliau dan bersetuju tindakan lanjutnya tertakluk kepada hasil siasatan SPRM.


Pendedahan beraitan isu NFC ada dibuat oleh laman blog Milosuam . Boleh klik salah satu dari link yang disertakan dibawah :


**agak agak Shahrizat kena tak ? Kalau betul la seperti yang didakwa yang beliau memanipulasi aset feedlot. Memang UMNO akan terima nasib buruk la di PRU 13 nanti sebab ketidakpercayaan rakyat akan bertambah tambah. Kena pulak Shahrizat tu Ketua Wanita UMNO. Apapun kita tunggu jela keputusan SPRM nanti.

sumber

Kongsi Cerita Ini Bersama Rakan

Post a Comment

Kindly Leave Your Comment Here..=)

Labels

TERKINI (175) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (71) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)