Showing posts with label TEMPAH HEADER. Show all posts
Showing posts with label TEMPAH HEADER. Show all posts

Tempah Header Serendah RM10

Written By HAZRIL HAFIZ on Saturday, December 24, 2011 | 12:32 PM

Salam semua readers yang kacak kacak dan comel sekalian alam semua. Terdetik hati untuk aku bukak balik tempahan header kepada yang berminat sebab ada dua tiga orang yang berminat untuk buat tempahan. Bagi yang belum tahu, sebelum ni aku ada buat tempahan amal kepada yang berminat. Aku ada buat tempahan header free kepada yang berminat dan masa tu free sebab masih test market tengok ada yang berminat atau tak. Alhamdulillah ramai berminat dan ramai yang menempah. Kepada yang tempah tapi tak dapat disiapkan aku mintak maaf sebab ada masalah dengan laptop. Banyak file hilang masa kena virus . Terpaksa format.

 

Dan harini , aku nak bukak tempahan header berbayar kepada yang berminat untuk dapatkan perkhidmatan ni. Kepada yang masih tak ada header untuk blog atau yang nak tukar angin gunakan header baru tapi tak reti nak design, jangan risau sebab insyaAllah aku akan bantu sedaya upaya dengan harga yang sangat murah dan berpatutan. Bagi sesiapa yang nak tengok hasil design aku, boleh ke blog design iaitu HRDESIGN . Koleksi koleksi design akan aku uploadkan ke sana .Klik logo dibawah : 

Bagi yang berminat untuk buat tempahan header maklumat lanjut adalah seperti berikut.

  • setiap header akan dicaj antara RM10 – RM15 (harga boleh runding)  bergantung kepada permintaan header tersebut.
  • header yang simple akan dicaj sebanyak RM10 SAHAJA manakala header yang agak kompleks akan dicaj RM15 (harga boleh runding )
  • harga akan diberitahu selepas anda order

Macammana nak tempah???Mudah je. 

*****SILA EMAILKAN DETAIL BERKAITAN HEADER


antara header yang sudah disiapkan sebelum ni

 

dan selain header, aku ada jugak buat design t-shirt (jarang buat sangat).Kalau ada yang nak tempah boleh ja . Harga akan diberitahu kemudian bergantung kepada permintaan dan tahap kesukaran nak design

Lain lain design

 

BERMINAT???tempahla sekarang. MURAH JEE~~

12:32 PM | 2 comments | Read More

Hadiah Untuk Pemenang Giveaway Yuyu Zulaikha Sudah Siap!!

Written By HAZRIL HAFIZ on Monday, April 18, 2011 | 8:50 PM

Pagi tadi dalam entry Cashout Nuffnang, Beli DSLR Pastu Stop Blogging!!! aku ada cakap yang aku tak ada masa untuk buat post di blog dan header kan?ok aku tak tepati kata2 aku. hehe.even bz pun masih nak beronline. Apa la nak jadi ngan aku ni. Apa pun tak boleh kata JAMBU.

still ingat yang aku pernah sponsor Giveaway dari Yuyu Zulaikha?kalau tak tahu boleh baca di entry Yuyu yang ini . Lagi Sponsor Untuk Ferrero Random GiveAway. Alhamdulillah setiap yang terjadi ada sebabnya

dan GA tersebut sudah ada pemenangnya seperti yang dah diumumkan di Senarai Pemenang Giveaway Yuyu Zulaikha Sudah Dium... dan design yang dibuat ni adalah hadiah yang dimenangi oleh salah seorang pemenang iaitu FARHANA BASRI .Hope u suka dengan design ni. Actually tak tahu nak buat macamma sebab spesifikasi tak diberi secara detail .Just serahkan 100% kepada aku untuk design dan nakkan header yang simple dan tak strike colournya. . So inilah hasilnya .

saiz : 900 x  350 pixel


PICTURE ORIGINAL LINK : 

sebarang komen untuk header di atas???hehe
lagi seorang pemenang masih tak memberi sebarang komen. Aku nak komen pun tak dapat kat blog dia. tak tahu pasal apa. harap kalau dia sedar nanti dia akan mesej aku

kalau ada sebarang pertanyaan boleh bertanya di bahagian komen k.
8:50 PM | 1 comments | Read More

Cashout Nuffnang, Beli DSLR Pastu Stop Blogging!!!

Alhamdulillah akhirnya ada masa jugak untuk aku update blog aku lepas beberapa hari ditinggalkan bersendirian. Minggu ni agak sibuk. Bukan agak, memang gila babeng punya sebok dengan presentation ETR . Then final exam tinggal berapa hari ja lagi.

 

So aktiviti menghupdate blog terpaksa dikurangkan. Kurang je bukan tinggal terus. Dan aktiviti mendesign header pun terpaksa dihadkan sebab better aku study (aicehh study konon.blah lalu).Beberapa hari yang lepas plak, template aku ada masalah sikit , malas aku nak caro coding yang error tu, so tukar terus pakai standard template yang ada di template designer dashboard tuh. tak yah nak pening pening kepala dah. dan alhamdulillah walaupun tak update , trafik tetap maintain. Thanx kepada anda , anda dan anda yang sudi melepak sini walaupun tak baca. dan alhamdulillah duit nuff cepat plak bertambah. Adakah kerana INI? InsyaAllah aku tak mau cashout lagi. Tunggu bagi cukup boleh dapat DSLR sejibik., aku cashout.AMIN!!!at least nampak la kan hasilnya. Ni kalau aku c.out sekarang, mesti membesarkan perut ja. Memang la nampak hasil tapi lepas tu hilang la hasil tu sebab aku kan “slim”. haha

 

Dan untuk sesiapa yang masih belum dapat header yang sudah ditempah. Aku mintak maaf sangat sebab memang tak sempat nak mengadap photoshop nak membelek satu satu design . Plus nak memerah otak sikit. Sebab kengkadang ada yang request mintak pelik2 . So kena cari masa yang panjang untuk dapat idea. Dan untuk dua orang pemenang Giveaway Yuyu Zulaikha iaitu  LIYANA KARIM DAN FARHANA BASRI, header anda akan diberi keutamaan dan akan disipakan dalam masa terdekat insyaAllah. Farhana dah bagi detail tapi si Liyana ni senyap je. Aku komen kat blog pun dia tak reply. Tak nak redeem hadiah ke?tak nak , nak kasi sama orang lain. hehe.

 

Dan bila bukak ja email, mesti ada lagi yang request nak header free. Sorry ek, dah bagitahu dah haritu yang aku dah tutup dah tempahan header free tuh atas sebab sebab tertentu plus tak sempay nak buatkan . So mintak maaf ek. Yang dah request sebelum2 tuh, header anda akan disiapkan.

 

Boleh check latest design aku di HR DESIGN

 

okeh jumpa lagi nanti.!!stay tiun hiyer !!

p/s : menda tajuk macam tu. Aku dah tak dak idea dah nak letak tajuk apa kat entry nih. wateva laa.

9:27 AM | 11 comments | Read More

Minta Jasa Baik Tolong Vote Untuk Harga Tempahan Header Yang Sesuai!!

Written By HAZRIL HAFIZ on Tuesday, April 12, 2011 | 6:36 PM

ADA SATU KEJUTAN DAN BERITA BAIK. KALAU NAK TAHU KENA LA BACA SAMPAI HABIS.HEHE

seperti yang sesetengah dari anda dah sedia maklum, beberapa hari yang lepas aku ada buka tempahan header free untuk blogger blogger dan sudah pun berjaya siapkan beberapa header yang telah ditempah. Semua design header boleh dirujuk di Blog HR DESIGN .

nak tahu apa itu HR DESIGN?sila klik    HR DESIGN : FAQ Berkaitan HRD

HR DESIGN pulak adalah satu blog yang diwujudkan untuk mengumpulkan kesemua hasil karya aku yang telah siap untuk simpanan peribadi dan jugak tempahan . Selepas dah test market dengan header free. Alhamdulillah dapat feedback yang positive daripada pelanggan tersebut dan semuanya suka.. Kiranya tak ada yang kutuk kutuk la. hehe.Ni adalah salah satu header yang aku design .

header untuk TIKIN IS TEKO LUVER(sebab tu ada gambor Teko) dan Yuyu Zulaikha

design yang lain boleh rujuk di HR DESIGN

So aku maju setapak lagi untuk mula berbisnes secara serius untuk ambil tempahan kepada blogger blogger atau siapa sahaja yang nak mendesign header atau apa ja dan sedikit bayaran akan dikenakan. Haa tentang bayaran ni la sebenarnya MOTIF UTAMA aku buat entry ni.

                         image 

Haa nampak tak gambar di atas ni?kotak vote yang dah tersedia untuk anda vote. Aku nak minta jasa baik untuk sesiapa yang masuk ke blog aku ni untuk tolong vote harga yang sesuai dengan kualiti header yang aku buat. Untuk tengok koleksi header yang aku cipta, boleh rujuk di HR DESIGN. Atau klik ja logo HR DESIGN di atas kotak vote tersebut. Anda akan terus didirect  ke blog tersebut . TOLONG VOTE EK. alamak terkepslox plak dah. hehe

Lepas dah dapat maklumat berkaitan bayaran ni, baru la aku akan mula buka tempahan. Takut kalau tak dapatkan pandangan ramai, nanti terletak harga tak kena dengan kerja pulak. Kalau boleh tak mau la nanti ada yang merungut. Customers is always cute right!! Kang ada yang pelangkung kepala aku naya ja sebab mahal.

Membebel je terlupa pulak pasal KEJUTAN yang aku bagitahu kat atas tadi. Ok disebabkan aku nak buat tempahan berbayar selepas ni, so aku akan buat satu header free terakhir special untuk blogger bertuah. Siapa blogger bertuah tu, belum tahu lagi. Sesiapa yang aku rasa nak buat la kan?And bermotif untuk aku buat. hehe.Dan beliau tak akan tahu sehinggalah header tersebut siap dibuat. Then aku akan bagi on the spot ja kat dia.hehe. So  misi mencari blogger bertuah akan dijalankan pada malam ini atau esok hari.. Mencari jugak walaupun aku esok ada 2 test Dasar pemalas betol!!PERHATIAN !!komen anda yang berbunyi “Saya nak header terakhir tu sebab saya…….” tak akan beri kesan kepada pencarian aku. hahahaha. Aku yang akan decide 100% siapa yang bertuah tu.hak. dah r , rasa macam dah panjang bebenor entry kali ni. Ni yang aku malas nak membebel ni. Tak mau berenti!!

nak tahu apa itu HR DESIGN?sila baca HR DESIGN : FAQ Berkaitan HRD

 

TQ SUDI BACA !!datang la lagi nanti!!

 

6:36 PM | 3 comments | Read More

HEADER DESIGN : 2Tempahan Design Header Free Lagi Untuk Diambil

Written By HAZRIL HAFIZ on Monday, April 04, 2011 | 7:14 PM

Pesal aku rasa semacam ja tajuk kat atas tu haa?ahh hentam jelah. malas teman nak  pikior , asal paham udah lae. Cakap banyak watpe kan3x? selepas semalam aku dah siapkan 3 header yang dah ditempah oleh 3 orang blogger, petang nie, dalam lebih kurang setengah jam macam tu, aku berjaya siapkan lagi 2 header untuk seorang blogger wanita dan seorang blogger lelaki yang pernah aku jumpa masa gathering kat Alor Star hari tu.

Tak mau cakap banyak sangat nanti korang boring, meh tengok dan komen design terbaru aku ni.hehe

design kedua dua blogger ni aku buat dalam 2 versi iaitu transparent dan bukan transparent. But aku prefer transparent sebab nampak lebih smooth bila digunakan untuk header dan nampak lebih kemas .

HEADER 1 untuk TIKIN

LINK : http://i935.photobucket.com/albums/ad193/fasyril/TEMPAHAN%20HEADER/transparent.png

untuk header Cik Tikin ni, ada ceritanya. Lawak gak sebab semalam masa dia isi form, aku tak da idea nak buat header macam mana sebab tak diberitahu dengan detail . Dia cakap macam mana pun tak pa. Aku musykil dengan perkataan TEKO tu, teko air tu ke. then alu pun search la teko  berwarna pink.Yang lawaknya, boleh aku lupa teko dalam bahasa omputih, puas mencari kamus dekat setengah jam nak tahu perkataan “pot” , bengong gak padahal google translate depan mata tak mau guna. Grrr~~ Pastu pagi tadi , rasa macam musykil je , teko lain kot. Aku mesej dia di facebook dan mintak dia mesej aku balik. Pastu dia bagitahu, dia pun tak tahu TEKO ape. Rasa nak tarik hidung ja budak ni. Dia pun cakap buat la macammana pun. ok fine aku buat ikut suka.haha. SO aku pun dah malas nak cari gambar kaler pink dah. Tibai je letak teko  pink tu. Cantik jugak teko tu.ahaha. Sorrt kalau tak ikut tema cik tikin

HEADER 2 untuk SHAHJIEHAN 

LINK : http://i935.photobucket.com/albums/ad193/fasyril/TEMPAHAN%20HEADER/header-transparent.png

ini pun satu lagi yang aku tak da idea nak buat macammana. Dengar Shahjihan dalam kepala aku terbayang bayang Taj Mahal je. So hentam je la. haha. Header untuk lelaki ni kurang sikit. Untuk perempuan macam mencurah curah ja idea. tak kuasa nyahh.yarkss. Ya Allah jauhilah aku dari kesesatan.haha

DESIGN HEADER YANG LAIN2 DISINI

  1. 3 Header Free Sudah Siap Untuk Diambil
  2. Header Free Untuk Blogger

 

7:14 PM | 7 comments | Read More

3 Header Free Sudah Siap Untuk Diambil

3 header terawal yang ditempah oleh 3 orang blogger yang mengisi form dengan lengkap di entry Makluman Penting Untuk Tempahan Header Free di Blog HafizRahman dah aku siapkan semalam .Kalau ikutkan keadaan semasa, memang tak sempat, then tetiba classmate aku bagitahu yang quiz hari ni postpone ke hari khamis so memang cari pasal la. Masa terbuang jangan disiakan. haha. Padahal banyak lagi kerja lain aku kena buat. Tapi tak pa, demi kawan kawan aku tak kisah punya . Berlagak baik kan?

Dan setelah berhempas pulas mengerah keringat tulang 2 kerat (tangan je) maka terhasillah sebuah karya terburuk dalam sejarah negara iaitu karya dari aku.

3 header ini ditempah oleh :

Dan headernya disini mengikut turutan di atas :

 

untuk ANYSS

link : http://i935.photobucket.com/albums/ad193/fasyril/TEMPAHAN%20HEADER/header.png

 

 

 

untuk AIN

Link : http://i935.photobucket.com/albums/ad193/fasyril/TEMPAHAN%20HEADER/Header-1.png

dan untuk YAYA

http://i935.photobucket.com/albums/ad193/fasyril/TEMPAHAN%20HEADER/header-yaya.png

amacam?cantik ka buruk?hahaha. Perasan. Semua ni aku buat mengikut apa yang diminta, tapi sorry la sebab aki masih lagi dalam proses pembelajaran. Aku ni umpama buah cempedak diluar pagar yang kena tolong jolokkan tu la lebih kurang. So aci la kalau tak cantik kan?

Hope ketiga tiga customer pertama ni suka dengan hasil kerja aku. Kalau suka nanti boleh la aku proceed dengan lain lain dan insyaAllah kalau dapat permintaan , masa masa akan datang sedikit bayaran akan dikenakan. hehe. Buat masa ni masih free sebab aku still dalam practical lagi. acece practical plak.

So kepada yang nak jugak, boleh rujuk entry Makluman Penting Untuk Tempahan Header Free di Blog HafizRahman. INGAT!! request yang ikut syarat syarat yang ditetapkan ja yang akan dilayan . Dan 3 blogger di atas adalah antara mereka yang ikut syarat tu la.haha.Dan had free header ni akan tamat bila bila masa dari sekarang sampai satu masa yang akan diberitahu kemudian Sapa nak cepat. Lambat lu gigit jari gua cakap.

 

10:19 AM | 10 comments | Read More

Makluman Penting Untuk Tempahan Header Free di Blog HafizRahman

Written By HAZRIL HAFIZ on Sunday, April 03, 2011 | 1:13 PM

UPDATED : TEMPAHAN HEADER DITUTUP BUAT SEMENTARA WAKTU!!SEKIAN




Salam semua. Haa ni yang nak marah orang ni tengahari buta ni. Semalam ceq dah buat post pasal siapa yang nak header free tu di entry Header Free Untuk Blogger.Dah habaq dah suruh email.pastu baru komen. Then ramai pulak yang tinggal komen juz cakap “nak” . Mana ceq nak tau hampa nak macammanaSteaming madgrrr~. Ok aku masukkan balik ek syarat2 nak tempah header free tu

So ada sesiapa yang berminat untuk  buat header?Sila komen . Buat masa sekarang free of charge,(bulan 4 aku baik sikit)acece.. but aku tak janji akan siap cepat. Sebab final exam dah dekat . Nak kena fokus sikit sebab aku dah sem last dah. Kena pulun lebih sikit. kalau ada sesiapa yang nak header free, boleh email detail2 header dan gambar semua,but header yang cuma word simple macam nie dan tak libatkan gambar gambar akan diberi keutamaan sebab lebih mudah dan cepat.yang nak kena crop2 gamabr amik masa sikit.Bila dah email semua detail, tinggalkan komen kat sini. Kalau nak promote kat kengkawan pun boleh. Dan nak bagitahu sekali lagi. AKU TAK JAMIN BOLEH SIAP CEPAT sebab aku cuma buat bila ada kelapangan dan aku dah bosan tahap gaban. hehe
sila take note word yang digedabakbesorkan tu. Kalau tak nampak jgk tak tahu la .Kena pakai spek 8lapis tak pun korek bijik mata tu letak atas kepala. Tak pe la. Mungkin korang eksaited sangat sampai terlupa baca.haha Hari ni aku senangkan kerja kerja nak email ni sebab mungkin ramai yang malas nak bukak email kan pasal berukband yang lembap macam beruk tuh

So kepada sesiapa yang nak tu , sila isi form dibawah . Masukkan
  1. nama
  2. Email
  3. Subject
  4. Pastu dalam ruangan mesej tu, masukkan link blog anda, dan bagi detail berkenaan header yang diinginkan. contohnya: WARNA, SAIZ, GAMBAR, dan lain lain spesifikasi yang diinginkan(bagi yang nak letak gambar sendiri, sila EMAIL GAMBAR ANDA YANG BERPIKSEL BESOR).email ke hafizrahman90@gmail.com
  5. Lepas tu tekan SEND.

ok lepas dah siap send, tinggalkan komen anda di entry Header Free Untuk Blogger.Senang kan? Header yang ditempah akan dikira bermula siapa yang bagi link dalam form ini sahaja. Detail yang tak lengkap tak akan dilayan sama sekali .

but as I said earlier dalam entry Header Free Untuk Blogger., AKU TAK JAMIN BOLEH SIAP CEPAT sebab aku cuma buat bila ada kelapangan dan aku dah bosan tahap gaban. So banyakkan bersabar ek.hehe


UPDATE : 3 Header Free Sudah Siap Untuk Diambil
1:13 PM | 1 comments | Read More

Header Free Untuk Blogger

Written By HAZRIL HAFIZ on Saturday, April 02, 2011 | 7:41 PM

UPDATED : TEMPAHAN HEADER DITUTUP BUAT SEMENTARA WAKTU!!SEKIAN


semua yang dibawah ni adalah antara koleksi koleksi header yang dah aku buat untuk beberapa orang blogger secara free of charge. Buat masa sekarang, rasa macam malas aku nak amik duit lagi. Tengok ramai jugak blogger blogger lain yang dah mula ambil tempahan untuk buat header. tapi aku rasa aku belum layak lagi untuk amik duit sebab tak elok pun semua yang aku buat nie. Sekadar suka suka dan masih belajar guna photoshop.

untuk blog schoolmate aku masa sekolah menengah dulu.

dan ini satu lagi

dan ini pulak header yang aku buat untuk OshinLove

oshinloveblog
dan header sementara aku sebab nak tukar design blog
dan ini yang aku buat untuk Izamir Ridzwan semalam
HEADER
dan satu lagi untuk blog JomLepakzz. Sorry untuk owner Jomlepakzz sebab masa buat ni aku tak da idea . So mana aku jumpa, semua aku hentam masuk.haha. nanti la aku buat lain ek bro.
Jom Lepakzz
haha semua buruk kan?memang tak patut aku amik duit. kalau nak amik tempahan , buat duit, kena la betul betul elok dulu. Mungkin masa masa akan datang akan di caj. hehe. Money is not everything, but everything need money isn’it?

So ada sesiapa yang berminat untuk  buat header?Sila komen . Buat masa sekarang free of charge,(bulan 4 aku baik sikit)acece.. but aku tak janji akan siap cepat. Sebab final exam dah dekat . Nak kena fokus sikit sebab aku dah sem last dah. Kena pulun lebih sikit. kalau ada sesiapa yang nak header free, boleh email detail2 header dan gambar semua,but header yang cuma word simple macam nie dan tak libatkan gambar gambar akan diberi keutamaan sebab lebih mudah dan cepat.yang nak kena crop2 gamabr amik masa sikit.Bila dah email semua detail, tinggalkan komen kat sini. Kalau nak promote kat kengkawan pun boleh. Dan nak bagitahu sekali lagi. AKU TAK JAMIN BOLEH SIAP CEPAT sebab aku cuma buat bila ada kelapangan dan aku dah bosan tahap gaban. hehe

7:41 PM | 23 comments | Read More

HEADER POST FOR BLOGGER

Written By HAZRIL HAFIZ on Thursday, April 03, 2008 | 8:05 PM

8:05 PM | 0 comments | Read More

Labels

TERKINI (173) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (70) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)