Showing posts with label MIRACLE HAPPEN. Show all posts
Showing posts with label MIRACLE HAPPEN. Show all posts

Lelaki Kudung Tawan Puncak Gunung Kilimanjaro

Written By HAZRIL HAFIZ on Monday, June 25, 2012 | 11:40 AM


GAMBAR pada 22 Jun menunjukkan lelaki kudung kedua-dua kakinya, Spencer West tiba di puncak Gunung Kilimanjaro di Tanzania.

MONTREAL, Kanada - Seorang lelaki yang kudung kedua-dua belah kaki berjaya menakluk puncak tertinggi di Afrika, Gunung Kilimanjaro, sekali gus menyangkal dakwaan beberapa doktor bahawa dia tidak akan dapat berfungsi dan menyumbang kepada masyarakat.

Spencer West, 31, hilang kakinya ketika masih kanak-kanak akibat penyakit genetik, sacral agenesis yang menyebabkan bahagian bawah badannya lumpuh.

Namun, warga bandar Toronto di Kanada itu tidak membiarkan kecacatan itu menghalangnya.

Dia tiba di puncak Kilimanjaro, pada ketinggian sekitar 6,000 meter dari aras laut, Selasa lepas.

"Mendaki Gunung Kilimanjaro merupakan perkara paling mencabar yang pernah saya lakukan, baik dari sudut fizikal atau pun mental.

"Namun, dengan berbuat demikian kita sedar betapa pentingnya untuk kita percaya kepada diri sendiri dan orang lain," kata West kepada agensi berita AFP dari Nairobi, Kenya.

"Saya memanjat menggunakan tangan. Ia memberi tekanan ke atas bahagian tersebut serta bahu saya," tambahnya.

Sepanjang pendakiannya, West ditemani oleh dua sahabat baiknya, David Johnson dan Alex Meers. Matlamat mereka adalah untuk mengumpul dana buat Free the Children, sebuah pertubuhan yang membekalkan air bersih kepada beratus-ratus orang di Kenya.

Kenya mengalami kemarau terburuk dalam tempoh 60 tahun pada 2011.

Misi itu berjaya mengumpul lebih AS$500,000 (RM1.59 juta) untuk pertubuhan amal tersebut.

Dia mendaki Kilimanjaro berkenaan pada Selasa lepas dan tiba di kemuncak gunung berkenaan tiga hari kemudian. - AFP

*Sedangkan beliau yang kudung boleh capai kejayaan yang boleh dianggap mustahil, inikan pula kita yang cukup sempurna . Bukan suatu alasan untuk capai kejayaan. Hanya usaha yang menentukan kejayaan atau kegagalan. Never say Never. 

Kosmo
11:40 AM | 0 comments | Read More

Pokok Tumbang Membengkok Elak Terkena Kereta Ustaz

Written By HAZRIL HAFIZ on Thursday, May 03, 2012 | 2:32 PM

Kisah ini mengenai seorang wali keturunan Bani Mu’awiyah yang kini hidup sebagai orang biasa, mengajar di sekolah Islam biasa di London, mengalami kejadian yang menakjubkan.
Ustaz itu mempunyai sebuah rumah biasa, dan berkereta ke sekolah. Kereta itu pula dah tua, dan dia tak dapat beli kereta baru walaupun gajinya lebih dari cukup untuk duit muka kereta. Kereta sana murah, kan. Tapi dia kata, kekayaan yang dia ada bukan milik dia seorang. Selain keenakan kereta baru, dia letak prioriti duit itu pada tempat lain. So, dia lebihkan derma daripada tukar kereta. Tak macam orang kita, kan.

Satu hari berlaku ribut taufan di perkampungan beliau, dan sebatang pokok telah tumbang di laman depan rumahnya. Dia sangka anjung rumah dia akan rosak, apatah lagi keretanya. Namun, dalam curiosity tu, dia tetap reda kalau jadi apa-apa. Apabila dia keluar dan melihat apa yang terjadi, dia tak percaya. Anjung rumahnya tak rosak, dan keretanya seolah-olah ‘diselamatkan’ oleh malaikat.

Batang pokok itu membengkok agar tidak mengenai bahagian belakang kereta beliau. Kelihatan dalam gambar beliau cerita sepatutnya trajektori pokok itu akan hempap keretanya, dan batang pokok itu seingat dia lurus. Kalau tak silap lah, katanya. Tapi dah tumbang jadi bengkok.

sumber : Helmifaiz

2:32 PM | 1 comments | Read More

Fenomena Laut Terbelah Di Korea Selatan Umpama Kisah Nabi Musa

Written By HAZRIL HAFIZ on Sunday, January 08, 2012 | 12:30 PM

APA saja yang disebut sebagai keajaiban memang tidak pernah gagal menarik perhatian orang ramai. Lebih-lebih lagi apabila kisah di sebaliknya sukar dijelaskan. Malah, banyak sebenarnya fenomena menakjubkan berlaku di dunia ini yang kurang diketahui ramai biarpun berlaku hampir saban tahun.

Salah satu fenomena yang tidak kurang menariknya adalah kejadian laut terbelah yang berlaku di Pulau Jindo, wilayah Jeollanam-do di kawasan barat daya Korea Selatan. Pulau ini adalah yang ketiga terbesar di negara itu dan terletak berhampiran pulau Jejudo dan Geojodo.

Bayangkan dalam tempoh sejam, anda dapat menyaksikan kekuasaan Ilahi apabila lautan yang sebelum ini dipenuhi air dan secara tiba-tiba terbelah dan membentuk laluan sementara sepanjang 2.8 kilometer dan selebar 40 hingga 60 meter.
Kejadian itu pasti mengingatkan kita terhadap kisah Nabi Musa yang ‘membelah laut’ bagi membawa pengikutnya yang taat kepada Allah SWT melarikan diri daripada kekejaman Firaun.
Namun, kejadian moden belahan laut di Jindo itu lain ceritanya yang berkait rapat dengan faktor semula jadi iaitu berlakunya pertembungan arus surut secara serentak yang menyebabkan paras air surut sebanyak enam hingga tujuh meter.
Ini menghasilkan laluan bagi menghubungkan dua daratan yang sebelum ini ditenggelami air. Ia juga lazimnya berlaku pada jam 5 atau 6 petang dan disambut menerusi pesta besar-besaran yang dikenali ‘Jindo Yeongdeung Festival’ atau Pesta Laut Terbelah Jindo.
Malah Pesta Laut Terbelah Jindo ini selalunya diadakan tiga kali setahun iaitu pada Mac atau Mei serta Julai. Bagaimanapun, sambutan luar biasa pelancong tempatan dan asing yang mencecah 400,000 orang membanjiri pesta itu menyebabkan pihak berkuasa memutuskan untuk turut meraikan pesta berkenaan pada April.


Acara itu juga membolehkan pelancong menikmati pelbagai pengalaman di laut dan menyaksikan pemandangan unik serta budaya Jindo. Pesta itu diserikan dengan lagu rakyat Jindo dan tarian khas Korea, Ganggangsullae, turut dipersembahkan. Tarikan lain sepanjang pesta itu termasuk pertunjukan bunga api, pertunjukan laser, persembahan muzik tradisional serta permainan dram.
Bagi mendapatkan pemandangan paling menarik laut terbelah dan membentuk laluan, orang ramai boleh menikmatinya sama ada dengan memanjat bukit atau berjalan-jalan sendiri di laluan itu.
Malah, siapa yang mahu melepaskan peluang melihat detik-detik keajaiban dan tidak hairanlah sebaik lautan itu terbelah, orang ramai berpusu-pusu melintasi laluan itu dan meraikan rakan dari arah bertentangan berikutan penyatuan daratan kepulauan Jindo dan Modo. Tidak kurang pula yang mengambil kesempatan mencari tiram, rumpai dan hasil lautan lain.
“Inilah keajaiban yang tidak mungkin disaksikan di tempat lain. Dalam sekelip mata, laut terbelah dan mendedahkan dasarnya. Tiada perkataan dapat menggambarkan ketakjuban melihat hidupan laut seperti kerang, kepah dan hidupan marin yang sebelum ini hidup di dasarnya, tiba-tiba timbul,” kata pelancong tempatan, Cho Eun-Jun yang dipetik media tempatan, baru-baru ini.


Hakikatnya, tidak ramai yang tahu mengenai kewujudan fenomena itu sehinggalah pada 1975, apabila seorang duta Perancis ketika itu, Pierre Randi, melawat Korea Selatan dan menulis mengenainya dalam sebuah akhbar negaranya.
Namun, seperti juga banyak kejadian aneh lain, ada kisah atau kepercayaan rakyat tempatan di sebalik fenomena itu. Ia dikaitkan dengan sebuah kampung di Jindo yang diserang harimau yang menyebabkan penduduk berlari ke pulau Modo untuk berlindung. Malangnya, seorang wanita tua, Pong, yang tidak berdaya tertinggal. Dalam keadaan serba tersedak dia memohon bantuan Dewa Laut, yang kemudian memisahkan laut dan membantu wanita malang itu lari daripada haiwan liar berkenaan.
Apabila laut itu terbelah, ramai penduduk yang berlari ke Modo, memainkan gong dalam usaha mereka mencari wanita berkenaan. Dia, bagaimanapun meninggal dunia tetapi sebelum mati, wanita berkenaan sempat membisikkan: “Doaku dimakbulkan. Laluan laut terbuka dan aku dapat melihat kamu semua. Kini, harapanku sudah terlaksana. Aku boleh meninggal dengan tenang.”
Nama asal daerah itu, Hodong, kemudian ditukar kepada Hoedong, bermakna ‘Kampung Orang yang Kembali’, bagi mengingati kisah Pong.
Selain di Korea, kejadian itu turut dipopularkan di Jepun, selepas penyanyi wanitanya, Dendo Yomishi, menghasilkan lagu fenomena Jindo itu pada 1996.


Kisah Nabi Musa belah samudera


Fenomena laut terbelah dua bukan perkara baru kerana ia pernah berlaku pada zaman Nabi Musa yang ketika membawa pengikutnya yang taat kepada Allah melarikan diri daripada kekejaman Firaun, pemerintah Mesir.
Namun begitu, besar perbezaan dengan apa yang berlaku di Korea Selatan kerana perkataan terbelah dan membelah itu sendiri membawa makna berlainan. Kejadian laut terbelah di Korea Selatan berpunca daripada faktor saintifik sedangkan keupayaan Nabi Musa membelah Laut Merah pada tanggal 10 Muharam dengan tongkatnya adalah disebabkan mukjizat yang dikurniakan Allah kepada baginda.
Kekejaman Firaun yang mengaku dirinya Tuhan sudah sampai di kemuncak, menyebabkan Nabi Musa membawa pengikutnya lari untuk mengelak daripada diseksa.
Pelarian membawa mereka ke tepi Laut Merah. Sekali pandang, Nabi Musa dan pengikut baginda bakal menjadi habuan kebuasan Firaun kerana terperangkap - di depan laut dan di belakang pula tentera Firaun semakin mendekati.
Namun Allah SWT mempunyai perancangan tersendiri untuk menyelamatkan Rasul serta makhluk-Nya yang beriman. Allah mengarahkan Nabi Musa mengetuk tongkat baginda, yang sebelum itu berjaya membuatkan ahli sihir Firaun ketakutan selepas menjelma menjadi ular besar menelan semua ular yang dijelmakan ahli sihir berkenaan, ke laut.
Dengan izin-Nya, Laut Merah itu terbelah dua, menyediakan laluan untuk Nabi Musa dan pengikut baginda menyeberang dengan selamat.
Firaun dan bala tenteranya yang ghairah mahu membunuh Nabi Musa dan pengikut baginda akhirnya masuk ke dalam perangkap maut apabila laut kembali bersatu sebaik mereka berada di tengah-tengah dan selepas Nabi Musa dan pengikut baginda sudah selamat tiba di tebing.
Bukti kejadian itu diungkap oleh seorang pakar arkeologi, Ron Wyatt, yang mendakwa menemui beberapa roda kenderaan perang purba di dasar Laut Merah. Katanya, ia mungkin sebahagian sisa kenderaan perang tentera Firaun yang tenggelam ketika mengejar Nabi Musa.
Katanya, selain roda kenderaan perang berkuda, Wyatt bersama pasukannya turut menemui tulang manusia dan tulang kuda di tempat yang sama. Penemuan itu mengukuhkan dakwaan ia adalah sisa tulang tentera Firaun apatah lagi hasil kajian yang dilakukan di Universiti Stockholm ke atas tulang berkenaan mengesahkan ia berusia sekitar 3,500 tahun, sama waktu kejadian Nabi Musa membelah Laut Merah berlaku.
Apapun, kedua-dua kejadian itu berlaku atas kehendak Allah SWT yang cuma mengarahkan laut terbelah mengikut jadual, dan itulah yang akan terjadi.


INFO: Laut terbelah Jindo

  • Berlaku dua kali setahun iaitu sama ada Mac atau Mei serta Julai.
  • Secara saintifik, kejadian itu disebabkan penurunan mendadak paras air laut akibat pertembungan air pasang dan surut secara serentak.
  • Ia juga disebabkan tarikan graviti antara bulan dan matahari.
  • Fenomena itu berlaku selama sejam dan mendedahkan sebahagian dasar lautannya yang membentuk laluan menghubungkan daratan Jindo dan pulau sekitarnya.
  • Menjadi antara acara tarikan utama pelancong ke Korea Selatan, setiap tahun.

  • 12:30 PM | 0 comments | Read More

    Pen yang Ditelan 25 Tahun Lalu Masih Berfungsi Selepas Dikeluarkan

    Written By HAZRIL HAFIZ on Friday, December 23, 2011 | 8:30 PM

    Kita mungkin pernah kehilangan pen dan menjumpainya dibawah sofa, tetapi seorang wanita  kehilangan pen untuk 25 tahun - selepas dia menelannya dalam kemalangan.
    Kejutan terjadi apabila seorang wanita berusia 76-tahun-menemui doktor apabila mengalami penurunan berat badan dan cirit-birit. Suatu penyiasatan segera mendedahkan kawasan usus besar wanita itu telah menjadi radang, yang menyebabkan sakit perut.
    Doktor di Devon Royal & Exeter Hospital Yayasan Amanah kemudian mengambil imbasan CT abdomen di mana mereka kagum apabila melihat 'objek linear' yang kelihatan seperti pen.
    Apabila dipersoalkan, pesakit masih ingat bahawa 25 tahun yang lalu dia telah menggunakan pen untuk mencucuk tonsil dan melihat melalui cermin. Bagaimanapun, dia kemudian jatuh ke hadapan dan tertelan pen.

    Pasukan perubatan beliau memutuskan bahawa mereka harus membuang pen kerana terdapat risiko yang kecil namun boleh dilakukan melalui tebukkan kecil dilapisan perut. Apabila dikeluarkan, menakjubkan, pen itu masih boleh digunakan..


    Aduhh kes pelik ni. Macammana la masa dia tertelan pen tu dia boleh buat derk ja ek??? Lek ja biar macam tu. Plus boleh plak kan tertelan pen kemain panjang.
    8:30 PM | 3 comments | Read More

    Bayi Kepala Dua Lahir Di Brazil

    Brazil – Bayi berkepala dua yang berkongsi jantung, paru-paru dan hati yang dilahirkan di Brazil, kini dilaporkan sihat.

    Bayi berkenaan diberi nama Emanoel dan Jesus oleh ibunya, Maria de Nazare.

    Mereka yang mempunyai dua otak itu dilahirkan melalui pembedahan.

    Menurut pengarah hospital Santa Casa, Neila Dahas, pihaknya mencadangkan kaedah pembedahan selepas imbasan yang dilakukan mengesan kandungan itu adalah kembar namun mempunyai dua kepala.

    Ia juga bagi menyelamatkan nyawa ibu dan bayi berkenaan.

    “Di sebalik masalah yang kita hadapi terutama kelengkapan yang kurang di hospital ini, kita berjaya menyelamatkan ibu dan bayi tersebut.

    “Bagi kami, ia merupakan satu kejutan besar apabila mendapati bayi berkenaan dilahirkan sihat,” katanya.

    Kelahiran bayi kembas siam sering berlaku namun kelahiran melibatkan bayi yang mempunyai dua kepala amat jarang berlaku di dunia.

    Ia merupakan kelahiran kedua seumpama ini di Brazil, namun dalam kes pertama, bayi tersebut meninggal dunia selepas satu kepala mengalami kekurangan oksigen apabila satu lagi kepala meninggal dunia.

    Dalam sesetengah kes, apabila bayi mempunyai kepala, otak di salah satu kepala akan mengalami proses perkembangan yang perlahan bagi menyelamatkan nyawa bayi berkenaan.

    Namun dalam kes ini, Emanoel dan Jesus mempunyai dua otak, sekali gus menyukarkan doktor untuk membuat keputusan sama ada akan membuang kepala itu atau tidak.

    “Jika kedua-dua kepala bayi itu mempunyai otak, bagaimana kita hendak memilih kepala mana yang akan dibuang.

    “Kita tidak mempertimbangkan untuk melakukan pembedahan dan pada masa ini kita hanya akan melihat perkembangan serta pertumbuhan bayi itu ” kata Neila.

    Sekurang-kurangnya 14 kes yang sama berlaku dalam kelahiran bagi tempoh 200 tahun.

     

    Doktor pun konfius nak buang kepala yang mana satu sebab kedua duanya sekali berfungsi. Tapi jangan tersilap, bukan semua kes kepala dua tak boleh survive. Ada yang hidup sampai besar. Tengok video dibawah :

    sumber : Mynewshub

    7:47 AM | 2 comments | Read More

    Masih Hidup Selepas 2 Minggu Terperangkap 700meter Dibawah Tanah

    Written By HAZRIL HAFIZ on Tuesday, August 24, 2010 | 11:59 AM

    sumber : KOSMO



    SANTIAGO - Seramai 33 orang pelombong didapati masih hidup dan berada dalam keadaan sihat walaupun sudah dua minggu terperangkap di bawah tanah sedalam 700 meter selepas pintu masuk lombong emas dan tembaga yang terletak 800 kilometer ke utara Santiago runtuh pada 5 Ogos lalu.
    Pasukan penyelamat Chile semalam bersiap sedia untuk melancarkan misi menyelamat yang mungkin mengambil masa sekurang-kurangnya selama 120 hari atau empat bulan.
    Menurut seorang anggota penyelamat, Andres Sougarret, sebuah kamera yang dimasukkan melalui satu lubang yang ditebuk sedalam 700 meter menunjukkan pelombong-pelombong itu tidak memakai baju dan berpeluh.
    Suhu dalam lombong itu adalah di antara 32 hingga 37 darjah Celsius.
    Pada Ahad lalu, Presiden Chile, Sebastian Pinera membacakan nota yang menyatakan semua pelombong yang terperangkap masih hidup.
    "Kami semua selamat di dalam kawasan perlindungan," jelas nota yang ditulis dengan menggunakan dakwat merah.
    "Ramai antara mereka menunjukkan muka di depan kamera. Kami boleh melihat reaksi gembira dan harapan di mata mereka," kata Pinera yang mengakui imej-imej itu memberinya keyakinan bahawa insiden itu akan berakhir dengan baik.
    Pengarah Pejabat Kecemasan Kebangsaan, Carlos Garcia menyatakan mangsa-mangsa yang terperangkap itu memiliki sedikit air. Dalam tempoh beberapa jam, mereka akan menerima bekalan makanan dan air yang perlu diagihkan-agihkan dengan penuh kebijaksanaan.
    Sanak saudara para pelombong itu juga akan dibenarkan untuk berhubung menerusi kabel tidak lama lagi.
    Sebaik sahaja berita mereka terselamat selepas 17 hari terperangkap, pengguna jalan raya membunyikan hon kereta masing-masing. Sementara itu ribuan penduduk berkumpul di bandar-bandar lain untuk meraikan berita tersebut selain mengibarkan bendera Chile. - AFP
    agak2 korang...semua pelombong tu makan ape r dalam tu..giler r amik masa 4bulan untuk selamatkan semua orang...mau berjanggut tunggu dalam tu...nak mandi pon xleh...aduhh.!!!
    11:59 AM | 0 comments | Read More

    Yahoo!!!Menang Contest....

    Written By HAZRIL HAFIZ on Thursday, August 19, 2010 | 9:36 PM

    actually dari semalam g aku dapat taw aku pemenang untuk kontest 

    waaaaa happy gila aku bila dapat taw...actually nie first contest yg aku menang....saja2 try join ..dah nama rezeki....=))))

    tapi kn..sebenarnya pemenang dah diumum sejak 30 Julai lagi.....adussss...but aku baru perasan semalam....tupown after organiser contest nie bagitau di komen.....huhu....sorry sebab menyusahkan anda ....terlewat 19hari bagi alamat...kalau tidak dah lama aku dapat adioah tu..hahaha...apa hadiahnya aku pon xtahu...rahsia besr nie....xsabar!!!!...haha

    thanx kepada owner blog celoteh rasp sebab sudi menjadikan aku salah seorang dari pemenang...=))
    9:36 PM | 6 comments | Read More

    TIPS!!KENAPA 2 SHOUTBOX LEBIH BAIK??

    Written By HAZRIL HAFIZ on Thursday, May 06, 2010 | 4:57 PM

    tadi dekat shoutbox ada orang tanya kat blog aku ada 2 shoutbox....persoalan nie dtg dari INNZ ((klik2))

    ok apa rasional ada 2 shoutbox seperti gambar diatas????klw di blog aku...satu di sidebar n satu lagi hide di pnjuru kanan  page...mybe sesetgh orang akan cakap ,berat la letak 2 shoutbox...semak la blog nnt..

    sebelum tue kita tgk apa kelebihan meletakkan 2 shoubox...............dulu aku ada pki 1 ja shoutbox...but the problem is aku xdapat nk reply smua mesej orang...kdg2 byk blogger yg tggal pesan kat shoubox...so mesej tue da terkebawah sgt n dah ade kat page lain...kna tekan next...so jadi problem la...kita slalu pay attention n reply mesej di shoutbox yg kta nmpk je..most of all the bloggerz buat cam tue...kn3???n mesej2 yg terkebelakang tue trtggl tnpa ada reply=)klw pn mesej tue xperlu di reply...at least kta sbg tuan rumah sempat baca mesej tue...setiap mesej adalah penghargaan kepada k=kita...so setiap satu adalah penting ...tue mnndakan yg blog kita ada tetamu dan setiap tetamu perlu dilayan dengan baik=)btul x???hehee

    that's why aku letak 2 shoutbox so that nnt aku xterlepas pandang mesej2 yg kawan2 bloggerz tggalakn....isn'ít fair for us=)...hehe...

    mct yang akan cakap benda nie memberatkan blog korang kn???ok kita tgk situasi di sini...aku rasa shoutbox nie xde la berat sgt...sesetengah blogger aku tgk bnda yg xsepatutnya letak pn letak=)((sama la aku pown))haha..but aku rasa  widget2 macam poll nuffnang yg tanya ""are you dude or babe"" tue xperlu kot=)nuffnang jgn marah aku..haha

    bagi korang yg takut 2 shoutbox akan menyemakkan page korng...apa kta buat cam aku...letak satu di sidebar n satu lagi di hidekan di penjuru atas tue...

    ini adalah pandangan peribadi....xperlu ikut jika anda rasa benda nie xbagus=)setiap orang ada pandangan dia sendiri kan??apa yang baik kita ambil...apa yg buruk kita buang...x gitu???=)ok all....kuar dulu...

    salam dari hafizrahman=)

    **SEBARANG KETIDAKPUASAN HATI DAN NK LEPAS GERAM KAT AKU...DIPERSILAKAN=)...tggalkan komen ataw mesej di shoutbox

    4:57 PM | 9 comments | Read More

    AKHIRNYA AKU BERJAYA TUKAR LAYOUT FACEBOOK!!heppy la plk!!

    Written By HAZRIL HAFIZ on Friday, April 30, 2010 | 8:37 PM



    nie layout terbaru facebook aku...cantik x???hahaha...jgn jeles....=P...

    nk gtw yg tue je....zasstttt!!!

    add my fb 

    8:37 PM | 2 comments | Read More

    N95 8GB hanya RM 300 sahaja!!!untuk di jual

    Written By HAZRIL HAFIZ on Thursday, April 22, 2010 | 12:28 AM


















    berminat????hanya RM 300 dan boleh dirunding lagi harga tue...silap2 RM100  pn dapat...dimana untuk dapatkan produk nie????bagaiman???stay tuned!!!
    .
    .
    .
    .
    maklumat lanjut di post akan datang..stay tuned here!!!


    full specification boleh review HERE
    12:28 AM | 3 comments | Read More

    HARI YANG MENGUBAH SEGALANYA

    Written By HAZRIL HAFIZ on Friday, January 15, 2010 | 7:44 PM



    taw nape aku ckp macam tue????sbnrnye tadi ada Annual General Meeting Komander Kesatria UiTM Kedah...so hari nie ade election...utk pilih semua exco tertggi ...ada 12 kerusi untuk diisi...mla2 aku bajet aku dpt yg kecik2 je..ye la..aku nie xde la brklayakan mcm orng lain...xde la pndai sgt wat keje...huhu...but somethg miracle happen...xtaw la sma ada aku dipilih untuk juz mengisi kekosongan,saje2 dorang nk knekan aku or mmg aku ade kelayakan..tah...but im now The Leader of Commander mergkap Yang Dipertuan Agong...ehh Yang Dipertua Majlis Perwakilan Komander Kesatria(MPKK) untuk tahun nie...smpai la Disember nnt...bukan niat nk riak k...ramai lg orang yg lg brklyakan..tp Allah dah tntukan mcm tue kn???Alhamdulillah.tkutnye aku dgr YDP tue...yela...nk kne handle smuanya pasal komander2 bawah aku...tp xpe...dah org bagi amanah..kne la jga kan...insyaAllah aku akan jalankan tggjwb aku sebaik mgkin untuk naikkan nama komander...mggu depan dah nk kna start planning ape yg ptut aku bt.,hemm ape r????sape2 ade idea bagi la=)kongc2kan....k la...dah mghrib pun...doakan aku dapat jalankan tggungjawab aku dgn baik...salam

    7:44 PM | 2 comments | Read More

    Labels

    TERKINI (173) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (70) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)