Showing posts with label SEMUA YANG MENARIK. Show all posts
Showing posts with label SEMUA YANG MENARIK. Show all posts

Lelaki Kudung Tawan Puncak Gunung Kilimanjaro

Written By HAZRIL HAFIZ on Monday, June 25, 2012 | 11:40 AM


GAMBAR pada 22 Jun menunjukkan lelaki kudung kedua-dua kakinya, Spencer West tiba di puncak Gunung Kilimanjaro di Tanzania.

MONTREAL, Kanada - Seorang lelaki yang kudung kedua-dua belah kaki berjaya menakluk puncak tertinggi di Afrika, Gunung Kilimanjaro, sekali gus menyangkal dakwaan beberapa doktor bahawa dia tidak akan dapat berfungsi dan menyumbang kepada masyarakat.

Spencer West, 31, hilang kakinya ketika masih kanak-kanak akibat penyakit genetik, sacral agenesis yang menyebabkan bahagian bawah badannya lumpuh.

Namun, warga bandar Toronto di Kanada itu tidak membiarkan kecacatan itu menghalangnya.

Dia tiba di puncak Kilimanjaro, pada ketinggian sekitar 6,000 meter dari aras laut, Selasa lepas.

"Mendaki Gunung Kilimanjaro merupakan perkara paling mencabar yang pernah saya lakukan, baik dari sudut fizikal atau pun mental.

"Namun, dengan berbuat demikian kita sedar betapa pentingnya untuk kita percaya kepada diri sendiri dan orang lain," kata West kepada agensi berita AFP dari Nairobi, Kenya.

"Saya memanjat menggunakan tangan. Ia memberi tekanan ke atas bahagian tersebut serta bahu saya," tambahnya.

Sepanjang pendakiannya, West ditemani oleh dua sahabat baiknya, David Johnson dan Alex Meers. Matlamat mereka adalah untuk mengumpul dana buat Free the Children, sebuah pertubuhan yang membekalkan air bersih kepada beratus-ratus orang di Kenya.

Kenya mengalami kemarau terburuk dalam tempoh 60 tahun pada 2011.

Misi itu berjaya mengumpul lebih AS$500,000 (RM1.59 juta) untuk pertubuhan amal tersebut.

Dia mendaki Kilimanjaro berkenaan pada Selasa lepas dan tiba di kemuncak gunung berkenaan tiga hari kemudian. - AFP

*Sedangkan beliau yang kudung boleh capai kejayaan yang boleh dianggap mustahil, inikan pula kita yang cukup sempurna . Bukan suatu alasan untuk capai kejayaan. Hanya usaha yang menentukan kejayaan atau kegagalan. Never say Never. 

Kosmo
11:40 AM | 0 comments | Read More

Pertandingan Ratu Cantik Pondan Thailand

Written By HAZRIL HAFIZ on Sunday, May 01, 2011 | 5:33 PM

perhh muka sorang sorang. Pesal  tak nampak laki langsung ek?adehhh!!

 

Seramai 30 mak nyah Thailand bersiap sedia bagi satu kem kecantikan menjelang bermulanya Ratu Tiffany Universe 2011.


Bagi tahun ke-14 ini, Pertunjukan Ratu Tiffany Pattaya menganjurkan pertandingan kecantikan yang banyak diperkatakan di dunia bagi pondan dan mereka yang menjalankan pembedahan jantina Ratu Tiffany Universe 2011.


Minggu lalu, faktor menarik memuncak apabila 30 peserta terakhir dipilih untuk bersaing bagi pusingan akhir yang bakal diadakan di Pattaya pada 6 Mei ini.


Seramai 58 peserta dari seluruh Thailand mengambil bahagian dalam pusingan kelayakan pertama di Central World Plaza, Bangkok. Di bawah sinaran lampu limpah di atas pentas, peserta berdepan gaya penghakiman rancangan realiti selain turut diberikan masa sebenar.

Setiap peserta ditemubual di atas pentas dan perlu menunjukkan bakat mereka untuk memenuhi kehendak kecantikan luar dan dalam, selaras dengan tema tahun ini, ‘Saya Amat Cantik.’
Kebanyakan cuba meyakinkan juri dan penonton dengan persembahan bakat selain bahasa dan sukan.

 

Panel penghakiman tahun ini memaparkan Profesor Madya Seree Wongmontha; guru ratu kecantikan Thailand, Prasert Jemjuthithum; pengacara televisyen, Pongsiri Intrachai; guru penjagaan kulit, Darin Sonsuwan; pegawai komunikasi korporat Hospital Kulit Asoke, Poy Treechada yang pernah dimahkotakan sebagai Ratu Tiffany Universe 2004 yang kini menceburi bidang modeling dan perniagaan hiburan.


Bermula 1 hingga 5 Mei, 30 peserta akhir akan menghadiri kem kecantikan di mana mereka akan bersama dan bertukar pengalaman.

 

aduhh macam macam jenis manusia la sekarang ni. Dah elok elok Tuhan bagi jadi lelaki, nak jugak jadi perempuan. Agak agak la kan, lepas ni entah tomboi jadi model pakain dalam lelaki. Who knows?zaman sekarang segalanya tak mustahil.

5:33 PM | 5 comments | Read More

Jom Lepakzz : Tempat Lepak Terbaru Dunia Blog

Written By HAZRIL HAFIZ on Monday, March 07, 2011 | 5:12 PM

ini ada satu cerita best ..sila baca sampai habis sebab pendek ja.

last night, one of my frenz mintak perkenalkan satu blog yang baru  diwujudkan, masih menggunakan platform blogspot. blog yang dinamakan JomLepakzz ni memuatkan gambar gambar menarik, gambar yang kita jarang tengok, artikel artikel menarik, cerita panas artis dan banyak lagi. InsyaAllah akan berpindah ke domain sendiri bergantung kepada sambutan ramai.Blog ini masih dalam proses percubaan dan sokongan anda amat amatlah diharapkan.

Jom Lepakzz

klik pada GAMBAR!!

 

Nama sebenar admin terpaksa dirahsiakan oleh sebab musabab yang tidak diketahui dan untuk menghormati privasi si admin nie. Seriusly blog ni bess sebab memuatkan macam macam cerita menarik. Even baru sehari dua dibuka, tapi dah bermacam cerita menarik dan more are coming untuk tontonan semua.

So kalau anda semua rasa boring and tak tahu nak buat apa depan laptop. anda kena lepak di Jom Lepakzz. Tak rugi anda kesana. CONFIRM!!!

5:12 PM | 1 comments | Read More

Perdana Fuga Executive Keluaran Terbaru Proton

Written By HAZRIL HAFIZ on Friday, March 04, 2011 | 6:02 PM

Proton akan keluarkan satu model kereta eksekutif menggantikan Perdana. Maknanya semua barisan kabinet malaysia akan gunakan kereta baru ni menggantikan Perdana executive sedia ada. Mungkin pada peringkat permulaan cuma 150 kereta akan dikeluarkan untuk kegunaan VVIP sahaja.
pandangan belakang.
pandangan hadapan
interior design .
But yang tak bestnya, sebenarnya model ni bukan originally made and design in Malaysia tapi cuma klon untuk  Nissan Fuga. Cuba perhatikan dashboard Nissan Fuga di bawah yang sama . Cuma tukar logo di stereng je.
sama kan?and surely akan jadi macam kereta kereta Proton yang lain. Kualiti kurang. Semuanya dah dirobek keluar untuk kurangkan kos pengeluaran. Yang menanggung bahaya, pengguna. Agak agak kereta ni nanti kena kutuk kaw2 denagn Top Gear tak macam kereta lain kena?
Original Nissan Fuga from Japan.
Dengar dengar kereta ni 2.3 litre . Surely laju kan?ala ala Toyota Camry.
6:02 PM | 3 comments | Read More

Jom Main Raba-Raba Disini

Written By HAZRIL HAFIZ on Wednesday, February 23, 2011 | 10:20 AM

JOM MAIN RABA RABA NAK????

macam biasa setiap malam aku akan online walaupun internet UiTM ni lembap cam kura kura sakit kaki. ,blogwaking, lepak2 facebook pastu sembang sembng dengan geng Kami Blogger Utagha . disebabkan nama pun dah Blogger Utagha so apa yang disembang pun mesti la berkait denagn kawasan utara jugak kan?

and semalam bes tergelak gelak bila baca geng ni sembang sembang pasal raba meraba..haha..dah klama aku tak guna ayat ayat nie..hari nie meh kita belajar bahasa Utara. jangan gelak weh nanti aku pelangkung kepala sorang sorang..ahaha



sebelum tu tengok dulu gambar dibawah and perhatikan betul betul yang aku merahkan tu. 



meh sini nak raba..haha

RABA adalah singkatan bagi rubber yang bermaksud Pemadam atau dalam bahasa moden lagi Eraser. ermm pelik jugak kengkadang mai mana jadi raba.haha.kalau orang tak tau mesti akan cakap tak senonoh. contoh ayat akan jadi macam nie

ayat Utara : weh mai nak raba sat. (kalau yang dimintak tu orang Selangor tak ka kena penyepak free??)
ayat KL : Nak pinjam eraser jap. 


aku suka dengan ayat kedua yang aku merahkan tu ...'cikgu..nak raba'..hahahahahha..mau kena berdiri kat luar buat keja dalam longkang satu hari kalau cikgu tu bukan orang utagha.

and word kedua kita nak belajaq hari ni adalah.

GERMIT

bukan Gurmit Sing .Aku pun sebenarnya tak tau mai mana perkataan germit nie...

Germit = pengasah pensel atau sharpener dalam bahasa lagi moden..yang kecik2 tu macam nie


 bukan yang pusing2 besar tu.yang tu moden sangat


yang besar nie orang tak panggil germit tapi stil panggil sharpener. 


dua tu jacikgu nak ajar arini. esok kita sambung pelajaran lita lagi. sila balik dan study ok budak budak!!!

10:20 AM | 11 comments | Read More

10 Tanda BF/GF Adalah Jodoh Anda

Written By HAZRIL HAFIZ on Sunday, February 20, 2011 | 8:06 PM

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)


Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.


semua yang diatas adalah bukan hasil aku tapi dirembat dari SINI


design baju Kami Blogger Utagha ada di SINI


8:06 PM | 3 comments | Read More

Controller Game di Buah Dada??

Written By HAZRIL HAFIZ on Saturday, January 22, 2011 | 10:32 AM



yuuj



ahahahahaha no komen…siot ja sapa yang buat design baju nie…perempuan2 di luar sana…jangan beli yang amcam nie….beli yang ada tulis ‘’Saya Sayang Mak Saya ‘’..macam  nie



or maybe something like this

bye…..
10:32 AM | 12 comments | Read More

Perodua Kancil Special Edition Separuh Bogel Baru!!

Written By HAZRIL HAFIZ on Thursday, January 13, 2011 | 8:46 PM

kalau la ada dikeluarkan kereta kancil version yang macam nie..surely ramai yang akan  beli kan???haha...cantik gilakkk




tengok spec dia...memang menarik...walaupon kancil tapi dah tak nampak macam kancil dah pon...dah macam kereta sport ja aku nengok!!CANTIK....thumbs up!!
8:46 PM | 0 comments | Read More

Kanak-Kanak Paling Comel Di Dunia

Written By HAZRIL HAFIZ on Friday, December 17, 2010 | 11:14 AM

REPOST!!


mari kita mencuci ,mata....sejuk je mata memandang budak comel nie...comel siot..rasanya dia nie kacukan..nampak muka macam orang indon kacukan.....tengok nie



macam Agnes Monica



comel gilakkk



dapat anak cam nie sumpah aku masuk contest..haha
ok sekian...actually xde idea nak blogging sbb masih mengong dengan exam tadi...so stay tuned...cuci mata dulu...~~


p/s : tajuk over x??paling comel didunia??hahah
11:14 AM | 27 comments | Read More

Kereta-Kereta Pelik Yang Ada Di Dunia

Written By HAZRIL HAFIZ on Thursday, November 04, 2010 | 3:57 PM

jom kita saksikan antara kereta-kereta pelik yang ada kat dunia nie.....


nie memang save budget nie....guna kotak ja wat spoiler..hahahaha

bapak!!macam jet..haha


yang ni aku xmau komen..haha



kereta halimunan

serius kalau kat KL senang je nak dapat parking...


khas untuk peminat2 kasut....stylo cukup



yang nie aku xtau apa motif benda ni dibuat..haha

terbaikkk



motor ka kereta???


banjir senang!!

no komen.hahaha
3:57 PM | 7 comments | Read More

Sabun Aiskrim or Aiskrim Sabun..Mana Satu nie??

Written By HAZRIL HAFIZ on Wednesday, November 03, 2010 | 8:45 PM

Lokasi  : Library UiTM Merbok
Suhu    : sangat sejuk
Keadaan : boring study Insurance punya subjek

Perhatian...ini bukan aiskrim ..sila jangan menjelir-jelir lidah anda untuk menjilat aiskrim ini sebab kalau korang jilat jugak...boleh mati..haha

gamba2 kat bawah nie smuanya adalah sabun mandi yang dibuat dalam bentuk aiskrim....tapi xtau la nak guna kena cabut or tak batang dia tu...jang tgh2 sabun tercocok perut kang..mati naya ja...

ok layan jom.......(SORRY TAK SEMPAT BUAT SCROLL BOX)






ala-ala aiskrim perisa rutbir n vanila...slurpppp



eskrem potong



nie bukti kukuh ini adalah sabun..haha~~


~

sape la yang gigit yang warna coklat tu???isy3



amaran penting : sila jauhkan dari adik -adik dan anak-anak anda dan jangan simpan di dalam peti ais....kalau simpan dalam peti ais..bukan kanak-kanak je..bapak kanak-kanak tu pon tibai makan abiss.hahha
8:45 PM | 10 comments | Read More

Cara Wanita Berjalan Melambangkan Identiti..Anda Yang Mana





firstly...entry ini untuk wanita sahaja...diulang...WANITA SAHAJA...ahahaha..lelaki lembut juga tidak terkecuali..hahahahahhaa


entry nie dari facebook note saudara Faisal Katimin 



1. Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah,
Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita
yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan
orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya
Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa
berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak
kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya
menjadi pujaan ramai lelaki.  

2. Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri. Wanita seperti ini biasanya
pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini
tidak jujur, suka menipu teman sendiri,dan merugikan teman bualnya, namun,
ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini
senang diatur dan diuruskan. 

3. Jika berjalan suka menunduk. Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini
memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang
rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti
ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin,
wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki
akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak
akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.  


4. Jika berjalan menatap lurus ke depan. Wanita seperti ini biasanya memiliki
pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan
sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu
mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia
selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya
mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.                                                                                                                       

5. Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri. Wanita yang berjalan
dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku
Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah
itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya
yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesai
kan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Jika berjalan badan tampak tegak. Wanita ini tegas menentukan sikapnya
sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya
bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh
Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah
dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan
sifat-sifat romantiknya.

7. Jika berjalan seperti zirafah. Maksudnya, ketika melangkahkan kaki
badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang.
 Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung.
Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.                   



anda yang mana???=)...                                               
9:45 AM | 10 comments | Read More

Labels

TERKINI (173) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (70) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)