Home » , , , » Pertandingan Ratu Cantik Pondan Thailand

Pertandingan Ratu Cantik Pondan Thailand

Written By Hafiz Rahman on Sunday, May 01, 2011 | 5:33 PM

perhh muka sorang sorang. Pesal  tak nampak laki langsung ek?adehhh!!

 

Seramai 30 mak nyah Thailand bersiap sedia bagi satu kem kecantikan menjelang bermulanya Ratu Tiffany Universe 2011.


Bagi tahun ke-14 ini, Pertunjukan Ratu Tiffany Pattaya menganjurkan pertandingan kecantikan yang banyak diperkatakan di dunia bagi pondan dan mereka yang menjalankan pembedahan jantina Ratu Tiffany Universe 2011.


Minggu lalu, faktor menarik memuncak apabila 30 peserta terakhir dipilih untuk bersaing bagi pusingan akhir yang bakal diadakan di Pattaya pada 6 Mei ini.


Seramai 58 peserta dari seluruh Thailand mengambil bahagian dalam pusingan kelayakan pertama di Central World Plaza, Bangkok. Di bawah sinaran lampu limpah di atas pentas, peserta berdepan gaya penghakiman rancangan realiti selain turut diberikan masa sebenar.

Setiap peserta ditemubual di atas pentas dan perlu menunjukkan bakat mereka untuk memenuhi kehendak kecantikan luar dan dalam, selaras dengan tema tahun ini, ‘Saya Amat Cantik.’
Kebanyakan cuba meyakinkan juri dan penonton dengan persembahan bakat selain bahasa dan sukan.

 

Panel penghakiman tahun ini memaparkan Profesor Madya Seree Wongmontha; guru ratu kecantikan Thailand, Prasert Jemjuthithum; pengacara televisyen, Pongsiri Intrachai; guru penjagaan kulit, Darin Sonsuwan; pegawai komunikasi korporat Hospital Kulit Asoke, Poy Treechada yang pernah dimahkotakan sebagai Ratu Tiffany Universe 2004 yang kini menceburi bidang modeling dan perniagaan hiburan.


Bermula 1 hingga 5 Mei, 30 peserta akhir akan menghadiri kem kecantikan di mana mereka akan bersama dan bertukar pengalaman.

 

aduhh macam macam jenis manusia la sekarang ni. Dah elok elok Tuhan bagi jadi lelaki, nak jugak jadi perempuan. Agak agak la kan, lepas ni entah tomboi jadi model pakain dalam lelaki. Who knows?zaman sekarang segalanya tak mustahil.

Kongsi Cerita Ini Bersama Rakan

5 comments

Post a Comment

Kindly Leave Your Comment Here..=)

Labels

TERKINI (174) ARTIS (114) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (71) DIARY (69) politik (68) INFO (64) Video (64) BERITA SUKAN (61) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (34) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (25) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)