Written By HAZRIL HAFIZ on Friday, August 10, 2012 | 4:45 AM
Penerjun negara di Sukan Olimpik London 2012, Pandelela Rinong atau lebih dikenali oleh rakan atlet sebagai Lulu mencipta rekod selaku wanita pertama negara berjaya merangkul pingat gangsa pada final acara 10 meter platform individu wanita sebentar tadi dengan mencatat mata keseluruhan 359.20. Pandelela kini menyertai Lee Chong Wei sebagai ke-2 terbaik dunia, Azizulhasni Awang ke-6 terbaik dunia dan Pandelela ke-3 terbaik di dunia dalam sukan Olimpik kali ini.
Atlet berusia 19 tahun dari Sarawak ini memulakan terjunan dan berakhir di tempat ke 7 setelah selesai pusingan ke 4. Namun pada terjunan ke 5, Pandelela melakukan satu terjunan sempurna untuk memastikan pungutan mata 76.80 untuk meraih temoat ke 3 keseluruhan terbaik. Pingat emas dimenangi oleh penerjun dari China yang juga Juara Olimpik Beijing 4 tahun lalu, Chen Ruolin yang jauh meninggalkan penerjun penerjun lain dengan pungutan mata 422.30. Pingat perak pula dimenangi oleh penerjun dari Australia iaitu Brittany Broben dengan pungutan mata 366.50.
Tahniah kepada anak jati Sarawak ini kerana telah mengharumkan nama Malaysia dan memastikan Jalur Gemilang berkibar di Pusat Akuatik di London. TAHNIAH!
Written By HAZRIL HAFIZ on Monday, August 06, 2012 | 11:58 PM
Ramai yang kecewa dengan kekalahan tipis Datuk Lee Chong Wei yang gagal membawa pulang pingat emas . Tak kurang juga yang kecewa kerana tak dapat menikmati ais krim percuma dari Baskin Robbins. Tapi, mungkin selepas membaca entry ini anda bakal tersenyum.
Walaupun wira negara, Datuk LCW kalah tipis dan gagal menang dalam perlawanan tersebut, pihak Baskin Robin tetap akan memberikan aiskrim percuma kepada seluruh rakyat Malaysia untuk menunjukkan tanda sokongan kepada semua atlet Malaysia yang berjuang di Olimpik dan bukan LCW seorang sahaja.
Baskin Robbins dengan kerjasama Media Prima Bhd dalam program “ Dream of Gold” akan memberikan satu scoop aiskrim percuma kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama , politik atau apa saja. Semua rakyat malaysia layak . Aiskrim percuma akan mula diberi jam 8.00pm sehingga 10.00pm pada 8 Ogos 2012 di semua cawangan Baskin Robbins kecuali Kiosk di Hospital Pantai Bangsar dan Genting Theme Park. Jom serang BR ramai ramai pada 8 Ogos nanti.
KUCHING: Seorang lelaki meninggal dunia ketika menonton perlawanan badminton yang sengit antara pemain kebangsaan, Datuk Lee Chong Wei dan Lin Dan di kedai kopi di Serian, 60km dari sini.
Mangsa yang dikatakan sedang makan mee kolok rebah sejurus Lin Dan meraikan kemenangan emas olimpiknya.
Menurut Ketua Polis Daerah Serian, DSP Mohd Jamali Umi, pihak polis masih lagi cuba untuk mengenalpasti identiti mangsa serta menjejak keluarga mangsa. Maklumat awal, mengatakan, mangsa berasal dari Taman Angerik, Serian, Sarawak.
Disebalik kekalahan tipis wira negara iaitu Datuk Lee Chong Wei kepada seteru utamanya , Lin Dan , ramai yang tetap memberikan semangat dan mengucapkan terima kasih kepada beliau kerana tetap membanggakan Malaysia walaupun tidak dapat membawa pulang pingat emas. Selepas tewas tipis, LCW dilihat terduduk dan menangis kerana tidak dapat memenuhi hajat 28juta rakyat malaysia yang mengidamkan emas pertama Malaysia di Olimpik. Betapa berat beban yang ditanggung beliau .
Itu kata kebanyakan dari rakyat Malaysia, tetapi hari ini, akhbar “lalang” iaitu KOSMO mengeluarkan tajuk muka depan yang dilihat bakal menghiris hati LCW sendiri dan rakyat malaysia kerana berpendapat perjuangan sebenar LCW hanyalah untuk mengaut keuntungan 4juta yang dijanjikan kerajaan jika berjaya membawa pulang emas. Perjuangan LCW bertungkus lumus sepenuh hati semalam dilihat oleh akhbar tersebut sebagai “mengejar wang” dan bukan semangat kesukanan untuk membawa negara ke mata dunia. Sungguh pendek pemikiran editor KOSMO ini. Mungkin tajuk yang lebih “positif” dan membina patut digunakan oleh editor.
tangisan Lee Chong Wei semasa upacara penyampaian hadiah.
Ramai dari kalangan pembaca dan pengguna laman sosial mengutuk keras tindakan editor akhbar berkenaan berkaitan artikel muka hadapan akhbar tersebut hari ini yang dilihat seakan akan memerli Datuk LCW yang tidak mendapat habuan besar apabila kembali ke tanah air. Mungkin selepas ini, ramai yang akan memboikot akhbar ini. Kita tunggu dan lihat.
*sedikit fakta menarik :
Ramai pengguna twitter hari ini menukar profile picture kepada gambar Lee Chong Wei sebagai tanda terima kasih kepada beliau
Hastag #TerimakasihLeeChongWei trending worldwide selepas kekalahan beliau semalam untuk memberi semangat .
PINGAT EMAS BADMINTON PERSEORANGAN LELAKI OLIMPIK LONDON 2012 DIMENANGI OLEH PEMAIN CHINA , LIN DAN.
***************************************
REVIEW PERLAWANAN
Pada set pertama, LCW nampak lebih yakin dan tenang mengawal keadaan dan Lin Dan banyak membuat kesalahan dengan membuat pukulan ke arah jaring dan banyak membuat pukulan “out” . LCW banyak memungut mata dengan kesalahan Lin Dan .
Pada set kedua, Lin Dan tampak lebih agresif dengan strategi terhebatnya iaitu jumping smash yang sememangnya tidak dapat dihadang oleh Lee Chong Wei. LCW pula banyak membuat kesalahan dan keyakinan beliau nampak agak tergugat .
Pada set ketiga , kedua dua pemain menunjukkan permainan seimbang dengan masing masing berusaha untuk menguasai gelanggang. Permainan seimbang dari awal sehingga tamat perlawanan tetapi Lee Chong Wei dilihat beberapa kali melakukan kesilapan kecil yang membawa bencana kepada beliau. Nasib menyebelahi Lin Dan apabila menamatkan perlawanan dengan kemenangan tipis 21-19 ke atas Lee Chong Wei.
Walaupun kalah tipis, pujian dan semangat harus terus diberikan kepada wira negara kita kerana telah berhempas pulas untuk menggenggam pingat emas pertama negara, namun nasib lebih memihak kepada Lin Dan dengan permainan yang sangat hebat . Apapun , Datuk Lee Chong Wei tetap wira negara yang akan sentiasa diingati kerana telah banyak mengharumkan nama negara. TAHNIAH DATUK LEE CHONG WEI !!!
tweet rasmi dari Datuk Lee Chong Wei sejurus selepas tamat perlawanan. Klik pada gambar di atas untuk follow Twitter beliau. Jom kita sama sama berikan kata semangat kepada beliau.
Malam ini merupakan malam penentuan terbesar untuk kontinjen Olimpik Malaysia dan semestinya malam penentuan dan perlawanan terbesar dalam karier Lee Chong Wei apabila beliau sekali lagin akan bertemu seteru utama dalam arena badminton iaitu pemain dari China , Lin Dan dalam perebutan takhta pingat emas Perseorangan Lelaki Badminton Olimpik London 2012.
Lee Chong Wei yang sebelum ini mengalahkan pemain dari China iaitu Chen Long akan bertemu Lin Dan buat kali kedua di Final Badminton Olimpik setelah kali pertama gagal di Olimpik Beijing 4 tahun lalu. Perlawanan ini juga merupakan sesi balas dendam apabila LCW tewas kepada Lin Dan di Final Badminton World Championship di Arena Wimbledon, venue untuk perlawanan pada malam ini.
Perlawanan diantara Lee Chong Wei dan Lin Dan akan disiarkan secara langsung di RTM 1 pada jam 8.00 malam waktu Malaysia.
Anda juga boleh mendapatkan LIVE STREAMING PERLAWANAN FINAL BADMINTON OLIMPIK di saluran rasmi Youtube Olimpik.
Written By HAZRIL HAFIZ on Friday, August 03, 2012 | 2:23 AM
Perlawanan Badminton Perseorangan Lelaki Suku Akhir Olimpik 2012 diantara Lee Chong Wei dari Malaysia dan Parupalli Kashyap dari India berkesudahan dengan LCW menang straight set ke atas pemain no 1 India itu.
Oada set pertama, Lee Chong Wei terpaksa bekerja keras setelah ketinggalan namun berjaya menamatkan set dengan kemenangan 21-19.
Pada set kedua , Lee CHong Wei nampak lebih cergas dan semakin mendapat rentak ditambah dengan beberapa kesilapan pemain India tersebut yang beberapa kali memukul bulu tangkis keluar dari gelanggang. Peluang tersebut nyata digunakan sebaiknya oleh LCW untuk meraih pingat emas pertama negara di Sukan Olimpik. Pada set kedua LCW berjaya menumpaskan Kashyap dengan kemenangan selesa 21-11.
Paling mendapat tumpuan dalam perlawanan sebentar tadi adalah pukulan "back hand smash" yang dibuat Lee Chong Wei yang jarang jarang dilakukan. Selepas ini, Lee CHong Wei akan bertemu pemain dari China iaitu Chen Long yang mengalahkan Peter Gade dari Denmark 21-16 , 21-13 pada perlawanan yang sama .
Jadual pertemuan lee Chong Wei dan chen Long dijadualkan esok jam 9.30 malam waktu Malaysia. Pastikan anda tidak terlepas menyaksikan jaguh negara kita beraksi esok.
Written By HAZRIL HAFIZ on Monday, July 30, 2012 | 1:49 AM
Artikel di bawah bukanlah fakta 100% yang boleh dipercayai bulat bulat. Ia adalah berdasarkan pemerhatian dan perkaitan antara sesuatu perkara dengan perkara yang lain . Semua yang terjadi adalah ketentuan Allah dan manusia hanya mampu merancang sesuatu. Tetapi baik untuk dijadikan panduan menghadapi sebarang kemungkinan dan mengingatkan kita yang kadang kadang lalai dan terlupa. Terpulang kepada anda sebagai pembaca untuk mengambilnya dengan cara positif atau negatif. Setiap dari kita berbeza pendapat dan penerimaan. Mohon baca sampai habis.
KLIK PADA GAMBAR UNTUK BESARKAN
Telah dikhabarkan bahawa Dajjal laknatullah dan para wazirnya telah berada di London untuk acara gilang gemilang Olympic 2012. Mereka telah lama membuat persiapan untuk acara ini sejak dahulu lagi kerana melalui acara sukan antarabangsa inilah, mereka dengan mudahnya mengumpulkan penduduk seluruh dunia bagi menjayakan agenda mereka untuk menyihir seluruh dunia.
Bandar London telah dipilih kerana London merupakan pusat segala agenda jahat mereka dalam merosakkan dunia selama ini, manakala tahun 2012 pula adalah tahun yang sangat signifikan bagi mereka. Ia adalah tahun yang mana Dajjal laknatullah telah bebas daripada rantai yang mengikatnya selama ini.
2012 juga mempunyai maksud tersirat yang tersendiri. Kita tahu bahawa puak Illuminati, salah satu cabang pasukan Dajjal laknatullah sentiasa mempunyai kod-kod rahsia tersendiri bagi menjalankan agenda mereka. Kita tahu bahawa tulisan Arab dan Ibrani (Hebrew/ tulisan yahudi) ditulis dari sebelah kanan ke kiri.
Jika 2012 itu diubah kepada huruf dan dibaca dari kanan ke kiri ia akan kelihatan seperti ZIOZ. Di dalam kod ini, huruf Z yang terakhir boleh diputar melawan arah jam menjadi huruf N. Dengan ini terbongkarlah dalang di sebalik Olimpik London 2012 atau Olimpik London ZION.
2012 = ZOIZ = ZIOZ =ZION
Zion sebagaimana yang kita tahu adalah sebuah bukit di Jerusalem, yang diidamkan oleh Yahudi untuk membina Haikal Sulaiman bagi membina tapak kezahiran Dajjal laknatullah atau Mosyaikh mereka ke dunia bagi menguasai dunia.
Bermula 27 Julai 2012 iaitu pada hari Jumaat ini, apabila api Majusi Olimpik London 2012 dinyalakan, maka Dajjal laknatullah beserta para wazirnya akan menyebarkan sihir berat ke seluruh penduduk dunia, lebih-lebih lagi yang melihatnya secara langsung di London , atau pun yang menontonnya melalui televisyen dan internet tidak akan terlepas daripada sihir-sihirnya. Dan sesiapa yang terkena sihirnya, hampir mustahil tidak akan menjadi pengikutnya ketika kezahirannya kelak.
Bagi pendokong perjuangan Islam akhir zaman dan pejuang Kebenaran dan pengikut Imam Mahdi dan Fata At Tamimi, bersiap sedialah untuk serangan berterusan sihir berat ini ke atas anda.
Pagarlah diri anda dengan kaedah masing-masing. Semoga ALLAH SWT melindungi kita semua dengan berkat bulan Ramadhan ini. ( sumber: End Justice dan 2dayblogger )
Dan berikut adalah beberapa gambar ritual Illuminati dan menghina Islam yang wujud semasa acara pembukaan Olimpik.
Penjelasan berkaitan upacara di atas boleh dibaca pada pautan berikut (KLIK)
maklumat lanjut berkaitan ritual di atas boleh anda baca dipautan berikut (KLIK)
Dan berikut pula adalah Game Card illuminati (klik pada gambar dibawah untuk membaca penerangan lanjut berkaitan permainan kad illuminati ini kerana teah terbukti sebahagian dari peristiwa yang digambarkan didalam kad ini telah terjadi walaupun kad ini dicipta pada tahun 1995.
****************************
Mungkin juga semua penerangan di atas ada kaitannya dengan hadis berikut :
Dari Nu’aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah saw. bersabda: “Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal…”. Kami bertanya: “Suara apakah, ya Rasulullah?” Beliau menjawab: “Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jum’at, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari rumahnya, pada malam Jum’at di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jum’at, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah “, karena barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa”.
TETAPI, hadis di atas adalah hadis yang lemah dan dikatakan tidak sahih tidak boleh dijadikan hujjah bahkan ia adalah hadis yang terlalu lemah atau Palsu. Diriwayatkan dari berbagai riwayat, antaranya: al-Hakim di dalam al-Mustadrak dan al-Syafie di dalam Musnadnya. Hadis ini diriwayatkan dari beberapa periwayat yang lemah seperti Ibn Lahi’ah, ‘Abdul Wahhab, Muhammad bin Thabit, dan yang lainnya. Bahkan terdapat juga di dalam Sanad hadis ini periwayat yang dituduh sebagai Pendusta Hadis seperti al-Haris al-A’war al-Hamdani seperti yang dinyatakan oleh al-Sya’bi, Abu Hatim dan Ibn al-Madini. (sumber: Jabatan Mufti Perlis)
Sebelum ini aku ada menyediakan beberapa artikel dan entry berkaitan isu Kiamat 2012 ini, boleh baca pada entry entry berikut :
Dan diambil dari status facebook seorang ustaz aku di UiTM Kedah dulu:
nauzubillahiminzalik. Moga dijauhkan dari segala keburukan dan fitnah dajjal
untuk lebih memahami perkara ini , anda boleh saksikan ketiga tiga video dibawah (sila tonton sampai habis)
Artikel di atas bukanlah fakta 100% yang anda boleh percayai bulat bulat. Ia adalah berdasarkan pemerhatian berdasarkan perkaitan antara sesuatu perkara . Semua yang terjadi adalah ketentuan Allah dan manusia hanya mampu merancang sesuatu. Namun, petanda petanda jelas yang ditunjukkan seharusnya dijadikan panduan dan peringatan kepada kita.
Bukan meminta untuk anda mempercayai 100% perkara ini, tetapi sebagai satu panduan dan peringatan untuk persediaan kita andai apa jua berlaku dapat kita hadapi. Sesungguhnya Kiamat itu pasti akan datang dan sebelum datangnya kiamat, tanda tanda yang disebut Nabi lebih 1400 tahun dahulu pasti akan berlaku . Wallahualam. Boleh share kepada rakan rakan anda untuk panduan kita bersama.
Written By HAZRIL HAFIZ on Sunday, July 29, 2012 | 12:02 PM
Pingat Emas Olimpik adalah sesuatu yang paling diidamkan oleh semua atlet di seluruh dunia. Memenangi pingat tersebut boleh diumpamakan sebagai "terhebat" di seantero dunia dalam bidang sukan masing masing. Malah negara kita sendiri, Malaysia sehingga kini masih berusaha keras untuk mendapatkan emas sulung Olimpik untuk negara. Pada olimpik London klai ini, Malaysia meletakkan harapan besar kepada Azizul Hasni Awang dan Datuk Lee Chong Wei untuk membawa pulang emas ke Malaysia.
Berikut adalah sedikit maklumat dan fakta tentang medal emas Sukan Olimpik London 2012
Spesifikasi Medal
mempunyai berat 275-400g dengan 85mm diameter dan 7mm tebal
Pingat emas dihasilkan dari 92.5% silver dan 1.34 emas dengan selebihnya adalah salutan gangsa. (minimum 6g emas untuk setiap pingat)
Pingat perak dihasilkan dari 92.5% silver dan selebihnya adalah gangsa.
Pingat gangsa dibuat daripada 97.0% gangsa , 2.5% zinc dan 0.5% tin.
Elemen emas ini datangnya dari supplier rasmi Sukan Olimpik London iaitu Rio Tinto yang kilangnya bertapak di Kennecott Uta Copper Mine berdekatan Salt Lake Ciy , America dan projek Oyu Tolgoidi Mongolia.
Bagaimana bentuk pingat dipilih?
Pasukan London 2012 Organising Committee (LOCOG) Victory Ceremonies telah bekerjasama dengan British Museum’s Keeper of Coins and Medals, Philip Attwood, untuk mencari sejarah simbolik pingat di Eropah pada temasya Olimpik di sepanjang temasya Olimpik. Lebih 100 design telah dihantar dan dipilih oleh panel yang terdiri daripada of Sir John Sorrel (chair), Sir Mark Jones, Catherine Johnson, Ade Adepitan (deputy chair), Iwona Blazwick OBE, Niccy Hallifax dan Martin Green
Berikut adalah jadual pungutan pingat terkini di Sukan Olimpik London yang akan berlangsung dari 27 Julai 2012 sehingga menutup tirainya pada 12 Ogos ini. Sebanyak 302 sesi pengurniaan pingat akan diadakan di semua lokasi perlawanan di seluruh UK.
Anda boleh mendapatkan keputusan terkini dan senarai pungutan pingat Sukan Olimpik Londn yang diupdate setiap masa di laman rasmi Olimpik. SIla klik pautan dibawah untuk melihat jadual senarai pungutan pingat di Sukan Olimpik London.