Home » , , » Muka Hadapan Akhbar Kosmo Perli Datuk Lee Chong Wei ?

Muka Hadapan Akhbar Kosmo Perli Datuk Lee Chong Wei ?

Written By HAZRIL HAFIZ on Monday, August 06, 2012 | 11:17 AM

lee chong wei

Disebalik kekalahan tipis wira negara iaitu Datuk Lee Chong Wei kepada seteru utamanya , Lin Dan , ramai yang tetap memberikan semangat dan mengucapkan terima kasih kepada beliau kerana tetap membanggakan Malaysia walaupun tidak dapat membawa pulang pingat emas. Selepas tewas tipis, LCW dilihat terduduk dan menangis kerana tidak dapat memenuhi hajat 28juta rakyat malaysia yang mengidamkan emas pertama Malaysia di Olimpik. Betapa berat beban yang ditanggung beliau .

Keputusan Dan Review Perlawanan Final Badminton Olimpik 2012- Lee Chong Wei vs Lin Dan

Itu kata kebanyakan dari rakyat Malaysia, tetapi hari ini, akhbar “lalang” iaitu KOSMO mengeluarkan tajuk muka depan yang dilihat bakal menghiris hati LCW sendiri dan rakyat malaysia kerana berpendapat perjuangan sebenar LCW hanyalah untuk mengaut keuntungan 4juta yang dijanjikan kerajaan jika berjaya membawa pulang emas. Perjuangan LCW bertungkus lumus sepenuh hati semalam dilihat oleh akhbar tersebut sebagai “mengejar wang” dan bukan semangat kesukanan untuk membawa negara ke mata dunia. Sungguh pendek pemikiran editor KOSMO ini. Mungkin tajuk yang lebih “positif” dan membina patut digunakan oleh editor.

tangisan Lee Chong Wei semasa upacara penyampaian hadiah.

Ramai dari kalangan pembaca dan pengguna laman sosial mengutuk keras tindakan editor akhbar berkenaan berkaitan artikel muka hadapan akhbar tersebut hari ini yang dilihat seakan akan memerli Datuk LCW yang tidak mendapat habuan besar apabila kembali ke tanah air. Mungkin selepas ini, ramai yang akan memboikot akhbar ini. Kita tunggu dan lihat. 

*sedikit fakta menarik :

  • Ramai pengguna twitter hari ini menukar profile picture kepada gambar Lee Chong Wei sebagai tanda terima kasih kepada beliau
  • Hastag #TerimakasihLeeChongWei trending worldwide selepas kekalahan beliau semalam untuk memberi semangat .

Kongsi Cerita Ini Bersama Rakan

1 comment

August 6, 2012 at 12:36 PM

paper tempatan sekarang ni kdg2 kurang ajar,suruh editor tu pergi main..tgk mcm mana penat lelah.kita rakyat malaysia ni pon jenis tak kisah lcw menang atau kalah, dia plk yg nk publisiti murahan. nk suruh laris paper mmg cmtu.

Post a Comment

Kindly Leave Your Comment Here..=)

Labels

TERKINI (173) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (70) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)