Showing posts with label PENJELASAN. Show all posts
Showing posts with label PENJELASAN. Show all posts

Dajjal Laknatullah & Para Wazirnya Telah Berada Di London, Penjelasan Penuh Konspirasi Illuminati Olimpik London 2012

Written By HAZRIL HAFIZ on Monday, July 30, 2012 | 1:49 AM

Artikel di bawah bukanlah fakta 100% yang boleh dipercayai bulat bulat. Ia adalah berdasarkan pemerhatian dan perkaitan antara sesuatu perkara dengan perkara yang lain . Semua yang terjadi adalah ketentuan Allah dan manusia hanya mampu merancang sesuatu. Tetapi baik untuk dijadikan panduan menghadapi sebarang kemungkinan dan mengingatkan kita yang kadang kadang lalai dan terlupa.  Terpulang kepada anda sebagai pembaca untuk mengambilnya dengan cara positif atau negatif. Setiap dari kita berbeza pendapat dan penerimaan. Mohon baca sampai habis. 

KLIK PADA GAMBAR UNTUK BESARKAN

Telah dikhabarkan bahawa Dajjal laknatullah dan para wazirnya telah berada di London untuk acara gilang gemilang Olympic 2012. Mereka telah lama membuat persiapan untuk acara ini sejak dahulu lagi kerana melalui acara sukan antarabangsa inilah, mereka dengan mudahnya mengumpulkan penduduk seluruh dunia bagi menjayakan agenda mereka untuk menyihir seluruh dunia.

CEPAT!! LEBIH RM 5000 WANG TUNAI UNTUK DIREBUT

Bandar London telah dipilih kerana London merupakan pusat segala agenda jahat mereka dalam merosakkan dunia selama ini, manakala tahun 2012 pula adalah tahun yang sangat signifikan bagi mereka. Ia adalah tahun yang mana Dajjal laknatullah telah bebas daripada rantai yang mengikatnya selama ini.

image

2012 juga mempunyai maksud tersirat yang tersendiri. Kita tahu bahawa puak Illuminati, salah satu cabang pasukan Dajjal laknatullah sentiasa mempunyai kod-kod rahsia tersendiri bagi menjalankan agenda mereka. Kita tahu bahawa tulisan Arab dan Ibrani (Hebrew/ tulisan yahudi) ditulis dari sebelah kanan ke kiri.

Jika 2012 itu diubah kepada huruf dan dibaca dari kanan ke kiri ia akan kelihatan seperti ZIOZ. Di dalam kod ini, huruf Z yang terakhir boleh diputar melawan arah jam menjadi huruf N. Dengan ini terbongkarlah dalang di sebalik Olimpik London 2012 atau Olimpik London ZION.

2012 = ZOIZ = ZIOZ =ZION

Zion sebagaimana yang kita tahu adalah sebuah bukit di Jerusalem, yang diidamkan oleh Yahudi untuk membina Haikal Sulaiman bagi membina tapak kezahiran Dajjal laknatullah atau Mosyaikh mereka ke dunia bagi menguasai dunia.

Bermula 27 Julai 2012 iaitu pada hari Jumaat ini, apabila api Majusi Olimpik London 2012 dinyalakan, maka Dajjal laknatullah beserta para wazirnya akan menyebarkan sihir berat ke seluruh penduduk dunia, lebih-lebih lagi yang melihatnya secara langsung di London , atau pun yang menontonnya melalui televisyen dan internet tidak akan terlepas daripada sihir-sihirnya. Dan sesiapa yang terkena sihirnya, hampir mustahil tidak akan menjadi pengikutnya ketika kezahirannya kelak.

Bagi pendokong perjuangan Islam akhir zaman dan pejuang Kebenaran dan pengikut Imam Mahdi dan Fata At Tamimi, bersiap sedialah untuk serangan berterusan sihir berat ini ke atas anda.

Pagarlah diri anda dengan kaedah masing-masing. Semoga ALLAH SWT melindungi kita semua dengan berkat bulan Ramadhan ini. ( sumber: End Justice dan 2dayblogger )

Dan berikut adalah beberapa gambar ritual Illuminati dan menghina Islam yang wujud semasa acara pembukaan Olimpik.

Penjelasan berkaitan upacara di atas boleh dibaca pada pautan berikut (KLIK)

maklumat lanjut berkaitan ritual di atas boleh anda baca dipautan berikut (KLIK)

Dan berikut pula adalah Game Card illuminati (klik pada gambar dibawah untuk membaca penerangan lanjut berkaitan permainan kad illuminati ini kerana teah terbukti sebahagian dari peristiwa yang digambarkan didalam kad ini telah terjadi walaupun kad ini dicipta pada tahun 1995.

logo

****************************

Mungkin juga semua penerangan di atas ada kaitannya dengan hadis berikut :

Dari Nu’aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah saw. bersabda: “Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal…”. Kami bertanya: “Suara apakah, ya Rasulullah?” Beliau menjawab: “Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jum’at, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari rumahnya, pada malam Jum’at di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jum’at, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah “, karena barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa”.

TETAPI, hadis di atas adalah hadis yang lemah dan dikatakan tidak sahih tidak boleh dijadikan hujjah bahkan ia adalah hadis yang terlalu lemah atau Palsu. Diriwayatkan dari berbagai riwayat, antaranya: al-Hakim di dalam al-Mustadrak dan al-Syafie di dalam Musnadnya. Hadis ini diriwayatkan dari beberapa periwayat yang lemah seperti Ibn Lahi’ah, ‘Abdul Wahhab, Muhammad bin Thabit, dan yang lainnya. Bahkan terdapat juga di dalam Sanad hadis ini periwayat yang dituduh sebagai Pendusta Hadis seperti al-Haris al-A’war al-Hamdani seperti yang dinyatakan oleh al-Sya’bi, Abu Hatim dan Ibn al-Madini. (sumber: Jabatan Mufti Perlis)

Sebelum ini aku ada menyediakan beberapa artikel dan entry berkaitan isu Kiamat 2012 ini, boleh baca pada entry entry berikut :

Dan diambil dari status facebook seorang ustaz aku di UiTM Kedah dulu:

image

nauzubillahiminzalik. Moga dijauhkan dari segala keburukan dan fitnah dajjal

untuk lebih memahami perkara ini , anda boleh saksikan ketiga tiga video dibawah (sila tonton sampai habis)

Artikel di atas bukanlah fakta 100% yang anda boleh percayai bulat bulat. Ia adalah berdasarkan pemerhatian berdasarkan perkaitan antara sesuatu perkara . Semua yang terjadi adalah ketentuan Allah dan manusia hanya mampu merancang sesuatu. Namun, petanda petanda jelas yang ditunjukkan seharusnya dijadikan panduan dan peringatan kepada kita.

 

Bukan meminta untuk anda mempercayai 100% perkara ini, tetapi sebagai satu panduan dan peringatan untuk persediaan kita andai apa jua berlaku dapat kita hadapi. Sesungguhnya Kiamat itu pasti akan datang dan sebelum datangnya kiamat, tanda tanda yang disebut Nabi lebih 1400 tahun dahulu pasti akan berlaku . Wallahualam. Boleh share kepada rakan rakan anda untuk panduan kita bersama.

 

1:49 AM | 18 comments | Read More

Penjelasan Dan Koleksi Gambar Avatar “Solidarity With the Palestenian Prisoners on Hunger Strike”

Written By HAZRIL HAFIZ on Wednesday, May 16, 2012 | 8:29 PM

hunger strike palestin, avatar hunger strike, avatar solidarity with palestine, gambar profile mogok lapar, mogok lapar palestin, penjelasan solidarity with palestine hunger strike

Ramai menyokong, tak kurang juga yang memperlekehkan usaha untuk create awareness kepada Solidarity With the Palestenian Prisoners on Hunger Strike. Kalau anda perasan, kebanyakan pengguna facebook di Malaysia sudah menukar gambar profile mereka menggunakan simbol kempen ini.

Apa sebenarnya motif dan maksud utama mogok lapar ini? Jika anda belum tahu dan belum faham, penjelasan lengkap boleh anda dapatkan di entry yang dinukilkan oleh sahabat aku, saudara Solihin Zubir.(Link disertakan dibawah post) .  Terima kasih atas penjelasan yang banyak membantu ramai lebih memahami dengan sebenar maksud dan tujuan utamanya. Rasanya tak perlu aku nak perjelaskan sebab di sana dah dijelaskan dengan teliti.

Menukar avatar pada profile ini mungkin tiada kesannya jika anda seorang yang melakukannya. Tapi jika berjuta juta pengguna laman sosial menggunakan simbol yang sama , tidakkah anda rasa sokongan moral dan spiritual tersebut mampu menggoncang kekerasan dan kedegilan hati laknatullah Israel? Apa tunggu lagi? Jom tukar!! Dapatkan gambar avatar dalam pelbagai versi yang anda rasakan sesuai. Kalau dulu anda tak tahu, tapi sekarang anda tahu. And it is call awareness . Sekurang kurangnya perkara ini kita tahu dan kita nak ambil tahu tentang nasib saudara seagama kita di sana.

********

PENJELASAN MENGENAI “Solidarity With the Palestenian Prisoners on Hunger Strike”

Simbolik Avatar Solidarity With the Palestenian Prisoners on Hunger Strike

********

sumber gambar : kumbangjingga

link to : szlihin

8:29 PM | 4 comments | Read More

Video Parody Panglima Mysapce Jadi Isu Pulak? Kyopropaganda Beri Penjelasan

Written By HAZRIL HAFIZ on Wednesday, December 21, 2011 | 5:00 PM

tengah hangat dengan cerita abang ludah , datang pulak satu video lawak yang buat aku gelak guling guling masa mula  mula tengok. Video yang “seakan akan” tapi tak sama bertajuk Panglima Nak Ludah Muka Buku tu dibuat sekadar untuk hiburan dan hanya video parody . Jadi kenapa pulak menjadi isu . Ada dikalangan blogger yang mempertikaikan motif video tu dibuat whether nak berjenaka atau untuk menyokong pihak disana . Ada yang kata video tersebut sebagai tindak balas video ludah yang dibuat oleh Pemuda UMNO Petaling Jaya Utara (boleh rujuk di entry Video: Pemuda UMNO Nak Ludah Mahasiswa Turun Bendera Najib Di Putrajaya) . Video penjelasan tentang video tersebut pula dalam entry Video yang dipertikaikan tu pulak :

 

Kenapa la pulak nak menjadi isu benda benda macam macam ni? Aku tak rasa ada salah untuk buat macam ni. Kalau benda benda macam ni dah dianggap sebagai “menyokong” pihak tak sepatunya, susah la. kena sokong “pihak” yang itu je la sepanjang masa. Duduk jadi skema. Dan Kyopropaganda telah menjawab segala tohmahan dan cacian yang mereka dapat dalam video ni .

 

kami dgn tawaduk dan kasih sygnya ingin menjelaskan kembali kepelikan dimana sesetengah laman web dan blog yang memperlihatkan seakan kami berpihak kepada mana mana parti politik.
Parody ini dibuat berdasarkan cadangan org ramai dan kami tidak berniat hendak mengejek atau menghina mana mana individu.

 

So dah dijelaskan dengan terang lagi bersuluh, tak payah nak dijadikan isu besar sangat. Semua nak buat isu. Itu yang Malaysia tak pernah aman tu. Asyik nak cari gaduh je. Dah bosan hidup dah kot tak tahu nak buat apa, cari pasal dengan orang.

5:00 PM | 2 comments | Read More

Labels

TERKINI (173) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (70) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)