Demonstrasi AUKU Di UiTM Shah Alam 4 Jan 2012 ?

Written By HAZRIL HAFIZ on Wednesday, January 04, 2012 | 10:58 PM

Kecoh malam ni di UiTM Shah Alam. Pintu belakang berdekatan dengan pusat Komersial Seksyen 7 ditutup. Dah sah sah la menyusahkan semua sebab itu pintu utama untuk keluar masuk. Dan di Pintu 1 di Seksyen 2 pulak penuh dengan Polis Bantuan UiTM dan kereta PDRM. Aku lalu tadi mati mati aku ingat ada roadblock . Cuak gak la sebab roadtax dah mati. Then bila sampai rumah , online baru tahu keadaan sebenar. Naib Canselor Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar ada mengeluarkan statement berkaitan satu maklumat yang diperoleh mengatakan akan ada demonstrasi ala ala di UPSI berkaitan isu AUKU.


image
dan update di Twitter Dato’ Sahol .
image

rata rata students memang tak setuju dengan demonstrasi ni. Sebab minggu ni orang kan kalut kalut nak exam. Bila dah ditutup pintu belakang tu kan ke dah menyusahkan orang nak masuk study di dalam. Nak mengharung jammed lagi. Pagi dah jammed, malam jammed lagi . Semak kepala je duduk sini.

So kita harapkan tak ada apa apa demonstrasi. Bagi la habis exam dulu woi ko nak demo demo pun. Jangan la demo sekarang. Doraemon betul laa.


Dan dibawah ni beberapa screenshot ketidakpuasan hati student berhubung isu demo di UiTM malam ni.

image
image
image


**Menangi RM50000 hanya dengan berkongsi cerita anak anda!!! 
10:58 PM | 1 comments | Read More

Video Penjelasan Amalina Che Bakri Isu Seksi Dan Gagal Universiti

Videp Ucapan Amalina Kepada Rakyat Malaysia
Video Amalina Jelaskan Isu Seksi

Selepas kontroversi demi kontroversi menghimpit pelajar cemerlang 17 A SPM 2007 berkaitan isu belaiu beraksi daring dan khabar angin mengatakan bahawa beliau gagal dalam pengajian di University of Edinburg, ibu beliau semalam tampil membuat penjelasan kepada pihak media berkaitan isu Amalina ini. Anda boleh rujuk di entry : Amalina Che Bakri Masih Cemerlang : Gambar Seksi Hanya Simpanan Peribadi– Ibu




Dan petang tadi, dengan kerjasam blog hiburan Beautifulnara.com dan Hazrey.com, Amalina telah berjaya dihubungi melalui talian video SKYPE dan beliau telah memberikan penjelasan dan memohon supaya blogger blogger dan masyarakat Malaysia supaya menghentikan tohmahan dan cacian kepada beliau berhubung isu tersebut. Tak dinafikan gambar gambar yang disebarkan memang milik Amalina dan beliau memohon jasa baik kepada pengendali laman web yang menyiarkan gambar gambar tersebut untuk menarik semula artikel dan memadam semua gambar gambar yang “mengaibkan” tersebut. Pihak Admin HafizRahman sendiri telah memadam keseluruhan artikel “panas” tersebut tengahari tadi iaitu sebelum perbualan video dibuat petang tadi atas permintaan beberapa pihak yang meninggalkan komen dan email kepada admin.

Dan dibawah ini adalah video perbualan Amalina yang dirakamkan oleh hazrey.com





maka dengan penjelasan ibu beliau dan dari pihak Amalina sendiri, mungkin isu ini akan reda dalam masa sehari dua lagi dan diharapkan isu sebegini tak timbul lagi dan  kesilapan Amalina jugak yang “menyebarkan secara tak sengaja” gambar gambar daring beliau . Kalau benar ia simpanan peribadi, jaga elok elok dan hanya untuk tontonan seorang diri sahaja. Mungkin ini kesilapan beliau , semua kita pernah, dan akan melakukan kesilapan yang tidak kita sedari selama kita hidup sebagai seorang manusia. InsyaALlah kita doakan yang terbaik untuk beliau di sana. Dan rasanya permintaan Amalina secara baik untuk buang gambar gambar seksi beliau perlu diambil berat oleh semua pengendali blog di Malaysia.
sumber dan gambar :


UPDATED : video penuh penjelasan mengenai semua isu di (VIDEO EKSLUSIF)Nur Amalina Che Bakri Menjawab Segala Cemuhan

hazrey.com
beautifulnara.com
10:11 PM | 5 comments | Read More

Amalina Che Bakri Masih Cemerlang : Gambar Seksi Hanya Simpanan Peribadi– Ibu

SABARIAH  menunjukkan laman blog yang dipercayai menyiarkan laporan fitnah terhadap anaknya di SMK Taman Johor Jaya 2, semalam.
SABARIAH menunjukkan laman blog yang dipercayai menyiarkan laporan fitnah terhadap anaknya di SMK Taman Johor Jaya 2, semalam.

Nur Amalina didakwa masih jadi pelajar cemerlang di universiti
Ibu Amalina telah mengeluarkan kenyataan menentang segala tohmahan blog blog di Malaysia yang mengatakan anaknya semakin “sosial” di luar begara. Kisah mengenai Amalina Che Bakri yang dikatakan gagal di Universiti ada aku coretkan di entry ini : 
Pelajar 17 A1 ,Amalina Che Bakri Gagal Universiti Dan Semakin Liar?


JOHOR BAHRU: Pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2005, Nur Amalina Che Bakri terus cemerlang dalam pengajian perubatan di Universiti Edinburgh apabila meraih banyak pengiktirafan universitinya selain beberapa kajiannya diterbitkan dalam jurnal institusi pengajian tinggi di United Kingdom (UK).

Malah pelajar yang mendapat 17A SPM itu, kini menjalani latihan amali di sebuah pusat perubatan terkemuka di UK, dan dijangka menamatkan pengajian pada Mei ini.
Ibunya, Sabariah Hassan berkata, setiap hasil kerja anaknya dipuji pensyarah dan rakan sekelasnya malah Nur Amalina kini sedang bertungkus-lumus menyiapkan sebuah buku perubatan. “Oleh itu, isu kegagalan dalam pengajian tidak timbul seperti dakwaan pihak tertentu,” katanya kepada pemberita di sini semalam.


**Menangi RM50000 hanya dengan berkongsi cerita anak anda!!! 

Beliau memanggil sidang media bagi memberi penjelasan berhubung laporan beberapa blog mendakwa Nur Amalina kini menjalani gaya hidup bebas dan liar selain gagal dalam pengajian dan sudah kembali ke tanah air secara senyap.

Sabariah berkata, beliau kesal dengan laporan blog itu yang melemparkan pelbagai tohmahan termasuk menyiarkan gambar peribadi anak tunggalnya berusia 23 tahun itu yang kini sedang menamatkan pengajian tahun akhir.

Beliau yang juga Penolong Kanan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Johor Jaya 2, berkata gambar yang disiarkan blog terbabit dipercayai dicuri dari laman sosial Facebook Nur Amalina. “Pakaian yang dipakai Amalina dibeli saya sendiri, manakala gambar terbabit dirakam ketika kami bersama melancong ke Paris untuk bercuti pada Ogos 2009.

“Sebenarnya, gambar yang disiarkan itu gambar lama yang bersifat peribadi. Saya mengenali setiap rakannya yang turut berada dalam gambar itu,” katanya. Sabariah berkata, Amalina ada menghubunginya melalui panggilan video ‘Skype’ kelmarin berhubung penyebaran gambarnya yang dituduh seksi itu dalam laman blog.


**Samsung, HTC atau Blackberry®  bersama ,pakej internet dengan HARGA MURAH GILAAAA!!!

“Dia ketawa ketika menceritakan perkara itu kerana sudah lali dengan tohmahan sebegini. Ini bukan kali pertama kejadian seumpama itu berlaku. Mungkin ada orang cemburu dengan kejayaan anak saya selama ini,” katanya.


VIDEO PENJELASAN AMALINA BERHUBUNG ISU INI


**satu benda yang boleh dijadikan iktibar paling berguna disini adalah : JANGAN LETAK GAMBAR SEKSI SEKSI DI FACEBOOK. SAMA JA MACAM MENDEDAHKAN DIRI KAT PUBLIC. Lepas dah jadi macam ini kan diri dah susah. Bala bencana menimpa nimpa.  
sumber ; BERITA HARIAN
2:17 PM | 0 comments | Read More

Mustafa Kamal Atartuk: Pemimpin Yang Dilaknat Tuhan

Written By HAZRIL HAFIZ on Tuesday, January 03, 2012 | 5:03 PM

Mustafa Kamal Atartuk: Pemimpin Yang Dilaknat Tuhan

Mustafa Kemal Atatürk atau nama penuh Gazi Mustafa Kemal Pasha adalah pengasas Republik Turki. Beliau merupakan pegawai tentera, pemimpin revolusi dan presiden Turki yang pertama.
Beliau membuktikan diri beliau sebagai komander tentera yang berjaya ketika berkhidmat dalam Pertempuran Gallipoli pada Perang Dunia I. Setelah kekalahan Empayar Uthmaniyyah di tangan Tentera Bersekutu, terdapat rancangan oleh Tentera Bersekutu untuk memecahkan negara Turki. Mustafa Kemal kemudiannya memimpin gerakan nasional Turki dalam apa yang kemudiannya menjadi Perang Kemerdekaan Turki.
Setelah kejayaan dalam Perang Kemerdekaan Turki dan dipilih sebagai Presiden Turki yang pertama, beliau telah memindahkan ibu negara Turki dari Istanbul ke Angora yang kini dikenali sebagai Ankara. Mustafa Kemal telah membentuk semula aspek kehidupan rakyat Turki agar bersesuaian dengan tuntutan semasa yang dikenali sebagai ideologi "Kemalisme". Ideologi ini bertujuan untuk menyediakan Turki ke arah negara moden, demokratik dan negara sekular, positif dan bertindak rasional. Beliau memerintah dari tahun 1918 sehingga tahun 1934. Mustafa Kamal Ataturk meninggal dunia pada tahun 1938 dan dikebumikan di Ankara

Nama "Mustafa" bermaksud manusia pilihan manakala "Kemal" bermaksud sempurna. Nama asal beliau adalah Mustafa Kemal Pasha. Nama tersebut digunakan sehinggalah beliau bersara dari Tentera Uthmaniyyah. Semasa Perang Kemerdekaan Turki, beliau dipanggil 'Gazi' atau 'Gazi Mustafa Kemal'. Setelah undang-undang keluarga diperkenalkan di Turki pada 21 November 1934, beliau diberi nama 'Ataturk', bermaksud 'Bapa Rakyat Turki'.
Ataturk dilahirkan pada tahun 1881 di Selanik. Bapa beliau, Ali Riza Efendi mula bekerja sebagai pegawai kastam dan kemudiannya membuka perniagaan kayu balak. Ataturk berusia 7 tahun ketika bapa beliau meninggal dunia. Beliau kemudian dibesarkan oleh ibunya, Zübeyde Hanım.
.
Apabila berusia 12 tahun, beliau dihantar ke sekolah tentera Selanik dan Manatir. Ataturk menyertai Akademi Tentera Uthmaniyyah di Manastir pada tahun 1895 dan ditugaskan di Damsyik. Beliau kemudiannya dinaikkan pangkat sebagai leftenan dan mula membabitkan dirinya di dalam gerakan reformasi sulit yang dipanggil 'Vatan ve Hürriyet' (Tanah air dan Kebebasan). Gerakan sulit ini aktif menentang Khilafah Uthmaniyyah yang dipimpin oleh Abdul Hamid II.
Dosa Mustafa Kemal
1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt/ROK.
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak barat)
3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di Ankara.
4. Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden”
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8. Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya diseluruh bandar Turki.
9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
10. Agama Islam juga dibuang sebagai Agama Rasmi negara.
11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan
12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
16. Membatalkan undang-undang waris,faraid secara islam
17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya “siapa tuhan dan dimana tuhan tinggal?” oleh kerana takut, askar tersebut menjawab ‘Kamal Atartuk adalah tuhan” beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

KEMATIAN KAMAL ATARTUK YANG MENYEKSAKAN
Di saat kematiannya,Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.
Antaranya ialah:
1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki di mana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung
3. Penyakit darah tinggi
4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.
Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang.Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.
Allah itu Maha Besar, panasnya tak juga hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas lalu dia sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau. Mayat ini diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya.
Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam,tanah tidak menerimanya(susah jenazahnya hendak masuk ke liang lahad). Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke alam muzium yang diberi nama EtnaGrafi di Ankara selama 15 tahun (sehingga tahun 1953). Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 ton. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar.
Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa “jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!” Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

ENTRY TERBARU :

Pelajar 17 A1 ,Amalina Che Bakri Gagal Universiti Dan Semakin Liar?

Cerita Sebenar Pengislaman Kaka

NGERI! Gambar Ukiran Dibadan , Satu Pengorbanan Yang Bodoh!


sumber :

http://republicofmonggol.blogspot.com/2011/08/mustafa-kemal-ataturk-pemimpin-yang-di.html#ixzz1hyVR8QRV

5:03 PM | 1 comments | Read More

NGERI! Gambar Ukiran Dibadan , Satu Pengorbanan Yang Bodoh!

Semua orang tahu apa itu pengorbanan. Selalunya pengorbanan dibuat untuk sesuatu yang worthy. Tapi ada jugak orang yang sacrifice untuk something yang superstupido. Pernah tengok orang buat ukiran dibadan? Ukiran macam dikayu tu, bezanya ukiran ni dibuat dengan mencederakan bahagian badan dan selepas tu, parut yang timbul akan tinggalkan kesan . Something like tatoos tapi rasanya ini lagi menggerunkan kot.

PERHATIAN!! mungkin ada diantara anda yang tak tahan tengok sesetengah dari gambar ni sebab mengerikan. So pandai pandai la ek jaga diri. jangan marah admin pulak cakap tak bagitau awal awal .

weird scarification01 Weird Scarifications [PHOTOS]

weird scarification02 Weird Scarifications [PHOTOS]

weird scarification03 Weird Scarifications [PHOTOS]

weird scarification04 Weird Scarifications [PHOTOS]

weird scarification06 Weird Scarifications [PHOTOS]

weird scarification07 Weird Scarifications [PHOTOS]

weird scarification08 Weird Scarifications [PHOTOS]

weird scarification09 Weird Scarifications [PHOTOS]

weird scarification12 Weird Scarifications [PHOTOS]

weird scarification13 Weird Scarifications [PHOTOS]

weird scarification15 Weird Scarifications [PHOTOS]

weird scarification17 Weird Scarifications [PHOTOS]

weird scarification18 Weird Scarifications [PHOTOS]

source

11:00 AM | 1 comments | Read More

Cerita Sebenar Pengislaman Kaka

Beberapa hari yang lalu, heboh kisah pemain bola sepak terkemuka dunia , Kaka yang dikatakan memeluk Islam bersama isteri. Cerita dan khabar angin ni keluar selepas beberapa gambar Kaka bersama penduduk Islam dirakam bersama didalam sebuah masjid. Sampaikan ada yang update di wall status facebook “ Alhamdulillah, Kaka dah masuk Islam “ walhal belum pasti lagi pengislaman beliau. Tapi itu bukan kebenarannya, Yang sebenarnya, Kaka bersama keluarganya ke Masjid Bastakiya di Dubai tetapi bukanlah untuk masuk Islam. Di bawah merupakan gambar Kaka Bersama Keluarganya melawat Dubai.

Kaka mengucapkan terima kasih kepada orang – orang yang menyebarkan gambar Kaka di Dubai.

Kaká sebenarnya dijemput oleh DTCM (Jabatan Pemasaran Pelancongan danPerdagangan Dubai ).

Kaká berkata: “Dubai adalah sebuah bandar yang indah dan salah satu yang paling baik di dunia. Saya amat berbesar hati untuk berada di sini untuk percutian keluarga. Saya mengucapkan terima kasih kepada DTCM peluang indah yang diberikan kepada saya untuk melawat emiriah itu. Saya terharu dengan layanan Saya senang di sini dan kami merancanguntuk datang lagi ke Dubai tidak lama lagi. ”

Pada mesyuarat itu, mereka membincangkan promosi dan pemasaran Dubai sebagai destinasi sukan di seluruh dunia dan bagaimana DTCM telah mempromosikan bola sepak melaluipelbagai inisiatif, termasuk edisi baru-baru ini diadakan keempat Cabaran Bola Sepak Dubai.

InsyaAllah dengan ketentuan Allah, mungkin satu hari nanti beliau akan memeluk Islam ? Sama sama kita doakan.

SUMBER

8:53 AM | 2 comments | Read More

Pelajar 17 A1 ,Amalina Che Bakri Gagal Universiti Dan Semakin Liar?

Written By HAZRIL HAFIZ on Monday, January 02, 2012 | 11:58 PM

Pelajar 17A1 SPM Nur Amalina Che Bakri Gagal di Universiti?

HARAP MAAF...ENTRY BERKAITAN NUR AMALINA INI TELAH DIDELETE ATAS SEBAB SEBAB TERTENTU DAN DARI PERMINTAAN PIHAK TERTENTU. 

PIHAK ADMIN MEMOHON MAAF KEPADA READERS YANG SAMPAI KE ENTRY INI DARI SEARCH PAGE GOOGLE ATAU  MANA MANA REFERER  DAN MENDAPATI TIADA INFO SEPERTI YANG DICARI 

ENTRY BERKAITAN ISU INI JUGA ADA SAYA SEDIAKAN. SILA KLIK LINK DI BAWAH : 




11:58 PM | 16 comments | Read More

Video “Lembu Nak Jaga” : Parody Move Like Jagger

Jom layan Parody Lagu Move Like Jagger yang dibuat di Malaysia dengan tajuk Lembu Nak Jaga. Lawak gak la sampai boleh menyembur nasik aku tengah makan ni. haha

Lyrics :


Inilah hidup
Ku di kampung
Hatiku murung
Ku di kongkong
Tiap hari ku, ku kata okay
Tapi dah takdir
Isteri ku control
Ku tak tahan
Asyik kena troll
Kena bahan
Badan berpeluh
Ego ku teguh
Ku takkan runtuh
And it goes like this
Hari-hari kau
Nak paksa
Tak ingat ke kau
Yang ku ada
Lembu nak jaga.
I got lembu nak jaga.
I got lembu moo moo moo nak jaga
Kau pushy sangat kenapa
Kau kena ingat aku ada
Lembu nak jaga.
I got lembu nak jaga.
I got lembu moo moo moo nak jaga
Kau bangun lambat
Suka hati
Aku merempat
Kau nak maki
Aku tak tahan
Dengan kau perempuan
Gila meghoyan
Sudah lah Senah
Ku dah penat
Ku balik rumah
Ku nak rehat
Jangan kau angin
Baik kau salin
Aku nak main
And it goes like this
Hari-hari kau
Nak paksa
Tak ingat ke kau
Yang ku ada
Lembu nak jaga.
I got lembu nak jaga.
I got lembu moo moo moo nak jaga
Kau pushy sangat kenapa
Kau kena ingat aku ada
Lembu nak jaga.
I got lembu nak jaga.
I got lembu moo moo moo nak jaga
Aku mahu
Hidupku senang
Gelang baru
Kilat gila baq hang (habaq hang)
Itulah ganjaran
Ku pasti tak tahan
Gerenti senyuman
Hai bang Samad
Kau dengar sini
Kau nak p*nt*t
Kau dengar cakap bini
Itulah ganjaran
Kau pasti tak tahan
Gerenti senyuman
Hari-hari kau
Nak paksa
Tak ingat ke kau
Yang ku ada
Lembu nak jaga.
I got lembu nak jaga.
I got lembu moo moo moo nak jaga
Kau pushy sangat kenapa
Kau kena ingat aku ada
Lembu nak jaga.
I got lembu nak jaga.
I got lembu moo moo moo nak jaga

8:00 PM | 0 comments | Read More

Labels

TERKINI (173) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (70) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)