Showing posts with label ISLAMIC FASHION. Show all posts
Showing posts with label ISLAMIC FASHION. Show all posts

Kisah Sehari Miss Universe Australia Sebagai Muslim

Written By HAZRIL HAFIZ on Sunday, May 27, 2012 | 11:52 PM

Rachael Finch Rachael Finch of Queensland celebrates being crowned 'Miss Universe Australia 2009' during the official crowning ceremony at the Hilton Hotel on April 22, 2009 in Sydney, Australia.

Ikuti kisah seorang Supermodel juga bekas Miss Universe Australia yang menyelami kehidupan sehari bersama penduduk Islam dan mengamalkan cara hidup Islam termasuk cara berpakaian menutup aurat. Jom saksikan video dibawah 

Ini bukan keputusan yang mudah bagi setiap orang untuk menempatkan dirinya pada kedudukan seseorang yang berlainan agama dan kepercayaan yang berbeza.


Kebanyakan orang lebih suka berada pada kedudukan 'zon keselesaan' (comfort zone) nya masing-masing, yang pada gilirannya akan menumbuhkan perasaan pasif mereka terhadap "orang lain" di sekitarnya.


Tetapi, selalu ada pengecualian!


Salah seorang di antara mereka yang cuba keluar dari 'comfort zone' adalah Rachael Finch. Rachael merupakan seorang Top Supermodel Australia, bintang televisyen, sekaligus bekas Miss Universe Australia.


Ia meluangkan masa sehariannya dengan cuba mengenakan pakaian jilbab muslimah menutup aurat.


Bukan itu sahaja, ia juga cuba menyelami kehidupan umat Islam di Australia selama satu hari untuk lebih mengenal secara dekat orang-orang muslim secara langsung.


Rachael memakai tudung dan memulakan langkah eksperimen aktiviti sosial  'kebiasaanya' dimana ia berinteraksi dengan komuniti Islam.


Rachael cuba mengikuti jejak langkah Rebecca Kay, seorang Muslimah Australia yang taat dan seorang ibu beranak empat. Rebecca lahir di Australia dan menjadi Muslim sekitar lapan tahun yang lalu. Sebelumnya, Rebecca adalah seorang peluncur wanita Wollongong.


"Sebelum saya menjadi seorang Islam, saya merupakan seorang anti Islam. Saya dulu biasa mendengar radio, dan mempunyai sikap yang sama seperti kebanyakan anti Islam yang lain. Saya dulu suka berkata kepada orang lain 'jika kamu (orang muslim) tidak senang di sini, maka silakan kamu kembali ke tempat asal kamu ', "kata Kay seperti dilaporkan Muslimvillage.com.
Mengulas eksperimen aktiviti sosialnya, Rachael mengatakan, "Senang rasanya saya boleh masuk dan mengikuti jejak kedudukan Rebecca, dan menyaksikan dengan sendiri bahawa stereotaip terhadap wanita Islam Australia (yang kerap digemborkan media_red) tidak terlalu benar," katanya.


"Ini merupakan kejayaan-untuk melihat multikulturalisme adalah tentang melihat pada masa kini, kita semua warga Australia tidak peduli apa warna kulit kita, atau apa yang kita anuti, atau apa latar belakang kita-kita semua sama." ceritanya.


"Mereka bijak, mereka pintar, mereka ingin kerjaya dan mereka menginginkan sebuah keluarga, dan bagi saya itu semua menipu," ulasnya.


Rebecca berharap bahawa sesuatu yang baik boleh datang dari pengalaman Rachael, dan hal itu diharapkan dapat mendorong orang untuk lebih berfikiran terbuka. -  harakahdaily

** sesuatu yang baik untuk memberikan gambaran terbaik kepada masyarakat luar mengenai apa sebenarnya Islam dan bagaimana sebenarnya Islam itu sebuah agama yang aman damai dan bukan agama keganasan . Semoga beliau mendapat hidayah suatu hari nanti. InsyaAllah.

11:52 PM | 0 comments | Read More

7 Gambar Kahwin Imam Muda Hassan Dan Ulfah Yang Penuh Islamik

Written By HAZRIL HAFIZ on Wednesday, May 16, 2012 | 4:38 PM

Imam Muda Hassan telah menemui jodohnya dan melangsungkan perkahwinan penuh keberkatan dengan isterinya, Ulfah . Majlis perkahwinan diadakan dalam suasana yang sangat islamik dan menepati ciri ciri perkahwinan yang dituntut Islam.

Imam Muda Hassan juga tidak terlepas dari trend terkini iaitu photoshoot kahwin . Namun , apa yang dilakukan oleh beliau adalah contoh terbaik untuk photoshoot yang mengikuti tuntutan agama Islam dan sah di sisi agama. Mungkin selepas ini boleh dijadikan contoh terbaik untuk kita semasa membuat plan perkahwinan. Sebaiknya majlis mendapat keberkatan dan bukan kemungkaran. Zaman sekarang majlis kahwin dah pelik pelik dan adakalanya mengalahkan perkahwinan masyarakat Barat.

Gambar-Perkahwinan-Imam-Muda-Hassan-Dan-Ulfah-1Gambar-Perkahwinan-Imam-Muda-Hassan-Dan-Ulfah-2Gambar-Perkahwinan-Imam-Muda-Hassan-Dan-Ulfah-3Gambar-Perkahwinan-Imam-Muda-Hassan-Dan-Ulfah-4Gambar-Perkahwinan-Imam-Muda-Hassan-Dan-Ulfah-5Gambar-Perkahwinan-Imam-Muda-Hassan-Dan-Ulfah-6Gambar-Perkahwinan-Imam-Muda-Hassan-Dan-Ulfah-7

 

**semua gambar telah dihostkan disini.

4:38 PM | 6 comments | Read More

Gambar Pengacara MHI , Teh Shuhada Sudah Bertudung

Written By HAZRIL HAFIZ on Saturday, January 07, 2012 | 3:03 PM

Fenomena artis yang sebelum ini free hair dan berhijrah ke arah kebaikan dengan menutup kepala dengan tudung memang dah menjadi sesuatu yang selalu kita dengar sekarang. Kalau dulu, orang tak berapa nak kisah sangat, tapi sekarang peminat peminat sangat sangat la kisah. Artis yang baru berhijrah pastinya mendapat perhatian apalagi kalau sebelum ini penampilan mereka sangat seksi. Antara artis yang berhijrah dengan bertudung yang mendapat liputan meluas adalah Wardina Safiyah, Cat Ross, dan paling mengejutkan adalah imej Diana Amir yang bertudung . Dan selepas itu pengacara terkenal Abby Fana , dan sekarang seorang lagi pengacara Malaysia Hari Ini iaitu Teh Syuhada.

Alhamdulillah mereka semua bertemu dengan hidayah Allah. Jangan ada mulut mulut jahat yang mempertikaikan penampilan tersebut. Kalau nak pertikaikan jugak, kenapa tidak dipertikaikan kepada artis artis yang masih seksi macam artis Holywood tu? Kadang kadang lagi teruk. Yang salah dipuja, yang berusaha ke arah kebaikan dicerca. Apa nak jadi . Jom tengok gambar terbaru Teh Syuhada bertudung :

51c31043aef415e65e49a0e0d065136e374ee55336827bc52fe55c85572179076581e0e93e622d74daefbfc86e3dd9e033792aa0cacb66d9011b38caf93aafdbb7c904417a6d01125430b46f76c327c8c87c1fc00d3f7b6aee01248a3726d92fe054257a0e79492563ec16d973f09be9

alhamdulillah Beliau nampak cantik sangat . Baik pada pandangan mata manusia dan baik pada pandangan Islam. Good for her. May Allah Bless You.

original Pic from 2dayblogger

hosted at : HafizRahman

3:03 PM | 1 comments | Read More

Gambar Diana Amir Bertudung Bersama Wardina Safiyyah

Written By HAZRIL HAFIZ on Friday, September 23, 2011 | 12:30 PM

Antara berita dunia hiburan paling top minggu ini ialah isu Hantu Bonceng Hina Islam. itu yang negative . Dan yang positivenya, berkaitan seorang pelakon yang dahulunya terkenal dengan perwatakan seksi, sekarang sudah bertudung dan sedang melakukan penghijrahan kearah menjadi lebih baik iaitu Diana Amir. Dibawah ni adalah photo yang diambil di twitter @WardinaSafiyyah . Sebelum ni aku ada buat entry berkaitan iaitu Diana Amir Bertudung VS Fyda Tak Bertudung : Siapa Lagi Ok?? tapi cuma ada satu gambar . Peminat peminat Diana Amir mesti nak tengok lagi banyak kan?Ok ini dia

AZ8bngzCIAENLBM

dan tweets yang disertakan dengan pic tersebut

image

kecantikan sebenar adalah kecantikan yang bermula dari dalam.

image

kita doakan semoga Diana Amir terus istiqamah dalam penghijrahan beliau ini. InsyaAllah . Dan alhamdulillah semua tweets @Diana_Amir pada pagi ni semunya bersifat keislaman.

 

12:30 PM | 7 comments | Read More

Gambar Siti Nurdiana Sudah Bertudung

Written By HAZRIL HAFIZ on Monday, September 19, 2011 | 1:46 PM

Dulu , pernah gempar dengan gambar dan penampilan Siti Nurdiana yang dianggap buang tebiat bila dia sanggup beraksi seksi dengan memakai gaun pendek ala2 barat untuk satu majlis yang dianjurkan oleh majalah Ehh!

Tapi sekarang alhamdulillah dia dah bertudung litup. bagus jugak la sebab artis di Malaysia dah ramai yang bertudung. Tapi hopefully bukan bertudung sebab nak menunjuk dan nak berfesyen ja tapi sebagai satu tuntutan agama sendiri.

pic credit to KOSMO

*tadi lecturer aku ada kutuk gaya tudung Yuna dengan Hana Tajima. Katanya, nenek dia dulu dah berfesyen macam tu bila nak ke sawah. Yang perempuan diam , senyum2 gitu je la. Yang lelaki , hamekkk kau hentam gelak..haha

1:46 PM | 1 comments | Read More

Pakai Tudung Untuk Tutup Lemak Atau Tutup Dada?

Written By HAZRIL HAFIZ on Tuesday, April 26, 2011 | 5:27 PM

ENTRY INI DICOPY PASTE 100% dari salah seorang blogger merangkap kawan seperjuangan aku iaitu saudari Mahfuzah Husna Zulkifli. Terasa terpanggil untuk berkongsi jugak artikel ni.Sekurang kurangnya yang belum membaca di ablog beliau, ada peluang untuk baca disini. So baca bagi habis terutama kepada wanita wanita diluar sana.

 

Assalamualaikum w.r.t


Terpanggil untuk membuat entry ini selepas membaca sebuah majalah kesihatan. Sedih melihat gambar sebelum dan selepas berjaya menurunkan berat badan melalui penggunaan produk-produk tertentu. Baca selanjutnya:


Saya sebenarnya rasa gembira apabila melihat ramai sudah mengambil berat tentang kesihatan masing-masing. Berusaha gigih untuk kuruskan badan dengan cara yang sihat adalah suatu perkara yang patut diambil kira. (bukan dengan cara merokok, mengambil dadah dan segala jenis ubatan yang terlarang etc). Tetapi pada masa yang sama timbul rasa sedih bila melihatkan perubahan yang berlaku kepada kaum hawa sekarang.


Mungkin ada hikmah anda berbadan besar kerana dengan itu anda akan menutup aurat dengan lebih baik berbanding jika anda sudah berbadan langsing.


Jangan melenting ya? Tegurlah saya sekiranya saya salah. Memerhatikan keadaan disekeliling dan juga pada media cetak dan elektronik, jelas terpapar perubahan yang berlaku dari segi pemakaian (bukan semua wanita).  Malah, busana muslimah sekarang boleh dikira dengan jari, yang mana satu yang betul-betul mengikut syariat.


Dahulu ketika masih berbadan gempal, si gadis manis memakai tudung membaluti kepala dan menutup kemas bahagian dada. Tetapi sekarang apabila sudah langsing, sudah mula menjinakkan diri dengan memakai pakaian yang lebih ketat. Tudung pula sekadar "syarat" yakni menutup kepala, dada pula diabaikan. Kononnya trend sekarang, lebih moden dan menarik.



Apa fungsi memakai blouse yang labuh tetapi memakai pula "singlet" berwarna-warni di luar, menampakkan pula susuk tubuh yang sudah semakin cantik. Tambahan pula dikatakan dengan memakai "belt" mampu menaikkan seri walaupun baju yang dipakai tersangat ringkas. Tudung pula dipendekkan, leher dinampakkan malah mengupload gambar-gambar terkini di internet untuk tontonan umum.


Saya rasa sedih dan malu apabila melihat mata golongan lelaki liar memerhatikan dada dan pinggul wanita yang sedang asyik berjalan dan bergelak ketawa dengan rakan-rakan. Tidak sedarkah mereka bahawasanya mereka telah mengutip dosa secara sengaja dan tidak sengaja. 


Saya ambil contoh di restoran saja sudah memadai. Ketika itu saya sedang memesan roti canai untuk dibawa pulang. Pada masa yang sama ada seorang gadis yang memakai baju yang "cukup-cukup makan" dan bertudung tetapi menampakkan dada serta pinggul sedang berjalan keluar dari restoran tersebut. Penebar roti canai yang berada di hadapan saya tanpa segan silu memandang pinggul perempuan tersebut dari mula hingga habis. Kepalanya terpusing sehingga 180 darjah ke kanan melirik ke arah yang tidak sepatut dilihatnya. Mukanya tersenyum nakal. Sedih bukan? Pulang ke rumah saya memaksa diri untuk habiskan juga memakan roti canai tersebut kerana sudah hilang selera! 




Jadi, kepada sahabat sekalian, tutuplah bahagian yang tidak patut kamu tayangkan kepada orang ramai. Peganglah perumpamaan di bawah (mana satu yang akan kamu pilih):


1- Botol minuman yang sudah hilang penutupnya atau botol minuman yang belum dibuka penutupnya?


2- Gula-gula yang pembalutnya sudah dibuka dan boleh dihinggapi lalat serta debu atau gula-gula yang masih berbalut kemas, bersih dan elok keadaannya?


3- Buah yang sudah dikupas kulitnya dan dibiar terdedah semalaman atau buah yang masih elok isinya dan belum dikupas serta disimpan elok dalam peti ais?

 

boleh la LIKE kalau suka dengan entry ni…

 

Sumber Artikel : Mahfuzah Husna

5:27 PM | 3 comments | Read More

Rosmah Mansur, Sila Minta Maaf Pada Umat Islam

Written By HAZRIL HAFIZ on Tuesday, November 09, 2010 | 11:17 PM

Isu ni dah agak lama tapi aku tetap tak puas hati sampai sekarang......grrr

seperti yang kebanyakan atau semua blogger dan rakyat malaysia dah tahu...islamic fashion yang dianjurkan oleh 'wanita' yang dikatakan 'wanita' pertama Malaysia memang dapat kritikan dan jugak menimbulkan kemarahan umat Islam...kalau korang selidik2 dan baca2 di blog...fashion2 yang dipertontonkan memang menghina agama Islam...

kenapa perlu menggunakan nama Nabi Muhammad ?kenapa boleh terlepas pandang??tak kan sorang Islam pon tak perasan atau memang dah disuap dengan duit dan jugak nama untuk kaburkan mata...


lepas nie akan lebih banyak orang islam akan pakai baju macam nie...alasannya...islamic fashion membenarkan dan pemimpin sebuah negara ''islam contoh'' benarkan...



ini ka dunia akhir zaman?mengharamkan yang halal...matlamat tak pernah menghalalkan cara...nama fashion Islam..tapi baju2 sikit tak tunjukkan islam..setakat tutup kepala sikit dah cakap islam...apa cita pulak dengan agama2 lain yang tutup kepala?pakai scarf??tak ada beza la Islam dengan agama lain kn..??
dah diwujudkan group macam nie


BUKAK SINI MEH





yang memaksa Rosmah Mansor untuk mintak maaf..tpi kn aku rasa ..tak adanya dia nak mintak maaf..pernah ka dia mintak maaf??dulu dengan isu C4..upsss...cari sendirik okehh
walao apa pon....Najib sebagai ketua negara....Malaysia sebagai negara Islam contoh tak sepatutnya benarkan benda nie jadik...so fikir2kan...


bayak NGO yang dah mengutuk keras tindakan 'bodoh' nie...antaranya


DEWAN PEMUDA PAS

PROMAHASISWAUPM

PELAJAR MESIR

BULETINONLINE

MAHASISWAKINI

p/s : harap Dato' Najib membaca entry nie dan entry2 rakan2 blogger lain yang mengutuk tindakan tu....MEMALUKAN!!!!




...p/s : rasa2 kena ISA x entry nie??bercakap benda betul pon kalau kena dakwa jugak tak tahu la nak cakap apa...
11:17 PM | 0 comments | Read More

Labels

TERKINI (173) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (70) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)