Written By HAZRIL HAFIZ on Thursday, August 15, 2013 | 4:40 PM
Jika semalam kami dah update berkaitan sedikit close up untuk pelancaran kereta nasional terbaru iaitu Proton Suprima S. Dan harini telah dikeluarkan secara rasmi spesification dan tarikh sebenar pelancaran model ini.
proton baru, preve hatchback, proton suprima s, proton preve, proton new car launching, gambar proton suprima s
Dikhabarkan Proton akan melancarkan satu lagi keluaran keretanya di Malaysia yang sebelum ini menggunakan kod nama CH P3-22A .
Model tersebut adalah kesinambungan dari keluaran Proton Preve dan diubah menjadi hatchback dan akan diberikan nama Proton Suprima S. Proton telah memfailkan paten nama tersebut sekitar januari yang lalu .
Maklumat terperinci berkaitan pelancaran masih samar namun beberapa keping gambar yang berlegar di internet memberi sedikit paparan bentuk dan rupa Proton Suprima S ini.
Written By HAZRIL HAFIZ on Tuesday, September 11, 2012 | 8:38 AM
Mungkin kita sudah sedia maklum tentang kekayaan Datuk Lee Chong Wei hasil kerja keras beliau menjadi pemain badminton terbaik di dunia . Sebeum ini, mungkin anda pernah melihat kekayaan Datuk LCW melalui keret mewah yang digunakannya. Sebelum ini LCW memiliki sebuah Nissan GTR ,BMW X6 Coupe ,Range Rover ,sebuah Lamborghini dan sebuah Audi R8 , tetapi kemudiannya NissanGTR tersebut dijual dan belia membeli pula sebuah Ferrari F430 berwarna putih.
kereta mewah LCW
dengan nombor pendaftaran bernilai RM 69 100. (BLG 1 ) membawak maksud Badminton LeGend No 1
Lamborghini
Kini dngarnya Datuk LCW menyambar sebuah lagi kereta mewah iaitu Bentley Continental GT yang berharga hampir RM 665000
Kalau anda perasan , nombor pendaftaran Nissan GTR sebelum ini kini digunakan di kereta Bentley beliau dengan nombor BKQ6
Written By HAZRIL HAFIZ on Thursday, June 21, 2012 | 5:39 PM
proton preve special edition, proton preve SE, proton preve sapphire, proton sapphire, proton preve bodykit, gambar proton preve special edition, gambar proton sapphire
Selepas pelancaran Proton Preve, proton kini mengorak langkah dalam segmen pembuatan kereta bertaraf global dengan memperkenalkan Proton Preve Special Edition atau dikenali juga dengan nama Proton Preve Sapphire.
Keluaran edisi ini dilengkapi dengan bodykit sporty dan kemasan rim "18" berjenama Lenso bersama teknologi break dari Lotus. Varian warna yang diperkenalkan adalah gun-metal mette.
Proton Preve Sapphire ini belum dilancarkan secara rasmi dan harganya juga belum diumumkan.
Berikut adalah koleksi gambar gambar Proton Preve Sapphire atau Proton Preve Special Edition 2012.
Pengenalan model baru keluaran Proton Holdings Bhd (Proton) yang menggunakan nama kod P3-21A bakal menjadi penanda aras baru kepada pengeluar kereta nasional dalam usaha menghasilkan kereta yang menepati ciri standard pengeluaran kereta global.
Model yang akan dijual pada harga di atas jalan raya (OTR) termasuk insurans antara RM65,000 dan RM75,000 itu ditawarkan dalam dua varian iaitu Executive dan Premium akan dilengkapi pelbagai ciri terkini serba lengkap, sama ada kelengkapan aksesori, utiliti, mahu pun ciri keselamatan bertaraf tinggi. Selain dilengkapi enjin Campro 1.6 Liter Turbo (CFE) dengan tujuh kelajuan Pro-Tronic CVT3 (VVT) yang mampu menghamburkan kuasa maksimum 205Nm pada 2,000rpm, model itu turut lulus markah penuh lima bintang dalam ujian pelanggaran Program Penilaian Kenderaan Baru (NCAP) yang dijalankan wakil NCAP dari Australia.
Sumber automotif berkata, menerusi ujian perlanggaran pada kelajuan 140 km/j itu, bahagian ‘pilar A’ langsung tidak bengkok, terkesan atau sebagainya, sekali gus membuatkan cermin hadapan tidak berderai, tetapi hanya retak akibat kesan letupan beg udara sahaja.
“Kereta ini yang dibangunkan berdasarkan model konsep Tuah turut dilengkapi empat beg udara penumpang dengan suis beg udara hadapan boleh dihidup atau dimatikan untuk keselamatan jika bayi diletakkan ditempat duduk hadapan sebagai sokongan kepada ciri keselamatan standard seperti sistem kawalan kestabilan elektronik (ESC), kawalan cengkaman (TC) dan sistem brek antikunci (ABS),” katanya.
Antara Spesifikasi Yang Ditawarkan bersama Proton Preve ini adalah :
AKSESORI :
Auto fold/unfold side mirror – Side mirror akan Automatic fold setiap kali alarm kereta diaktifkan, dan automatik unfold selepas kenderaan bergerak selaju 5km. Selain itu ada juga button untuk kegunaan manual seperti Exora BOLD Auto Off Rear Demister – Mengelakan tint menggelembung Follow Home Lamp Headlamp Warning Buzzer Trunk Remote Release Front & rear socket 12V – Terdapat di bahagian hadapan dan belakang Utility Hook - Seperti Exora, terdapat di ruang penumpang hadapan dan juga belakang Low Rear Hump - Ruang kaki penumpang belakang tidak lagi sempat dengan bonggolan lantai ditengah yang rendah. Front & Rear Fog Lamp Anti-Trap Power Windor (Driver side only) Seat Material – Water repelent fabric. Seat boleh fold 60:40 Smart Info Display (SID) – Mempunyai 3 bacaan kilometer, Trip A, Trip B dan Trip C. Terdapat pelbagai lagi maklumat seperti memberi amaran jika bateri kunci lemah dan lain-lain Autolock & advance lock system Magnisium Inside Door Handle Keyless Entry – Tiada lubang kunci pada keempat-empat pemegang pintu BOSCH Head-Unit – 2-Din, Touch Screen Monitor, Navigator, Bluetooth, USB, AUX, MP3 YES WiFi Modem – In-car Internet, first ever car in Malaysia, coverage Semenanjung Malaysia S Mode (Sport) – Terdapat pada gear column (P-R-N-D-S), S Mode akan menambah RPM sebanyak 1,000 secara serta-merta untuk pemanduan lebih agresif. BCM – Body Control Module
SAFETY :
4 Wheel ABS & EBD with 4 Wheel Disc Brake TC (Traction Control) ESC (Electronic Stability Control) BA (Braking Assist) 4 AIRBAG – Airbag penumpang hadapan boleh di ON/OFF, untuk keselematan jika Bayi diletak kan di tempat duduk. 5 STARS Australia NCAP – Orang ramai tidak lagi perlu ragu-ragu tentang ketulenan markah penuh ujian perlanggaran, kerana prosedur NCAP, pemilihan unit yang akan di uji bukan pemilihan dari Proton atau syarikat pembuat kereta. Tetapi wakil NCAP dari Austrlia akan datang sendiri ke kilang dan memilih sendiri secara rawak unit yang akan di uji. Jadi tiada lagi persoalan tentang markah penuh ujian perlanggaran NCAP.
DIMENSION
Length = 4.543m Width = 1.786m Height = 1.524m Size luar keseluruhan kereta menunjukkan P3-21A lebih besar daripada City, Vios, Forte, Altis & Civic
CHASSIS
Boot Space: 508 litre Turning Radius: 5.3m Full Tank Capacity: 50 litre Aerodynamic (rintangan angin): Cd Factor = 0.30 - Untuk perbandingan, Audi TT memiliki Cd Factor = 0.29
POWERTRAIN
1.6 CFE with 7speed Pro-Tronic CVT3 (VVT) 0-100km/h: 9.6 saat - Untuk perbandingan, Kia Forte 1.6 12.5 saat
Solid White Tranquility Black Genetic Silver Fire Red (my favorite) Blue Lagoon
PRICE
RM65,000 – RM75,000
Ciri-ciri lain yang telah disebarkan sebelum ini Auto Cruise Keyless Push Start (ON/OFF) Magnesium Paddle Shift 7-speed & Manual Mode (+/-) di gear column Audio Switch Steering Control Soft touch plastic dashboard Emblem at Steering Wheel ISOFIX Rain Sensor Light Sensor Front LED day light Sport Rim 16? (10 Spoke) Multi-link rear suspension (sumber)
Dan Video Teaser Proton Preve
untuk senarai penuh spesifikasi secara lengkap, boleh kunjungi laman Nescafeais
Written By HAZRIL HAFIZ on Sunday, April 01, 2012 | 10:16 PM
Tuah ayam nampak dikaki, tuah ,manusia tiada siapa yang tahu. Mungkin Zizan Razak dahulunya tidak pernah terfikir beliau akan menjadi sepertimana beliau sekarang. Raja Lawak mengubah segalanya dalam hidup Zizan . Dan yang paling penting, beliau bangkit ke arah kejayaan atas usaha dan bakat yang dimiliki .
Terbaru, Zizan Razak (dulunya dikenali sebagai Zizan Raja Lawak) telah menerima sebuah kereta Mitsubishi EVO 10 yang ditempah khas dari pihak Performance Part M7. Memang superb la kereta ni. Caya la Zizan.
WWN 869
ingin tahu specifikasi Mitsubishi EVO 10? Sila klik
Written By HAZRIL HAFIZ on Sunday, March 18, 2012 | 1:25 AM
Ferrari terbakar di Seremban,gambar ferrari terbakar, ferrari terbakar, ferrari kemalangan, gambar ferrari kemalangan
Sebuah kereta Ferrari terbakar dalam satu kejadian di Kilometer 28.2, Lebuhraya Kajang-Seremban. Kereta yang dipercayai berkonvoi bersama kereta mewah yang lain itu terbakar dalam perjalanan menghala ke Seremban.
Pemandu Ferrari tersebut yang berumur dalam lingkungan 50 tahun sempat menyelamatkan diri dengan memberhentikan kenderaanya di lorong kecemasan apabila menyedari keretanya mula terbakar.
Sebuah jentera bersama sepasukan lima anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Mantin bergegas ke tempat kejadian untuk memadamkan kebakaran itu sejurus menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.21 pagi.
Pegawai Bomba merangkap ketua operasi, Jayagaren Jaganatha Thevar berkata sejurus tiba lapan minit kemudian, pihaknya mendapati api sudah marak dan memusnahkan keseluruhan kereta Ferrari berkenaan.
Bomba berjaya mengawal kebakaran kereta mewah itu dalam tempoh beberapa minit. Walaubagaimanapun, pemeriksaan lanjut mendapati 90 peratus struktur kereta itu telah musnah. Punca sebenar kejadian masih lagi disiasat.
**Menangis jugak la kan tengok kereta mahal macam ni terbakar. Tapi tak apa la. Bukan terbakar macam tu je. Insuran tetap boleh claim. So tak rugi banyak mana sangat pun kan? Dan yang pakai ni confirm2 la memang dari golongan yang kaya gila.
**Baru ja lalu sebelah Naza World tadi masa otw nak ke Mid Valley . Banyaknya kereta mewah dalam tu. Bila la agaknya nak boleh pakai kereta mewah mewah ek.
Written By HAZRIL HAFIZ on Sunday, November 27, 2011 | 8:00 PM
Masih ingat dengan kereta Batman ini?
Lamborghini ada mngeluarkan prototaip kereta seakan akan kereta batman yang diberi nama Lamborghini Ankonian. Boleh menyetimkan sesiapa yang melihatnya waima lelaki mahupun wanita . Jangan jeles sebab depan rumah aku ada parking satu. Ini gambar yang aku ambil pagi tadi. Silalah layan ……
ini yang depan rumah aku ja. Kalau perasan memang tak ada sidemirror dan lampu kan? Memang dibuat maccam tu that’s why malam malam kalau aku nak naik pegi masjid kt kampung aku, kena bawak torchlight satu. tak pun hentam Nokia Torchlight pun dah ok. Suluh je la jalan dan bawak slow. Side mirror plak carik la ada serpih serpih cermin pecah belakang rumah. Ikat dengan salotape kat tepi pintu tu. Kalau nak tengok lagi . Search je la sendiri. ahahaa
Written By HAZRIL HAFIZ on Tuesday, November 15, 2011 | 9:50 PM
Cantik jugak Honda Civic 2012 yang baru ni. Ada sesiapa yang dah buat plan nak beli kereta baru ke tahun depan? Mungkin boleh consider beli kereta ni. nampak lebih garang dari Civic sedia ada. Dan lebih sporty untuk golongan muda yang high class.
gambar setiap sudut kereta honda Civic ini boleh dilihat di SINI
Written By HAZRIL HAFIZ on Sunday, October 30, 2011 | 10:29 AM
sebelum ni aku pernah buat review tentang Honda Civic Type R Baru Yang Perhhhhhhhhh!!!. Dan harini, aku nak buat review jugak untuk kereta Honda. Wahh dah boleh jadi wakil iklan honda dah ni
HONDA Malaysia Sdn Bhd (Honda Malaysia) akan memperkenalkan Honda CR-Z, kereta sport hibrid yang memenangi anugerah Kereta Terbaik Jepun 2010 ke pasaran negara ini, minggu depan. Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Yoichiro Ueno berkata, Malaysia menjadi negara Asean pertama melancarkan model berkenaan. “Kami berpuas hati dengan langkah kerajaan melanjutkan pelepasan cukai penuh bagi duti import dan duti eksais seperti dalam Belanjawan 2012 baru-baru ini. “Pelancaran CR-Z sememangnya seiring dengan usaha kerajaan untuk mempromosikan teknologi hijau dan memastikan pembangunan lestari di negara ini,” katanya dalam kenyataan di Petaling Jaya semalam. Beliau berkata, berikutan sambutan hangat bagi model Honda Insight yang dilancarkan tahun lalu, pihaknya memutuskan untuk membawa satu lagi kenderaan hibrid ke negara ini. “CR-Z bukan saja mesra alam, malah sangat mesra pengguna dan seronok untuk dipandu,” katanya. Sejak memasuki pasaran di Jepun pada Februari 2010, model ini sudah dijual hampir 34,000 unit di seluruh dunia sehingga Disember tahun lalu.
Gambar Honda CR-Z
sumpah supersportycantik!!! esok nak g beli satu la. haha macam ada duit . Nak makan pun jenuh mencari ada hati nak pakai kereta mahal. Angan angan kan satu impian. ! Info lanjut di ARENAKERETA