Home » , , , » Gambar Ferrari Terbakar Di Seremban

Gambar Ferrari Terbakar Di Seremban

Written By Hafiz Rahman on Sunday, March 18, 2012 | 1:25 AM

Ferrari terbakar di Seremban,gambar ferrari terbakar, ferrari terbakar, ferrari kemalangan, gambar ferrari kemalangan


Sebuah kereta Ferrari terbakar dalam satu kejadian di Kilometer 28.2, Lebuhraya Kajang-Seremban. Kereta yang dipercayai berkonvoi bersama kereta mewah yang lain itu terbakar dalam perjalanan menghala ke Seremban.

image

Pemandu Ferrari tersebut yang berumur dalam lingkungan 50 tahun sempat menyelamatkan diri dengan memberhentikan kenderaanya di lorong kecemasan apabila menyedari keretanya mula terbakar.

Sebuah jentera bersama sepasukan lima anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Mantin bergegas ke tempat kejadian untuk memadamkan kebakaran itu sejurus menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.21 pagi.

image

Pegawai Bomba merangkap ketua operasi, Jayagaren Jaganatha Thevar berkata sejurus tiba lapan minit kemudian, pihaknya mendapati api sudah marak dan memusnahkan keseluruhan kereta Ferrari berkenaan.

image

Bomba berjaya mengawal kebakaran kereta mewah itu dalam tempoh beberapa minit. Walaubagaimanapun, pemeriksaan lanjut mendapati 90 peratus struktur kereta itu telah musnah. Punca sebenar kejadian masih lagi disiasat.

**Menangis jugak la kan tengok kereta mahal macam ni terbakar. Tapi tak apa la. Bukan terbakar macam tu je. Insuran tetap boleh claim. So tak rugi banyak mana sangat pun kan? Dan yang pakai ni confirm2 la memang dari golongan yang kaya gila.

**Baru ja lalu sebelah Naza World tadi masa otw nak ke Mid Valley . Banyaknya kereta mewah dalam tu. Bila la agaknya nak boleh pakai kereta mewah mewah ek.

 

Kongsi Cerita Ini Bersama Rakan

Post a Comment

Kindly Leave Your Comment Here..=)

Labels

TERKINI (175) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (71) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)