Home » , , » Video CCTV Rafizi Hamdan Dilanggar Lari Hingga Maut

Video CCTV Rafizi Hamdan Dilanggar Lari Hingga Maut

Written By HAZRIL HAFIZ on Monday, March 19, 2012 | 8:16 AM

rafizi hamdan meninggal, pelumba basikal dilanggar lari, langgar lari, video pelumba basikal dilanggar, pelumba basikal rafizi hamdan, video rafizi hamdan dilanggar


Pelumba basikal dari Kelab Basikal Le Tua maut dirempuh kereta dalam kejadian langgar lari ketika berbasikal di kawasan Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran susur Taman Melawati di sini semalam.

Rafizi Hamdan, 37, yang menggunakan laluan itu menuju ke Batu 12 Gombak mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala setelah dirempuh kereta dari arah belakang, dipercayai jenis Proton Saga, yang kemudian bertindak melarikan diri.

Rafizi yang merupakan pekerja CIMB Bank dikatakan mahu menyertai anggota kelab basikal yang lain di kawasan Batu 12 Gombak bagi aktiviti riadah di hujung minggu. 
Jurucakap polis ketika dihubungi hari ini berkata polis sedang mengesan pemilik kenderaan yang terlibat dalam kejadian pada pukul 8 pagi itu

.
Ketua Polis Daerah Ampang ACP Amirudin Jamaludin ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dalam keadaan membahaya sehingga menyebabkan kematian.

**Bagus la kalau pemandu tu dah ditahan. Mungkin masa dia langgar tu dia upanik. Terus lari la. Bukan semua kes langgar lari ni disebabkan sikap tak bertanggungjawab. Ada jugak kes dimana si pelanggar terlalu panik. Tapi lepas tu dia sendiri ke balai polis untuk report .Al Fatihah untuk arwah .

UPDATED : PEMANDU LANGGAR LARI RAFIZI HAMDAN SERAH DIRI

Kongsi Cerita Ini Bersama Rakan

Post a Comment

Kindly Leave Your Comment Here..=)

Labels

TERKINI (173) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (70) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)