Showing posts with label KAPAL TERBANG. Show all posts
Showing posts with label KAPAL TERBANG. Show all posts

Video dan Gambar Nahas Pesawat Transasia Flight GE235

Written By HAZRIL HAFIZ on Thursday, February 05, 2015 | 11:55 AM

Video dan Gambar Nahas Pesawat Transasia Flight GE235

TAIPEI: Angka kematian nahas pesawat TransAsia Airways yang terhempas di sungai Taipei sejurus berlepas kini meningkat kepada 31 orang, kata pegawai Taiwan.

Katanya, angka itu mungkin bertambah kerana 12 orang masih dilaporkan hilang.

Pesawat TransAsia Flight GE235, yang membawa 58 penumpang dan anak kapal mengalami masalah ketika terbang di antara bangunan, kemudiannya terlanggar lebuh raya bertingkat dan terhempas di dalam sungai sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Taipei semalam. (sumber)

Video Pesawat Transasia Flight GE235 terhempas

 

 

 

11:55 AM | 0 comments | Read More

(Gambar) Kapal Terbang Mas Wing Terhempas di Kudat

Written By HAZRIL HAFIZ on Thursday, October 10, 2013 | 5:56 PM

Penerbangan Malaysia mengesahkan sebuah pesawatnya terhempas di Kudat jam 2.54 petang ini.

Pesawat MASwing Twin Otter yang terbang dari Kota Kinabalu menuju Kudat itu terhempas di Kampung Sinsan.

Bernama pula melaporkan,  Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Mohd Affendy Ramin berkata pesawat yang dinaiki 16 orang itu terhempas di Kampung Sinsan dan menyebabkan dua mangsa cedera parah.
  
"Panggilan kecemasan diterima pada pukul 2.54 petang dan jentera bomba bersama 11 anggota tiba di tempat kejadian 21 minit kemudian.
  
"Kesemua 16 mangsa dalam pesawat tersebut berjaya dikeluarkan dan dihantar ke Hospital Kudat untuk pemeriksaan," katanya ketika dihubungi di sini.

5:56 PM | 0 comments | Read More

MAS dan Air Asia Menang Anugerah Syarikat Penerbangan Terbaik Dunia

Written By HAZRIL HAFIZ on Friday, July 13, 2012 | 7:50 PM

Dua syarikat penerbangan utama Malaysia, MAS dan Air Asia membuktikan mereka sememangnya sebuah syarikat bertaraf dunia apabila mengungguli anugerah anugerah utama sebagai syarikat penerbangan terbaik menewaskan syarikat penerbangan lain dari seluruh dunia. Anugerah dan penghargaan tertinggi industri penerbangan duniaitu diumumkan di  Anugerah SKYTRAX World Airline yang diadakan di Pameran Udara Antarabangsa Farnborough..

Antara anugerah yang dimenangi oleh MAS

  1. anugerah Krew Kabin Terbaik Dunia
  2. hidangan sate memenangi anugerah Hidangan Penerbangan Terbaik
  3. mengungguli status 5 bintang pada Anugerah SKYTRAX World
  4. 10 syarikat penerbangan terbaik dunia 2012.

Momentum kejayaan MAS ini menyusuli pelancaran penerbangan pesawat A380 pertama Malaysia dari Kuala Lumpur ke London tanpa henti.

Air Asia pula mengungguli kategori syarikat penerbangan tambang murah terbaik didunia dengan memenangi anugerah berikut.

  1. Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia
  2. Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Asia menerusi anugerah kepuasan pelanggan.
  3. syarikat penerbangan tambang rendah terbaik bagi tahun keempat berturut-turut

Air Asia juga pada minggu lalu disenaraikan oleh majalah industri penerbangan berpengaruh, “Aviation Week”, yang meletakkan Air Asia sebagai syarikat penerbangan berprestasi terbaik 2012, mengetepikan syarikat penerbangan terkemuka, Singapore Airlines dan Ryanair, syarikat penerbangan terbesar Eropah.

7:50 PM | 2 comments | Read More

Labels

TERKINI (173) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (70) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)