Home » , » MAS dan Air Asia Menang Anugerah Syarikat Penerbangan Terbaik Dunia

MAS dan Air Asia Menang Anugerah Syarikat Penerbangan Terbaik Dunia

Written By HAZRIL HAFIZ on Friday, July 13, 2012 | 7:50 PM

Dua syarikat penerbangan utama Malaysia, MAS dan Air Asia membuktikan mereka sememangnya sebuah syarikat bertaraf dunia apabila mengungguli anugerah anugerah utama sebagai syarikat penerbangan terbaik menewaskan syarikat penerbangan lain dari seluruh dunia. Anugerah dan penghargaan tertinggi industri penerbangan duniaitu diumumkan di  Anugerah SKYTRAX World Airline yang diadakan di Pameran Udara Antarabangsa Farnborough..

Antara anugerah yang dimenangi oleh MAS

  1. anugerah Krew Kabin Terbaik Dunia
  2. hidangan sate memenangi anugerah Hidangan Penerbangan Terbaik
  3. mengungguli status 5 bintang pada Anugerah SKYTRAX World
  4. 10 syarikat penerbangan terbaik dunia 2012.

Momentum kejayaan MAS ini menyusuli pelancaran penerbangan pesawat A380 pertama Malaysia dari Kuala Lumpur ke London tanpa henti.

Air Asia pula mengungguli kategori syarikat penerbangan tambang murah terbaik didunia dengan memenangi anugerah berikut.

  1. Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia
  2. Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Asia menerusi anugerah kepuasan pelanggan.
  3. syarikat penerbangan tambang rendah terbaik bagi tahun keempat berturut-turut

Air Asia juga pada minggu lalu disenaraikan oleh majalah industri penerbangan berpengaruh, “Aviation Week”, yang meletakkan Air Asia sebagai syarikat penerbangan berprestasi terbaik 2012, mengetepikan syarikat penerbangan terkemuka, Singapore Airlines dan Ryanair, syarikat penerbangan terbesar Eropah.

Kongsi Cerita Ini Bersama Rakan

2 comments

July 13, 2012 at 11:37 PM

tumpang bangga

July 14, 2012 at 12:22 AM

@orang muo bangga jugak =)

Post a Comment

Kindly Leave Your Comment Here..=)

Labels

TERKINI (173) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (70) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)