Showing posts with label BUDAK 15 TAHUN DITEMBAK. Show all posts
Showing posts with label BUDAK 15 TAHUN DITEMBAK. Show all posts

TERKINI!!KISAH SEBENAR APA YANG TERJADI PADA MALAM ADIK AMINULRASYID DITEMBAK

Written By HAZRIL HAFIZ on Friday, May 07, 2010 | 3:27 PM

first fakta nie sgt panjang...take ur time untuk baca sampai abis dan cuba fahami apa yg ditulis...then buat kesimpulan..tggalkan komen disini...kita nak lihat apa yhg blogger2 faham tentang kes nie...layanzzzz



Al-fatihah…


:      Laporan polis sahabat arwah




   
Pengadu menyatakan:-


Pada 26/04/2010 jam lebih kurang 12:00 pagi saya keluar menaiki kereta
kawan saya bernama AMINUL RASHID BIN HAMZAH pergi ke sek 7 Shah Alam kedai
mamak Ali Corner untuk berjumpa dengan kawan saya bernama Mohd Basir yang
mengalami masalah motor pancit.


Semasa hendak pergi ke tempat kawan saya, kami telah tergesel dengan sebuah
kereta nombor pendaftar dan jenis kereta tersebut tidak ingat menyebabkan
AMINUL RASHID menjadi takut dan melarikan diri untuk balik ke rumah di Sek
11 Shah Alam.


Selepas keluar dari kedai mamak, kami dikejar oleh beberapa buah m/sikal
no. tidak ingat kemungkinan kawan-kawan kepada kereta yang kami gesel tadi.


Sampai berhampiran Bulatan Kayangan di Sek 12 Shah Alam, salah sebuah
m/sikal tadi hendak memotong kereta kami tetapi terlanggar bahagian
belakang kereta menyebabkan penunggang m/sikal terjatuh.


Oleh kerana terlaku takut, AMINUL RASHID memandu ereta dengan laju dan
memotong sebuah kereta Polis MPV menyebabkan kereta polis tersebut mengejar
kami.


AMINUL RASHID menjadi bertambah takut dan membawa kereta dengan laju tanpa
menghiraukan keselamatan kami dan juga orang awam.


Kereta polis terus mengejar kami sehingga ke Stesyen Minyak Caltex Sek 11
dan saya terdengar tembakan bertubi-tubi mengenai tayar belakang kereta
menyebabkan kereta yang dipandu AMINRUL RASHID terhoyong-hayang dan
tergelincir dan masih dapat dikawal.


Dan semasa saya terdengar tembakan kali terakhir terkena pada kepala AMIRUL
RASHID menyebabkan beliau jatuh diatas riba saya dan saya nampak bahagian
belakang kepala AMINUL RASHID berlubang dan berdarah.


Kereta kemudiannya tidak dapat dikawal lalu terlanggar tembok rumah orang
lalu berhenti.


Saya keluar dari kereta untuk menyerah diri saya dan salah seorang daripada
anggota Polis menendang saya dan belakang dan kemudiannya Polis yang lain
terus terus memukul dan memijak saya beramai-ramai.


Saya meronta-ronta dan dapat melarikan diri daripada anggota Polis tersebut
lalu balik kerumah.


Saya mendapat cedera di tangan kanan, kaki dan sakit kepala.


Tujuan saya buat laporan adalah untuk menceritakan semula perkara sebenar
yang berlaku ke atas diri saya dan kawan saya yang...


Cerita dari Khalid Samad
Pada hari Isnin 26 April, jam 4 petang, saya telah menerima panggilan dari
Ustadz Nasaruddin, Pemangku Ketua Pemuda PAS kawasan Shah Alam.


Dia memberitahu saya bahawa seorang remaja yang berumur 15 tahun telah
ditembak mati oleh Polis di Seksyen 11 Shah Alam awal pagi tadi. Penduduk
sedang berkumpul di Surau Seksyen 11 untuk menunggu jenazahnya dan semua
menyuarakan ketidak puasan hati atas tindakan Polis.


Remaja berkenaan anak salah seorang ahli Qariah yang dikenali.


Mendengar berita tersebut saya pun telah bergegas ke Surau berkenaan dan
mendapati sudah ramai berkumpul di situ. Saya melihat ramai di antara
mereka terdiri daripada remaja belasan tahun.


Sebahagian dari mereka menunggu di luar kawasan Surau sambil sebahagian
yang lain berada di dalam kawasan Surau tersebut. Setiba sahaja saya, qamat
Salat Asar telahpun didengari dan Salat hendak dimulakan.


Saya mengambil wudu’ dan seterusnya menyertai jemaah. Setelah selesai
salat, saya mendapatkan penjelasan dari Ustadz Nasaruddin mengenai apa yang
telah berlaku. Beberapa orang turut mendengar dan memberi penjelasan
termasuk seorang penduduk yang telah menyaksikan sendiri peristiwa
berkenaan kerana kereta yang dipandu arwah terbabas di hadapan rumah
beliau.


Mengikut keterangan mereka, pada jam lebih kurang 1.30 pagi, beberapa das
tembakan telah kedengaran di jalan 11/2. Apabila disiasat, didapati sebuah
kenderaan sedang dikejar kenderaan polis. Akhirnya kenderaan yang dikejar
terbabas dan melanggar tembuk rumah dan pemandunya, Aminulrasyid Amzah,
mati terkena tembakan di kepalanya. Seorang penumpang telah keluar dan
berjaya melarikan diri.


Saya kemudianya membuat panggilan telefon kepada Dato’ Khalid, Ketua Polis
Negeri dan meminta penjelasan dari beliau. Dato’ Khalid menegaskan bahawa
siasatan sedang dijalankan dan anggota polis yang terbabit telah
dipindahkan ke kerja-kerja pejabat. Menurut beliau, siasatan dibuat oleh
polis Negeri, bukan oleh polis Shah Alam, bagi menjamin ketelusan. Begitu
juga tegas beliau, bahawa siasatan dibuat di bawah Kanun Keseksaan 302,
iaitu tuduhan membunuh sebagai bukti seriusnya pihak polis ke atas kes ini.


Dalam keadaan asyik mendengar penjelasan tambahan dari mereka yang berada
di Surau, tiba-tiba beberapa orang membawa seorang remaja ke hadapan saya
sambil berkata kepada saya, “dia lah penumpang yang bersama arwah yang
telah melepaskan diri”. Orang semakin ramai berkumpul dikeliling saya dan
memandangkan keadaan semakin bercelaru, saya menasihati remaja tersebut
untuk ke tempat lain dahulu dan ‘stay low profile’.


Saya mengambil nombor telefon bimbitnya dan berjanji akan memanggilnya
kemudian untuk bertemu dalam suasana dan keadaan yang lebih tenteram untuk
mendapatkan penjelasan berhubung peristiwa berkenaan daripada beliau. Saya
berpesan supaya dia berhati-hati supaya tidak ditahan polis kerana
dikhuatiri penjelasan beliau akan dipengaruhi pihak polis untuk sealiran
dengan kenyataan yang telah dikeluarkan mereka.


Kenyataan yang dikeluarkan polis melalui TV dan radio, saya diberitahu,
berbunyi “seorang yang disyaki penyamun ditembak polis awal pagi di Seksyen
11 Shah Alam….sebilah parang dijumpai di dalam kereta disyaki digunakan
sebagai senjata untuk menyamun….suspek kedua berjaya melepaskan diri..”


Selepas Maghrib saya berhubung dengan remaja berkenaan dan kami bertemu
bersama beberapa orang sahabat sebagai saksi. Remaja tersebut memberitahu
bagaimana arwah telah mengambil kereta kakaknya pada lewat malam sambil
semua sedang tidur dan menjemput beliau. Mereka telah ke sebuah kedai di
Seksyen 11 dan seterusnya ke Seksyen 7 setelah mendapat panggilan dari
seorang rakan lain yang mengalami kerosakan motorsikal di situ.


Dalam perjalanan ke tempat kerosakan tersebut, berhampiran restoran Ali’s
corner, mereka tergesel dengan sebuah kereta mewah yang sedang parkir di
situ. Kemalangan ini menyebabkan arwah ketakutan dan beliau terus membawa
kereta untuk melarikan diri. Pada masa yang sama mereka dapati ada
motorsikal yang mengejar mereka. Apabila sampai di Seksyen 12, di jalan
dari bulatan Istana Kayangan menuju SIRIM, motorsikal berkenaan terlanggar
kereta yang dipandu arwah di bahagian belakang dan terus terbabas.


Arwah terus membawa keretanya dengan laju dan pada ketika itu mereka telah
memintas sebuah kereta peronda polis. Kereta peronda tersebut terus
membunyikan sirennya dan mengejar mereka, melalui SIRIM terus ke bulatan
dan menuju ke Masjid Negeri, sampai ke Seksyen 9 dan kembali ke bulatan
Istana Kayangan.


Dari bulatan Istana Kayangan mereka berpatah semula ke Seksyen 11 memasuki
simpang berhampiran Caltex, Esso dan terus memasuki jalan 11/2. Tiba-tiba
kedengaran tembakan beberapa das. Kereta terhoyang hayang disyaki tayar
telah terkena tembakan. Arwah terus memandu dalam keadaan tayar ditembak
sehingga tiba-tiba beliau rebah ke atas ribanya. Kereta terus menyimpang ke
kiri dan terbatas melanggar tembok sebuah rumah.


Apabila di pegang kepala arwah, didapati berlumuran darah. Terasa kepala
berlubang dan darah membasahi tangan dan bajunya. Remaja ini terus keluar
dari kereta, terpaksa keluar dari pintu sebelah arwah, kerana pintu sebelah
dirinya telah terhimpit. Terpaksa mengalih mayat arwah supaya dapat
melepasi diri dengan tujuan menyerah diri. Tak sempat apa-apa, sebaik
sahaja keluar beliau diterajang seorang anggota polis dan beliau terus
melarikan diri.


Sambil mendengar penjelasan beliau, tiba-tiba abangnya muncul entah dari
mana. Memarahi beliau kerana tidak pulang ke rumah. Apa dah jadi ini, kata
abangnya, bagaimana adik saya digelar penjenayah. Kami menenangkan abangnya
sambil memberitahu niat kami adalah untuk menolong adiknya. Dia terus
meminta adiknya pulang ke rumah, ayah menunggu katanya. Kami ikut sekali.
Setibanya di rumah mereka, ayah dan ibunya kebinggungan. Kami menenangkan
mereka dan memberitahu mereka anak mereka bukan penyamun.


Seterusnya saya membawanya bersama abangnya untuk membuat laporan polis.
Jam sudah hampir pukul 10 malam. Saya ingin menentukan bahawa laporannya
sama seperti ceritanya kepada saya sebelum ini. Tiada paksaan untuk
mengubah ceritanya. Selepas laporan disiapkan saya bersamanya dan abangnya
bertemu pegawai yang bertugas.


Saya bertanya apakah SOP untuk pihak polis menggunakan senjata api menembak
orang yang disyaki. Dia menjawab, hanya sekiranya nyawanya atau nyawa orang
lain terancam.


Remaja saksi utama dibenarkan pulang ke rumah. Saya telah berhubung dengan
YB Gobind Deo terlebih awal dan meminta dia mengambil kes ini. Dia berjanji
akan berjumpa remaja berkenaan pada esok harinya, iaitu Selasa jam 10.30
pagi di mahkamah Shah Alam.


Selepas itu saya ke rumah arwah untuk bertemu keluarganya. Ibunya
kesedihan. Abangnya kebinggungan. Bagaimana ini semua boleh berlaku.
Mendengar percakapan ibunya berhubung arwah yang merupakan anak bongsunya,
saya merasa sebak. Saya tak boleh bayangkan kesedihannya. Semakin ramai
datang berkumpul. Saya berundur pada jam 12 tengah malam.


Esok pagi jam 9.30 pagi saya mengadakan sidang akhbar di pejabat saya.
Dalam sidang akhbar tersebut saya menyatakan 3 perkara seperti berikut :-


1. Arwah bukan penyamun dan penjenayah. Warga Seksyen 11 mengenali beliau
dan tidak akan menerima alasan sedemikian rupa dari mana pihak sekalipun.


2. Arwah tidak cuba melanggar anggota polis seperti yang didakwa. Arwah
telah ditembak semasa memandu melarikan diri dan bukan semasa mengundur
kereta untuk melanggar anggota polis. Itu satu pembohongan sepertimana juga
kisah kononnya ada sebilah parang di dalam kereta.


3. Saksi yang merupakan rakan sepanjang peristiwa malang tersebut perlu
diberi perlindungan dan tidak ada usaha dilakukan supaya ceritanya diubah
untuk bersesuaian dengan kisah yang dilaporkan pihak polis. Saya meminta
Polis bertindak secara profesional dalam kes ini dan jangan berusaha untuk
melindungi anggotanya.


Shah Alam menjadi medan berlakunya pembunuhan Teoh Beng Hock sebelum ini.
Malaysia juga menyaksikan sebelum ini kes Kugan yang telah mati di dalam
tahanan. Norizan Salleh yang ditembak secara rambang sebanyak 5 kali tetapi
masih hidup untuk menceritakan pengalaman ngerinya.


Harap jangan dilupa juga kisah Altantuya bersama bom C4. Ini semua kes-kes
yang tergantung yang menjadi tanda tanya masyarakat. Entah banyak mana lagi
kes yang tergantung sebegini yang tidak diketahui umum.


Apa yang pasti, kita tidak boleh membenarkan kes Aminulrasyid berkesudahan
sebegitu rupa. Kita doakan semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama
orang-orang yang soleh yang beroleh rahmat.




Wallahu 'Alam
KHALID SAMAD
3:27 PM | 10 comments | Read More

~~Polis tembak Orang lagi~~

Written By HAZRIL HAFIZ on Friday, April 30, 2010 | 6:33 PM

regarding my post yang pasal budak kna tembak dengan polis tue..hari nie nk menyorot sikit cerita tentang polis di negara kita....ini bukan nk mengkritik pihak polis sbb aku taw pihak polis sgt2 rajin menjalankan tugas....cuma perangai sorang dua tue ja yang dah mencemarkan imej polis....xleh r kutuk2....bapak mentua pon polis(hahahah)...so ini sebagai something yg boleh di share ...adakah pihak polis xambil taw or saja2 xambil taw or mmg under siasatan...klw pn under siasatan..bagitaw la dengn detail...kesian akak nie kna tguu lma2...layan la cita nie....


entry ini diciplak dengan berhemah dari blog 

Mangsa tembakan polis Norizan Salleh menyerah memorandum kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein di Parlimen hari ini.

Memorandum yang sama telah diserahkan kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan di Bukit Aman pada 4 Februari dan juga Suhakam pada 11 Februari yang lepas tetapi sehingga kini tidak ada sebarang tindakan diambil.

Mangsa yang sebelum ini berusaha untuk menyerahkan memorandum di pejabat Hishammuddin pada 25 Februari lalu tetapi menteri itu hanya menghantar wakilnya bagi menerima memorandum tersebut.

Norizan yang ditemani ibunya, Siti Halimah Abu dan peguam N. Surendran menyerahkan memorandum kepada Hishammuddin pada pukul 12.15 tengahari di pejabatnya.

Hishammuddin berjanji akan mengambil tindakan dan menyiasat kes seberapa segera.

Sebelum itu pada sidang media di perkarangan lobi Parlimen Norizan memberitahu ingin mengetahui sebab sebenar beliau ditembak selain menuntut bayaran pampasan ke atas kecederaan kekal yang ditanggung.

"Saya datang ini sebab ingin mengetahui apa tujuan sebenar polis tembak saya, sehingga sekarang saya tidak tahu sebabnya. Selain itu berharap pihak kementerian dapat mengambil tindakan segera," jelas beliau.

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua berkata kes tersebut akan di bahaskan di dalam Dewan petang ini dan berharap kementerian terbabit akan memberi penjelasan yang sewajarnya.

"Saya akan bahaskan isu tersebut pada petang ini dan berharap kementerian terbabit dapat memberi jawapan selain memberitahu apa tindakan yang akan diambil," kata Tian.

Pada awal pagi 30 Oktober 2009, Norizan telah ditembak polis ketika berada dalam kereta dan ditendang sehingga patah tulang rusuknya semasa merangkak keluar dari kereta.

Daripada lima das tembakan yang ditujukan kepadanya, dua tembakan terkena pada lengan dan pergelangan tangan, satu pada dada, dan dua tembakan lagi terlepas tetapi meninggalkan kesan luka. lihat video ulasan mangsa peguamnya

p/s.....untuk tgk video boleh la klik link milo suam tue......

6:33 PM | 2 comments | Read More

INFO TERKINI KES BUDAK 15 TAHUN DITEMBAK POLIS

Written By HAZRIL HAFIZ on Thursday, April 29, 2010 | 6:44 PM



topik nie dah jadi smakin hangat dikalangan rakyat Malaysia yang simpati dengan budak nie.....siapa sebenarnya yang salah????Polis????Allahyarham????media ????
.
.media nie pon satu...nk untung dgn buat2 cerita yang lgsung xde fakta,,,pki hentam je taip ape yg de dengar tanpa siasat dulu....wat the fish la ....
.
.
macam2 cerita yang kita dengar ...kita xtaw apa sebabnya dan kenapa samapi boleh jadi macam tue...aku x biased ...aku xsalah kan Pihak Polis sebab dia buat kerja dia...n Allahyraham Aminulrasyid pon aku xsalahkan...sbb dia msih budak,..baru 15 tahun.....
.
.
dah byk orang luahkan ketidakpuasan hati n ada yang bagi idea yg sgt2 bernas yg aku lebih percya dari apa yang media bagi...wat the fish media


..
.
nie antara apa yang aku sempt surf tadi di internet,,,,topik ni pling hangat di group facebook


n topik yg dibincangkan sgt2 menarik...pemberita...boleh la amik kat sini klw dah xde sgt idea...jgn nk buat cerita2 yang xleh diterima akal!!!

1.)  Wan Ahha IS ada bagi pendapat nie.....


IF org itu jenayah..the police should know (in fact we all know):

What is the STANDARD OPERATING PROCEDURE DURING A VEHICLE PURSUIT

- In any pursuit, the officers should inform Comm Centre to REQUEST FOR BACKUP!
- Since there are more than 1 officer in the MPV, someone should be taking care of RADIO COMMUNICATION! (ID Vehicle plate number, color, any reports of it being STOLEN, perhaps? HELLO!!
- Any idiot can drive a fast car, but NOBODY, I mean NOBODY can drive in high speed with a busted tire! In a few miles the vehicle being chased WILL STOP / pursuit terminated.
- Do some homework, watch World's Scariest Police Chases. The law officers NEVER shoots at the insides of the vehicle, WHY? Coz there maybe possible HOSTAGES that may be shot and KILLED! They may even shoot innocent pedestrians. YOU ONLY SHOOT THE TIRES!

2. What justifies a CIVILIAN as being a suspect
- Were there any proven radio communication saying that the people in the car being chased were ARMED and DANGEROUS? These were just friggin' kids mind you!
- You're driving a much powerful mpv / cruiser, you have better vision on the vehicle in front, do you see potential suspects or kids scared too death / going for a joyride?
- When it eventually STOPS, you immediately arrest the so-called suspect, get their IDs processed (Police DO have a device / computer to do this on the move, this is not 1970's), read their rights. Not beat 'em up silly, or worse, KILL THEM!

3. RULES of ENGAGEMENT in USAGE of FIREARMS
- The PDRM were issued with new weapons which replaces the current 6 shot revolver, these new hand guns can be pretty accurate no matter how stupid the person shooting it is; go figure dude!
- Rules of Engagement 101; never shoot first unless you're being shot at and / or you have visual confirmation that the suspect is ARMED and is ABOUT TO USE IT.

The above statement(s) does not mean that I oppose the whole Malaysian Police force. They are supposed to protect us, but that does not mean they should strip away their own honor in upholding the law by means of committing violence!! We've got enough criminals already in this country.
2.) ini plk salinan

(click di atas)

n ini plk video ahli keluarga mangsa


3.) Naz Roll  plk bagi idea nie

Sepatutnya, pihak polis x boleh masuk campur dlm siasatan ni. X kesah ar dr Bukit Aman ke, Bukit Kepong ke, Bukit Beruntung ke, yg penting kes ni melibatkan pihak polis. Untuk satu siasatan yg lebih telus, saya cdgkan satu SURUHANJAYA DIRAJA ditubuhkan bersama SUHAKAM bagi menyiasat kes ini.

cadangan yang sgt bernas...aku setuju...
untuk maklumat lanjut boleh la surf sendiri...berlambak2 cerita pasal kes nie....




6:44 PM | 3 comments | Read More

Labels

TERKINI (173) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (70) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)