Showing posts with label TERKINI DARI JEPUN. Show all posts
Showing posts with label TERKINI DARI JEPUN. Show all posts

Video Dan Maklumat Terkini Gempa Bumi 7.4 SR Di Jepun

Written By HAZRIL HAFIZ on Friday, April 08, 2011 | 1:03 AM

Gempa Bumi sekuat 7.4 SR melanda Jepun jam 23:32 JST

 

 

Tsunami Warning/Advisory

Issued at 00:55 JST 08 Apr 2011

Tsunami Warnings and/or Advisories have been cancelled.

*******************Text********************
Tsunami Warnings have been cancelled for the following coastal regions of Japan:
MIYAGI PREF.
The above-mentioned Tsunami Warnings/Advisories have been cancelled.

Tsunami Advisories have been cancelled for the following coastal regions of Japan:
IWATE PREF.
FUKUSHIMA PREF.
PACIFIC COAST OF AOMORI PREF.
IBARAKI PREF.
The above-mentioned Tsunami Warnings/Advisories have been cancelled.

*******Tsunami Warning/Advisory now in effect********
No Tsunami Warnings and Advisories are currently in effect.

******* Earthquake Information ********

Occurred at
23:32 JST 07 Apr 2011

Region name
MIYAGI-KEN OKI

Latitude
38.2N

Longitude
142.0E

Depth
about 40 km

Magnitude
7.4

1:03 AM | 1 comments | Read More

Fenomena Super Moon 19Mac2011 | Fakta dan Persediaan Anda

Written By HAZRIL HAFIZ on Friday, March 18, 2011 | 8:20 AM

seperti yang semua sedia maklum, esok iaitu19Mac2011 satu kejadia Supermoon akan berlakudi Bumi .

APA ITU SUPERMOON? 

Supermoon adalah istilah umum yang digunakan untuk menggambarkan keadaan di mana bulan berada pada kedudukan paling dekat dengan bumi (perigee). Istilah ini tidak diterima secara meluas, terutama dalam komuniti saintifik.  ( sumber  )

100607111310-large

BERAPA JARAK BULAN DAN BUMI PADA FENOMENA SUPERMOON?

Bulan akan berada lebih dekat dengan bumi iaitu 356 577 Kilometer berbanding jarak purata adalah 384 403 kilometer pada waktu waktu biasa. Jadi bulan berada 27826 kilometre lebih dekat dengan bumi dan daya tarikan graviti bulan akan memberi kesan kepada pergerakan di bumi. Kita sedia maklum tentang kejadian pasang surut air laut berpunca dari graviti bulan dan kedudukan yang lebih dekat ini dikhuatiri akan menyebabkan air laut meningkat ke tahap yang lebih serius dan mengundang tsunami.

KAITAN DENGAN BENCANA ALAM

Fenomena ini diramalkan akan mengundang bermacam macam malapetakan dan bencana dibumi .Tetapi hanya Allah yang mnentukan segala galanya. Kita doakan semoga segalanya berjalan seperti biasa dan tiada bencana meragut nyawa yang berlaku. Video dibawah menunjukkan bencana bencana yang akan berlaku jika fenomena ini berlaku esok.

PERLUKAH KITA BERSEDIA

Tiada siapa yang dapat meramalkan apa yang akan berlaku. jadi perlukah kita bersedia?Ya, kita perlu sentiasa bersedia dengan segala kemungkinan yang akan berlaku. Untuk tarikh esok, sila pastikan anda tidak berada dekat dengan kawasan pantai dan laut. Ini cuma persediaan sahaja dan bukan khabar angin yang mengatakan fenomena ini pasti akan berlaku. Hanya Allah yang menentukan sesuatu.

Namun fenomena ini juga mendapat PENAFIAN(sumber) dari sesetengah ahli astronomi bahawa fenomena Supermoon ini tidak akan mempengaruhi mana-mana bencana alam.Dalam kata lain fenomena ini hanyalah bulan penuh yang biasa kita lalui setiap bulan. Pakar- pakar geologi dari USGS juga menyokong fakta sedemikian.

artikel lain yang berkaitan:

  1. Will March 19 'Supermoon' Trigger Natural Disasters?
  2. March 19, 2011… “SuperMoon” or “SuperHype”?
  3. 'Supermoon' Has No Connection to Japanese Earthquake
  4. Adakah Extreme Super Moon serta kejadian Tsunami di Jepun mempunyai kaitan?
  5. Fenomena Supermoon (Syzygy) 19 Mac 2011

 

*Dapatkan maklumat lanjut berkaitan Gempa Bumi Dan Tsunami Jepun dan membantu mereka dengan melayari

 Google klik pada logo

Badan badan berkaitan

UnicefSave the ChildrenInternational Medical Corps

8:20 AM | 1 comments | Read More

Video Bumi Bergerak Dan Air Memancut Keluar Dari Bumi Semasa Gempa Bumi Jepun

Written By HAZRIL HAFIZ on Thursday, March 17, 2011 | 11:38 PM

Video menunjukkan pergerakan bumi ketika gempa bumi berlaku dan air dari perut bumi yang membuak buak keluar ketika tanah bergerak gerak. Seriusly aku tengok rasa semacam ja. Lelaki yang rakan ni rilek je kan?

gilerr arr gerak gerak sampai macam tu tanah. Moga Malaysia diauhkan dari segala bencana,.

11:38 PM | 5 comments | Read More

Terkini Di Jepun: Awan Radioaktif Mula Bergerak Ke Tokyo | Ancam Nyawa Penduduk Jepun

Written By HAZRIL HAFIZ on Wednesday, March 16, 2011 | 10:49 AM

image

TOKYO – Igauan tragedi letupan loji nuklear Chernobyl di Ukarine yang mengorbankan hampir 9,000 nyawa kembali menghantui rakyat Jepun selepas awan radioaktif kesan daripada siri letupan di stesen tenaga nuklear Fukushima dibimbangi akan sampai ke ibu negara Jepun, dalam tempoh beberapa jam, lapor sebuah akhbar semalam.

Amaran itu dikeluarkan selepas kerajaan Jepun semalam membuat pengumuman bahawa radiasi dari loji nuklear milik Syarikat Tenaga Elektrik Tokyo (TEPCO) itu kini merupakan ancaman terhadap nyawa manusia.

Loji tersebut yang memiliki empat reaktor nuklear, terletak sekitar 245 kilometer dari Tokyo.

Tahap radiasi atau pencemaran radioaktif yang boleh menyebabkan kanser meningkat dengan mendadak di kawasan sekitar loji tersebut selepas reaktor No.4 terbakar semalam disyaki akibat satu letupan.

Sejak minggu lalu berlaku tiga letupan melibatkan beberapa reaktor di loji nuklear berkenaan.

Selepas kebakaran pada reaktor No. 4 berlaku, bacaan pencemaran radiasi di kawasan sekitarnya melonjak jauh melepas tahap selamat kepada 400 millisieverts sejam (mSv/j). Pendedahan radiasi yang selamat untuk manusia adalah cuma setakat 3mSv untuk setahun.

Tidak lama selepas itu, Kedutaan Perancis di sini pula memberi amaran bahawa awan radioaktif boleh sampai ke ibu negara Jepun itu dalam masa cuma beberapa jam.

Dalam nada serupa, Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), turut mendedahkan bahawa radiasi daripada reaktor nuklear itu telah dibebaskan ke udara.

Mengulas mengenai perkembangan tersebut, Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan ketika berucap di televisyen tempatan, buat kali pertama mengakui bahawa radiasi telah tersebar dari loji nuklear Fukushima.

“Tahap radiasi itu amat tinggi dan risiko lebih banyak radiasi tersebar juga sangat tinggi,” kata Kan.

“Kami sedang melakukan segala usaha untuk menghalang kebocoran radiasi itu daripada terus tersebar. Saya faham bahawa orang ramai kini bimbang tetapi saya merayu anda supaya bertenang,” tambahnya.Radiasi boleh membunuh dan mengubah sel badan manusia yang menyebabkan penyakit barah. Setakat semalam, tahap radiasi yang tinggi dicatatkan di Ibaraki, sebuah bandar yang berada sekitar 128 kilometer dari sini.

Di bandar Saitama, dekat sini, tahap pencemaran radiasi yang direkodkan pula adalah 40 kali ganda lebih tinggi daripada normal.

Setakat ini, kerajaan Jepun telah mengkuarantin 150 orang kerana mereka dikhuatiri terdedah kepada pencemaran radiasi.

Pihak berkuasa turut mengambil langkah membersihkan pencemaran radiasi melibatkan 23 orang yang berada berhampiran loji nuklear di Fukushima.

Kerajaan Jepun meminta penduduk yang tinggal dalam lingkungan 32 kilometer dari loji nuklear Fukushima supaya tinggal di dalam rumah, menutup semua tingkap dan berhenti menggunakan penghawa dingin sebagai langkah keselamatan.

Lebih 100,000 orang dipercayai berada dalam zon tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, negara-negara luar bermula dengan China mula memindahkan rakyat mereka dari sini kerana bimbang tentang pencemaran radiasi. Setakat ini, beberapa negara asing termasuk Austria dan Perancis mengumumkan akan memindahkan kedutaan mereka ke bandar Osaka yang terletak 400 kilometer dari Tokyo.

Sementara itu, gempa bumi kuat berukuran 9 pada skala Richter yang melanda timur Jepun pada Jumaat lalu memusnahkan kawasan seluas sehingga berpuluh-puluh kilometer dan menyebabkan lebih 550,000 orang hilang tempat tinggal. – Agensi

 

sumber : http://faizalfredley.com dan kosmo

10:49 AM | 0 comments | Read More

Labels

TERKINI (173) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (70) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)