Showing posts with label RAYA. Show all posts
Showing posts with label RAYA. Show all posts

Video Iklan Raya Petronas 2013

Written By HAZRIL HAFIZ on Friday, August 02, 2013 | 5:54 AM

Alhamdulillah Lebaran untuk tahun 2013 akan disambut beberapa hari saja lagi meraikan kemenangan umat Islam . Menjelang raya, semestinya yang kita selalu tunggu adalah iklan iklan menarik yang akan dikeluarkan terutamanya oleh syarikat Petronas. Untuk tahun 2013 , iklannya masih lagi menggunakan konsep jasa ibu sebagai daya penarik dan mencipta emosi kepada penonton. Jom saksikan.

iklan-raya-petronas-2013

*** LIHAT JUGA : Video : Koleksi Terbaik Iklan Raya

 

 

so apa komen anda mengenai iklan kali ni? Masih memberi makna mendalam macam zaman Yasmin Ahmad dulu?

5:54 AM | 0 comments | Read More

Video : Koleksi Terbaik Iklan Raya

iklan raya, video iklan raya, iklan raya petronas, iklan raya bernas, iklan raya TNB.

Menjelang Aidilfitri, selalunya yang ditunggu tunggu adalah iklan iklan raya yang akan dikeluarkan oleh syarikat syarikat besar . Obviously yang paling ditunggu adalah iklan Petronas. Terutamanya masa zaman arwah Yasmin Ahmad masih ada . Beliau banyak mengeluarkan idea iklan yang memberi seribu satu makna kepada penonton. Disini aku nak senaraikan beberapa iklan raya yang best dan menarik yang pernah dikeluarkan dan banyak memberi makna dan maksud lebaran itu sendiri kepada kita sebagai penonton.

iklan-raya-bernas

1. IKLAN RAYA BERNAS


2. IKLAN RAYA 7 BERADIK PETRONAS

3. IKLAN RAYA PETRONAS SAYANG ABAH

4. IKLAN RAYA PETRONAS 2006

5.IKLAN RAYA PETRONAS 2008

 

DAN SALAH SATU IKLAN SUPERLAWAK YANG MEMANG AKU AKAN TENGOK SETIAP TAHUN. IKLAN DARI TNB TAHUN 2001.

5:43 AM | 0 comments | Read More

Jadual Cadangan Perjalanan Balik Raya 2012 PLUS

Written By HAZRIL HAFIZ on Tuesday, August 14, 2012 | 9:31 PM

Menjelang Aidilfitri, permasalahan utama yang menjadi sesuatu yang pasti dilalui oleh semua yang ingin balik ke kampung adalah menghadapi kesesakan teruk sepanjang perjalanan terutamanya di sepanjang laluan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).

Saban tahun, kesesakan teruk berlaku terutama menjelang kemuncak iaitu 2-3 hari sebelum menyambut aidilfitri. Bagi tahun 2012, umat Islam mungkin akan menyambut Aidilfitri pada hari ahad dan majoritinya akan mula membuat perjalanan balik ke kamoung halaman masing masing bermula hari Jumaat.

Untuk mengelakkan kesesakan yang terlampau teruk, pihak PLUS telah menyediakan jadual cadangan perjalanan kereta untuk pulang ke kampung masing masing. Jika kebanyakan dari pengguna boleh mengikut jadual yang dicadangkanb ini, mungkin kesesakan dapat dikurangkan dan masa anda berada di atas lebuh raya dapat dikurangkan.

Berikut adalah jadual cadangan perjalanan balik kampung yang disediakan oleh PLUS

jadual perjalanan plus tlc

klik pada gambar untuk besarkan. Semoga perjalanan anda pulang ke kampung dalam keadaan selamat untuk bersama menyambut hari lebaran.

sumber gambar : nescafeais

9:31 PM | 0 comments | Read More

Tarikh Lihat Anak Bulan Syawal 1433H / 2012 M

Written By HAZRIL HAFIZ on Saturday, August 11, 2012 | 6:37 AM

image

KUALA LUMPUR - Tarikh melihat anak bulan Syawal bagi menetapkan tarikh Hari Raya Puasa ialah pada petang Sabtu, 18 Ogos bersamaan 29 Ramadan ini, menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja hari ini.


Menurut kenyataan itu Majlis Raja-raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh itu adalah berdasarkan rukyah dan hisab.


"Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh Hari Raya Puasa yang ditetapkan melalui radio dan televisyen," kata kenyataan itu.


Jawatankuasa berkenaan akan melihat anak bulan Syawal di Pontian Kecil; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara; Telok Kemang, Port Dickson; Bukit Melawati, Kuala Selangor; Bukit Jugra, Kuala Langat; Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam; Pantai Pasir Panjang, Daerah Manjong; Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh (Pulau Pinang).

Lokasi lain ialah Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda; Pemandangan Indah, Pulau Langkawi; Menara Alor Star; Bukit Besar, Kuala Terengganu; Bukit Geliga, Kemaman; Pulau Perhentian, Besut; Balai Cerap KUSZA, Setiu; Bukit Peraksi, Pasir Puteh; Bukit Kampong Tembeling, Kuala Krai; Menara Bangunan SEDC, Kota Baharu; Tanjong Lubang, Miri; Teluk Bandung, Kuching; Tanjung Batu, Bintulu.


Tempat lain ialah di Balai Cerap Al-Biruni, Putatan; Bukit Tanjong Batu, Nenasi; Gunung Berincang, Cameron Highlands; Bukit Pelindong, Kuantan; Tingkat 13 Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan; Menara Kuala Lumpur, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya; dan Kuala Sungai Baru, Simpang Empat (Perlis). – Bernama

Bagaimana dengan perjalanan balik kampung anda? Pastikan anda membuat perancangan sebelum memulakan perjalanan. Boleh semak Senarai Diskaun dan Rebat Tol Sempena Hari Raya Aidilfitri 2012

6:37 AM | 0 comments | Read More

Senarai Diskaun dan Rebat Tol Sempena Hari Raya Aidilfitri 2012

Bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri 2012, 24 lebuhraya seluruh Malaysia telah bersetuju untuk memberikan rebat dan diskaun kepada pengguna antara 10 – 37.5% bermula 15 hingga 23 Ogos. Pemberian rebat pada tahun ini adalah yang tertinggi pernah diberikan kepada pengguna jalan raya.

Berikut merupakan kadar rebat dan diskaun tol bagi lebuh raya yang terlibat

pix_gal0

Untuk mengelak kesesakan dan melicinkan pergerakan balik kampung, semua kerja kerja penyelenggaraan lebuh raya akan dihentikan manakala bagi mengurangkan kemalangan, kadar had laju telah diturunkan sebanyak 10kmj mulai 12 – 26 Ogos.

Selamat pulang ke kampung kepada anda yang akan membuat perjalanan balik kampung . Rancang perjalanan anda dan pastikan aspek keselamatan sentiasa diutamakan untuk mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini. Selamat Hari Raya Aidilfitri , Maaf Zahir dan Batin.

6:15 AM | 0 comments | Read More

Video Iklan Raya Dari BERNAS Yang Menyentuh Hati

Written By HAZRIL HAFIZ on Thursday, August 09, 2012 | 10:12 PM

image

Sebelum ini , kami telah paparkan iklan raya petronas 2012 yang mempunyai makna tersendiri dan erti prngorbanan sempena aidilfitri yang bakal menjelma. Boleh baca di entry berikut. : Iklan Raya Petronas 2012 / Filem Pendek Petronas 2012

Dan kali ini, admin ingin berkongsi sebuah Iklan Raya 2012 dri Syarikat Bernas yang sangat menyentuh hati sesiapa saja yang menontonnya. Jika dihayati iklan ini, mungkin air mata akan menitis dan hati anda akan tersentuh membayangkan nasib dua anak yatim piatu di dalam iklan ini. Iklan ini mengisahkan dua beradik anak yatim piatu yang kurang upaya yang ingin pulang ke kampung pada hari raya untuk melawat pusara ibu mereka. Sama sama kita hayati iklan ini.

10:12 PM | 2 comments | Read More

Iklan Raya Petronas 2012 / Filem Pendek Petronas 2012

Written By HAZRIL HAFIZ on Tuesday, August 07, 2012 | 9:40 PM

image

Mungkin kebiasaan bagi kita , apabila menjelang Aidilfitri setiap tahun, syarikat syarikat ternama di malaysia akan mengeluarkan iklan raya masing masing untuk tatapan umum. Dan iklan paling ditunggu tunggu mungkin iklan dari syarikat Petroleum nasional Malaysia , Petronas yang saban tahun mengeluarkan iklan  hari raya yang ternyata menyentuh hati dan memberi seribu makna menyambut syawal.

CEPAT!! LEBIH RM 5000 WANG TUNAI UNTUK DIREBUT

Tidak seperti tahun tahun sebelum ini, Petronas membawakan kelainan pada tahun 2012 dengan menghasilkan sebuah filem pendek berdurasi 14minit 30 saat.Filem pendek tersebut menampilkan pelakon utama, Redza Minhat yang memegang watak Erman dan seorang kanak-kanak warga tempatan (Uzbekistan), Jeyhun.

Erman adalah seorang jurutera yang ditugaskan di Uzbekistan. Selama berada di negara tersebut, beliau mula membantu kanak kanak di kampung berdekatan dan menjadi rapat dengan seorang budak lelaki bernama Jeyhun. Jom saksikan filem pendek yang sangat memberi makna mendalam ini. Berjudul ‘Stranger’, ia merupakan antara filem pendek hasil karya Quek Shio Chuan yang mendapat kerjasama dari syarikat pengiklanan terkemuka dunia, Leo Burnett.

9:40 PM | 0 comments | Read More

Iklan Hari Raya Erra Fazira Dedah Kisah Silam Bapanya

Written By HAZRIL HAFIZ on Tuesday, July 31, 2012 | 9:19 PM

ddd

Selama ini , Erra Fazira berteka teki mengenai identiti sebenar bapanya yang tidak pernah diceritakan kepada sesiapa dan disimpan sebagai kenangan di dalam hatinya. Namun, bekas Ratu Cantik Malaysia ini mengambil pendekatan berbeza pada tahun ini apabila secara sukarela ingin berkongsi kisah suka duka yang mengisahkan bapanya . Penggambaran iklan sempena hari Raya Aidilfitri yang berdurasi 60 minit tersebut akan menjawab teka teki tentang siapakah bapa Erra Fazira.


Iklan komersial raya berjudul "jalinan Kasih di Aidilfitri" tersebut akan disiarkan pada hujung ramadhan menjelang Syawal. Penggambaran iklan komersial ini dijalankan di Tanjung Karang, Selangor.

“Bagi saya, ia bukan perkara terlalu sensitif, sebab itu saya boleh kongsi. Lagipun, ia disampaikan dengan menggunakan saluran betul. Saya cuma menceritakan kisah zaman kanak-kanak yang belum pernah dikongsi dengan masyarakat.


“Semua orang ada sejarah masing-masing dan ia bukan berniat memburuk atau menyalahkan mana-mana pihak, malah sebelum penggambaran, saya ingatkan pihak Astro supaya penyampaiannya nanti biarlah dalam bentuk membina.

“Apa yang ingin saya sampaikan dalam iklan ini, ikatan tidak akan putus walaupun berpisah mati. Seperti saya katakan tadi, ia bukan salah sesiapa tetapi keadaan yang menjadikannya begitu.’


“Buatlah apa saja, satu hari pasti si anak tahu siapa bapanya. Diharap secebis kisah ini boleh menyedarkan mereka yang ada kasih sayang depan mata tetapi tidak menghargainya,” katanya sambil menghela nafas panjang.

Dan berikut adalah sinopsis Iklan komersial yang akan disiarkan secara eksklusif pada penghujung ramadhan ini.

“Ia mengi­sahkan seorang kanak-kanak yang dambakan kasih sayang seorang bapa tetapi hasrat itu tidak kesampaian disebabkan keadaan. Bagaimanapun, hubungan anak dan bapa tidak akan putus. Ia ikatan indah anugerah Ilahi.

Dia keliru, benarkah lelaki dipanggil Along itu bapanya? Akalnya menolak kerana sedari kecil ibu memaklumkan bapanya sudah meninggal dunia, namun entah mengapa seakan-akan ada tarikan magnetik antaranya dengan lelaki itu yang juga jiran neneknya yang sering dilihat setiap kali pulang ke kampung.

Hinggalah satu hari, tiba-tibanya ibu datang ke sekolah untuk membawanya pulang ke kampung. Kata ibu, bapa meninggal dunia. Terpinga-pinga si kecil berusia lapan tahun itu.
Bukankah bapanya sudah lama meninggal dunia? Siapa pula gerangan yang dimaksudkan ibu? Rasa keliru yang meluap-luap direlung hatinya semakin memuncak.

Tatkala tiba di perkarangan rumah yang sering menjadi tumpuannya setiap kali pulang ke kampung, ramai menyuruhnya menatap wajah si bapa buat kali terakhir.

Dia kaku tidak bergerak, erat memeluk tiang serambi. Mindanya kosong dan kabur.

Jenazah itu adalah lelaki yang sering dikatakan bapanya selama ini!

9:19 PM | 2 comments | Read More

Kawasan Speed Trap Lebuh Raya 2011 : Jom Balik Kampung Tanpa Disaman

Written By HAZRIL HAFIZ on Friday, August 26, 2011 | 11:17 AM

Speed trap ni memang sesuatu yang mengannoyingkan pengguna lebuh raya. Tapi speed trap jugak la sesuatu yang akan buat anda sampai di kampung dengan selamat dan hidup lama. Aku perasan la kan, yang orang Malaysia ni suka bawak kereta suka hati dan ikut hati sangat. Kalau boleh nak tekan pedal minyak tu sampai rapat. Ini info yang aku dpt dari blog Ahfat Raksasa mengenai kawasan speedtrap diseluruh lebuh raya dan jalan raya di malaysia. Hope dapat membantu anda dari disaman. Tapi bukan bermakna anda boleh bawak laju “nak mampos” . Still kena berhati hati. Itupun kalau nak beraya kat kampung dan nak raya lagi tahun hadapan. Kalau dah rasa bosan hidup. Tak boleh kata apa apa la kan.

KAWASAN SPEED TRAP. Plus Arah Utara (Dari KL):


1- Km 197.1, Km 198.8 & Km 204.3 selepas exit Kemunting
2- Km 208 & Km 214.8 sebelum exit Kemunting
3- Km 271 berdekataan exit Ipoh Selatan
4- Km 274.4 berdekatan exit Ipoh Utara
5- Km 286.9 berdekatan exit Simpang Pulai
6- Km 296 berdekatan exit Gopeng
7- Km 352.6 selepas exit Sungkai
8- Km 373 berdekatan exit Slim River
9- Km 241.9 berdekatan exit Kuala Kangsar
10- Km 308.6 selepas exit Gopeng
11- Km 252 masa turun bukit selepas terowong Menora
12- Km tak pasti tapi betul2 di R&R Gurun
13- 2 km after tol Juru (90km/j)
14- 5 kamera di atas jambatan pulau pinang (so slow je la kat situ)


Plus Arah Selatan:


1- Km 289 sebelum exit Nilai Selatan
2- Ada 3 kamera antara Km 255 - Km 249 (Persimpangan Seremban - Senawang)
3- Km 253 selepas exit Senawang
4- Km 213.9 selepas exit Alor Gajah
5- Betul2 di exit Jasin
6- Km tak pasti tapi selepas hentian sebelah Tangkak
7- Km juga tak pasti tapi jambatan pertama selepas exit Yong Peng utara
8- Km 97.3 selepas exit Air Hitam
9- Betul2 di exit Sedenak


Plus Tengah:


1- Km 456 selepas exit Sungai Buluh
2- Betul2 di exit Bukit Lanjan
3- Betul2 dibawah Restoran Jejantas Sg Buloh
4- Km 302.8 berdekatan exit Kajang
5- Km 296.5 & Km 297 berdekatan exit Bangi


NKVE


1- 300 meter sebelum tol Jalan Duta (60 km/j)
2- Selepas cabang jalan ke tol Jalan Duta (80km/j)
3- Betul2 di exit Damansara
4- Km 11.2 berdekatan rel keretapi
5- Betul2 di exit Shah Alam


KESAS


1- Km 44.8 berdekatan exit LDP
2- Berhadapan Endah Parade
3- Betul2 di exit Hicom
ELITE (Dari arah KLIA)
1- Km 4.8 selepas exit Batu 3
2- Km 2 - Km 4 atas jambatan berdekatan Makro
3- Betul2 kat bawah restoran jejantas USJ
4- Km 10 sebelum exit USJ


JALAN PERSEKUTUAN


1- Bersebelahan Hotel Mint
2- Berdekatan Esso kat exit Salak Selatan
3- Berhadapan dengan Istana Negara
4- Berhadapan dengan Muzium Negara
5- Kawasan turun bukit selepas pekan Raub (Menghala Kuala Lipis)
6- 2 km sebelum pekan Maran (Arah Kuantan)
7- Area Paya Bungor

Selamat pulang beraya dalam keadaan selamat. Pandu cermat jiwa selamat ,sampai kampung boleh hentam ketupat . Ingatlah orang tersayang.

11:17 AM | 0 comments | Read More

Tarikh Melihat Anak Bulan Syawal 2011 : Selamat Hari Raya Semua

Written By HAZRIL HAFIZ on Wednesday, August 24, 2011 | 8:37 PM

Tinggal beberapa hari ja lagi sebelum kita nak habiskan Ramadhan tahun 2011 ni. Persiapan raya korang semua macammana?baju dah siap?Kuih dah buat?Yang dah kerja  tu, duit dah tukar ?siapkan untuk bagi kat budak budak nanti. And ada tak yang dah hantar kad raya? Hopefully raya tahun ni kita beraya dengan gembira tapi tak membazir. Aku raya sikit sikit ja tahun ni sebab duit banyak nak guna untuk masuk sambung degree lepas raya nanti. Mana nak cari rumah sewa lagi. nak bayar yuran lagi. So raya sikit sikit sudah ler…Bila pulak nak tengok anak bulan syawal?haa sini

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja- Raja hari ini mengumumkan sebanyak 30 tempat ditetapkan untuk melihat anak bulan Syawal pada29 Ogos ini bagi menentukan tarikh Aidilfitri tahun ini.

Majlis Raja-Raja juga mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Aidilfitri adalah berdasarkan rukyah dan hisab dan pengisytiharan tarikh akan diumumkan pada malam Isnin itu menerusi radio dan televisyen.

Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja di sini, kawasan yang ditetapkan untuk melihat anak bulan Syawal ialah di Pontian Kecil, Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu Tanjung Bidara, Melaka; Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan; Bukit Melawati, Pulau Angsa dan Bukit Jugra dan Balai Cerap Selangor di Selangor; Pantai Pasir Panjang, Manjong; Perak; Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang; dan Kampung Pulau Sayak, Pemandangan Indah Langkawi dan Menara Alor Setar di Kedah, memetik Bernama.

Di Terengganu ialah di Bukit Besar Kuala Terengganu, Bukit Kemuning, Kemaman, Pulau Perhentian dan Balai Cerap KUSZA, Setiu; Bukit Peraksi Pasir Putih, Bukit Kampung Tembeling Kuala Krai dan Menara Bangunan SEDC Kota Baharu di Kelantan; dan Bukit Tanjong Batu Nenasi, Gunung Berincang Cameron Highlands dan Bukit Pelindong, Kuantan di Pahang.

Tempat melihat anak bulan Syawal di Perlis ialah di Kuala Sungai Baru; Menara Kuala Lumpur di ibu negara; Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di Putrajaya; Tanjong Lubang, Miri, Teluk Bandung, Kuching dan Tanjung Batu, Bintulu di Sarawak; Balai cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil dan Menara Universiti Malaysia Sabah di Sabah.

8:37 PM | 1 comments | Read More

Jadual Perlawanan Balik Kampung : PLUS guna jadual laluan ikut nombor kenderaan ganjil dan genap

PETALING JAYA, 24 Ogos — PLUS Expressways Bhd memperkenalkan jadual perjalanan dengan membahagikan kenderaan bernombor pendaftaran berakhir dengan nombor ganjil dan genap bagi melancarkan perjalanan di lebuh raya sempena musim cuti Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan ini.

Pengarah Urusan PLUS Datuk Noorizah Abdul Hamid berkata, langkah ia bertujuan memisahkan kumpulan pengguna lebuh raya dari utara dan selatan termasuk mereka yang ingin pulang berhari raya pada saat-saat akhir menuju ke Lembah Klang dari 1 hingga 4 September.

“Pengguna lebuh raya dari utara dan selatan yang akan kembali ke ibu kota pada 1 hingga 4 September dinasihatkan memasuki lebuh raya setiap jam genap sebelum 12 tengah hari iaitu 8 pagi dan 10 pagi bagi kenderaan bernombor pendaftaran berakhir dengan nombor genap manakala kenderaan bernombor pendaftaran berakhir dengan nombor ganjil disarankan menggunakan lebuh raya pada setiap jam ganjil sebelum 12 tengah hari iaitu pada 9 pagi dan 11 pagi,” katanya dipetik Bernama Online.

Noorizah berkata bagi semua kenderaan dicadangkan waktu yang sesuai untuk memasuki lebuh raya sebelum 8 pagi dan selepas 6 petang bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas bagi ketiga-tiga hari itu.

Beliau menasihatkan pengguna Lebuh Raya Utara-Selatan supaya mengikuti Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang disediakan ketika waktu menjelang perayaan Aidilfitri dan kembali ke ibu kota bagi memastikan kelancaran trafik.

Jadual perjalanan yang dicadangkan untuk pengguna dari Lembah Klang ke utara dari Sabtu hingga Isnin ini iaitu :

* Perlis, Kedah dan Pulau Pinang ialah sebelum pukul 12 tengah hari;

* Taiping, Kuala Kangsar dan Changkat Jering antara 12 tengah hari hingga 3 petang;

* Ipoh, Simpang Pulai dan Gopeng antara pukul 3 dan 6 petang;

* Tapah, Bidor, Slim River dan Tanjung Malim selepas 6 petang.

Bagi perjalanan dari selatan pula jadual yang dicadangkan bagi Johor ialah:

* Skudai, Johor Baharu, Senai dan Kulai sebelum 10 pagi;

* Ayer Hitam, Yong Peng dan Tangkak antara 10 pagi dan 1 petang;

* Melaka melalui Ayer Keroh antara 1 petang hingga 3 petang;

* Tampin dan Alor Gajah melalui Simpang Ampat antara 3 hingga 6 petang;

* Senawang, Port Dickson dan Seremban selepas 6 petang.

PLUS juga memperkenalkan jadual perjalanan bagi pengguna lebuh raya dari utara yang ingin pulang ke Kuala Kangsar dan Ipoh serta dari Ipoh menuju ke Tapah, Bidor, Slim River dan Tanjung Malim pada 1 hingga 4 September ini.

* Dari Perlis, Kedah dan Pulau Pinang melalui Juru serta Changkat Jering dan Taiping ke Kuala Kangsar dan Ipoh antara 1 hingga 6 petang;

* Ipoh, Simpang Ampat dan Gopeng ke Tapah, Bidor, Slim River dan Tanjung Malim antara 4 hingga 6 petang.

* Dari Melaka melalui Ayer Keroh, Alor Gajah dan Tampin melalui Simpang Ampat ke Senawang, Port Dickson dan Seremban antara 4 petang dan 6 petang.

Noorizah berkata semasa perayaan Aidilfitri tahun lepas, 50 peratus pengguna lebuh raya mengikuti jadual TTA yang dikeluarkan oleh PLUS bagi membantu mengurangkan kesesakan di lebuh raya sejak diperkenalkan 2007.

PLUS menjangka jumlah trafik di lebuh raya di Lebuh Raya Utara-Selatan akan meningkat 30 peratus kepada 1.4 juta kenderaan sehari pada waktu puncak berbanding 1.1 juta kenderaan pada hari biasa.

Noorizah berkata sejumlah 3,000 kakitangan PLUS dan 430 anggota polis, Jabatan Pertahanan Awam, St Johns Ambulans dan Persatuan Bulan Sabit Merah ditempatkan di plaza tol dan Kawasan Rehat dan Rawat sepanjang lebuh raya manakala 159 pasukan PLUSRonda akan membuat rondaan selama 24 jam sehari selain lebih 1,000 kaunter tol dibuka untuk memudahkan urusan pembayaran tol.

Pegawai Turus Penguat Kuasa Polis Diraja Malaysia Supt Hamzah Ahmad, yang turut hadir pada sidang akhbar itu, berkata lebih 300 anggota polis ditempatkan di kawasan-kawasan terpilih di sepanjang lebuh raya mulai hari ini hingga 6 September bagi mengawasi keadaan lalu lintas.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini di lebuh raya PLUS menerusi talian bebas tol PLUSLine di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik. (MalaysianInsider)

# selamat pulang beraya. Rancang perjalanan anda dengan baik dan terancang. Jangan jadikan jalan raya persinggahan terakhir anda . Selamat hari raya.

 

6:23 PM | 0 comments | Read More

Labels

TERKINI (173) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (70) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)