8:50 PM | 0
comments | Read More
ENTRY HOT LAGI!!!panas3x
Written By HAZRIL HAFIZ on Tuesday, April 20, 2010 | 8:50 PM
peminat MU...jgn tembak aku kerana post nie..MU kna ayam!!haha
aku sgt2 tertarik dgn satu group kat facebook....kreatif r admin group nie..haha...siap ada logo lagi tue...salute la....
contact info yang xleh blah...smuanya pasal ayam...xpasal2 ayam glamour...kih3x
and the fact is...sah byk org xsuka MU..wahaha...aku bkn xsuka MU...cuma xsokong ja =p
4:31 PM | 3
comments | Read More
NUFFNANG HARAM bila...persoalannya disini!!!
entry asal adalah dari ustaz noramin dan aku terbaca entry nie di bloggerz ini...so why not aku share then smua orang dapat taw mende nie sbb ,majority drpd blogger2 guna nuffnang n iklan berbayar dari syrikat2 lain kn????
this is it!!!baca la sampai abis...pnjang ckit
Salam bahagia dan salam seislam kepada semua pengunjung blog ini, Alhamdulillah hari ini Allah telah memberikan saya kekuatan untuk menulis artikel yang berkaitan buat duit dengan iklan perklik atau iklan nuffnang, google adsense, advertlets dan banyak lagi. Tujuan saya menulis artikel ini adalah disebabkan seorang dari pengunjung blog ini bertanya hukum berkaitan iklan-iklan perklik ini.
Sebenarnya, masalah ini dinamakan kontemporari (masalah baru) yang timbul dalam dunia bisnes internet. Ramai orang yang menyertainya kerana bisnes ini sangat mudah untuk menjana pendapatan sampingan, ada orang pernah memperolehi pendapatan dari bisnes ini sehingga ribuan ringgit. Sebelum itu, saya tegaskan bahawa bukan saya menegakkan benda yang haram, tetapi semua kenyataan yang dicatatkan di artikel ini adalah hasil dari kajian saya melalui sumber-sumber yang boleh dijadikan hujah. Perkara yang haram adalah jelas dan perkara yang halal adalah jelas. Bagi sesiapa yang membaca dan mempunyai pendapat yang berbeza, maka lebih baik kita berdiskusi dengan baik dan jangan menggunakan bahasa-bahasa yang kurang baik. Jagalah tingkah laku sebagai seorang Islam yang dikenali dengan akhlak yang mahmudah (baik).
Terlebih dahulu saya berikan maksud iklan perklik ini dahulu untuk memudahkan penulisan atau perbahasan saya dalam artikel ini. Maksud iklan perklik ini adalah seseorang yang memiliki blog atau laman web memohon menyertai ahli di dalam bisnes iklan perklik ini dengan syarat-syarat yang telah di tetapkan oleh syarikat pengeluar. Iklan yang dipohon dimasukkan ke dalam blog atau laman web dan dibayar pada setiap kali pengunjung mengklik iklan yang disediakan di blog atau laman web peserta. Banyak syarikat yang menyediakan perkhidmatan iklan perklik ini, contoh syarikat iklan perklik ini ialah nuffnang, google adsensa, advertlets, dapat wang, jutawan klik, adbrite dan banyak lagi. Ada syarikat yang menyediakan perkhidmatan secara percuma dan juga yang menyediakan perkhidmatan berbayar mengikut pakej yang disediakan.
Menurut pendapat saya, menyertai iklan perklik ini diharuskan kerana, di sini tidak terdapat penipuan dan penindasan dan ada ikatan perjanjian yang perlu dipatuhi kedua belah pihak. Sumber pendapatan yang dimiliki adalah dari hasil pekerjaan ahli yang meletakkan iklan di dalam blog dan web mereka. Timbul persoalan siapa penjual. Siapa pembeli? Jawapannya ialah penjual ialah syarikat yang menyediakan perkhidmatan iklan perklik dan pembelinya ialah pemblog yang meyertainya untuk memiliki iklan perklik, bukan pengunjung sebagai pembeli, kerana pemblog yang melakukan permohonan dan menandatangani perjanjian dengan syarikat pengeluar.
Bagaimana pula syarikat yang mempunyai iklan yang diharamkan oleh Islam? Jawapannya semasa pemohon mengisi boring jenis iklan yang diingini oleh pemohon, jika pemohon menerima iklan-iklan yang diharamkan oleh Islam, maka duit yang dihasilkan menjadi haram dengan sebab pemohon redho (bersetuju) dengan iklan yang diharamkan Islam. Tetapi pemohon memilih iklan yang dihalalkan oleh Islam, maka duit yang dihasilkan adalah halal dan boleh digunakan untuk keperluan hariannya. Contoh iklan yang diharamkan Islam ialah arak, judi, porno dan seumpamanya. Manakala contoh iklan yang dihalalkan oleh Islam ialah iklan makanan, kesihatan, ubat-ubatan, barang-barang keperluan dan seumpamanya.
Bagaimana jika pihak syarikat membayar ahli dengan duit yang dicampur-campur dengan duit dari sumber yang haram? Jawapannya, Perlu kita fahami bahawa wang atau ‘fiat money' atau duit kertas itu tidak menjadi haram kerana sifat fizikalnya. Ia bukannya seperti najis yang boleh merebak ke bahagian lain apabila bercampur. Menjadi haram cara kita memperolehi duit tersebut bukan duit yang menjadi haram. Contohnya, seseorang itu meletakkan iklan arak atau judi di dalam blog atau webnya, maka inilah yang dinamakan haram kerana cara perolehannya tidak betul. Duit itu tidak menjadi masalah dan boleh digunakan kerana yang bertanggungjawab adalah pihak syarikat dan bukan kehendak pemohon.
Ingatan saya kepada semua, berhati-hatilah dalam bisnes ini kerana ia boleh jadi haram dengan perbuatan pemohon. Menurut pandangan Ustaz Ismail seperti berikut :
“Melalui iklan, blog mampu menjana pendapatan yang lumayan tetapi berhati-hatilah kerana ia mampu mengubah hukum pendapatan itu dari halal yang sepatutnya menjadi syubhah dan mungkin sekali sehingga haram. Pernahkah anda terlihat atau terbaca di mana-mana blog, ayat-ayat yang berbunyi :
" Sila bantu saya menjana wang, sila klik pada iklan "
" Klik pada iklan bagi menjana wang untuk blog ini "
" Bantu saya dengan satu klik pada iklan "
Setiap ayat di atas mengajak kita untuk membantu penulis blog bagi menjana pendapatan untuknya melalui iklan. Tetapi tahukah anda bahawa terdapat perjanjian di antara ejen pengiklan dan penulis blog di mana penulis blog tidak boleh menyuruh, menyebabkan pelawat blog mengklik pada iklan dengan sengaja seperti contoh-contoh di atas. Ia kerana ajakan atau suruhan tersebut menganggu atau lebih spesifik lagi tidak jujur dalam melawat iklan berkenaan. Berbeza dengan naluri atau niat pelawat blog yang tertarik pada iklan tersebut lalu menghadiahkan klik pada iklan dengan tujuan untuk melihat isi iklan berkenaan dan bukan kerana untuk menderma dengan menggunakan duit pengiklan. Justeru itu, ajakan, suruhan yang berbentuk kepada menyebabkan pengunjung mengklik kerana kasihan atau ingin membantu adalah salah sama sekali begitu juga dengan penulis jika mengklik iklan di blog sendiri dengan niat menambah bilangan klik pada iklan tersebut."
Kesimpulan dari perbahasan di atas ini, saya berpendapat bahawa iklan perklik ini diharuskan dengan hujah, bisnes ini memenuhi syarat-syarat muamalah Islam iaitu penjual (pihak syarikat), pembeli (pemohon/pengusaha/pemblog), barang (produk iklan yang dipersetujui) dan akad (akad mafhum/faham-faham). Tetapi perlu diingat jangan sesekali melanggari syarat perjanjian antara pihak syarikat iklan dan pemohon, kerana ia boleh menjadi haram sepertimana telah diperjelaskan di atas.
12:53 AM | 3
comments | Read More
Video tragedi Achik Spin kemalangan.avi
Written By HAZRIL HAFIZ on Monday, April 19, 2010 | 5:44 PM
54487-368-AE4B82D3EE9EB0ADF5125F156816627A
5:44 PM | 2
comments | Read More
Entry Panas!!!!!
Written By HAZRIL HAFIZ on Tuesday, April 13, 2010 | 7:23 PM
wah sudah lama hamba tidak berblog disini...terasa seperti sudah sepurnama..haha...bz siot...3hari dah xcmpt on9...apa yg panas sbnrnya????xde pape...aku je yg pnas....npe tah 2 ,3 hari nie panas je cuaca....mybe sbb dah dekat dgn final kot...huh....1 sem kejap je rasa....so ada pa2 yg hot ka kt blog spnjg aku xde nie????ne la taw adukataruna mengganas lagi ka...cik epal dah bersara dari blogger ka..hihi...pape la..blah dulu....mlm nie ada presesntation...zastttttttttttttttttttttttttt!!!
7:23 PM | 4
comments | Read More
DIN...TANDA AJAL & MAUT...ANDA!!!BILA PULAK???
Written By HAZRIL HAFIZ on Monday, April 05, 2010 | 2:02 AM
actually aku lepak2 n jenjlan kat umah pak cik google...then termasuk dalam rentakartis.com...bout abg din,,,
take a look at this....
take a look at this....
.
.
itu apa yg abg din rasa
.
.
n this is what im going to share...for our concern together!!!ajal akan datang bila2!!
#Tanda 100 Hari Mau Meninggal...#
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT
kepada hambanya dan hanya akan disadari
oleh mereka yang dikehendakinya.
Walau bagaimanapun semua orang Islam
akan mendapat tanda ini cuma saja mereka
sadar atau tidak.
Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas
waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung
rambut sehingga ke hujung kaki akan
mengalami
getaran atau seakan-akan mengigil.
Contohnya seperti daging lembu yang baru
saja
disembelih dimana jika diperhatikan dengan
teliti, kita akan mendapati daging tersebut
seakan-akan bergetar.
Tanda ini rasanya lezat dan bagi mereka
yang
sadar dan berdetik di hati bahwa mungkin ini
adalah tanda mati, maka getaran ini
akan berhenti dan hilang setelah kita sadar
akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran
atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan
tanpa memiki rkan soal kematian, tanda ini
akan lenyap begitu saja tanpa sembarang
manfaat.
Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini
maka ini adalah peluang terbaik untuk
memanfaatkan masa yang ada untuk
mempersiapkan diri dengan amalan dan
urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan
sesudah mati.
"Tanda 40 hari sebelum hari mati"
Tanda ini juga akan berlaku sesudah
waktu Asar. Bahagian pusat kita akan
berdenyut- denyut. Pada ketika ini daun yang
tertulis nama kita akan gugur dari pokok
yang
letaknya di atas Arash Allah SWT.
Maka malaikat maut akan mengambil daun
tersebut dan mulai membuat persediaannya
ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula
mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi
malaikat maut ini akan memperlihatkan
wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi,
mereka
yang terpilih ini akan merasakan seakan-
akan
bingung seketika.
Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma
seorang tetapi kuasanya untuk mencabut
nyawa adalah bersamaan dengan jumlah
nyawa
yang akan dicabutnya.
"Tanda 7 hari"
Adapun tanda ini akan diberikan hanya
kepada mereka yang diuji dengan musibah
kesakitan di mana orang sakit yang tidak
makan, secara tiba-tiba ia berselera untuk
makan.
"Tanda 3 hari"
Pada ketika ini akan terasa denyutan di
bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi
kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan,
maka berpuasalah kita selepas itu supaya
perut
kita tidak mengandungi banyak najis dan ini
akan memudahkan urusan orang yang akan
memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata
hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi
orang yang sakit hidungnya akan perlahan-
lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita
melihatnya dari bahagian sisi.
Telinganya akan layu dimana bagian
ujungnya akan beransur-ansur masuk ke
dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan
perlahan-
lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
"Tanda 1 hari"
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana
kita akan merasakan satu denyutan di
sebelah belakang yaitu di kawasan ubun-
ubun
di mana ini menandakan kita tidak akan
sempat
untuk menemui waktu Asar keesokan
harinya.
"Tanda akhir"
Akan terjadi keadaan di mana kita akan
merasakan sejuk di bagian pusat dan rasa
itu
akan turun ke pinggang dan seterusnya
akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap
kalimah Syahadah dan berdiam diri dan
menantikan kedatangan malaikat maut untuk
menjemput kita kembali kepada Allah SWT
yang
telah menghidupkan kita dan sekarang akan
mematikan pula.
Sesengguhnya mengingati mati itu adalah
bijak
2:02 AM | 3
comments | Read More
Labels:
al fatihah buat abg din beramboi,
FACT,
ISLAM,
RENUNGAN
AL-FATIHAH BUAT DIN BERAMBOI
Written By HAZRIL HAFIZ on Friday, April 02, 2010 | 9:55 AM
Pelawak dan penyampai radio popular Din Beramboi atau nama sebenar Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 44, disahkan meninggal dunia sekitar pukul 12.35 malam tadi di Hospital Selayang.
Kematian Allahyarham disahkan oleh Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani yang dihubungi oleh mStar Online.
Ketika diminta untuk mengulas mengenai berita sedih itu, Nizam bagaimanapun masih belum bersedia memberikan sebarang komen kerana masih terkejut. Pihak keluarga dan rakan terdekat Allahyarham juga gagal dihubungi.
Din yang dimasukkan ke Wad Rawatan Rapi (ICU) kerana mengidap Dengue Shock Syndrome sudah berada dalam keadaan kritikal sejak petang semalam. Allahyarham dimasukkan ke hospital pada petang Isnin lalu selepas mengalami demam yang mempunyai tanda-tanda denggi.
berita dari Mstar
semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat...actually aku mch tkejut dgn pemergian allahyarham...pg tadi..member bgun dia gtw...trus aku on9...
9:55 AM | 0
comments | Read More
PERSOALAN!! kenapa lelaki/perempuan masih membujang !!
Written By HAZRIL HAFIZ on Wednesday, March 31, 2010 | 12:30 PM
1."Duit dah tak ada". Padahal duit disimpan untuk membeli
pakaian
yang berjenama.
2. "Nak beli kereta mewah dulu baru nak kahwin". Padahal kerja
bertahun dan penat lelah tetapi masih tak cukup nak beli
kereta
mewah.
3. "Susah la nak cari yang berkenan dihati". Padahal memilih
sangat,tak mau yang gemuk, kurus sangat pun tak suka.
4."Tak datang seru lagi kot".
Padahal awek atau pakwe keliling pinggang.
5."Banyak sangat halangan".
Padahal diri belum bersedia.
6."Belum bersedia la".
Padahal cukup segala syarat2 nya.
7. "Ilmu tak cukup la".
Padahal dah ada master atau PHD.
8."Kahwin nanti tentu susah nak kena tanggung
keluarga lagi, Kalau dapat
isteri yang 2 x 5 je.Kena bimbing pulak lepas tu nak kena
tanggung
semua
dosa isteri, dosa sendiri tak tertanggung nie
pulak nak tanggung dosa isteri".
Padahal tak pernah usaha untuk tingkatkkan diri
sendiri dan mencari
ilmu secuk! upnya dan tak pernah mencuba
pun.Padahal Allah dah berfirman yang
bermaksud Lelaki yang baik untuk perempuan yang
baik dan bergitulah sebaliknya.
9."Dah mencubalah tapi telah dikecewakan".
Padahal tak reti pon nak bercinta.
10."Banyak perkara nak kena fikirkan terlebih
dahulu la".
Padahal tak buat kerja apa pon.
11."Busy la, banyak keje nie".
Padahal pentingkan kerja daripada menunaikan
sunnah nabi.
12."Jodoh tak sampai lagi kot".
Padahal jodoh dah ditentukan Allah cuma perlulah
berusaha.
13."Perempuan nie peliklah kalau dia suka kat
kita tapi tak habih2 nak
merajuk dan marah macam kita nie suka sangat" .
Padahal memang dah lumrah alam sebab marah
tandanya sayang.
14."Ye lah memang la marah tu tanda sayang tapi
saya tak suka la, lepas tu
dia heret kita kehulu kehilir".
Padahal suka bagi muka kepada orang tu dan tak
terangkan dengan jelas apa yang kita suka dan
tidak suka.
15. "Dah bagitau dah, nie kita s! uka dan nie
kita tak suka, tapi masih dia
buat juga yang kita tak suka".
Padahal tak pernak ambil tau tentang apa yang
disukai oleh org yang kita sukai. Sedangkan kita
selalu buat perkara yang org lain tak suka.
16."Saya takut la nak bercinta nanti terluka
susah la".
Padahal banyak baca buku2 novel yg berunsurkan
sedemikian.
17."Lelaki nie suka pasang ramai org sangat".
Padahal ramai artis2 lelaki yang dipujanya dan
bila jumpa lelaki kacak mula nak terhegeh-hegeh.
18. "Lelaki memang banyak helahlah kejap suka
kejap tidak".
Padahal pentingkan diri- sendiri.
19. "Nak carik yang solehah/soleh lah".
Padahal diri tak pernah solat dan quran tak
pernah nak baca. Kuliah agama selalu uzur je.
20. "Suka yang pakai tudung labuh je".
Padahal masih pakai seluar pendek,mandi masih
ikut style koboi.
21. "Nak dapat yang berkekalan sehingga keakhir
hayat".
Padahal suka cemburu, suka boros, suka pada yang
cantik saja, suka pada! yang kaya saja.
22. "Masalah la".
Padahal dah tahu WORLD IS STAGE OF PROBLEM.
23. "Nak sambung belajarlah awek saya tu ader
master atau phd malu la".
Padahal belajar2 tak pernah nak lulus. Asyik
mengabaikan pelajaran sebab
dating selalu. Memang dah dungu dah....( kueng
kueng kueng....) )
24. "Saya suka sangat kat dia, tapi dia tak suka
kat saya".
Padahal bunga bukan seekor, kumbang bukan
sekuntum.
25. "Tak mau la bercinta, dok seorang lagi
seronok,tak lah dikongkong, tak
akan terluka, jimat duit sikit".
Padahal mengeluh bila kesunyian, dan mula nak
feeling gila-gila.Cemburu tengok org. kahwin.
Pantang tengok perempuan atau lelaki cantik.
26. "Payah la nak jaga hati masing-masing".
Padahal makan hati banyak sangat, sensitive
sangat, lepas tu banyak makan sarang tebuan,
lepas tu suka sangat main hujan, main api, main
mata, main2.dan sebagainya.
27. "Dah usaha dah, dah mandi bunga dah, dah
cukup semua syarat2, tapi satu pon tak lekat.
Me! mang dah tak ader jodoh kot".
Padahal tak ada keyakinan diri, tak ada
kerpercayaan pada org lain. Suka dengar cerita
daripada org lain,suka buat orang yang kita
sukai meluat, perangai macam setan, suka
berjudi, suka tikam nombor ekor dll
30. "Ramai sangat la yang suka mana satu nak
pilih nie susah lah".
Padahal tau boleh kahwin sampai 4 ikut
sunnah.....................................
12:30 PM | 2
comments | Read More
Subscribe to:
Posts (Atom)
Labels
TERKINI
(173)
ARTIS
(116)
TIPS BERGUNA UNTUK ANDA
(85)
DEDAH
(74)
FACT
(70)
DIARY
(69)
politik
(69)
INFO
(66)
Video
(65)
BERITA SUKAN
(63)
GOSIP TERKINI
(44)
HIBURAN
(44)
RENUNGAN
(38)
DESIGN
(35)
BLOG REVIEW
(33)
PRODUCT REVIEW
(32)
PENDIDIKAN
(29)
PANDUAN
(28)
tutorial
(27)
MAKLUMAN
(26)
TIPS BLOGGING
(21)
EVENT
(20)
Gadget
(17)
AGAMA
(15)
PERMOHONAN
(15)
HEADER DESIGN
(12)
CINTA
(11)
STATISTIK BLOG
(6)
SITEMAP
(1)










