Lirik Dan Video Lagu “Putus Di Twitter”: Ending “Cinta Muka Buku”

Written By HAZRIL HAFIZ on Saturday, October 15, 2011 | 7:38 AM

Mesti ramai yang minat dengan lagi Cinta Muka Buku karya Najwa Latif kan? Penceritaan tentang cinta di facebook. Tapi macmammnaa pulak dengan pengakhirang cinta di facebook tu?? ini ada satu cerita Tergelak gelak aku masa dengar lagu yang dicipta oleh Encik Mimpi ni. Lagu kesinambungan “Cinta Muka Buku” oleh Najwa Latif.

Encik Mimpi - Lirik Gitar & Lagu Macho

kata Encik Mimpi :

So sekarang mari kita berhibur dengan lagu sambungan kepada lagu "Cinta Muka Buku" nyanyian asal Najwa Latif itu. Mungkin bagi pendengar-pendengar lagu tersebut, mesti ada yang tertanya-tanya soalan-soalan seperti:

  • "Eh apa da jadi dengan dorang lepas kapel melalui FB tu?" .
  • "Kalau maen FB mesti dorang maen Twitter sekali. Boleh ke follow dorang?"
  • "Dorang kahwen tak lepas tu? Kekal ke cinta-cinta alam maya macam tu?".

So bagi menjawab soalan-soalan tersebut, Encik Mimpi telah menyanyikan lagu ending untuk lagu "Cinta Muka Buku" tersebut. Tapi versi lelaki la. Silalah dengar.. Huhu.

 

betul jugak kan? haha. SO meh ler layan lagu “Putus DI Twitter”

 

CINTA DI BUKU LIMA?????hahhahahahahaa. Tapi ok la sedap jugak la suara dia ni kan? Boleh dibawak naik jadi artis..haha

 

sumber


Entry Terkini :

Kenneth Nicole Brodsky , Kanak Kanak Paling Comel Di Dunia Yang Semakin Dewasa

Uncle Seekers Ramal Nasib Buruk Artis Dan VVIP
7:38 AM | 1 comments | Read More

Kenneth Nicole Brodsky , Kanak Kanak Paling Comel Di Dunia Yang Semakin Dewasa

Written By HAZRIL HAFIZ on Friday, October 14, 2011 | 6:00 PM

masih ingat dengan seorang budak comel yang digelar kanak Kanak Paling comel Di Dunia? Sebelum ni , pada 17 Disember 2010 yang lalu aku pernah paparkan gambar seorang kanak kanak yang sangat comel . Dalam entry Kanak-Kanak Paling Comel Di Dunia. Ramai yang berminat dengan entry tu dan ramai jugak yang bertanya siapa sebenarnya that little cute girl.

kalau di Malaysia ada Mia Sara Nasuha….
Dan ini gambar semasa kecil. lebih kurang je macam Mia Sara kan?

comel kan? Semua mak bapak for sure nak anak anak yang comel comel macam ni .Comel dan baik. Kalau comel tapi buas tak best jugak kan? Dan macammana pulak rupa budak yang comel ni bila dah makin besar? Banyak gambar akan menyusul dibawah . Sebelum tu ,kita tengok siapa sebenarnya budak comel ni??

Tak banyak sebenarnya maklumat berkaitan budak ni . Tapi budak ni antara yang terpopular sebab kecomelannya. Nama penuh adalah Kenneth Nicole Brodsky yang dilahirkan secara kacukan . Ibunya adalah dari Korea manakala bapanya adalah dari Amerika.  Kalau dah kecik kecik dah supercomel. Bila dah besar mesti makin comel dan cantik kan dan boleh jadi supermodel ? Jom tengok gambar gambar budak comel ni. Aku buat entry ni sebab ada keyword yang masuk cari gambar budak ni.hehe.. So SEO gak tuhh……layanzzz
Kenneth Nicole Brodsky


Kenneth Nicole Brodsky

KENNETH NICOLE BRODSKY 343x500 KENNETH NICOLE BRODSKY   The most Beautiful Little Child in World
KENNETH NICOLE BRODSKY 2 333x500 KENNETH NICOLE BRODSKY   The most Beautiful Little Child in World
Most Beautiful Child in World 348x500 KENNETH NICOLE BRODSKY   The most Beautiful Little Child in World

worlds most beautiful little child 360x500 KENNETH NICOLE BRODSKY   The most Beautiful Little Child in World

dan ini adalah gambar ibu dan bapa kepada kanak kanak ini
Mothers KENNETH NICOLE BRODSKY 341x500 KENNETH NICOLE BRODSKY   The most Beautiful Little Child in World
Fathers KENNETH NICOLE BRODSKY 335x500 KENNETH NICOLE BRODSKY   The most Beautiful Little Child in World
6:00 PM | 4 comments | Read More

Uncle Seekers Ramal Nasib Buruk Artis Dan VVIP

Uncle Seekers ni dah gila buang tebiat dah. Dulu dia pernah buat hal lepas mendedahkan gambar gambar bersama bekas Permaisuri Agung . Semuanya dalam entry Mantan Raja Permaisuri Agung Kini Milik Uncle Seekers??? dan Uncle Seekers Yang 'Bodoh' Buat Perangai Lagi. Dan terbaru dia buat hal lagi dengan membuat ramalan buruk ke atas individu individu terkenal termasuklah artis artis, dan golongan kenamaan . katanya berdasarkan mimpi. Dia ni sebenarnya nak tunjuk apa ek? Nak tunjuk dia hebat? nak tunjuk dia ada hantu? Nak kata dia tu boleh tau masa depan la? Ape kejadah la si pakcik ni aku pun tak berapa nak faham . Tak habis habis dengan kepercayaan tahyul dia tu.

PETALING JAYA: Beberapa orang artis melahirkan rasa kurang senang apabila masa depan mereka dikatakan akan terjadi perkara tidak baik termasuklah penceraian, meninggal dunia dan kegagalan dalam kerjaya.

Kebanyakan mereka menganggap ramalan yang dibuat oleh pakar paranormal, Syed Abdullah Hussein Al-Attas atau lebih dikenali sebagai 'Uncle Seekers' menerusi laman blognya adalah sesuatu yang tidak boleh dipercayai.

Marsha berkata, ramalan kononnya dia akan memeluk Islam dan bakal bertunang sebelum tahun 2013 adalah karut dan Uncle Seekers tidak patut menceritakan ramalan yang datang daripada mimpi itu dalam blognya.

"Andai kata benarlah dia (Uncle Seekers) mempunyai kebolehan meramal masa depan orang, rasanya dia tidak patut mendedahkannya dalam blog.

"Tambahan pula ia merupakan isu yang sangat sensitif. Kenapa perlu menceritakan kepada umum tentang ramalan yang karut itu?" soalnya yang dihubungi mStar Online, di sini, Khamis.

Selain Marsha, antara selebriti yang juga 'terkena' dengan ramalan Uncle Seekers ialah, Rabecca Nur Al-Islam, Zizan Raja Lawak, Anuar Zain, Juliana Evans, Fauziah Gous dan Fasha Sandha.

Kata Rabecca pula, ramalan bahawa rumah tangganya akan mula goyah akibat kesilapan sendiri juga dianggap palsu kerana Uncle Seekers tidak pernah bertemu dengannya walau sekalipun.

"Dia tiada hak untuk meramal masa depan saya lebih-lebih lagi saya tidak pernah mengenalinya.

"Bagi saya hanya Tuhan sahaja yang mengetahui tentang masa depan kita dan tidak perlulah dia ingin menceritakan kisah ramalan karut itu dalam blognya.

"Tambah pula, siapa dia yang hendak meramal tentang rumah tangga saya? Setakat ini, Alhamdulillah, kehidupan saya bersama suami bahagia," ujar Rabecca dengan nada kesal.

Bagaimanapun Zizan (Raja Lawak) yang dikatakan kononnya menghadapi masa depan gelap gara-gara dikaitkan dengan isu seks (Uncle Seekers tidak menjelaskan secara terperinci) pula enggan memberi sebarang komen tentang hal berkenaan.

“Saya tak mahu komen tentang perkara ini. Sebelum ini orang dah cakap saya macam-macam tentang isu Hantu Bonceng,” katanya yang tidak mempercayai berhubung ramalan masa depan.

Pakar paranormal itu juga pernah membuat ramalan mengenai kematian Datuk Ahmad Jais dan ramai yang terkejut apabila hal tersebut benar-benar berlaku seperti yang diramalkan.

Sementara itu, Uncle Seekers yang dihubungi menganggap ramalan yang ditulis dalam blog miliknya itu bukan ingin mencari publisiti murahan tetapi sekadar ingin berkongsi pengalaman dengan pengikut blognya itu.

"Saya cuma bermimpi dan apa yang berlaku dalam mimpi itu dikongsi dalam blog. Lagipun itu sekadar ramalan, kenapa perlu gusar?

"Bila orang meramalkan tentang cuaca, boleh saja diterima, tetapi bila saya buat ramalan tentang manusia, orang tak boleh terima pula. Kenapa?

"Saya sedar, diri ini bukanlah seorang bomoh. Rasanya tidak salah untuk kita memberitahu apa yang berlaku dalam mimpi kita," tegasnya.

image

 

sumber :mstar

 

Cuma satu benda yang mungkin kebetulan terjadi bukan disebabkan ramalan atau apa saja tapi disebabkan oleh kuasa Allah SWT yang menghidupkan dan mematikan hambanya. Uncle Seekers dalam satu entry beliau bertarikh 25 September 2011 meramalkan seorang selebriti terkenal (Ahmad Jais ) akan pergi buat selamanya . Dan pada 11 October yang lalu, Datuk Ahmad Jais telah menghembuskan nafas beliau yang terakhir dengan kehendak Tuhan bukan ramalan manusia. Hanya kebetulan. Jauhi kepercayaan karut dan percaya pada Uncle Seekers ni. Tak ada siapa boleh masuk campur urusan mati hidup Itu semua urusan Tuhan.

 

##paling aku tertarik dengan ramalan dia berkaitan Rosmah Mansor..haha

3:51 PM | 2 comments | Read More

Terkini Dari Indonesia : Kedutaan Besar Malaysia Terus Jadi Sasaran Demonstrasi

JAKARTA: Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta terus menjadi sasaran demonstrasi oleh kumpulan penduduk Indonesia berhubung isu sempadan Malaysia-Indonesia dan pada Khamis oleh kumpulan Laskar Merah Putih (LMP).

Kira-kira 70 anggota LMP yang berpakaian seragam celoreng mengadakan tunjuk perasaan selama satu setengah jam dengan membawa sepanduk dan berucap mengecam Malaysia, yang didakwa telah mengambil secara haram lebih 1,000 hektar tanah di Kalimantan Barat, yang bersempadan dengan Sarawak.

Anggota polis yang berkawal di depan bangunan kedutaan besar itu telahmenghalang mereka daripada memasang bendera di pintu pagar dan menyekat kumpulan itu daripada mendekati pintu pagar.

Sebelum bersurai, kumpulan yang dipimpin oleh Adek Erfil Manurung itu menyerahkan nota pernyataan pendirian mereka kepada seorang kakitangan di pos pengawal kedutaan itu dan mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan satu lagi demonstrasi berskala besar di situ pada 28 Oktober ini.

Pernyataan itu antara lainnya meminta Kerajaan Malaysia menyelesaikan isu pertikaian sempadan antara kedua-dua negara. Isu sempadan itu ditimbulkan Timbalan Ketua Suruhanjaya 1, Dewan Perwakilan Rakyat Tb Hasanuddin, hujung minggu lepas yang mendakwa Indonesia kehilangan 1,400 hektar di Camar Bulan serta 800 meter garis pantai di Tanjung Datu, kononnya telah diambil secara haram oleh Malaysia.

Bagaimanapun, empat menteri Indonesia, termasuk Menteri Luar Marty Natalegawa, dilaporkan menafikan dakwaan itu kerana ia tidak berasas.

Ini adalah hari kedua berturut-turut demostrasi diadakan di hadapan KedutaanBesar Malaysia berkaitan isu itu, setelah kumpulan Forum Betawi Rempug (FBR) yang membawa anggota berjumlah 650 orang berbuat demikian semalam.

Demonstrasi semalam menjadi kecoh apabila apabila penunjuk perasaan melempar batu, kayu dan buluh ke dalam kawasan kedutaan besar itu kerana marah dihalang oleh pihak polis daripada memasang bendera FBR di pintu pagar bangunan pejabat kedutaan itu.

Perbuatan mereka telah mengakibatkan beberapa harta kedutaan rosak dan sembilan anggota polis Indonesia mengalami luka-luka kerana terkena benda-benda yang dilemparkan itu.- BERNAMA


Tak faham aku dengan perangai buruk orang Indonesia ni. Langsung tak berterima kasih dengan Malaysia yang dah banyak buat baik dengan puak puak pendatang kat sini. Kalau dah sampai macam ni, apa kata kita buat benda yang sama. Berdemonstrasi untuk bersihkan pendatang asing warga indonesia yang bekerja disini. Agaknya apa orang Indonesia akan fikir? Tapi tak mungkin sebab orang malaysia kan baik baik. Baik sangat sampai kadang kadang orang berani pijak kepala. Pemimpin teratas sila ambil tindakan segera. Jangan ingat nak fikir menang pilihanraya ja.

7:17 AM | 0 comments | Read More

Gila!! Hukuman Gelek Tangan Dengan Motosikal

Masa zaman sekolah dulu, surely anda mesti pernah kan tak buat kerja sekolah. jangan nak nipu la kalau cakap tak pernah tak buat kerja sekolah. Mesti ada jugak malas tu. Dan kalau tak siap kerja sekolah, selalunya apa denda yang akan cikgu anda berikan? rotan? pukul tangan dengan belakang pembaris kayu? berdiri atas meja? itu di malaysia . Lain pula ceritanya dengan di India. Murid murid yang tidak menyiapkan kerja sekolah bakal menghadapi sebuah mimpi ngeri . Cuba tengok dibawah:

apa perasaan anda jika anak anak anda diperlakukan macam ni? ini memang kerja gila punya . Kejam betul cikgu cikgu dalam sekolah ni. Mau hancur tangan budak budak tu. haisyyy memang tak boleh dibayangkan.

12:45 AM | 1 comments | Read More

Gambar Bedah Siasat Michael Jackson

Written By HAZRIL HAFIZ on Thursday, October 13, 2011 | 4:26 PM

Prosecutors on Tuesday showed a shocking autopsy photograph of Michael Jackson in court as the involuntary manslaughter trial against his personal doctor Conrad Murray continues.

The doctor who performed an autopsy on dead King of Pop told jurors that it would have been almost impossible for Jackson ……readmore here


LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) - Pihak pendakwa raya menunjukkan gambar mayat Raja Pop, Michael Jackson dalam keadaan bogel semasa perbicaraan doktor peribadi Jackson, Conrad Murray, memasuki minggu ketiga kelmarin.

Murray, didakwa kerana menyebabkan kematian Jackson dengan memberi dos berlebihan ubat bius kuat, propofol kepada penyanyi legenda tersebut.

Ketika perbicaraan berlangsung, gambar mayat Raja Pop dengan bahagian kemaluannya dihitamkan ditunjukkan di Mahkamah Tinggi Los Angeles di sini.

Terdapat beberapa kesan lubang halus di kedua-dua tangan dan kaki iaitu tempat ubat bius propofol dimasukkan ke dalam badannya menerusi tiub perubatan.

Ibu Jackson, Katherine yang turut hadir pada perbicaraan itu, dilihat bergegas keluar dari bilik mahkamah sebaik sahaja gambar mayat anaknya didedahkan, dipercayai kerana tidak sampai hati melihat anaknya dalam keadaan menyedihkan.

Semasa gambar tersebut ditunjukkan, pendakwa raya menyoal koroner, Dr. Christopher Rogers yang memeriksa mayat Raja Pop selepas kematiannya pada Jun 2009 berhubung kemungkinan Jackson sendiri menyuntik dos tambahan propofol ke dalam badannya.

"Pada pendapat saya, penggunaan sendiri ubat propofol tidak menyokong kematian Jackson," kata Rogers.

Menurutnya, kemungkinan yang berlaku adalah Murray terlebih memberikan ubat propofol kepada Jackson untuk membantu dia tidur.

Murray memberitahu polis dalam sesi soal siasat yang diperdengarkan di mahkamah pada minggu lalu bahawa dia beredar dari katil Jackson selama dua minit pada 25 Jun, 2009 untuk ke tandas.

Sekembalinya dari tandas, dia mendapati penyanyi itu sudah tidak bernafas.

Rogers bagaimanapun berkata, dalam jangka masa sesingkat itu, Jackson yang sudah dipengaruhi ubat bius tidak mungkin dapat menyuntik lebih banyak propofol melalui tiub yang dimasukkan di kakinya sehingga menyebabkan pernafasannya terhenti sebelum Murray kembali.

"Senario yang diceritakan Murray kurang munasabah," kata Rogers kepada mahkamah.

Menurutnya, dia sebaliknya percaya doktor peribadi itu tersilap memberikan dos propofol semasa cuba menidurkan Jackson.

Perbicaraan di Mahkamah Tinggi Los Angeles di sini dijangka berlangsung selama lima minggu sehingga akhir bulan ini.

Murray boleh dipenjarakan selama empat tahun sekiranya dia didapati bersalah kerana membunuh tanpa sengaja. - AFP

 

source

4:26 PM | 0 comments | Read More

Pian Cecupak Syok Sendiri : Nak Kahwin Model !!

Written By HAZRIL HAFIZ on Wednesday, October 12, 2011 | 3:56 PM

 

Alahai Pian Cecupak , apa nak jadi dengan Pak Cik Pian ni. Tak habis habis dengan kontroversi supermurahan. Kalau sebelum ni dengan isu suntikan kolagen ,sampai memaki hamun macam ni

kini Pak Cik Pian tampil lagi bergaya dengan isu kahwin pulak. bukan kahwin dengan orang biasa biasa, bukan dengan janda anak dua, tapi dengan model jelita anak dara yang cun melecun pinggang ramping body cutting .

 

Pak Cik Pian sebelum ni dengan seronoknya keluarkan statement menjalinkan hubungan cinta dengan model sambila dari Sungai Petani iaitu Aida Hazira Adi Razman , 21,

 

“Hubungan cinta kami terjalin secara serius sejak seminggu lalu dan kini merancang mendirikan rumah tangga bersama malah keluarganya ada memberitahu akan menerima saya seadanya jika ditemukan jodoh,” katanya

TAPI, tu semua hanyalah propaganda dan kontroversi murahan terbaru dari Pak Cik Pian. Kalau sesiapa yang ada beli Metro harini , baca la dalam tu cerita yang memalukan ni.

dan statement Aida Hazira dalam Metro hari ni :

AIDA...hanya berkawan dengan Pian Cecupak.

KUALA LUMPUR: “Saya tidak pernah merancang untuk berkahwin dengan Pian Cecupak dan saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan dia, kononnya kami bakal berkahwin.

“Saya tahu Pian sengaja mengeluarkan kenyataan itu untuk mencari publisiti murahan,” kata model sambilan, Aida Hazira Ahmad Razman, 23.

Aida Hazira membidas kenyataan yang dikeluarkan pelakon yang pernah muncul dengan kontroversi suntikan kolagen iaitu Mohd Rafiq Abdul Rahman, 41 atau Pian Cecupak kononnya mereka merancang untuk berkahwin.
Harian Metro Sabtu lalu melaporkan Pian memberitahu media dia sudah berubah sepenuhnya dan kini merancang untuk mendirikan rumah tangga buat kali ketiga bersama wanita idaman yang juga seorang model sambilan, Aida Hazira dalam masa terdekat jika ditemukan jodoh.

Aida ketika ditemui di Ampang Park, di sini, semalam melahirkan rasa kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh pelakon terbabit dan menafikan sekeras-kerasnya dia pernah merancang untuk berkahwin dengan selebriti itu.

 

Pian pian, apa nak jadi la dengan ko ni. Tak habis habis bermasalah. Ingatlah sikit diri tu dah makin berumur. Udah udah ler berkontroversi. Dari mencari publisiti murahan macam ni , lebih baik pergi jual goreng pisang tepi jalan.Dapat jugak duit lebih,  Tak ada la malukan diri sendiri. Dulu kata nak jadi Dafi, sekarang nak kawin model pulak.. huiyoooo!!! kalau la aku jadi macam ni, mau korek tanah sembunyi kepala dalam tu sebab malu sangat.

3:56 PM | 1 comments | Read More

Soalan Trial STPM 2011 Mengikut Negeri

388724_optical_page__1

Sebelum ni , aku dah sediakan beberapa link dan sumber untuk soalan trial SPM untuk rujukan kepada adik adik yang akan mengambil SPM pada tahun ini . Boleh ke laman ini

Soalan Trial SPM 2011 Mengikut Negeri

 

Dan kepada yang akan mengambil exam STPM, anda boleh rujuk link dibawah untuk download soalan :

 


Trial Malacca STPM 2011


Trial Perak STPM 2011
Trial Selangor STPM 2011
Trial Wilayah Persekutuan STPM 2011
Trial Terengganu STPM 2011
Trial Kedah STPM 2011
Trial Pahang STPM 2011
Trial Johor STPM 2011
Trial Kinta Utara Perak STPM 2011
Trial Sabah STPM 2011

 

Sumber : BankSoalanSTPM

 

Untuk tips dan sumber soalan SPM ,STPM, dan MUET anda boleh melawat laman web edu.joshuatly.com . Gud luck untuk smeua candidate pada tahun ini. JUST DO YOUR BEST

3:31 PM | 0 comments | Read More

Datuk Ahmad Jais Meninggal Dunia : Jenazah Selamat Dikebumi

Written By HAZRIL HAFIZ on Tuesday, October 11, 2011 | 5:13 PM

SHAH ALAM: Jenazah Allahyarham Penyanyi Datuk Ahmad Jais,75, atau nama sebenarnya Mohd. Jais Ahmad selamat dikebumikan kira-kira pukul 2 petang, di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, di sini, Selasa.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 9.30 pagi Selasa di Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC ) di sini.

Allahyarham meninggalkan lima cahaya mata dan 13 orang cucu.

Menurut anak keempat beliau, Maimun, 31, doktor mengesahkan kematian Allahyarham adalah disebabkan komplikasi penyakit paru-paru.

Kata Maimun, Allahyarham meninggal dunia di sisi beliau dan adik bongsunya iaitu Mashitah Mohd Jais, 25.

"Sejak semalam keadaan ayah bertambah kritikal dan doktor menasihati supaya kami bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Saya dan adik bersama Allahyarham sejak semalam dan sempat membacakan surah Yassin sehinggalah dia menghembuskan nafas terakhir pagi ini (Selasa)," ujarnya.

Selain Maimun dan Mashitah, tiga lagi anak Allahyarham ialah Mohamad Iskandar Mohd Jais, 45, Mohd Iesham, 43 dan Salawati, 30-an.

Jenazah sebelum itu dibawa ke Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini untuk dikapan dan disembahyangkan.

Peminat dan rakan artis penyanyi veteran itu kelihatan berkumpul di perkarangan masjid untuk memberikan penghormatan terakhir terhadap beliau.

Antara artis yang kelihatan adalah Datuk A. Rahman Hassan, Datuk Sharifah Aini, Uji Rashid, Hail Amir, Aziz Satar dan Ibnor Riza.

Allahyarham dimasukkan ke unit rawatan separa rapi di pusat perubatan itu pada 25 September lalu selepas mengalami masalah sesak nafas.

Beliau dikhabarkan mengadu penat selepas pulang daripada membuat persembahan di Batu Pahat, Johor, pada 8 September lalu sehingga terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan di Hospital Pakar KPJ Selangor, Shah Alam.

Allahyarham kemudian dipindahkan ke DEMC kerana beliau mempunyai rekod perubatan di situ.

Antara lagu popular beliau ialah Bunga Ku Puja Dipetik Orang, Dikau Pujaan, Gelisah danBahtera Merdeka.

sumber : mstaronline


hilang sebutir lagi permata negara. Semoga roh allahyarham ditempatkan bersama golongan beriman dan beramal soleh. AL Fatihah untuk Allahyarham Datuk Ahmad Jais

5:13 PM | 2 comments | Read More

Bob Lokman Ditahan Selepas Tazkirah

Status facebook Ustaz Riduan Mohd Nor...

Bob LoKman mlm ini diseret ke Balai Polis di Hulu Langat oleh JAIS,,berlaku perang mulut yg dasyat ....ditahan krn menyampaikan tazkirah di surau..aduh bro..bukan ajak org buat maksiat,ajak anak muda balik beragama...nampaknya ini akan jd isu panas..zakat kita hancur sehingga fakir miskin cari gereja,surau kita lengang krn tiada majlis ilmu....sakitnya tanahairku..

Pelawak, pengacara dan penulis lirik terkenal Bob Lokman ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) malam tadi, dipercayai atas alasan menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah.
Penulis lirik 'lagu berhantu' Isabella itu ditahan ketika berucap selepas solat Maghrib di hadapan kira-kira 70 jemaah di Masjid Kampung Sungai Lui, Hulu Langat.
Mereka dibawa ke balai polis berdekatan sebelum dilepaskan kemudiannya.
Turut ditahan Pengarah Pilihan Raya Pemuda PAS Mohd Sany Hamzan dan nazir masjid itu hadir ketika majlis berlangsung.
Bob yang juga cucu ulama terkenal Kelantan Tok Kenali ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan penahanannya malam tadi tetapi engan mengulas lanjut pada masa ini.
Ketiga-tiga mereka dijadual memberikan kenyataan kepada JAIS di pejabat agama daerah Hulu Langat sebelum tengah hari ini.
Sementara itu, Mohd Sany ketika dihubungi Malaysiakini berkata, ketika insiden malam tadi, kira-kira 20 anggota penguatkuasa jabatan itu dan beberapa orang polis hadir bagi tujuan itu.
"Ketika Bob bercakap mereka tidak buat apa-apa. Bila habis dan solat Isyak baru (kami) ditahan," katanya sambil menafikan bertazkirah atau menyentuh soal politik.

Jawab yang berkaitan sahaja

Menurut Mohd Sany, Bob cuma menceritakan kisah hidupnya sebagai anak kampung yang bergelumang dalam dunia hiburan sebelum mendekatkan diri kepada agama.
"Beliau tidak sebut langsung (soal) PAS-Umno. Tetapi penguatkuasa tetap kata, ini titah Sultan," jelas Mohd Sany.
JAIS bulan lalu menegaskan keputusan tidak mengeluarkan tauliah kepada ahli politik -- arahan yang didakwa selaras dengan titah Sultan Selangor supaya masjid dan surau tidak dijadikan tempat berpolitik.
Sementara itu, Mohd Sany berkata pihaknya akan memberikan kerjasama penuh kepada JAIS ketika proses merakamkan kenyataan hari ini.
Bagaimanapun, tambahnya, mereka hanya menjawab soalan yang perlu dan berkaitan sahaja.
Usaha Malaysiakini mendapatkan reaksi JAIS setakat ini belum berhasil.
Februari lalu, Bob mengejutkan banyak pihak dengan berkempen membantu calon Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil Merlimau dan Kerdau dan terus aktif berceramah selepas itu.

Mungkin alasan utama adalah berceramah tanpa tauliah, tapi orang ramai akan melihat dari pelbagai perspektif terutama dari segi politik. Ramai yang tak bersetuju dengan isu penahanan ni. Macammana pulak orang yang sedang berdakwah boleh ditahan sedangkan mereka yang berdisko di kelab kelab malam, anak anak muda berpeleseran dijalanan ditengah malam, dibiarkan begitu saja. Kita tunggu penjelasan lanjut dari Bob Lokman. Setuju dengan komen seorang pembaca .
image

--Malaysiakini


UPDATE

Bob Lokman: Saya ditangkap Jais bukan kerana agama, tapi Umno



KUALA LUMPUR, 11 Okt — Pelawak, pengacara dan penulis lirik terkenal, Bob Lokman hairan dengan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sambil mendakwa beliau ditahan malam tadi bukan kerana isu agama tetapi “untuk Umno.”
Sehubungan itu, beliau juga mempersoalkan mengapa Jais menahan beliau setelah menjadi baik sekarang, tetapi tidak ketika dia sedang bergelumang dalam arus keduniaan sewaktu berada dalam dunia hiburan dulu.
Pada 19 Februari lalu, Bob Lokman atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman menyerahkan borang menjadi ahli PAS.
Beliau menyerahkan borang itu kepada Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Seri Azizan Razak yang juga Menteri Besar Kedah pada majlis Himpunan 30,000 Pemuda PAS di Kompleks PAS Kota Sarang Semut, Alor Setar.
Bob Lokman merupakan penulis lirik lagu terkenal Isabela nyanyian Amy Search.
Bob Lokman dan ustaz yang ditahan malam tadi dilepaskan selepas dibawa ke balai polis tetapi disoal siasat Jais hari ini.
Tindakan Jais itu disifatkan oleh beliau seolah-olah mahu menyekatnya supaya tidak menjadi baik, sebaliknya untuk mendorongnya agar terus hanyut dalam arus keduniaan seperti masa lalu.
Menurut Bob Lokman, walau apa pun halangan yang menimpa, beliau tidak akan berganjak dengan pendiriannya sekarang untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah dan terus meninggalkan kehidupan glamour serta penuh kelalaian.
Sehubungan itu, Bob Lokman berkata beliau akan terus melakukan kerja-kerja dakwah dengan mendekati pelbagai golongan dalam masyarakat termasuk para penagih dadah untuk mengajak mereka kembali ke jalan Allah.
Kata Bob Lokman, sekiranya terdapat undangan daripada pelbagai pihak untuk menyampaikan ceramah, beliau juga bersedia memenuhi undangan itu sekadar terdaya untuk menyampaikan mesej Islam, di samping tidak mahu menghampakan pihak terbabit.
“Saya tidak kira soal larangan dari Jais atau sebarang pihak untuk saya berceramah. Jika larangan itu bukanlah yang patut saya ikut, saya tak akan ikut,” katanya dipetik Harakahdaily.
Begitu juga dengan sekatan yang dikenakan oleh Jabatan Agama Islam ke atas beliau untuk menyampaikan ceramah disebabkan tidak mempunyai tauliah, perkara itu juga tidak berbangkit dalam kehidupannya.
“Tauliah itu bukanlah satu perkara yang penting. Perkara yang penting bagi saya adalah melakukan pekerjaan yang baik iaitu kerja-kerja Islam.
“Jadi, kenapa mesti ada sekatan ke atas saya dan kenapa pula saya mesti patuhi sekatan-sekatan itu sedangkan yang saya sampaikan kepada orang ramai itu adalah perkara yang betul,” katanya.
Bob Lokman ditahan oleh Jais malam tadi kerana dipercayai atas alasan menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah setelah beliau selesai berucap ketika solat Maghrib di hadapan kira-kira 70 jemaah di Masjid Kampung Sungai Lui, Hulu Langat.
Selepas ditahan beliau dibawa ke Balai Polis Batu 18 Hulu Langat dan dilepaskan kemudiannya.
Bob Lokman juga diminta hadir di Pejabat Agama Daerah Hulu Langat sebelum tengah hari ini bagi memberikan kenyataan.
Selain beliau, Pengarah Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Pusat, Mohd Sany Hamzan bagi pihak penganjur majlis ceramah itu diminta hadir di pejabat agama tersebut bagi memberikan kenyataan.
Mengulas perkara itu, Bob Lokman yang juga cucu ulama terkenal Kelantan, Tok Kenali mengesahkan penahanannya malam tadi dan turut menegaskan tidak hadir ke Pejabat Agama Daerah Hulu Langat seperti yang diarahkan itu.
Baginya, menghadirkan diri ke pejabat agama tersebut seperti yang diarahkan itu merupakan satu tindakan tidak perlu, malah hanya membuang masa dan wang.
“Saya juga tidak merasakan perlu mematuhi arahan itu kerana pada saya mereka yang melakukan tangkapan ke atas saya itu bukan melakukan kerja untuk agama, tetapi untuk Umno,” katanya.
Sebelum ditahan dan dibawa ke balai polis, menurutnya, beliau telah bertanyakan beberapa soalan kepada Kadi Hulu Langat tetapi soalan-soalan tersebut tidak dapat dijawab.
“Mereka yang datang untuk menangkap saya itu juga mengakui saya tidak menyampaikan perkara yang salah dalam ceramah saya tetapi hanya kerana tanpa tauliah.
“Pada saya, apa yang dilakukan ke atas saya itu jelas arahan politik. Jadi tak perlulah saya ikut arahan mereka itu, malah pada saya mereka bukanlah orang yang wajar saya hormati,” katanya.
Beliau secara tegas menjelaskan, mereka yang melakukan tangkapan dan mengenakan sebarang larangan terhadap seseorang yang melakukan pekerjaan baik untuk Islam bukanlah pihak yang wajar dihormati.
Menyentuh tentang tauliah untuk menyampaikan ceramah, beliau juga menegaskan tidak perlu baginya untuk mendapatkan tauliah tersebut kerana tindakan itu juga jelas mempunyai kaitan dengan permainan politik Umno BN.
“Amat pelik dengan apa yang dilakukan ke atas saya. Saya ditangkap setelah saya selesai menyampaikan ceramah. Pada hal jika mereka tak mahu saya berceramah di masjid itu, mereka sepatutnya menangkap saya sebelum berceramah.
“Saya pula hadir ke majlis itu atas undangan. Kalau saya dilarang berceramah sebelum saya masuk ke masjid oleh pihak Jais, saya tak akan berceramah.
“Jadi, ini amat jelas tangkapan atas arahan politik Umno BN, bukannya tangkapan kerana kerja-kerja Islam, manakala saya pula melakukan kerja-kerja Islam, jadi tak perlulah saya ikuti arahan mereka itu,” tegas beliau.
5:04 PM | 0 comments | Read More

Rakaman Seks Mimi Klip 3gp Tersebar

Aksi seks dan ghairah Mimi dalam filem 3gp tersebar. Pengarah filem berjudul 3GP, Aidil Fitri Mohamed Yunos tidak menafikan ada pihak tidak bertanggungjawab merakamkan adegan ghairah pelakon filem itu, Mimi sehingga ia disebarkan melalui Internet minggu lalu.

image
Menurut Aidil, rakaman adegan ghairah membabitkan Mimi dan Fikhree Bakar dalam filem terbitan Grand Brilliance itu bukan berdasarkan adegan yang diarahkannya tetapi ia versi yang ditokok tambah pihak tidak bertanggungjawab.

Pada masa sama, Aidil tidak menafikan perkara itu dilakukan oleh pihak-pihak tertentu tetapi dia enggan mengulas lanjut individu mana yang melakukannya dan terpulanglah kepada Grand Brilliance untuk menyiasatnya sendiri.

Minggu lalu heboh di Internet apabila sebuah adegan yang dikatakan menghairahkan antara Mimi yang juga anggota kumpulan One Nation Emcees itu dan Fikhree yang berlakon dalam 3GP telah menjadi bualan ramai.

3GP yang merupakan filem pertama arahan Aidil Fitri itu antara lain mengisahkan tentang beberapa kisah yang dijadikan sub-plot yang antara lain memaparkan kesan rakaman video adegan-adegan ghairah yang disebarkan di Internet.

image


Aku sangat tak setuju dengan filem yang macam ni Kenapa nak perbesarkan isu klip 3gp yang memag dah popular dalam malaysia ni dengan pelakon utama klip 3gp mtu semuanya anak melayu. Kenapa nak dibuka lagi keburukan orang Malaysia sampai nak buat filem? Pengarah cuma tau nak makan untung tanpa fikir kesan . Bila ditanya, surely akan bagi jawapan “ Untuk memberi kesedaran”. Kesedaran tekorak dia. Bila dah jadi kes klip video yang tersebar ni. Memang padan muka la . Memang dia buat pon aksi ghairah tu. So jangan nak salahkan sapa sapa bila tersebar. Sendiri cari pasal. Sendiri la tanggung. Ye idok?PADAN MUKA!!

7:41 AM | 2 comments | Read More

Rumah Aman: Menderma Terus Dari Akaun Nuffnang Anda

Written By HAZRIL HAFIZ on Monday, October 10, 2011 | 11:01 PM

Alhamdulillah , aku kembali lagi berbllogging after 2 hari streamyx kat rumah ni buat hal tak boleh nak connect. Before aku kembali dengan entry entry SEO balik, rasa macam nak berbakti sikit untuk sesiapa yang belum tahu.

Pernah baca berkaitan kerja amal Nuffnang bersama Rumah Anak Yatim Aman?

mungkin ada yang nak memberi sumbangan kepada Rumah Aman tapi malas nak pergi bank in sebab busy . Or malas nak keluarkan duit nak sumbangkan. Kini , ada satu cara mudah untuk semua blogger yang berdaftar dengan nuffnang untuk berkongsi sedikit kegembiraan anda berblogging dan dapat rewards dari nuffnang dengan menderma sebahagian kecil daripada earning di akaun nuffnang anda untuk disumbangkan kepada anak anak yataim yang memerlukan. Bagaimana anda boleh menderma terus dari akaun nuffnang anda?

Pihak pengurusan nuffnang telah menyediakan satu page untuk anda berkongsi earning anda dengan mereka yang memerlukan.

  1. Cuma masuk akaun nuffnang anda dan klik : http://www.nuffnang.com.my/tlc-2011/
  2. Pilih jumlah sumbangan yang ingin disumbangkan. Jumlah yang boleh anda sumbangkan adalah RM 1, RM 5 dan RM 10 . 
  3. Tekan submit button dan sumbangan anda sudah selamat dipindahkan.

Ada satu lagi alternatif untuk anda menderma dan dalam masa yang sama, anda akan dapat stuff yang limited edition dan supercomel

click SINI untuk keterangan lanjut berkaitan pembelian produk amal ini

 

Untuk maklumat lebih detail, sila klik kedua dua link dibawah :

Donate to Rumah Aman with just a Click!

TLC Promise Me S2

 

##saya sudah. Anda bila lagi? Mungkin dengan sedikit sumbangan , dapat meringankan beban mereka yang memerlukan. Walaupun cuma RM1 tetapi sumbangan anda sangat bermakna. Siapa kata blogger tak prihatin ??

11:01 PM | 0 comments | Read More

Labels

TERKINI (173) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (70) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)