Seorang CEO Japan Airlines yang melalui kehidupan seperti pekerja biasa. Satu prinsip yang sangat sukar untuk diikuti oleh manusia lain. He’s great!!
sumber : 9gag
Seorang CEO Japan Airlines yang melalui kehidupan seperti pekerja biasa. Satu prinsip yang sangat sukar untuk diikuti oleh manusia lain. He’s great!!
sumber : 9gag
Ecohost yang menyediakan perkhidmatan domain .my kini ingin menghadiahkan 10 domain .my secara percuma kepada 10 blogger bertuah yang ingin bertukar ke domain sendiri. 10 blogger bertuah tersebut akan dipilih oleh pihak Ecohost .
Bagaimana untuk menang giveaway ini? Mudah. Anda cuma perlu lawati page Ecohost.my dan tinggalkan link anda disana untuk dipilih . Mudah bukan?
****************************
Ecohost kini menyediakan servis penukaran domain dengan harga terhebat dan tergila . Bagi anda yang berminat untuk menggunakan domain. my boleh terus dapatkan maklumat lanjut dilaman web Ecohost.my . Klik pada logo dibawah
Berikut merupakan jadual Kuliyyah Ustaz Azhar Idrus untuk bulan Jun 2012 untuk rujukan dan panduan peminat peminat beliau yang ingin ke ceramahnya.
sumber : http://ustazazhar.net/
Apa sebenarnya rahsia serta keajaiban tulang sulbi sehingga tulang ini disebut oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wassalam sejak 14 abad dahulu?. Mengikut istilah anatomi, tulang sulbi dikenali sebagai Coccyx. Ia merupakan tulang yg terakhir dlm susunan dari atas ke bawah tulang vertebra (tulang belakang) yg terletak dibahagian pinggul.
Dalam sebuah hadis marfu’ yang diriwayatkan oleh Muslim dan Ibnu Majah:
“Tidak ada dari Jasad manusia kecuali akan hancur, kecuali tulang ekornya, dari tulang ekor ini lah tubuhnya akan disusun kembali pada hari kiamat”
Al Qurtubi didalam kitab Tazqirahnya mengutip hadis ini dari Kitab Fitnah Kubur riwayat Muslim pada hadis 2955.
Sahabat bertaya Nabi shallallahu 'alaihi wassalam ” Apakah tulang ekor wahai Rasullulah?” Lalu di jawab oleh Nabi shallallahu 'alaihi wassalam , ” Yakni seperti biji gandum, dari biji itulah ia tumbuh” - (Riwayat Ahmad)
Drpd Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu bahawa Rasululah shallallahu 'alaihi wassalam bersabda yg bermaksud: "Semua bahagian tubuh anak Adam akan dimakan tanah, kecuali tulang sulbi yang daripadanya ia diciptakan dan drpdnya dia akan dibangkitkan." (riwayat An-Nasa'i, Abu Daud dam Ibnu Majah).
Berdasarkan hadis2 di atas dapat disimpulkan bahawa:
1. Bermulanya kejadian manusia adalah drpd tulang sulbi.
2. Tulang sulbi begitu utuh & tidak akan hancur.
3. Manusia akan dibangkitkan semula pd hari kiamat drpd tulang sulbi.
Seorg saintis Jerman bernama Hans Spermann berjaya membuktikan bahawa sel2 di dlm coccyx tidak akan hancur. Dalam kajian yg dilakukan, beliau telah mengisar tulang coccyx hingga hancur & memanaskannya dgn suhu yg amat panas dlm tempoh masa yg lama. Beliau kemudian memeriksa sel2 tulang tersebut & ternyata ia masih lagi hidup & utuh seperti biasa. Jadi ini bermakna, meskipun jasad seseorg telah meninggal dunia, tetapi sel2 dlm tulang coccyx kekal hidup walau di mana sekalipun dia dikebumikan meskipun telah beribu2 tahun lamanya. Manusia dibangkitkan semula pada hari kiamat dengan tulang sulbi
Dalam AL-Qur'an ada menceritakan tentang kebangkitan manusia pada hari kiamat.
Firman Allah yang bermaksud "Engkau memasukkan malam ke dalam siang, dan Engkau memasukkan siang ke dalam malam. Engkau keluarkan yang hidup daripada yang mati, dan Engkau keluarkan yang mati daripada yang hidup" (surah Ali Imran, Ayat 27).
Hans Spermann berjaya membuktikan keupayaan sel-sel tulang coccyx utk tumbuh semula. Beliau tlh memasukkan tulang2 sulbi yg tlh dikisar & dibakar tadi ke dlm embri02 lain. Hasilnya, tulang sulbi tersebut tetap dpt tumbuh & membentuk paksi janin yg lain yang seterusnya membuktikan kebenaran Al Quran dan hadis.
Akhirnya penantian jejaka berusia 27 tahun, Shah Indrawan Ismail atau Tomok untuk bergelar ayah tercapai. Selepas menempuh detik indah sewaktu diijabkabulkan sebagai suami isteri dengan Rahayu Abas pada 1 Julai lalu, kini tiba saatnya untuk menerima kehadiran ‘orang baru’ dalam keluarga mereka.
“Tiada apa yang boleh menggambarkan perasaan saya pada saat ini. Apatah lagi buat pertama kali menjadi seorang ayah, saya sangat teruja dan tidak sabar-sabar untuk merasai pengalaman ini. Sedar tidak sedar, rupanya saya akan beralih ke fasa baru iaitu berkeluarga dan menimang anak.
“Bagaimanapun, perasaan gementar itu memang tidak dinafikan tetap ada memikirkan selepas ini tanggungjawab saya akan menjadi lebih berat. Setakat ini, saya dan isteri sudah ada beberapa nama untuk anak kami nanti namun belum memilih yang paling sesuai lagi." jelasnya gembira.
Anak lelaki Tomok
Anak sulung Tomok telah selamat lahir pada 29 Mei 2012 pada pukul 6.03petang. Tomok dan isteri menerima bayi lelaki yang lahir seberat 3.33kg.
“Kiranya, bulan Mei adalah bulan yang paling bermakna untuk saya kerana bukan sahaja menerima kelahiran anak pada bulan ini, malah filem sulung lakonan saya Mantera juga turut ditayangkan. Inilah antara hadiah hari lahir paling ditunggu-tunggu,” ujarnya.
**Tahniah kepada Tomok. Tak sangka dah jadi seorang ayah . Masih ingat lagi beliau bersama kumpulan New Boyz dulu. Nampak budak budak je. Zaman dulu dulu memang fenomena New Boyz ni sampaikan trend rambut belah tengah jadi ikutan. Dan aku yakin, bagi yang berusia 20 an sekarang ni, satu masa dulu mesti favorite kan lagu Sejarah Mungkin Berulang? Ok kita flashback sikit ye lagunya .hehe
gambar pembunuhan di syria, gambar kanak kanak disembelih di syria, penyembelihan haulah, rejim al bashar sembelih kanak kanak, krisis syria
Anak anak kecil yang tidak berdosa ini disembelih dan dibunuh dengan kejam . InsyaAllah mereka ahli syurga yang pasti.
Tragedi paling tragis sejak 15 bulan berlakunya kebangkitan rakyat di Syria ini berlaku di Kampung Taldou, Haulah. Kampung Taldou terletak kira-kira 2 km daripada Bandar Haulah yang terletak di wilayah Homs, yang merupakan di antara wilayah yang paling teruk dibom dan diserang oleh rejim Basyar.
Mangsa Korban:
+ Mengorbankan 114 orang awam.
+ Seramai 55 orang kanak-kanak gugur syahid.
+ Seramai 59 orang wanita yang gugur syahid.
Walaubagaimanapun, bilangan secara tepat mungkin bertambah daripada ini kerana masih ada yang belum dilaporkan dan ditemui.
Gambar sebahagian dari jenazah , majoritinya kanak kanak tidak berdosa yang dibunuh oleh tentera Bashar. Ya Allah . Selamatkanlah anak anak ini dari malapetaka.
Kronologi Kes Penyembelihan Haulah oleh Tentera Bashar
Kronolgi Ringkas:
Pihak yang bertanggungjawab
Dunia masih berdiam dengan kekejaman ini. PBB berdiam diri seolah-olah “suka” umat Islam dihapuskan dari mukabumi ini. Doa dari umat Islam seluruh dunia mampu menghancurkan bala tentera Al-Bashar yang membunuh anak kecil umpama membunuh seekor binatang. Hancurkan tentera Al-Bashar.
JIKA Safee Sali menerima gaji bulanan berjumlah Rupiah 350 juta (RM118,000) sebulan, wonderkid Malaysia yang baru sahaja mengikat kontrak tiga tahun bersama kelab Portugal, Beira-Mar, Nazmi Faiz pula dikhabarkan bakal menerima gaji bulanan sebanyak RM 300,000.
Mencetus fenomena dalam bola sepak negara selepas terpilih sebagai pemain untuk kelab liga divisyen satu Portugal sehingga Jun 2015 nanti, gaji pemain tengah Harimau Muda itu kini menjadi topik perbualan hangat penyokong serta pemerhati bola sepak tempatan.
Meskipun khabar angin mengenai gaji yang bakal diterima oleh Nazmi masih belum dapat disahkan, namun, sekiranya benar, pemain muda yang bakal mencecah 18 tahun 16 Ogos nanti akan bergelar pemain termuda Malaysia berstatus jutawan selain Safee Sali.
Sementara itu, ejen Nazmi, Marco Guimaraes, mengakui jumlah gaji yang bakal ditawarkan kepada tonggak skuad bawah 22 tahun itu adalah sangat lumayan bagi seorang pemain muda dari Asia Tenggara, bagaimanapun beliau enggan mendedahkan jumlah sebenar yang akan diterima oleh anak buah Ong Kim Swee itu.
"Terpulang kepadanya (Nazmi) sama ada untuk mendedahkannya atau tidak, katanya.
Dalam perkembangan lain, akan mula menyertai latihan bersama Beira-Mar selepas pusingan kelayakan Piala AFC bawah 22 tahun yang akan bermula 21 Jun sehingga 4 Julai nanti, Nazmi akan turut ditemani pengendali Harimau Muda, Ong kim Swee.
Selain menguruskan soal kontrak dengan kelab tersebut, Kim Swee yang berada di sana selama seminggu akan turut membantu anak buahnya menyesuaikan diri sebagai pemain professional di kelab Eropah itu.
**siapa sangka kan rezeki Nazmi ni sampai macam ni. Mesti ramai pemain pemain senior bola sepak Malaysia yang jeles dengan dia ni.Muda muda dah terima bayaran banyak sampai macam ni. Sekarang ni dah jadi trend pemain bola sepak Malaysia dah jadi macam artis.
sumber: Sinar Harian
Gambar : xlupa.com
Senarai Permohonan tender plate WWW yang berjaya telah dikeluarkan oleh JPJ . Dan WWW1 dimenangi oleh Sultan Johor manakala YDP Agong menerima plate nombor WWW5
KUALA LUMPUR — Nombor pendaftaran WWW 1 mencipta rekod baru apabila bidaan tertinggi yang diterima bagi nombor siri tersebut bernilai RM520,000, mengatasi nombor pendaftaran MCA 1 yang telah dijual dengan harga RM300,100.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha berkata siri WWW juga telah mencipta rekod tersendiri, iaitu sejumlah 13 bidaan yang telah berjaya, adalah bernilai melebihi RM100,000 dan tiga daripadanya bernilai melebihi RM300,000.
Katanya bilangan pembida yang terbanyak adalah untuk nombor WWW 333 iaitu seramai 84 orang.
PROMOSI!!! Tempah Design Banner, Flyers, Bunting Serendah RM 20 SAHAJA!!
“Pada asasnya, semua nombor bernilai utama, nombor menarik dan nombor popular, termasuk nombor-nombor biasa lain yang mungkin mempunyai nilai sentimental atau maksud tertentu kepada pembida, telah habis dibida,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Katanya 18,243 permohonan dengan nilai bidaan RM64,225,838.51 telah diterima sepanjang tempoh bidaan selama 15 hari dari 30 April lalu dan kutipan hasil daripada pembida yang berjaya dianggarkan sebanyak RM11.3 juta, iaitu 10 kali ganda daripada kutipan biasa dibuat untuk jualan nombor pendaftaran siri lain sebelum ini.
Kong berkata sebanyak 4,908 nombor dalam siri WWW dibida manakala bakinya 5,091 akan menjadi nombor semasa Apabila siri WWW dibuka untuk pendaftaran kelak.
Katanya keputusan penuh bagi nombor pendaftaran siri WWW akan dikeluarkan melalui portal JPJ (www.jpj.gov.my) pada Isnin ini, dan surat rasmi berhubung keputusan bidaan akan dikeluarkan mulai 6 Jun 2012.
Beliau berkata nombor pendaftaran siri WWW dijangka boleh mula didaftarkan pada 15 Jun 2012 dan pembida boleh memilih untuk menerima surat keputusan secara pos atau datang sendiri ke pejabat JPJ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wangsa Maju.
“Bagi pembida yang berjaya, bayaran baki bidaan perlu dijelaskan dalam tempoh sebulan dari tarikh surat keputusan dan kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan nombor pendaftaran tersebut ditarik balik.
“Manakala pembida yang tidak berjaya, akan dipulangkan bayaran deposit berdasarkan alamat yang diberikan dalam sampul surat yang disertakan bersama permohonan,” katanya.- BERNAMA
“Cepat, baca surah Yasin!, ada benda sebelah aku ni,” jerit seorang rakan yang berada dalam kereta Perodua Kancil Sinar Harian cemas apabila merasakan ada lembaga wanita duduk di sebelahnya di bahagian tempat duduk kerusi belakang.
Kejadian itu berlaku Khamis lalu apabila wartawan Sinar Harian bersama seorang anggota polis berpangkat koperal dan seorang rakan melalui jalan Bukit Lengkok kira-kira jam 4 pagi, Khamis lalu.
Ketika melalui di satu selekoh dalam keadaan hujan lebat, semua mereka ternampak batu nisan setinggi setengah meter di tepi jalan tetapi masing-masing hanya diam dan tidak mengendahkannya.
Keadaan mula cemas apabila rakan mereka itu menjerit meminta membaca surah Yasin dengan segera.
Bagaimanapun, anggota polis cuba menenangkannya dan membaca beberapa potong ayat al-Quran barulah rakannya itu tenang dan perjalanan pun diteruskan.
Setelah melepasi jalan Sungai Lengkok mereka kemudiannya berhenti di tepi Jalan Air Merah dan mula membuka cerita mengenai batu nisan tadi. Ternyata, mereka semua mengaku ternampak imej batu nisan yang dimaksudkan.
Bagaimanapun misteri terbabit tidak berhenti di situ saja apabila kelmarin kira-kira jam 12.30 pagi, seorang rakan wartawan terbabit telah merakam gambar kereta Kancil berkenaan dan mendapati ada imej lembaga wanita berambut panjang di dalamnya dan dipercayai
lembaga itu hilang selepas azan Subuh berkumandang.
Sementara itu. seorang pemandu van kilang yang tinggal di Taman Selasih dan tidak mahu dikenali berkata, kejadian seumpama itu sering berlaku di Jalan Bukit Lengkok.
Menurutnya, beberapa tahun lalu polis ada menemui mayat seorang wanita dipercayai dibunuh dan mayatnya dibuang ke dalam gaung berhampiran.
“Ramai pengguna jalan itu menjadi mangsa gangguan lembaga berkenaan. Lembaga itu pernah duduk di belakang penunggang motosikal, saya juga pernah nampak lembaga itu berada di atas bumbung kereta yang datang dari arah bertentangan.
“Sememangnya jalan itu tidak dilalui oleh kenderaan pada lewat pagi terutama ketika hujan renyai atau lebat,” katanya.
PROMOSI!!! Tempah Design Banner, Flyers, Bunting Serendah RM 20 SAHAJA!!
Pengerusi Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM) Khor Eng Khim juga tidak menafikan kewujudan lembaga itu yang sering mengganggu pengguna jalan raya yang melalui jalan Bukit Lengkok menjelang lewat pagi.
“Jalan itu tidak sesuai digunakan pada waktu Subuh terutama ketika hujan. Ini kerana terlalu banyak kejadian kemalangan berlaku di sekitar kawasan itu disebabkan keadaan jalan di situ sempit dan bengkang-bengkok.
“Saya menasihatkan pengguna supaya menggunakan lebuh raya Butterworth Kulim Express (BKE) untuk pergi ke Pekan Kulim dan jangan mengunakan jalan Bukit Lengkok sebagai jalan pintas walaupun ia lebih dekat,” katanya. – SINARHARIAN
**pernah jugak aku lalu dikawasan Bukit Lengkok ni. Memang seram jalannya. Ada satu lagi kawasan dari Kulim ke Labu Besar yang lagi seram dari ni .
Ikuti kisah seorang Supermodel juga bekas Miss Universe Australia yang menyelami kehidupan sehari bersama penduduk Islam dan mengamalkan cara hidup Islam termasuk cara berpakaian menutup aurat. Jom saksikan video dibawah
Ini bukan keputusan yang mudah bagi setiap orang untuk menempatkan dirinya pada kedudukan seseorang yang berlainan agama dan kepercayaan yang berbeza.
Kebanyakan orang lebih suka berada pada kedudukan 'zon keselesaan' (comfort zone) nya masing-masing, yang pada gilirannya akan menumbuhkan perasaan pasif mereka terhadap "orang lain" di sekitarnya.
Tetapi, selalu ada pengecualian!
Salah seorang di antara mereka yang cuba keluar dari 'comfort zone' adalah Rachael Finch. Rachael merupakan seorang Top Supermodel Australia, bintang televisyen, sekaligus bekas Miss Universe Australia.
Ia meluangkan masa sehariannya dengan cuba mengenakan pakaian jilbab muslimah menutup aurat.
Bukan itu sahaja, ia juga cuba menyelami kehidupan umat Islam di Australia selama satu hari untuk lebih mengenal secara dekat orang-orang muslim secara langsung.
Rachael memakai tudung dan memulakan langkah eksperimen aktiviti sosial 'kebiasaanya' dimana ia berinteraksi dengan komuniti Islam.
Rachael cuba mengikuti jejak langkah Rebecca Kay, seorang Muslimah Australia yang taat dan seorang ibu beranak empat. Rebecca lahir di Australia dan menjadi Muslim sekitar lapan tahun yang lalu. Sebelumnya, Rebecca adalah seorang peluncur wanita Wollongong.
"Sebelum saya menjadi seorang Islam, saya merupakan seorang anti Islam. Saya dulu biasa mendengar radio, dan mempunyai sikap yang sama seperti kebanyakan anti Islam yang lain. Saya dulu suka berkata kepada orang lain 'jika kamu (orang muslim) tidak senang di sini, maka silakan kamu kembali ke tempat asal kamu ', "kata Kay seperti dilaporkan Muslimvillage.com.
Mengulas eksperimen aktiviti sosialnya, Rachael mengatakan, "Senang rasanya saya boleh masuk dan mengikuti jejak kedudukan Rebecca, dan menyaksikan dengan sendiri bahawa stereotaip terhadap wanita Islam Australia (yang kerap digemborkan media_red) tidak terlalu benar," katanya.
"Ini merupakan kejayaan-untuk melihat multikulturalisme adalah tentang melihat pada masa kini, kita semua warga Australia tidak peduli apa warna kulit kita, atau apa yang kita anuti, atau apa latar belakang kita-kita semua sama." ceritanya.
"Mereka bijak, mereka pintar, mereka ingin kerjaya dan mereka menginginkan sebuah keluarga, dan bagi saya itu semua menipu," ulasnya.
Rebecca berharap bahawa sesuatu yang baik boleh datang dari pengalaman Rachael, dan hal itu diharapkan dapat mendorong orang untuk lebih berfikiran terbuka. - harakahdaily
** sesuatu yang baik untuk memberikan gambaran terbaik kepada masyarakat luar mengenai apa sebenarnya Islam dan bagaimana sebenarnya Islam itu sebuah agama yang aman damai dan bukan agama keganasan . Semoga beliau mendapat hidayah suatu hari nanti. InsyaAllah.
kereta rempuh penonton di putrajaya, drag racing rempuh penonton putrajaya, drag racing himpunan jutaan belia rempuh penonton, himpunan jutaan belia , kereta langgar penonton di putrajaya, gambar kereta drag langgar penonton putrajaya himpunan jutaan belia,video drag race rempuh penonton
Malang tak berbau. 17 penonton cedera dan 4 daripadanya parah (ada yang kata 10 cedera dan 2 parah , maklumat lanjut akan diupdate) apabila sebuah kereta merempuh penonton di Presint 19 Putrajaya semasa melakukan aksi Drag sempena Perhimpunan Jutaan Belia 2012 yang berakhir hari ini . Kereta tersebut hilang kawalan dan merempuh bahagian tepi litar yang dipenuhi penonton. Kejadian berlaku awal pagi tadi
Dan susulan dari kejadian tersebut, poster dibawah ini kini tersebar di laman facebook.
Saksikan video kereta terbabit merempuh kumpulan penonton.
PROMOSI!!! Tempah Design Banner, Flyers, Bunting Serendah RM 20 SAHAJA!!
** Anda boleh terus skip video ke minit 5.20 untuk terus melihat kejadian kemalangan tersebut.
Harapnya tak ada sebarang kemalangan jiwa berlaku. Mungkin aspek keselamatan perlu lebih diperketatkan selepas ini dan pihak pihak berkenaan harus mengambil ikhtibar dari apa yang berlaku. Jangan sampai himpunan akan datang DIBOIKOT pula.
Rentak Perlawanan Badminton Piala Thomas yang diadakan di Wuhan , China sampai ke kemuncaknya. Perlawanan akhir akan diadakan jam 2 petang ini menyaksikan tuan rumah, China akan berdepan dengan Korea Selatan dalam misi merebut peluang memenangi Piala Thomas .
Live Streaming Final Piala Thomas 2012 China vs Korea
Untuk rekod, Piala Uber yang diadakan serentak dengan Piala Thomas menyaksikan China merangkul kejuaraan ke 12 menewaskan musuh tradisi mereka iaitu Korea 3-0.
Malaysia gagal menempah sebarang tempat ke perlawanan akhir dan paling mendukacitakan apabila Jaguh Badminton dunia dari Malaysia, Datuk Lee Chong Wei mengalami kecederaan parah semasa perlawanan menentang Peter Gade.
Video Lee Chong Wei Cedera di Piala Thomas
Berikut adalah keputusan penuh Final Piala Thomas 2012 China menentang Korea Selatan.
CHINA |
| KOREA | GAME 1 | GAME 2 | GAME 3 | KEPUTUSAN |
Lin Dan | VS | Lee Hyun Il | 21-14 | 21-17 | - | CHINA WIN |
Cai Yun/Fu Haifeng | VS | L Yong Dae/K Sa Rang | 21-16 | 25-23 | - | CHINA WIN |
Chen Long | VS | Shon Wan Ho | 21-9 | 21-13 | - | CHINA WIN |
Shen Ye/Hong Wei vs | VS | Yeon Seong/ K Ki Jung |
|
|
|
|
Chen Jin | VS | L Dong Keun |
|
|
|
CHINA ( 3 ) - ( 0 ) KOREA
secara automatik China memenangi Piala Thomas 2012 menentang Korea.
Bagi anda yang menonton video debat di antara Ketua Pemuda UMNO ,Khairy Jamaludin Dan Pengarah Strategik PKR , Rafizi berkaitan isu PTPTN tetapi masih tidak faham, anda boleh baca teks debat antara mereka yang disediakan oleh akhbar Sinar Harian .
Video Debat PTPTN Khairy Jamaludin Dan Rafizi
Debat bertajuk Pemansuhan PTPTN dan Hala Tuju Pendidikan Tinggi yang berlangsung di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf, malam Selasa lalu berlangsung hangat dengan menemukan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli.
Debat yang dipengerusikan oleh Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Maszlee Malik berjaya mengawal kira-kira 500 hadirin yang dibawa secara langsung melalui Astro Awani, Tv Internet, The Malaysian Observer dan Bernama Radio 24.
RAFIZI: Isu penghapusan PTPTN dan cadangan untuk mengembalikan pendidikan tinggi adalah satu pilihan yang perlu dikaji secara mendalam dan menyeluruh oleh rakyat Malaysia kerana isunya bukan hanya menghapuskan hutang penuntut sahaja, tetapi merangkumi kedudukan ekonomi dan keberdayaan negara di masa akan datang.
Sehubungan itu, perlunya merujuk kepada pengalaman negara yang berdepan dengan masalah hutang penuntut, contohnya negara yang rata-rata memperdagangkan pendidikan, iaitu Amerika Syarikat sekarang ini berhadapan dengan hutang yang sebegitu besar.
Sekarang ini, hutang penuntut yang sama dengan tabung PTPTN di Amerika Syarikat mencecah RM2.6 trilion dolar, kerana itu Bank Pusat New York berkata, hutang ini sekiranya tidak ditangani dengan baik adalah salah satu ancaman kepada ekonomi dunia yang terbesar.
Dewan Senat Amerika Syarikat sedang membahaskan rang undang-undang untuk hapuskan hutang penuntut, bukan sahaja di Malaysia, malah di negara lain turut diperdebatkan. Makanya, isu PTPTN perlu dikupas dengan secara mendalam dalam perspektif ekonomi terlebih dahulu.
Daripada 1997 hingga 2010, pada kadar 10 peratus sahaja kutipan PTPTN, daripada RM26 bilion yang diagihkan, hanya RM2 bilion yang berjaya dikutip semula.
PROMOSI!!! Tempah Design Banner, Flyers, Bunting Serendah RM 20 SAHAJA!!
Pada kadar kutipan 10 peratus ini, dalam satu jangka masa akan datang, kemungkinan 5 hingga 10 tahun akan datang, hutang ini akhirnya terpaksa ditanggung oleh kerajaan dan rakyat.
Hujah ekonomi juga berkait rapat dengan hujah sosial dan hujah moral kerana graduan yang sudah bekerja agak liat atau tidak mampu membayar kerana keadaan ekonomi negara dan dunia, dengan gaji yang tidak meningkat, dengan kos sara hidup yang naik mencanak, maka mereka tidak mampu membayar hutang meskipun pelbagai tindakan yang diambil oleh PTPTN, kadar kutipan tidak pernah melangkau 10 peratus.
Hakikatnya, negara ini bermula dengan menawarkan pendidikan percuma seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan Negara akan hak Bumiputera untuk mendapatkan biasiswa pendidikan. Malah, generasi terdahulu juga menikmati pendidikan tinggi percuma.
KHAIRY: Debat malam ini berpunca sebenarnya kerisauan Pakatan Rakyat (PR) akan sokongan orang muda terhadap mereka yang semakin merudum dan ini boleh dilihat daripada keputusan- keputusan Pilihan Raya Kecil selepas Pilihan Raya Umum 2008 yang lalu.
Cadangan pemansuhan ini telah diangkat oleh PKR tanpa persetujuan PR dan tidak dinyatakan dalam Buku Jingga.
Dalam Buku Jingga tidak sebut penghapusan PTPTN, hanya menyebut memansuhkan caj 1 peratus sahaja. Rafizi cuba membuat perbezaan epal dan rambutan, di mana zaman arwah bapa saya pergi ke universiti, hanya 1 IPTA di Malaysia, itu pun Universiti Malaya di Singapura . Hari ini, negara kita mempunyai 20 IPTA, 180 ribu masuk IPTA setiap tahun, malah ribuan lagi dihantar biasiswa di luar negara. Justeru, jangan buat perbandingan epal dengan ambutan kerana tidak lagi relevan.
Ini soal masa depan dan kematangan dan libatkan kos sebenar yang perlu ditanggung oleh Kerajaan PR, sekiranya mereka menang.
Membatalkan hutang PTPTN, bukannya RM23 bilion dan saya periksa jumlahnya yang terkini adalah RM30 bilion, bina 10 universiti baru, kos pembinaannya adalah RM2 bilion berdasarkan saiz dan kos pengurusan universiti contohnya seperti USM, RM31 bilion. Kalau namanya Keadilan, PR perlu hapuskan hutang Mara dan Yayasan sekali.
Merujuk kepada janji-janji PR dalam Buku Jingga untuk membuktikan pemansuhan PTPTN dan janji-janji lain yang akan membankrapkan negara seperti yang berlaku di Greece.
Ini kerana negara dan rakyat terpaksa memikul beban perbelanjaan RM170 bilion setiap tahun jika PTPTN dan subsidi serta pinjaman lain seperti konsesi tol dimansuhkan sama sekali.
Itu sahaja sudah RM170 bilion, campur dengan RM18 bilion cadangan hapuskan PTPTN dan pendidikan percuma, jumlahnya RM188 bilion setahun. Belanjawan kita tahun ini RM233 bilion. Tolak RM188 bilion, tinggal RM45 bilion. Hendak bayar gaji kakitangan awam pun RM52 bilion.
Bayar gaji pun tidak mampu, negara kita akan muflis.
RAFIZI: Kalau hendak melihat kosnya untuk menyediakan pendidikan tinggi percuma, lihat kepada kos anggaran kepada perbelanjaan yang dibentangkan oleh Parlimen.
Setiap tahun, 21 universiti diberi geran RM7.5 bilion, di mana setiap penuntut berjumlah RM16,000. Kita dah semak, untuk PR memberikan pendidikan dan yuran percuma kalau sudah RM16,000 sudah 90 peratus daripada kosnya, maka kita hanya memerlukan RM562 juta tambahan dan jumlah itu boleh ditanggung.
Rancangan untuk memberi biasiswa sara hidup RM5,000 kepada setiap penuntut institusi pengajian tinggi awam berjumlah 450,000 orang hanya akan menelan kos RM2.32 bilion setahun.
Dengan menghapuskan RM24 bilion hutang melalui PTPTN pula, kerajaan hanya perlu membayar RM2 bilion untuk tempoh 15 tahun.
Khairy katakan, untuk membina satu universiti, kosnya RM2 bilion, kerana beliau memakai anggaran orang Umno, Datuk Saifuddin (Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi) boleh sahkan, Monash University buat kampus untuk menampung 5,000 pelajar pada 2007, belanja hanya RM200 juta, untuk 10,000 penuntut hanya RM400 juta.
Sekiranya dicampur semula, semua kos iaitu yuran percuma RM562 juta, elaun sara hidup RM2.32 juta, bina IPTA RM400 juta, hapuskan PTPTN RM2 bilion setiap tahun hanyalah RM 5 hingga RM6 bilion sahaja.
KHAIRY: Buat perbandingan dengan kampus Monash, bukanlah sebuah universiti IPTA dan tiada kelengkapan seperti IPTA. Sekiranya diambil Universiti Sains Malaysia (USM) sebagai contoh dan perbandingan purata, 10,000 penuntut setiap tahun, perbelanjaan pengurusan yang didapati daripada Kerajaan Persekutuan adalah RM746 pada 2011 dan pada 2011, sebanyak RM586 juta.
Justeru, secara puratanya, untuk 10 buah universiti dalam tempoh 10 tahun kosnya adalah RM31 bilion.
Rafizi tidak sebut, untuk menampung yuran IPTS, dalam cadangan bagi yuran subsidi yuran yang sama dengan yuran kursus IPTS, yuran yang sama dengan IPTA.
Seramai 1.4 juta penuntut IPTS, 1.5 peratus mengambil kos perubatan, 13.4 peratus ambil kos kejuruteraan, 85 peratus ambil kursus lain. Jika nak bagi subsidi jumlahnya adalah RM60 bilion.
Unjuran yang diberikan Rafizi hanya RM5 bilion sedangkan unjuransaya adalah sebanyak RM18 bilion.
Inilah kesan kesan kepada kewangan negara kita, sekiranya polisi ini dilaksanakan dan yang dicadangkan oleh PR dan cadangan mereka yang lain dalam Buku Jingga akan boleh muflis negara dalam masa terdekat.
DR MASZLEE MALIK: Melihat isu PTPTN, isunya bukan pelajar tidak menjelaskan pinjaman, tetapi apa yang dilontarkan dalam media sosial.Golongan muda melihat ada hutang yang lebih besar diambil oleh pihak tertentu , tetapi tidak dikenakan tindakan di senarai hitamkan, hutang sikit itu salah, ambil duit rakyat yang banyak itu keistimewaan.
KHAIRY: Saya ingin jelaskan bahawa senario pelajar di saman dan tidak bayar balik pinjaman PTPTN secara total hanya enam peratus daripada jumlah peminjam. Manakala 94 peratus lagi, walau mempunyai kesukaran untuk membayar, peminjam dapat servis pinjaman mereka.
Yang jadi masalah, disenaraihitamkan dan disekat keluar negara semuanya hanya enam peratus sahaja.
Seolah-olah tidak bayar sebulan sudah di senarai hitamkan, saya mahu jelaskan bahawa tamat pengajian mereka, sehingga menerima notis yang pertama, adalah dalam tempoh enam bulan, Selepas itu notis pertama 60 hari, notis kedua 60 hari, notis ketiga 90 hari dan notis tuntutan daripada pihak peguam 90 hari dan failkan ke mahkamah adalah enam bulan. Sebelum kes dibawa ke mahkamah adalah 22 bulan untuk peminjam bayar hutang sepenuhnya.
Mereka sepatutnya berhubung dengan pegawai PTPTN bagi bayar pinjaman dengan skala kecil supaya akaun diaktifkan.
Syarikat Pengurusan Danaharta Nasional Bhd tidak mengalami kerugian dalam penyelesaian luar mahkamah melibatkan hutang RM589 juta yang ditanggung oleh bekas pengerusi eksekutif Malaysia Airlines (MAS), Tan Sri Tajudin Ramli.
Selain itu, persoalan mengenai isu National Feedlot Corporation (NFCorp), Khairy berkata kerajaan juga serius dalam usaha untuk mendapatkan semula pinjaman mudah RM250 juta yang diberikan kepada syarikat ternakan lembu itu.
Perkara itu dapat dilihat dalam tindakan kerajaan mendakwa pengerusi syarikat tersebut, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail di mahkamah.
DR MASZLEE MALIK: Penghapusan PTPTN, bukan dasar PR hanya dasar PKR, adakah ini hanya langkah populis, untuk meraih undi golongan muda dan bagaimana pula kedudukan Anwar yang terlibat dalam penggubalan PTPTN.
RAFIZI: Dasar pendidikan percuma disokong sepenuhnya pimpinan PR malah hujah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri mahu PTPTN dimansuhkan lebih lantang daripada Anwar sendiri.
Tindakan Anwar selaku Pemangku Perdana Menteri pada tahun 1997 menyokong PTPTN dibuat secara “collective” (bersama) anggota jemaah menteri lain dalam Parlimen.
Yang kedua, semasa PTPTN digubal tahun 1997 tujuannya mengikut hanset yang disebut Datuk Seri Najib Razak di Parlimen adalah bantu golongan mahu ke universiti. Tapi bukan menyemarakkan tumbuhnya institusi IPTS yang ada sekarang.
DR MASZLEE MALIK: IPTS yang terlalu banyak di negara ini banyak menerima natijah daripada pelaksanaan PTPTN. Namun, sekiranya PTPTN dimansuhkan, IPTS juga akan menerima kesannya.
KHAIRY: Melihat nilai amaun angka tidak menceritakan gambaran sebenar, Yuran lebih tinggi daripada IPTA. Yuran IPTA disubsidikan oleh kerajaan sebanyak 20 peratus sebagai tanggungjawab bersama untuk masa depan negara kita.
Pada tahun 2011, nilai pinjaman PTPTN diagihkan kepada IPTS adalah RM2.7 bilion, manakala bagi IPTA adalah RM2.2. bilion tetapi jumlah pelajar IPTA yang dibiayai oleh PTPTN adalah seramai 123,000 berbanding IPTS hanya RM76,000 sahaja.
DR MASZLEE MALIK: Idea memberikan pendidikan tinggi secara percuma, pastinya memberi kesan kepada negara, khususnya siapakah yang membayarnya. Persoalannya, adakah tindakan itu menyebabkan rakyat membayar cukai tinggi dan apakah PR mempunyai ‘blue print’ sendiri untuk pendidikan tinggi di masa akan datang.
RAFIZI: Saranan hapuskan pinjaman mampu dilaksanakan jika rasuah dapat dikekang dan ketirisan dikurangkan. Bila kita tengok kekayaan negara tiap-tiap tahun, kita ada RM181 bilion pendapatan. Kita pinjam RM40 bilion untuk dapat belanjawan yang saudara Khairy sebut menjadikan RM220 bilion.
Soalan: Apa nasib IPTS nanti di bawah kerajaan PR jika dilaksanakan pendidikan percuma?
RAFIZI: Tanggungjawab kerajaan adalah menyediakan tempat di institusi awam bagi setiap rakyat yang layak dan mereka dari pelbagai kaum bagi membolehkan mereka belajar di institusi yang disediakan itu adalah prinsip yang pertama.
Pada masa yang sama kita menghargai sumbangan IPTS, cuma apa yang kita tidak mahu adalah IPTS yang duduk di rumah kedai kerana belanjanya mahal, dan yuran yang dikenakan cukup tinggi dan membebankan pelajar, akhirnya kualiti, suasana pendidikan tidak ada. Siswazah yang keluar dari IPTS seperti ini selalunya sukar mendapat kerja dan mereka ini yang akhirnya terpaksa menanggung beban PTPTN yang tinggi. Kita mahu hanya IPTS berkualiti dan yang ada keistimewaan. IPTS seperti ini walaupun yurannya tinggi sekali pun siswazah akan memohon kerana kualiti, yang kita tidak mahu rakyat masuk ke IPTS kerana tiada tempat di IPTA. Kita tidak pernah akan diskriminasikan IPTS kita berjanji selepas gabung antara IPTS dilakukan seperti Universiti Petronas dan Universiti Tenaga Nasional bagi setiap pelajar yang masuk ke universiti ini mereka akan mendapat subsidi yuran sama yang dengan pelajar yang masuk ke IPTA.
Soalan: Apakah ada kelemahannya pendidikan tinggi di negara ini dan apa cara untuk memperbaikinya?
KHAIRY:
tenaga pengajar berkualiti agar pada 2015 kita mempunyai 18,000 tenaga akademik yang berkelayakan PHD. Ini adalah usaha memperbaiki sistem pendidikan negara, kita jangan lupa jangan hanya tertumpu kepada golongan terpelajar yang boleh memasuki universiti sahaja. Kerajaan kita menyediakan 90,000 tempat di kolej komuniti. Saya tahu Rafizi menghina kolej komuniti dengan mengatakan kolej yang berada di rumah kedai tiada siapa yang akan pandang, tetapi kebanyakan kolej komuniti termasuk di Parlimen saya di Rembau berada di rumah kedai, ramai yang datang mengatakan mereka adalah pelajar miskin dan tiada peluang kerana tercicir kini mempunyai peluang untuk menyambung pelajaran mereka.
Soalan: Hanya sebilangan kecil yang tidak membayar hutang PTPTN, oleh itu penambahbaikan PTPTN itu lebih baik daripada dihapuskannya?
RAFIZI: Jumlah hutang yang telah diluluskan sehingga 2011 adalah RM43 bilion dan jumlah yang dikutip adalah RM3 bilion. Manakala di Selangor dari 1997 hingga 2011 dan unjuran kita dengan peningkatan hutang sebanyak 11 peratus untuk pelajar IPTA dan 17 peratus untuk pelajar IPTS, dalam tahun 2020 tiap-tiap tahun PTPTN akan meluluskan pinjaman berjumlah RM24 bilion, dalam tahun 2020 jumlah pinjaman terkumpul yang diluluskan adalah RM177 bilion. Kalau dalam masa 15 tahun hanya RM3 bilion yang dikutip, apakah jaminan yang kita ada dalam lapan tahun akan datang ini kita boleh tampung RM177 bilion. Ini bukan soal hendak salahkan pelajar. Saya tidak salahkan kerajaan BN, sebab itu saya mahu kita lihat secara objektif. Masalah kita adalah kerangka dan gaya model pendidikan pengajian tinggi tidak mampat seperti yang berlaku di negara luar bila kadar bayar balik semula pelajar itu terlalu rendah oleh sebab-sebab ekonomi semasa, tiada kerja, kos sara hidup, gaji tidak naik akhirnya selepas 15 tahun negara juga yang terpaksa menanggung hutang RM177 bilion ini. Sebab itu kita sebut sekarang sebelum kita terjebak menjadi seperti Amerika Syarikat yang hutang pelajarnya mencecah RM2.6 trilion. Baik kita tukar model sekarang kerana pada kadar RM24 bilion hutang sekarang kita masih mampu menanggung RM2 bilion setiap tahun berbanding kita tunggu tahun 2020 nak tanggung hutang RM177 bilion maka benar apa dikatakan Datuk Seri Idris Jala jika kita tunggu negara akan bankrap. Ini soal kerangka ekonomi, oleh itu kita minta tukar model itu.
Soalan: Apakah rasional PTPTN membuat pinjaman pada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan beberapa bank yang lain bagi menampung kos mereka.
KHAIRY: Sewaktu PTPTN diluluskan yang dibentangkan dalam Parlimen oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika itu, dan ia diluluskan. Malah pembangkang terdiri daripada DAP turut meminta kerajaan menambah peruntukkan itu bagi menampung kos pembelajaran pelajar. Kita bagi geran kepada PTPTN, tetapi mendapati geran itu satu tanggungan kepada kerajaan. Maka kerajaan buat keputusan supaya dana diberikan PTPTN kepada pelajar ini dipinjam daripada institusi kewangan termasuk juga KWSP yang akan melabur. Kos pembiayaan pinjam PTPTN yang dibuat dengan bank komersial, institusi kewangan dan KWSP kadar bunga atau kos tersebut ditanggung kerajaan. Ini bermakna PTPTN tidak perlu membayar kos tersebut. Saya hendak cadang kepada kerajaan agar pinjaman dibuat pelajar harus dibayar tetapi kos pengurusan satu peratus itu kita mansuhkan.
PENGGULUNGAN
RAFIZI:
KHAIRY: Bercakap pasal kerangka ekonomi negara dicakap oleh Razifi, hutang yang akan meningkat 10 tahun yang akan datang bagaimana rakyat dan mahasiswa akan bayar hutang tersebut. Kalau kita tengok Amerika Syarikat tiada kerja, kos sara hidup naik, ekonomi gawat, akan berlaku di Malaysia juga. Ini adalah pengakuan yang dibuat oleh Pakatan Rakyat bahawa mereka tidak boleh menjana ekonomi. Saya percaya dengan pelbagai program yang dibuat oleh kerajaan BN rakyat akan menerima faedah 3.5 juta pekerjaan baru. Malah pembangkang telah menyatakan bahawa mereka tidak yakin dengan polisi ekonomi mereka. Jika tidak yakin tidak dapat menjana ekonomi negara kita, negara akan muflis atas janji yang dibuat Pakatan Rakyat. Saya ingin ingatkan Rafizi, hari ini beliau menjanjikan pendidikan percuma saya ingin mengingatkan manifesto Kerajaan Selangor yang tidak dapat dilaksanakan jangan kita cakap universiti secara percuma, pendidikan pra sekolah kepada anak Selangor yang berusia 5 hingga 15 tahun masih tidak dapat dilaksanakan oleh mereka. Elaun khas kepada wanita yang bekerja di rumah tidak dapat dilaksanakan. Perkhidmatan perubatan di hospital kerajaan dan pengangkutan awam percuma tidak dapat dilaksanakan, malah banyak lagi tidak dilaksanakan oleh Kerajaan Selangor.
**salute dengan sesiapa saja yang taip balik ucapan ini. Semoga langkah yang pertama ini akan mengangkat rakyat Malaysia dari kepompong politik fitnah dan sempit yang dipaksakan ke atas mereka kepada politik yang lebih bertanggungjawab dan mengangkat martabat akal dan kemanusiaan.
tablet 1 malaysia review, review tab 1 malaysia, 1 malaysia ipad, 1 malaysia pad review, spesifikasi tablet 1 malaysia, spesifikasi 1 malaysia pad,harga tablet 1malaysia, harga 1malaysia pad
MalTechPro Sdn Bhd memperkenalkan sebuah tablet seakan akan Samsung Galaxy yang diberi nama Tablet 1 Malaysia dan dijual dengan harga mampu milik terutama kepada golongan pelajar. Langkah ini dilihat satu langkah bijak dengan memperkenalkan tablet mampu milik kepada rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah.
Sedikit review aplikasi dan spesifikasi yang terdapat pada tablet 1 Malaysia ini .
PROMOSI!!! Tempah Design Banner, Flyers, Bunting Serendah RM 20 SAHAJA!!
Namun demikian, rata rata pengguna lebih memilih untuk menambah sedikit lagi wang mereka dan mendapatkan produk lebih diyakini dari jenama dikenali seperti Samsung dan Apple. Kebanyakan pengguna kurang mempercayai keupayaan tablet ini kerana ianya dilihat seakan-akan produk keluaran dari China. Anda sendiri tahu bukan kualiti barangan dari China bagaimana? lebih baik tambah sedikit dari wang anda dan mendapat kualiti yang dijamin dari membeli barangan murah tetapi kualitinya belum dapat dipastikan. Buat pilihan yang bijak kerana anda adalah pengguna.
Orang kalau sudah cantik, selepas memakai tudung pastinya lebih cantik rupanya. Ini satu realiti. Disebalik isu Nora Danish yang beraksi ghairah dalam majalah Glam sehingga menampakkan apa yang tidak patut ditonjolkan, seorang artis comel iaitu Diana Danielle bertindak sebaliknya dengan beraksi tudung untuk muka hadapan majalah EH! edisi Jun 2012.
Apa yang menarik, twitter Diana Danielle juga sudah ditukar dengan profile picture bertudung .
PROMOSI!!! Tempah Design Banner, Flyers, Bunting serendah RM 20 SAHAJA!!
Diana ternyata tampak sangat menawan dengan persalinan bertudung berwarna putih dan yang pastinya, peminat beliau pasti suka dengan penampilan tersebut. Mungkinkah Diana Danielle juga akan bertudung suatu hari nanti mengikut jejak artis seperti Diana Amir , Siti Nordiana dan ramai lagi. Kita doakan yang terbaik untuk mereka.
Dan beberapa gambar beliau bertudung yang diambil dari twitter rasmi Diana Danielle